Saadiah

Pelakon dan pengarah veteran Singapura-Malaysia

Datin Hajah Satya Baharom AMN (10 Ogos 1936 – 26 Februari 2005) atau lebih dikenali sebagai Saadiah merupakan seorang pelakon dan pengarah Malaysia, yang terkenal pada era 1950-an dan 1960-an.[1] Beliau merupakan salah seorang primadona filem Melayu yang sering bergandingan dengan P. Ramlee.[2][3]


Saadiah

AMN
Saadiah pada tahun 1960an
Kelahiran
Satya binti Baharom

(1936-08-10)10 Ogos 1936
Tanjung Katong, Negeri-negeri Selat, (kini Singapura)
Meninggal dunia26 Februari 2005(2005-02-26) (umur 68)
Sebab kematianPenyakit kencing manis
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis
Tahun aktif1950–1993
Pasangan
Anak-anak6 (termasuk Fauziah dan Fazlina Ahmad Daud)
SaudaraMariam Baharum (kakak)

Kerjaya

Saadiah melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah selalu berulang alik ke Studio Jalan Ampas untuk menemani kakaknya, Mariam Baharum (Mariam Tahi Lalat). Namun satu hari, beliau ditawarkan peluang berlakon oleh pengarah B. S. Rajhans untuk membintangi watak kecil dalam filem Rachun Dunia lakonan Osman Gumanti, Kasma Booty dan P. Ramlee. Saadiah lebih gemar membawakan watak wanita yang menanggung derita dan menolak watak sebagai wanita curang. Walaubagaimanapun, beliau diberi watak wanita curang dalam filem Mambang Moden. Antara filem yang pernah dilakonkan bersama-sama P. Ramlee ialah Juwita, Anjoran Nasib, Sedarah, Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut dan Antara Dua Darjat.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali pada 1984 bersama Eman Manan, Noorkumalasari, Yusof Wahab dan Zulkifli Zain. Selepas itu, kesihatan beliau tidak begitu mengizinkan untuk terus berlakon, justeru beliau lebih banyak menguruskan keluarganya.

Kehidupan peribadi

Beliau telah berkahwin dengan Dato’ Ahmad Daud dan juga ibu kepada Fauziah (juga dikenali sebagai Ogy), Fazlina dan Faizal.

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 26 Februari 2005 kerana menghidap penyakit kencing manis.[4][5]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1950Rachun DuniaFilem pertama, pelakon tambahan
Takdir Ilahi
1951JuwitaNorsiah
1952Yatim PiatuAminah
Anjoran NasibRamlah
Sedarah
1953Kerana Kau
Istana Impian
1954ImanHamimah
KechewaRabiah
1955InsanJamilah
Penarek BechaAzizah
1956Hang TuahMelor
Semerah PadiDara
Ribut
Keadilan IllahiPuteri Nurani
1957Mogok
Kaseh Sayang
Kembali Saorang
1958Sarjan HassanSalmah
1959Musang BerjanggutPuspawangi
Dandan SetiaPuteri Intan Terpilih
1960Isi NerakaKesuma
Antara Dua DarjatTengku Zaleha
Putera Sangkar Maut
1961Indera BangsawanTengku Ratna Saerah
Mas MerahMas Merah
1963Korban
1964Jeritan Batin
Dupa CendanaSetanggi
Melanchong Ka TokyoRosnah
Mambang ModenAzlin
1965TaqdirPuteri Cemara
Nora Zain - Agen Wanita 001Nora Zain
Pusaka PontianakNorhayati
1966Anak Buloh BetongTengku Puteri Mayang Mas
1967Lampong KaramHamidah
1968Ibulah Syurga
1969Sial WanitaSalmah
1971JahanamPermaisuri
1975Permintaan TerakhirDirinya sendiri - Saadiahwatak ibu kepada Uji Rashid
1976Madu BeracunRosnah
1979Ceritaku CeritamuJuga sebagai pengarah dan penulis
1981Sumpah Semerah PadiDatin Tanjung Kesuma
1984Matinya Seorang PatriotHajahFilem terakhir

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
1988Corak DuniaTV3
1992Mencari Restu
1993Cahaya Fitri

Anugerah dan pencalonan

FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM)

TahunFilemKategoriKeputusan
1995--Anugerah Seniwati Veteran
1959Musang BerjanggutAktres TerbaikMenang
1956Semerah PadiAktres TerbaikMenang

PILIHAN MAJALAH FILEM

TahunFilemKategoriKeputusan
1961Antara Dua DarjatPelakon Wanita TerbaikMenang
1957Hang TuahPelakon Wanita TerbaikMenang
1956Penarek BechaPelakon Wanita TerbaikMenang

ANUGERAH ERA 2001

TahunPenghargaanKeputusan
2001Anugerah Panggung EraMenang


•Pencalonan Pembantu Wanita Terbaik - Matinya Seorang Patriot (Festival Filem Malaysia ke-5 1984)

• Pencalonan Aktres Terbaik - Sial Wanita (Festival Filem Malaya 1969/1970)

• Pencalonan Aktres Terbaik - Agen 001 (Festival Filem Malaya 1965)

• Pencalonan Aktres Terbaik - Mambang Moden (Festival Filem Malaya 1964)

• Pencalonan Aktres Terbaik - Siti Muslihat (Festival Filem Malaya 1962)

• Pencalonan Aktres Terbaik - Antara Dua Darjat (Festival Filem Malaya 1960)

• Pencalonan Aktres Pembantu Terbaik - Sarjan Hassan (Festival Filem Malaya 1958)

• Pencalonan Aktres Terbaik - Penarek Becha ( Festival Filem Malaya 1955)

• Pencalonan Aktres Pembantu Terbaik - Iman (Festival Filem Malaya 1953/1954)

Rujukan

Pautan luar