Fazlina Ahmad Daud

Pelakon wanita Malaysia

Fazlina binti Dato' Ahmad Daud (lahir 5 Jun 1975)[1][2] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan adik kepada primadona Ogy Ahmad Daud, seorang anak kepada seniman Dato' Ahmad Daud dan primadona filem melayu, Datin Saadiah.

Fazlina Ahmad Daud
Kelahiran
Fazlina binti Ahmad Daud

(1975-06-05) 5 Jun 1975 (umur 48)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1993–kini
PasanganNahar Ludhfi Dato' Johari (k. 1993)
Anak-anak4
IbuDatin Saadiah
BapaDato' Ahmad Daud
SaudaraOgy Ahmad Daud
Fazal Ahmad Daud
Azizah (kakak seibu)
Noraini (kakak seibu)
Rohaya (kakak seibu)

Kehidupan awal

Fazlina dilahirkan pada 5 Jun 1975 di Hulu Kelang, Selangor. Rumah keluarganya terletak di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor. Fazlina ialah anak bongsu dari 3 beradik.

Fazlina pernah bersekolah di Sekolah Rendah Klang Gate dan dari tahun 1988 hingga 1990, Sekolah Menengah Lembah Keramat dan Sekolah Menengah Taman Melawati.

Kerjaya

Bermula pada tahun 1993 ketika itu, kakaknya Ogy sedang mencari pelakon tambahan, kerana terdesak mencari pelakon, Ogy lalu mengambil Fazlina sebagai watak tambahan dalam telefilem Mat Gabra. Sejak dari itu Fazlina banyak mendapat tawaran berlakon drama. Antara drama lakonannya dulu, Kelab Buku Bukit Cheri, Mencari Az Zahrah, Bukan Yang Pertama, Tetamu tetamu, Sayang Maria dan Kamelia. Selain itu Fazlina pernah terlibat dalam teater Raden Galoh dan Pelayaran Nur Atma. Beliau juga amat terkenal di Acheh menerusi drama "Lari Mira" sebuah drama yang melibatkan beberapa artis Indonesia dan Brunei.[3][4][5]

Kehidupan peribadi

Pada 1 Januari 1993, Fazlina, pada usianya yang agak muda iaitu 18 tahun, telah berkahwin dengan Nahar Ludhfi Dato 'Johari iaitu anak lelaki kepada pengarah muzik RTM, Dato' Johari Salleh.

Mereka mempunyai 4 orang anak iaitu Nur Fatihah (lahir 1995) - kini bergelar seorang ibu, di mana pasangan ini mempunyai beberapa orang cucu lelaki hasil perkahwinan Fatihah, Muhammad Hamzah (lahir 1997) serta sepasang kembar iaitu Muhammad Nazmi dan Muhammad Fahad (lahir 1999).

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2012Zaiton: CeritakuKakak ZaitonFilem pertama
2022Jerangkung Dalam AlmariHamidah
SeratusKak BiePenampilan khas
2023Penanggal Mak KiahMak Teh
Mat Tudung BeginsMadam Lola

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2007Bukan Yang PertamaTV2
2011Cita & CintaMaisarahTV9
Ramadhan TerakhirMazniTV3
2011–2012Vanila Coklat
2012PulauMadam ZaraTV9
MahabbahKhatyTV3
SirrunMariaTV9
Cinta Itu MilikkuPuan SuzieTV3
2013Mak Lang, Datang Kompang BergendangJamilah
Iman NabilaHalimah
Fira AyuniDatin Shamsiah
Seindah SabarmuAyuTV9
Aku Tak Percaya CintaShirenTV1
2014KifarahTV3Episod: "Di Angin Lalu"
Alam MayaRamlahTV9
Mahligai KacaTV1
Rindu Awak 200%RaziqahTV3
PLAN BYati
2015Teman Lelaki UpahanAzlinaPelakon undangan
Asam Pedas Untuk DiaPuan Hajah
Lari MiraCut Indah
Tuan Anas MikaelCik SuAstro Ria
Akulah BalqisTok MaTV3
2015–2016Alif ImaniFaridahTV9
2016Bagaikan Kelip-KelipZaiton
Kahwin MudaSharifah MarlinaTV3
2016-2018Mak CunNormah
2016–2017Lara Cinta AmeenaKirana
2017Suamiku Paling SweetPuan Sanisah
Bahagia KasihmuZakiah
Mat RukunKhatijahTV9
2017–2018DiaMak MilahTV3
Syurga Yang KeduaShidahAstro Prima
2018MelankoliaPuan' RosTV3
Seribu RinduFatimah
DianYon AishahNTV7
2018–2019Jika Masih Ada RinduDatin EmbunTV3
2019Dia Menantu RahsiaPuan Sarah
DevotedLeiniViu
Mama Papa EkspresNonaTV3
Puteri Yang DitukarFarinaAstro Prima
IktibarKak LizaTV3Episod: "Maafkan Ibu Anakku"
2019–2020Adellea SofeaDr. Fauziah
2020Aku, Dia dan Pinky PromiseMak LimahTV Okey
Memoir KarmilaDatin RamlahTV1
Di Hujung RantingDatin FatimahTV2
Bila Cupid Jatuh CintaSalwaTV3
Syurga UntukmuDatin MulyaniPenampilan khas
2021Fam I Love YouFatimah (Nanny)Astro Ceria
Diva PopularAwesome TV
Hati Yang DikhianatiDatin SofiaAstro Prima
Suara HatiHajah Kathy
Wifi Sebelah RumahKathyDisney+ Hotstar
Perisik Cinta Tak DiundangPuan RogayahTV3
Jangan Ganggu JodohkuMak PiahAstro Ria
2022Sayang Tak DikenangAmiraTV3
Impian LaraAwesome TV
Guard KomandoDatin SharmilaTV9
Sekali Lagi Cinta KembaliZainabTV3
Rindu KasihHalijah
KudetaKak GeeAstro Ria
2023Nenek Bongkok TigaIbu TaufiqViu
Tentang Hati DiaFatimahTV3
Tuhan Beri Aku CintaDatin KamariahTV1
Mystic VillageSolehah SyawalAstro Premier
2024Rindu Kasih 2HalijahTV3
Jendela HatiZahelaViu
Dia Dari SyurgaFarizahTV1

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
1994Mat GabraTV3
2011Balasan Mak TiriDoktor ZitaAstro Prima
2012Cinta HalalNajihahTV3
Jidin Puasa Lagi
2013Anak Sampah
2015Villa Untuk IbuTV AlHijrah
2016Tetamu RamadanTV3
Penjaga Garisan Itu Suami AkuTV2
2017TopengTV1
Mamaku Guru Besar
Mat RukunKhatijahTV9
2018Tulus CintaTV3
Mak Tak Balik RayaTV2
Baju Raya EksklusifRamlah NatasyaTV3
Maya MilaSitiNTV7
2022Nafsu MentalAnitaAstro Citra
Adik KakakHanum (Adik)TV3
Syukur Itu Aku
2023MortenTV2
Perindu SenjaTV3
2024Daddy DudaTok Ma

Teater

TahunTajukWatak
2015Bawang Merah Bawang PutihMak Labu

Muzik video

TahunTajukPenyanyi
2020"Gundah"Ernie Zakri

Rujukan

Pautan luar