Manhattan


Manhattan ialah salah satu daripada lima daerah perbandaran Bandaraya New York yang terletak terutamanya di Pulau Manhattan di muara Sungai Hudson.

Manhattan
مانهاتتن
Daerah perbandaran di Bandaraya New York
Kaunti New York
Pemandangan Midtown Manhattan dari Bangunan GE.
Pemandangan Midtown Manhattan dari Bangunan GE.
Lokasi Manhattan dikuningkan.
Lokasi Manhattan dikuningkan.
NegaraAmerika Syarikat
NegeriNew York
KauntiKaunti New York
Bandar rayaBandaraya New York
Petempatan1624
Pentadbiran
 • Presiden daerah perbandaranScott Stringer (D)
 • Peguam Daerah Peguam Daerah Kaunti New YorkRobert M. Morgenthau
Keluasan
 • Jumlah33.77 batu persegi (87.5 km2)
 • Tanah22.96 batu persegi (59.5 km2)
 • Air10.81 batu persegi (28.0 km2)
Penduduk
 • Jumlah1,634,795
 • Kepadatan71,201/batu persegi (27,491/km2)
Laman sesawangLaman rasmi Presidn Daerah Perbandaran Manhattan

Kaunti New York yang memiliki sempadan yang tepat sama dengan daerah perbandaran Manhattan (jangan dikelirukan dengan Bandaraya New York) ialah kaunti yang paling padat penduduknya di Amerika Syarikat. Jumlah penduduknya pada 2008 ialah 1,634,795 orang [1] di dalam kawasan seluas 22.96 batu persegi (59.47  km²), iaitu 71,201 penghuni setiap batu persegi (27,485/km²). Selain itu, Manhattan ialah daerah perbandaran yang ketiga terbesar antara lima daerah perbandaran di New York daripada segi jumlah penduduk, walaupun ia hanyalah daerah perbandaran yang terkecil daripada segi keluasan.

Manhattan juga merupakan salah satu kaunti yang paling kaya di Amerika Syarikat, dengan pendapatan perorangan per kapita melebihi AS$100,000 pada 2005.[2]

Geografi

Manhattan terdiri daripada Pulau Manhattan dan sebilangan pulau kecil bersebelahan yang termasuk:

serta juga Bukit Marble, satu kawasan yang kecil di tanah besar yang terletak bersebelahan dengan Bronx.

Ekonomi

Manhattan ialah daerah pusat perniagaan yang terbesar di Amerika Syarikat, serta juga pusat utama perdagangan, kewangan, dan kebudayaan di kedua-dua Amerika Syarikat dan dunia.[4][5][6] Kebanyakan syarikat radio, televisyen, dan telekomunikasi yang utama di Amerika Syarikat berpusat di sini, termasuk juga banyak penerbit akhbar, majalah, buku, dan media yang lain. Selain itu, kedua-dua Bursa Saham New York dan NASDAQ, serta juga sebilangan ibu pejabat syarikat yang terbesar di negara terletak di sini.[7]

Manhattan ialah pusat pemerintahan bandar raya yang juga merupakan tempat asal kepada ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu. Selain itu, Manhattan juga mempunyai banyak mercu tanda, tarikan pelancong, muzium, dan universiti.

Sejarah

Nama Manhattan berasal daripada perkataan Manna-hata, sebagaimana dicatat dalam buku log 1609 oleh Robert Juet, pegawai perahu layar milik Henry Hudson yang bernama Halve Maen (Bulan Separuh).[8] Sebuah peta pada 1610 menonjolkan nama "Manahata" sebanyak dua kali pada kedua-dua tebing barat dan timur Sungai Mauritius (kemudian dinamai Sungai Hudson). Perkataan "Manhattan" bererti "pulau berbukit-bukau" dalam bahasa Lenape.[9] Bagaimanapun, huraian orang India Lenape sendiri kepada mubaligh Moravia, John Heckewelder,[10] sedikit berbeza dan tidaklah tepat.[11] Mereka mengatakan bahawa kawasan itu telah digelar sebagai "Manahachtanienk" yang membawa pengertian "pulau yang kesemua kami menjadi mabuk" dalam bahasa Delaware.

Kawasan yang kini merupakan Manhattan telah lama dihuni oleh orang Lenape. Pada 1524, orang Lenape di dalam kanu bertemu dengan Giovanni da Verrazzano, orang Florence yang merupakan penjelajah Eropah yang pertama untuk melewati Pelabuhan New York, walaupun beliau mungkin tidak memasuki pelabuhan sejauh The Narrows.[12] Tidaklah sehingga pelayaran Henry Hudson, seorang Inggeris yang bertugas untuk Syarikat Hindia Timur Belanda, bahawa kawasan itu dipetakan.[13] Dengan tidak sengaja pada 1609, Hudson menemui Pulau Manhattan dan orang asli yang tinggal di sana, sewaktu dalam pelayarannya di sungai yang kini dinamai sempena namanya (Sungai Hudson) sehingga tiba di Albany kini.[14]

Satu kehadiran Eropah yang tetap di Belanda Baharu bermula pada 1624, dengan pengasasan sebuah petempatan Belanda untuk perdagangan bulu di Pulau Governors. Pada tahun berikutnya, Kubu Kota Amsterdam yang kemudiannya dikenali sebagai Amsterdam Baharu (Nieuw Amsterdam, nama asal Bandaraya New York) dibina di Pulau Manhattan [15][16] untuk melindungi pendatang Belanda yang baharu. Tarikh pengasasannya pada 1625 kini diiktiraf sebagai tarikh lahir Bandaraya New York.[17] Menurut Orang kami (ons Volck), sebuah dokumen yang ditulis oleh Pieter Janszoon Schagen, Peter Minuit (tidak disebutnya secara tersurat dalam dokumen itu) memperoleh Manhattan daripada orang asli pada 1626 dengan membayar 60 guilder dalam bentuk barangan perdagangan, sering salah dianggap sebagai bernilai 24 dolar Amerika Syarikat. Berdasarkan pariti kuasa beli, International Institute of Social History di Amsterdam menghitung harga pertukaran itu pada sekitar AS$1,000 wang sekarang.[18]

Pada 1647, Peter Stuyvesant dilantik sebagai Ketua Pengarah Belanda yang terakhir untuk tanah jajahan yang ketika itu masih dikenali sebagai Kubu Kota Amsterdam.[19] Di bawah pemerintahannya, tanah jajahan itu diperbadankan secara rasmi sebagai sebuah kota dengan nama "Amsterdam Baharu" pada 2 Februari 1653.[20] Pada 1664, orang British menaklukkan Belanda Baharu dan menamainya semula sebagai "New York", sempena nama Duke York dan Albany dari England, bakal Raja James II.[21] Stuyvesant dan majlisnya merundingkan 24 buah artikel pemindahan sementara dengan pihak British agar menjaminkan kebebasan orang Belanda Baharu, termasuknya kebebasan beragama, di bawah pemerintahan mereka.[22][23]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

73°59′39″W / 40.72833°N 73.99417°W / 40.72833; -73.99417