Perlembagaan Azerbaijan


Perlembagaan Azerbaijan (Azeri: Azərbaycan konstitusiyası) diguna pakai pada tarikh 12 November 1995 berdasarkan pungutan suara popular. Perlembagaan Azerbaijan diamendemen pada tarikh 24 Ogos 2002 dan dilakukan kembali pada tarikh 18 Mac 2009. Perlembagaan ini merupakan "kekuatan undang-undang tertinggi" di Azerbaijan menurut artikel 147.[1]

Mukadimah

Demi "memberikan kemakmuran dan kesejahteran atas seluruh masyarakat dan setiap individu", Mukadimah Perlembagaan Azerbaijan menerangkan bahawa sasaran-sasaran berikut ini dinyatakan:[1]

  • perlindungan kedaulatan negara dan integriti wilayah
  • suatu demokrasi berperlembagaan
  • membentuk suatu masyarakat madani
  • suatu negara sekular berdasarkan peraturan undang-undang
  • suatu "taraf hidup yang layak" bagi warga negara serta tatanan sosial dan ekonomi yang "adil"
  • ketaatan pada "nilai-nilai kemanusiaan sejagat", keamanan, dan kerja sama internasional

Pembahasan utama

Perlembagaan Azerbaijan terdiri daripada enam bab dan 147 artikel. Hasil dari referendum tersebut adalah sebuah undang-undang dasar yang menyatakan Azerbaijan sebagai negara demokratik, berdaulat, sosial, dan perlembagaan. Baku dinyatakan sebagai ibu negara. Kedaulatan berada di tangan rakyat yang memilih secara langsung wakil-wakil mereka di pemerintahan. Perubahan-perubahan yang berkaitan dengan perlembagaan boleh dilakukan rakyat melalui satu pungutan suara.[1]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar