Samantha Bee

Samantha Anne Bee (lahir 25 Oktober 1969)[1][2] ialah seorang pelawak, penulis, penerbit, pengulas politik, pelakon, dan pengacara televisyen Kanada-Amerika. Bee terkenal sebagai koresponden di The Daily Show with Jon Stewart, di mana beliau menjadi koresponden tetap paling lama.[3] Pada tahun 2015, beliau meninggalkan rancangan itu setelah 12 tahun dan mengacarakan rancangan TVnya sendiri, Full Frontal with Samantha Bee. Bee menjadi warganegara Amerika Syarikat pada 2014, yang mana beliau tetap mempertahankan kewarganegaraan Kanadanya. Pada tahun 2017, Time menobatkannya sebagai salah satu dari 100 orang paling berpengaruh di dunia dalam senarai Time 100 tahunan mereka.

Samantha Bee
Bee pada Disember 2017
Nama lahirSamantha Anne Bee[1]
Kelahiran (1969-10-25) 25 Oktober 1969 (umur 54)
Toronto, Ontario, Kanada
Media
  • Televisyen
  • teater
  • filem
  • buku
Pusat pendidikanUniversiti Ottawa
Tahun aktif2000–kini
PasanganJason Jones (k. 2001)
Anak3
Laman websamanthabee.com
KerakyatanKanada (1969–kini)
Amerika Syarikat (2014–kini)
PekerjaanPelawak, pengacara, pelakon, pengulas politik, penerbit, penulis

Kehidupan awal

Bee dilahirkan di Toronto, Ontario, anak kepada pasangan Debra dan Ronald Bee.[4][5] Ibu bapa Bee berpisah tidak lama setelah kelahirannya, dan beliau awalnya dibesarkan oleh neneknya, yang bekerja sebagai setiausaha di sekolah Katolik di mana beliau bersekolah yang terletak di Roncesvalles Avenue.[6] Bee kemudian melanjutkan pendidikannya ke Humberside Collegiate Institute dan York Memorial Collegiate Institute.[7]

Selepas tamat sekolah menengah, Bee melanjutkan pengajiannya di Universiti McGill, di mana beliau belajar humaniora. Beliau berpindah ke Universiti Ottawa selas tahun pertamanya. Di Universiti Ottawa, Bee menyertai kelas teater di mana beliau menunjukkan minatnya terhadap seni persembahan. Bee kemudian mendaftarkan diri ke Sekolah Teater George Brown di Toronto.[7]

Kerjaya

Bee menghadiri ujibakat untuk peranan lakonan di Toronto sewaktu masih bekerja sebagai pelayan. Pada usia 26 tahun, Bee melakukan jelajah dengan penerbitan pentas Sailor Moon yang mana beliau memegang watak tajuk.[8]

Bee ialah salah seoramg dari empat ahli pengasas kumpulan komedi sketsa yang berpangkalan di Toronto yang bernama The Atomic Fireballs.[9] Semua ahli Fireballs ialah wanita. Kumpulan ini mendemonstrasikan hubungan yang saling menyokong, mencuba untuk menampilkan idea antara satu sama lain sebanyak yang mereka mampu.[10]

2003–2014

Bee menjadi koresponden The Daily Show bersama Jon Stewart pada 10 Julai 2003.[11] Bee ialah satu-satunya koresponden wanita di The Daily Show sejak penampilan sulungnya pada 2003 hingga Kristen Schaal menyertai rancangan itu pada Mac 2008. Beliau ialah koresponden bukan warganegara Amerika Syarikat pertama di The Daily Show.[12]

Bee mendapat peranan utama pertamanya dalam sebuah filem bebas Kanada pada 2004 yang bertajuk Ham & Cheese. Filem itu ditulisnya bersama suaminya Jason Jones dan dibintangi oleh Scott Thompson dan Dave Foley.[13][14] Beliau memenangi Anugerah Komedi Kanada untuk "Penampilan Wanita yang Lucu" untuk peranannya. Jones menyertai The Daily Show sebagai koresponden pada tahun 2005, dua tahun selepas isterinya.[15] Jones menjadi koresponden terdahulu untuk rancangan itu sementara Bee mengurangkan beban kerjanya sepanjang kehamilannya.[16]

Pada Disember 2005, sewaktu muncul di The O'Reilly Factor, Bill O'Reilly menggunakan klip Bee dari The Daily Show yang berjudul "The War on Christmas". Tangkap layar satira yang menampilkan Bee menyebutkan bagaimana Natal ialah satu-satunya hari cuti keagamaan yang juga merupakan hari cuti persekutuan di Amerika Syarikat. Stewart muncul dalam rancangannya dengan menjemput Bee untuk berbincang.[17] Bee dianugerahkan dengan Anugerah Komedi Kanada 2005 untuk Penampilan TV Wanita Terbaik untuk persembahannya di The Daily Show.[18]

Pada 20 Januari 2008, Bee berjaya menjadi selebriti dengan skor tertinggi dalam rancangan permainan CBC Test The Nation. Beliau juga memiliki peranan kecil dalam Little Mosque on the Prairie dalam episod bertajuk "Spy Something or Get Out". Bee juga muncul di episod ke-12 Musim 20 Law & Order bertajuk "Blackmail".[19][20] Bee menulis buku berjudul I Know I Am, But What Are You ? yang diterbitkan pada 2010.[21] Beliau menjadi koresponden tetap The Daily Show paling lama setelah melepasi rekod Stephen Colbert pada 2011.[22] Pada tahun yang sama, Bee berkolaborasi dengan rakan lamanya Allana Harkin dalam blog berjudul Eating Over the Sink untuk majalah online Babble.[23] Pada tahun 2014, Bee menjadi panelis di Canada Reads, debat buku kebangsaan tahunan oleh CBC.[9]

2015-kini

Pada Mac 2015, diumumkan bahawa beliau akan meninggalkan The Daily Show, setelah 12 tahun untuk mengacarakan rancangan berita satirnya sendiri di TBS.[24][25] Bee meninggalkan The Daily Show pada 30 April 2015.[26] Rancangan barunya yang bertajuk Full Frontal with Samantha Bee, memulakan tayangan perdananya pada 8 Februari 2016.[27] Menerusi rancangan ini, Bee menjadi wanita pertama yang menjadi pengacara rancangan satira lewat malam.[10] Musim pertama Full Frontal menerima pujian kritis dan pada November 2016, ia diperbaharui untuk musim kedua sepanjang 2017.[28][29][30]

Bee ialah penerbit eksekutif untuk siri komedi TBS The Detour.[31] Setahun setelah Bee mengacarakan Full Frontal, Time menyebut Bee sebagai salah seorang dari 100 orang paling berpengaruh di dunia.[32][33] Pada Julai 2017, kempen Bee dengan nama "Nasty Woman Shirt" mengumpulkan lebih dari $1 juta untuk Planned Parenthood.[34] Pada Januari 2018, TBS memperbaharui Full Frontal untuk musim ketiga dan keempat, yang akan ditayangkan hingga 2020. Kerjasama Bee dengan TBS dilanjutkan hingga 2022.[35]

Dalam sebuah episod Full Frontal yang ditayangkan pada 30 Mei 2018, Bee menyebut Ivanka Trump sebagai "feckless cunt", setelah mengulas mengenai dasar penghijrahan Donald Trump.[36][37] Sehari selepas segmen ditayangkan, Bee memohon maaf dan "sangat menyesali" dengan komen itu.[38] Pelawak Kathy Griffin, Michelle Wolf, Sarah Silverman, dan Jon Stewart membela Bee.[39] Rancangan tersebut menampilkan lebih sedikit iklan pada minggu berikutnya.[40] Bee memula episod itu dengan permintaan maaf kepada setiap wanita yang telah disakitinya dan menyatakan bahawa satu kata buruk telah menjadi fokus dan bukan dasar menahan kanak-kanak pendatang haram yang telah dikritiknya.[41][42]

Pada Disember 2018, ia diumumkan bahawa Bee telah menubuhkan syarikat penerbitan baru yang bernama Swimsuit Competition, yang kemudian menandatangani kerjasama dengan TBS. Syarikat ini akan berfokus pada penceritaan dan membangunkan projek televisyen dokumentari untuk TBS.[43]

Kehidupan peribadi

Pada tahun 2001, Bee berkahwin dengan Jason Jones, yang pertama kali beliau bertemu pada 1996. Mereka tinggal di Manhattan, New York. Pada Januari 2006, beliau melahirkan anak pertamanya, seorang anak perempuan bernama Piper. Beliau kemudian kembali ke The Daily Show pada Mac 2006.[44] Pada 24 Januari 2008, Bee mengumumkan kehamilan kedua secara langsung semasa liputan media tentang kempen presiden 2008.[45] Pada 2008, beliau melahirkan anak kedua mereka, anak lelaki bernama Fletcher.[46] Anak ketiga mereka, seorang anak perempuan bernama Ripley, dilahirkan pada akhir 2010.[47] Sepanjang kehamilan ketiganya, Bee mendedahkan bahawa beliau dan Jones "hanya berkembang biak seperti petani."[48]

Bee memegang kewarganegaraan Kanada dan Amerika Syarikat setelah menjadi warganegara Amerika pada tahun 2014.[49]

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananCatatan
2004Ham & CheeseBeth Goodson
2007UnderdogPengetua
2008Coopers' CameraNancy Cooper
2008The Love GuruCinnabon Cashier
2009Whatever WorksChess Mother
2009MotherhoodAlison Hopper
2010Date NightWoman in Times SquareTidak dinamakan
2010Furry VengeancePrincipal Baker
2014Learning to DriveDebbie
2015Get SquirrelyRaitch (suara)aka A.C.O.R.N.S.: Operation Crackdown
2015SistersLiz
2018Elliot the Littlest ReindeerHazel (suara)

Televisyen

TahunTajukPerananCatatan
2000Real Kids, Real AdventuresJiranEpisod: "Explosion: The Christopher Wise Story"
2003–2015The Daily Show with Jon StewartDirinya sendiri (koresponden)332 episod
2003Jasper, TexasKathyFilem televisyen
2005Odd Job JackLinda Callahan (suara)Episod: "Law and Lawless"
2006Love MonkeyCarol Dulac – Letterman BookerEpisod: "The One That Got Away"
2007Not This But ThisPelbagaiPenerbit bersama
2007Little Mosque on the PrairieNancy LaytonEpisod: "Spy Something or Get Out"
2007Rescue MeReal Estate AgentEpisod: "Animal"
2007Two FamiliesFilem televisyen
2009–2011Bored to DeathRenee Dalton3 episod
2010Law & OrderVanessa CarvilleEpisod: "Blackmail"
2010Love LettersMelissaFilem televisyen
2010–2012Sesame StreetMother Goose2 episod
2011Michael: Tuesdays and ThursdaysNancy SladeEpisod: "Sweating"
2012Good GodShandy Sommers9 episod
2012–2017Bob's BurgersPam, Nurse Liz (suara)4 episod
2013Bounty HuntersStacy (suara)13 episod
2013–2014Phineas and FerbLyla Lolliberry, suara tambahan2 episod
2013–2017Creative GalaxyMom (suara)22 episod
2014The Michael J. Fox ShowDr. YoungEpisod: "Surprise"
2014DeadbeatDarcy2 episod
2015Halal In The FamilyWendyEpisod: "The Amazing Race"
2015–2016Game OnGeri25 episod
2016–kiniFull Frontal with Samantha BeeDirinya sendiri (hos)Pencipta, penulis, penerbit eksekutif
2016–2019The DetourIbu Nate2 episod
2017The History of ComedyDirinya sendiri2 episod
2020BoJack HorsemanDirinya sendiriEpisod: "The Horny Unicorn"
2020Blue's Clues & You!Dirinya sendiriEpisod: "Happy Birthday, Blue!"

Peranan lain

TahunTajukCatatan
2016–2019The DetourPencipta bersama, penulis, penerbit eksekutif
2020–kiniIt's Personal with Amy HoggartPenerbit eksekutif

Rujukan

Pautan luar