Presiden Singapura

ketua negara Singapura

Presiden Republik Singapura merupakan ketua negara Singapura yang dipilih oleh rakyatnya menerusi pilihan raya presiden sejak Ogos 1993. Sebelum ini, hanya Parlimen Singapura sahaja yang bertanggungjawab melantik Presiden.


Republik Singapura
Panji Presiden
Penyandang
Tharman Shanmugaratnam
sejak 14 September 2023
Bidang kuasaSingapura Edit the value on Wikidata
KediamanIstana Negara Singapura
Dilantik olehPresidential elections in Singapore (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Penjawat sulungTun Dato Laila Utama Haji Yusof Ishak
Dibentuk9 Ogos 1965
Tapak webhttp://www.istana.gov.sg/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Presiden yang terpilih akan memegang jawatan selama enam tahun. Beliau mempunyai kuasa untuk menolak belanjawan negara dan tidak menerima perlantikan seseorang dalam jawatan penting negara. Beliau juga diberi kuasa untuk memeriksa pemerintah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang keharmonian agama dan di dalam penyiasatan kes-kes rasuah. Beliau merupakan institusi bebas yang ditubuhkan untuk memeriksa pemerintahan yang kurang baik.

Sebuah Majlis Penasihat Presiden ditubuhkan untuk memberi nasihat dan saranan untuk membantu Presiden melaksanakan tanggungjawabnya. Presiden mesti meminta pandangan majlis untuk melakukan tugasnya, seperti meluluskan perlantikan pegawai awam dalam jawatan penting.

Presiden yang terkini adalah Tharman Shanmugaratnam yang telah memenangi pilihan raya presiden 2023.[1]

Sejarah

Pejabat Presiden ditubuhkan apabila Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.[2] Ia menggantikan pejabat Yang di-Pertuan Negara yang dicipta apabila Singapura diberi hak untuk memerintah secara sendiri pada tahun 1959. Encik Yusof Ishak, Yang di-Pertuan Negara yang terakhir, sekaligus menjadi Presiden pada 9 Ogos 1965.

Senarai Presiden Singapura

PresidenTempoh mula memerintahTempoh akhir memerintahHari
1Tun Yusof bin Ishak[3]
يوسف بن إسحاق
(12 Ogos 1910 – 23 November 1970)
9 Ogos 196523 November 1970
[n 1]
1932 hari
Ketika tempoh ini, Speaker Parlimen, Yeoh Ghim Seng, telah dilantik oleh Parlimen sebagai pemangku presiden sehingga 2 Januari 1971.40 hari
2Benjamin Henry Sheares[3]
(12 Ogos 1907 – 12 Mei 1981)
2 Januari 197112 Mei 1981
[n 1]
3783 hari
Ketika tempoh ini, Speaker Yeoh Ghim Seng telah dilantik oleh Parlimen sebagai pemangku presiden sehingga 23 Oktober 1981.164 hari
3Chengara Veetil Devan Nair[3]
தேவன் நாயர்
(5 Ogos 1923 – 6 Disember 2005)
23 Oktober 198128 Mac 1985
[n 2]
1252 hari
Ketika tempoh ini, Ketua Hakim Singapura, Wee Chong Jin telah dilantik oleh Parlimen sebagai pemangku presiden sehingga 29 Mac apabila beliau digantikan oleh Speaker Parlimen Yeoh Ghim Seng hingga 2 September 1985.158 hari
4Wee Kim Wee[3]
黄金辉
(4 November 1915 – 2 Mei 2005)
2 September 19851 September 1993
[n 3]
2921 hari
5Ong Teng Cheong[3]
王鼎昌
(22 Januari 1936 – 8 Februari 2002)
1 September 199331 Ogos 19992190 hari
6Sellapan Ramanathan[4]
செல்லப்பன் ராமநாதன்
纳丹
(3 Julai 1924 – 22 Ogos 2016)
1 September 1999
[n 4]
31 Ogos 20114382 hari
7Tony Tan Keng Yam
陈庆炎
(lahir 7 Februari 1940)
1 September 201131 Ogos 20172191 hari
Ketika tempoh ini, J. Y. Pillay telah dilantik oleh Parlimen sebagai pemangku presiden sehingga 12 September 2017.11 hari
8Halimah Yacob
حليمة بنت يعقوب
(lahir 23 Ogos 1954)
14 September 201713 September 20232412 hari
9Tharman Shanmugaratnam
(lahir 25 Februari 1957)
14 September 2023Kini221 hari
|Nota

Rujukan