Sepal

(Dilencongkan dari Salut bunga)

Sepal (daripada bahasa Latin sepalum daripada bahasa Yunani σκεπη sképē "penutup/pembalut")[1][2] atau kelopak[3] ialah sebahagian daripada bunga angiosperma. Ia biasanya berwarna hijau. Sepal atau kelopak yang banyak membentuk kaliks (daripada bahasa Latin calyx,[4] berasal daripada bahasa Yunani καλυξ "kuntum", "sekam" atau "balutan", daripada bahasa Sanskrit kalika "kuntum"[5]) atau salut bunga[6] dengan bahagian pusaran paling luar membentuk sebuah bunga.

Bunga tetramer Ludwigia octovalvis menunjukkan ranggi (petal) dan kelopak (sepal)
Kelopak bunga asam belanda menjadi buah hiasan yang boleh dimakan selepas mekar.

Sepal atau kelopak lazimnya berfungsi melindungi bunga dalam kuntum, dan selalunya mempunyai fungsi menyokong ranggi apabila mekar.[7] Selepas berbunga, salut ini tidak berguna lagi lalu layu atau menjadi sisa. Sesetengah tumbuhan mengekalkan kaliks berduri yang kering atau pun hidup sebagai perlindungan terhadap buah atau benihnya.

Rujukan

Lihat juga