Penerbangan 8303 Pakistan International Airlines

Penerbangan 8303 Pakistan International Airlines ialah sebuah laluan penerbangan domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal di Lahore, Pakistan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di bandar Karachi. Pada 22 Mei 2020, sebuah pesawat yang berkhidmat bagi laluan ini terhempas di kawasan perumahan di selatan Karachi berdekatan lapangan terbang destinasi, menyebabkan ramai dalam kalangan penumpang terkorban termasuk penduduk lokasi tempat perumahan nahas. Pesawat tersebut mempunyai 91 orang penumpang serta lapan orang anak kapal. Setakat 22 Mei, bilangan orang yang maut masih tidak dapat dipastikan, tetapi dua orang disahkan terselamat.[2]

Penerbangan 8303 Pakistan International Airlines
Pesawat terlibat dalam nahas, 2016
Nahas
Tarikh22 Mei 2020
RingkasanTerhempas ketika menghampiri destinasi, penyiasatan masih dijalankan
Tapak kejadianBerdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan
24°54′42″N 67°11′16″E / 24.91167°N 67.18778°E / 24.91167; 67.18778 67°11′16″E / 24.91167°N 67.18778°E / 24.91167; 67.18778
Pesawat
Jenis pesawatAirbus A320-214
PengendaliPakistan International Airlines
No. penerbangan IATAPK8303
No. penerbangan ICAOPIA8303
Huruf pengenalanPakistan 8303
Kod pendaftaranAP-BLD
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal, Lahore, Pakistan
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan
Penumpang91[1]
Anak kapal8
Kematian97
Kecederaan2
Terselamat2

Pesawat

Pesawat tersebut merupakan sebuah pesawat Airbus A320-214,[3] yang dibina pada tahun 2004 dan dikendalikan oleh China Eastern Airlines sebagai B-6017 antara tahun 2004 dan 2014. Pakistan International Airlines (PIA) kemudian memajakkan pesawat tersebut daripada Perkhidmatan Penerbangan GE Capital pada 31 Oktober 2014, dengan nombor pendaftaran "AP-BLD".[4][5][6]

Mangsa

Penumpang mengikut kewarganegaraan[7]
KewarganegaraanPenumpangAnak kapalJumlah
Pakistan90898
Amerika Syarikat101
Jumlah91899

Pakistan International Airlines mengeluarkan perincian nyata penerbangan yang menunjukkan 91 penumpang (51 lelaki, 31 wanita, dan 9 kanak-kanak); terdapat juga 8 anak kapal.[8][9][10] Angka kematian disahkan sebanyak 97 orang, yang hanya terdiri dari mereka yang berada di dalam pesawat.[11] Salah seorang penumpang adalah warganegara Amerika Syarikat.[12] Model dan pelakon Pakistan Zara Abid juga adalah salah seorang dari penumpang penerbangan.[13][14] Lima pegawai dari Tentera Darat Pakistan dan seorang dari Tentera Udara Pakistan juga terdiri dari antara mangsa.[15][16]

Pesawat itu tidak dipenuhi karena kemampuan penjarakan sosial yang dikenakan oleh Lembaga Penerbangan Awam Pakistan ketika pandemik COVID-19, yang mewajibkan sekurang-kurangnya satu tempat kosong diantara penumpang.[17]

Rujukan


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Aku Bukan UstazahPedofiliaLaman UtamaRacun RihannaErysha EmyraKhas:CariTakdir Itu Milik AkuMetilena biruPeribahasa MelayuRuhainiesNoniswaraMuhamad Akmal SalehUndang Luak RembauMK K-CliqueKhas:Perubahan terkiniSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMalang Si PuteriUndang (Negeri Sembilan)Puaka Cuti SemesterInna lillahi wa inna ilaihi raji'unHari WesakYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarEkosistemFitopemulihanMandi wajibBumiputeraPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaShaza BaeMalaysiaSheriff: Narko IntegritiQistina KhaledPeristiwa 13 MeiPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaDarurat Tanah MelayuNabi Muhammad SAWAnwar IbrahimUniversiti Teknologi MARA