Perlembagaan

undang-undang tertinggi yang menjelaskan sifat-sifat sesebuah organisasi atau negara

Perlembagaan (Jawi: ڤرلمباڬاءن) atau konstitusi[1] sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuk, struktur atau tata, kegiatan, sifat dan peraturan utama pemerintahannya dalam bentuk undang-undang penting[1] yang biasanya dikeluarkan seorang penguasa (baik seorang raja, maharaja atau sultan) lalu digunakan secara meluas dalam penggubalan undang-undang berkanun - undang-undang jenis ini adakalanya digubah mengikut kerelevanan dengan ketua agama (misalnya seorang sepertimana yang lazim di kerajaan-kerajaan.).

Organisasi-organisasi yang biasanya menggunakan konsep ini termasuklah:

Sesebuah organisasi mungkin diberi kuasa tertentu dengan syarat ia mematuhi perlembagaan atau piagam yang terhad (charter limitation). Terma Latin ultra vires merujuk kepada segala kegiatan yang terkeluar dari skop kegiatan yang dibenarkan oleh perlembagaan organisasi tersebut. Contohnya, sebuah kesatuan pelajar mungkin ditegah dari terlibat dengan kegiatan yang tidak berkaitan dengan hal ehwal pelajar. Sekiranya kesatuan ini masih melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak berkaitan dengan pelajar, kegiatannya boleh dianggap sebagai 'ultra vires'. Satu contoh lagi ialah undang-undang negeri. Jika perlembagaan negara menetapkan bahawa pemerintahan negeri tidak berkuasa atas hal-hal perbankan, sebarang undang-undang negeri yang melibatkan bank boleh dianggap sebagai termansuh atau "ultra vires" oleh Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Perlembagaan.

Peristilahan

Perkataan "perlembagaan" yang lazim dipakai dalam baku Malaysia datangnya daripada pengimbuhan lembaga - ia mula dipakai dalam tujuan rasmi melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perkataan konstitusi yang lazim dalam baku Indonesia pula merupakan kata pinjaman melalui pembelandaan istilah akar bahasa Latin cōnstitūtiō "tubuhan kekal" terbitan cōnstituere lakuran com- (bersama) dan statuere (mendirikan).[2]

Terdapat juga duluan lain kepada pengungkapan konsep dokumen asas dan tataperintah negara - misalnya:

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno