Pilihan raya umum Singapura 2006

pilihan raya umum parlimen tahun 2006 di Singapura

Pilihan raya umum (PRU) diadakan di Singapura pada 6 Mei 2006. Presiden S. R. Nathan membubarkan parlimen di tarikh 20 April 2006 mengikut nasihat Perdana Menteri, yakni Encik Lee Hsien Loong, tiga minggu sebelum pelaksanaan pilihan raya.[1][2] Mengundi diwajibkan di Singapura dan didasarkan pada sistem pemenang undi terbanyak (FPTP). Pilihan raya dikendalikan Jabatan Pilihan Raya (ELD), yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Hari pencalonan diadakan pada 27 April 2011 dengan 37 kerusi di lima kawasan undi dari 84 kerusi dan 23 kawasan undi diberikan kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) kerana tidak ada calon yang mendaftar dan dinyatakan lolos nominasi pencalonan. Untuk pilihan raya 2006 dan pilihan raya 2011, PAP tidak mengembalikan mandat pemerintah pada Hari Pencalonan tetapi PAP mengembalikan mandat pemerintah pada Hari Pengundian.[3]

Pilihan raya umum Singapura 2006

← 20016 Mei 20062011 →
← anggota terkeluar
anggota terpilih →

84 kerusi dipertandingkan
(+1 kerusi ditawarkan untuk NCMP)
ke Parlimen Singapura
43 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar2,159,721 23.50%
Pengundi hadir1,150,003 0.61%
 Parti pertamaParti keduaParti ketiga
 
PemimpinLee Hsien LoongLow Thia KhiangChiam See Tong
PartiPAPWPSDA
Pemimpin sejak200420012001
Kerusi pemimpinGRC Ang Mo KioSMC HougangSMC Potong Pasir
Pilihan raya
lepas
82 kerusi, 75.29%1 kerusi, 3.05%1 kerusi, 12.03%
Kerusi selepas821 kerusi + 1 kerusi NCMP1
Perubahan kerusi + 1 kerusi NCMP 1 + 1 kerusi NCMP
Undian popular748,130183,578145,628
Peratusan66.60%16.50%12.96%
Peralihan undi 8.69% 13.45% 0.93%

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Lee Hsien Loong
PAP

Perdana Menteri terpilih

Lee Hsien Loong
PAP

PAP berjaya mempertahankan 66.6% dari seluruh undi sah di Singapura dan mengontrol 82 dari 84 kerusi di Parlimen. PAP memegang jawatan Perdana Menteri untuk kali kedua belas secara berturut-turut.[4] Bersama dengan pilihan raya 2011, PAP tidak membalikkan mandat pemerintahan pada hari pencalonan tetapi PAP mengembalikan mandat pemerintah pada hari pengundian, yakni pada 6 Mei 2006.[5] Pilihan raya tahun ini mencatatkan ketiadaan pertandingan kawasan undi dengan calon lebih dari dua kandidat. Semua kawasan undi di pilihan raya tahun ini hanya menyaksikan dua parti yang bertarung di tiap-tiap kawasan undi, yakni PAP dan parti-parti pembangkang. Pada Hari Pencalonan, PAP secara otomatis mendapatkan 37 kerusi yang menunjukkan bahawa tidak ada kandidat lain yang lolos pencalonan untuk bertanding di lima kawasan undi.[6] Isu-isu utama pilihan raya meliputi pekerjaan, kos sara hidup, perumahan, pengangkutan, pendidikan, perlunya suara pembangkang yang efektif di parlimen, dan kualiti kandidat-kandidat yang ada.

Hasil akhir menunjukkan turunnya undian PAP sebanyak 8.69%. Turunnya undian PAP merupakan salah satu hasil penurunan paling teruk PAP sejak pilihan raya 1984 dengan penurunan sebanyak 12.9%. Gelaran pilihan raya kali ini juga mencatatkan bahawa Parti Pekerja (WP) dan Parti Rakyat Singapura (SPP) sama-sama mendapatkan satu kerusi kawasan undi, yakni SMC Hougang untuk WP dan SMC Potong Pasir untuk SPP. Satu kerusi Anggota Parlimen tanpa Kawasan Undi (NCMP) diberikan bagi WP sebagai parti pembangkang dengan perolehan undian tertinggi di pilihan raya tahun ini sehingga Sylvia Lim Swee Lian, kandidat WP untuk GRC Aljunied, dapat mengangkat sumpah jawatan. Dengan demikian, sejumlah tiga kandidat—dua lagi adalah Low Thia Khiang dari SMC Hougang dan Chiam See Tong dari SMC Potong Pasir—dari parti pembangkang, pada akhirnya, mendapatkan kerusi di Parlimen Singapura.

Latarbelakang

Parti politik

Di samping parti berkuasa PAP, parti politik besar lainnya melingkupi Parti Pekerja Singapura (WP) yang dipimpin oleh Low Thia Khiang, Parti Rakyat Singapura (SPP) yang dipimpin oleh Chiam See Tong, the Parti Perpaduan Nasional (NSP) yang dipimpin oleh Steve Chia, dan Parti Demokratik Singapura (SDP) led by Chee Soon Juan, yang tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya kerana suatu sabitan di tahun 2002.[7]

Empat parti, termasuk SPP dan NSP, bertanding sebagai anggota daripada Perikatan Demokratik Singapura (SDA).

Kawasan undi

Pada 3 Mac 2006, Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) melaporkan kemaskini senarai kawasan-kawasan undi yang ada di Singapura. Terdapat empat belas Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC), tiap-tiap GRC diwakili oleh lima atau enam AP, dan sembilan Kawasan Undi Perseorangan (SMC). Total kerusi yang ada di Parlimen Singapura tetap berjumlah 84 kerusi seperti pilihan raya umum Singapura 2001, namun terdapat sejumlah perubahan kecil dan pulasan. Dua kawasan undi yang dikuasai pembangkang, yakni SMC Hougang dan SMC Potong Pasir tidak berubah. Kawasan undi yang juga tidak berubah adalah SMC Chua Chu Kang (SMC CCK), yang pada tahun 2001 menjadi saksi pertandingan antara anggota parti pemerintah PAP bernama Low Seow Chay and anggota Parti Perpaduan Nasional bernama Steve Chia Kiah Hong. Sempadan untuk lima GRC, yakni GRC Bishan–Toa Payoh, GRC Hong Kah, GRC Jalan Besar, GRC Jurong, serta GRC Tampines juga tidak berubah.

Sempadan kawasan undi di Singapura yang dikeluarkan pada Mac 2006.

Perubahan kawasan undi yang ada di Singapura untuk pilihan raya 2006 tertera sebagai berikut.

Kawasan undiPerubahan
GRC AljuniedMemasukkan wad Serangoon yang berasal dari GRC Marine Parade
Mengeluarkan tempat-tempat yang ada di Lebuh Raya Rentas Pulau, Jalan Eunos, dan Persiaran Sims Timur dan memasukkannya ke GRC Marine Parade
Aljunied-Kembangan dan Kembangan-Punggol diubah semula bagi membentuk wad Empangan Bedok-Punggol sedangkan tempat-tempat yang tersisa dimasukkan ke Paya Lebar (masih di GRC Aljunied) dan Kampong Ubi-Kembangan (GRC Marine Parade).
GRC Ang Mo KioWad Yio Chu Kang dikeluarkan bagi membantuk SMC baru
Sebahagian wad di Jalan Kayu dikeluarkan lalu dimasukkan ke wad Sengkang Barat
GRC Pantai TimurDikurangi menjadi lima kerusi
Sebahagian tempat di Kampong Chai Chee, termasuk Bandar Baru Bedok dan Bedok North Green, diukir keluar dan wad Kaki Bukit masuk ke Marine Parade
GRC Holland–Bukit TimahKawasan undi baru
Terbentuk dari SMC Bukit Timah and GRC Holland–Bukit Panjang (kecuali wad Bukit Panjang yang pernah menjadi sebuah SMC)
GRC Marine ParadeMemasukkan Kembangan dari GRC Aljunied, Kampong Chai Chee and Kaki Bukit divisions from East Coast GRC
Wad Kampong Ubi digabung dengan Kembangan bagi membentuk wad Kampong Ubi-Kembangan
Menggaris keluar Serangoon supaya dimasukkan ke GRC Aljunied
GRC Pasir Ris–PunggolDitambah menjadi enam kerusi
Sebahagian tempat di Punggol Utara dan Selatan dipecah supaya wad Punggol Timur dapat dibentuk
GRC SembawangMenggaris keluar Yishun lalu memasukkan Yishun ke SMC Nee Soon Timur
GRC Tanjong PagarMemasukkan GRC Holland–Bukit Panjang
GRC Pantai BaratKemasukan SMC Ayer Rajah, lalu digabung dengan Pantai Barat sehingga menjadi wad Ayer Rajah-Pantai Barat.

Isu-isu dalam pilihan raya

Isu-isu yang melekat dalam kehidupan sehari-hari seperti pekerjaan, pengangguran, layanan kesihatan, dan kos sara hidup menjadi perkara utama yang dibincangkan dalam kempen pilihan raya tahun ini. Isu lain yang diperbincangkan dalam pilihan raya tahun ini meliputi perkara-perkara sebagai berikut.[8][9]

Garis masa

TarikhKejadian
3 MacPengisytiharan laporan semakan kawasan undi
3 MacSijil daftar pengundi
20 AprilPembubaran Parliamen X; Pengeluaran writ pilihan raya
23 AprilTarikh akhir penyerahan sijil sumbangan politik
27 AprilHari Pencalonan
27 April-5 MeiTempoh berkempen
29 AprilSiaran langsung parti politik untuk yang pertama
4 MeiSiaran langsung parti politik untuk yang kedua
6 MeiHari Pengundian
10 MeiPenghitungan suara dari luar negeri
30 MeiParlimen XI bersidang untuk pertama kalinya
2 NovemberParlimen XI dibuka

Pra-hari penamaan calon

Pembubaran Parlimen

Pada 20 April 2006, Parlimen dibubarkan oleh Presiden Singapura, yakni Sellapan Ramanathan, mengikut anjuran dari Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.[12] Kemudian, President mengeluarkan writ pilihan raya dan pemerintah mengisytiharkan bahawa pilihan raya digelar pada hari Sabtu, 6 Mei 2006, dengan Hari Pencalonan yang jatuh pada hari Khamis, 27 April 2006. Yang menjadi Pegawai Pilihan Raya ialah Tan Boon Huat, Ketua Pengarah Eksekutif daripada Persatuan Rakyat (PA).[13]

Manifesto Parti Pekerja (WP)

Parti Pekerja (WP) menjadi parti pertama yang mengeluarkan kemaskini terhadap manifestonya pada 14 Januari 2006 meskipun Farah Abdul Rahim menyebutkan bahawa manifesto ini belum berubah sejak 1994.[14] Di antara proposal polisi daripada WP, WP mencadangkan

  1. Pemberian skim bantuan pengangguran nasional,
  2. Agar presiden kembali kepada maruahnya sebagai tokoh seremonial sahaja,
  3. Penubuhan agensi terpusat dalam penyediaan angkutan awam,
  4. Pembubaran sistem kawasan undi perwakilan berkumpulan (GRC),[15]
  5. Polisi integrasi etnik untuk flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Jawatankuasa Penduduk (RC), dan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC),
  6. dan suatu skim insurans kesihatan negara yang lebih komprehensif.

Pada 21 Januari, PAP memberi sejumlah kritik terhadap proposal WP, dengan menjabarkan empat butir di antara proposal tersebut sebagai "empat bom...[yang akan] melemahkan dan memecahbelah Singapura".[16] Khaw Boon Wan yang mendedahkan pelbagai perubahan di dalam polisi-polisi kesihatan, termasuk skim Medisave, menjadi target kritik yang empuk dari parti-parti pembangkang. Ia juga menegur WP atas "kegagalannya dalam memahami perihal yang membuat inter-rasialisme bekerja di Singapura dan sebab-sebab Singapura berbeza daripada seluruh dunia", dengan merujuk pada empat poin yang dibawa oleh Ng Eng Hen sebagai "racun".[17] Chairman Parti Pekerja Sylvia Lim mengeluarkan kenyataan pers[18] on 22 January, responding to each of the four "time bombs" criticised by Ng and adding that the party was standing firmly by its manifesto.[19]

Podcast Parti Demokratik Singapura (SDP)

Pada 25 April, ELD mengamarkan SDP bahawa ELD akan mengambil tindakan terhadap parti jika SDP tidak memadam fail audio dan podcast dari tapak rasmi parti, memandangkan bahawa mereka dianggap melanggar peraturan periklanan pilihan raya di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen (PEA). Dalam sekian jam sesudah notis dikeluarkan, SDP mengeposkan sebuah notis pada laman sesawangnya bahawa perkhidmatan podcast telah digantung.[20]

Keputusan

Keputusan mengikut kawasan undi.

Selepas tempat mengundi ditutup pukul delapan petang, penghitungan undian dimulai. Keputusan diumumkan oleh pegawai piluihan raya Tan Boon Huat. Keputusan pertama diisytiharkan pada 6 Mei 2006 pukul 10.46 apabila kandidat PAP Seng Han Thong menguasai Kawasan Undi Perseorangan Yio Chu Kang dengan majoriti sebanyak 8,419 undian. Keputusan terakhir yang diisytiharkan jatuh untuk Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Sembawang pada 7 Mei 2006 pukul 12.16 dini hari apabila pasukan PAP yang berjumlah enam orang, yang dipimpin oleh Menteri Kesihatan Khaw Boon Wan, mempertahankan kawasan undi dengan margin 53.4%, atau 90,633 votes.

Parti politikUndi%Kerusi+/–
Parti Tindakan Rakyat748,13066.60820
Parti Pekerja183,57816.3410
Perikatan Demokratik Singapura145,62812.9610
Parti Demokratik Singapura45,9374.0900
Jumlah1,123,273100.00840
Undi sah1,123,27397.68
Undi rosak/kosong26,7302.32
Jumlah undi1,150,003100.00
Pengundi berdaftar/Keluar mengundi2,159,72194.00
Sumber: Singapore Elections[a]

Mengikut kawasan undi

Calon-calon dan keputusan Pilihan raya umum Singapura 2006
[21]
KawasanKerusiPengundiPartiCalonUndi% Undian
Kawasan Undi Perseorangan (SMC) (13 kerusi)
SMC Bukit Panjang130,452 Parti Tindakan RakyatTeo Ho Pin21,652
77.18 / 100
Parti Demokratik SingapuraLing How Doong6,400
22.82 / 100
SMC Chua Chu Kang124,975 Parti Tindakan RakyatGan Kim Yong14,156
60.37 / 100
Perikatan Demokratik SingapuraSteve Chia Kiah Hong9,299
39.63 / 100
SMC Hougang123,759 Parti PekerjaLow Thia Khiang13,989
62.74 / 100
Parti Tindakan RakyatEric Low Siak Meng8,308
37.26 / 100
SMC Joo Chiat121,858 Parti Tindakan RakyatChan Soo Sen12,226
65.01 / 100
Parti PekerjaTan Bing Seng6,580
34.99 / 100
SMC MacPherson121,041 Parti Tindakan RakyatMatthias Yao Chih13,184
68.28 / 100
Perikatan Demokratik SingapuraSin Kek Tong6,067
31.52 / 100
SMC Nee Soon Tengah123,152 Parti Tindakan RakyatOng Ah Heng14,211
65.37 / 100
Parti PekerjaLian Chin Way215
34.63 / 100
SMC Nee Soon Timur132,586 Parti Tindakan RakyatHo Peng Kee20,949
68.72 / 100
Parti PekerjaPoh Lee Guan9,535
31.28 / 100
SMC Potong Pasir115,888 Perikatan Demokratik SingapuraChiam See Tong8,245
55.82 / 100
Parti Tindakan RakyatSitoh Yih Pin6,527
44.18 / 100
SMC Yio Chu Kang125,072 Parti Tindakan RakyatSeng Han Thong15,726
68.28 / 100
Perikatan Demokratik SingapuraYip Yew Weng7,307
31.72 / 100
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) 5 anggota (9; 45 kerusi kesemuanya)
GRC Aljunied5145,141 Parti Tindakan Rakyat
  • Cynthia Phua Siok Gek
  • George Yeo Yong-Boon
  • Lim Hwee Hua
  • Yeo Gwat Kwang
  • Zainul Abidin bin Mohamed Rasheed
74,843
56.09 / 100
Parti Pekerja
58,593
43.91 / 100
GRC Bishan-Toa Payoh5115,323 Parti Tindakan Rakyat
Tak tertanding
GRC Pantai Timur5116,653 Parti Tindakan Rakyat
66,931
63.86 / 100
Parti Pekerja
  • Abdul Rahim bin Abdul Rahman
  • Brandon Siow Wei-Min
  • Chia Ti Lik
  • Eric Tan Heng Chong
  • Perry Tong Tzee Kwang
37,873
36.14 / 100
GRC Holland-Bukit Timah5118,155 Parti Tindakan RakyatTak tertanding
GRC Hong Kah5144,677 Parti Tindakan Rakyat
Tak tertanding
GRC Jalan Besar593,025 Parti Tindakan Rakyat
58,913
69.26 / 100
Perikatan Demokratik Singapura
  • Cheo Chai Chen
  • Sebastian Teo Kway Huang
  • Reno Fong Chin Leong
  • Muhammad Ali Aman
  • Vincent Yeo Boon Keng
26,151
30.74 / 100
GRC Jurong5116,636 Parti Tindakan Rakyat
Tak tertanding
GRC Tampines5126,163 Parti Tindakan Rakyat
80,376
68.51 / 100
Perikatan Demokratik Singapura
  • Abdul Rahman bin Mohamad
  • Arthero Lim Tung Hee
  • Ng Say Eng
  • Ong Hock Siong
  • Tan Lead Shake
36,948
31.49 / 100
GRC Pantai Barat5137,739 Parti Tindakan Rakyat
Tak tertanding
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) 6 anggota (5; 30 kerusi kesemuanya)
GRC Ang Mo Kio6159,872 Parti Tindakan Rakyat
96,636
66.14 / 100
Parti Pekerja
  • Yaw Shin Leong
  • Abdul Salim bin Harun
  • Glenda Han Su May
  • Lee Wai Leng
  • Melvin Tan Kian Hwee
  • Gopal Krishnan
49,479
33.86 / 100
GRC Marine Parade6155,149 Parti Tindakan Rakyat
Tak tertanding
GRC Pasir Ris-Punggol6178,443 Parti Tindakan Rakyat
113,322
68.70 / 100
Perikatan Demokratik Singapura
  • Desmond Lim Bak Chuan
  • Ishak bin Haroun
  • Lineker Lee Hock Huat
  • Mohamad Hamim bin Aliyas
  • Elvin Ong Beng Soon
  • Yen Kim Khooi
51,618
31.30 / 100
GRC Sembawang6184,804 Parti Tindakan Rakyat
130,170
76.70 / 100
Parti Demokratik Singapura
  • Chee Siok Chin
  • Christopher Neo Ting Wei
  • Francis Yong Chu Leong
  • Gerald Sng Choon Guan
  • Mohamed Isa bin Abdul Aziz
  • Narayanasamy Gogelavany
39,537
23.30 / 100
GRC Tanjong Pagar6148,141 Parti Tindakan Rakyat
Tak tertanding

Catatan

Rujukan

Pautan luar