Sitiawan (kawasan persekutuan)

bekas kawasan pilihan raya di Perak

Sitiawan ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Malaysia.[1] Ia telah diwakili oleh Dewan Rakyat pada tahun 1959 sehinggalah tahun 1974. Kawasan persekutuan ini mengandungi dua buah kawasan pilihan raya negeri iaitu Lekir dan Lumut.[1]

Sitiawan
Kawasan pilihan raya  Perak
Kawasan parlimen yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Rakyat
Kawasan pilihan raya diwujudkan1958
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1974
Kali pertama dipertandingkan1959
Kali terakhir dipertandingkan1969

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu. Sejak 1969, ahli parlimen untuk kawasan Sitiawan ialah Richard Ho Ung Hun dari parti Barisan Nasional (BN).

Sejarah

Kawasan Sitiawan terletak di barat daya negeri Perak.[1] Ia diciptakan dari Dindings. Walaubagaimanapun, kawasan Sitiawan telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Lumut. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Sitiawan. Mereka ialah Yong Woo Ming dari Parti Perikatan, Too Joon Hing dari parti bebas dan Hor Hock Lung dari Parti Progresif Rakyat (PPP). Yong Woo Ming telah menang dan telah menewaskan dua calon lain dengan mendapatkan undian sebanyak 6,442.[3]

Kawasan parlimen Sitiawan merangkumi beberapa mukim di Daerah Dinding (kini Daerah Manjung), pekan Lumut, Damar Laut, Kampong Bharu, Pangkor, Pasir Bogak, Pekan Sungai Pinang Kechil, Kampung Sitiawan, Sitiawan, Kampung Koh serta Pekan Gurney.[4]

Sejarah perwakilan

Ahli Parlimen untuk Sitiawan
ParlimenTahunAhliPartiUndian yang didapatkanMajoriti
Kawasan parlimen diciptakan dari Dindings
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
ke-11959-1963Yong Woo MingPerikatan (MCA)6,442373
Parlimen Malaysia
ke-11963-1964Yong Woo MingPerikatan (MCA)6,442373
ke-21964-1969Kam Woon Wah11,1363,837
Parlimen digantung (1969-1971).[5][6]
ke-31971-1972Richard Ho Ung HunDAP11,6073,643
1972-1973Perikatan (MCA)[7]
1973-1974BN (MCA)
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Lumut

Keputusan pilihan raya

Pilihan raya umum Malaysia 1969
PartiCalonUndian%∆%
DAPRichard Ho Ung Hun11,60759.31
PerikatanKam Woon Wah7,96440.69
Jumlah undian sah19,571 100.00
Jumlah kertas undi ditolak921
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi20,49273.37
Pemilih berdaftar27,930
Majoriti3,643
DAP ambil alih dari PerikatanUnjuran?
Pilihan raya umum Malaysia 1964
PartiCalonUndian%∆%
PerikatanKam Woon Wah11,13660.41
UDPToo Joon Hing7,29939.59
Jumlah undian sah18,435 100.00
Jumlah kertas undi ditolak685
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi19,12080.08
Pemilih berdaftar23,877
Majoriti3,837
Perikatan kekalPeralihan
Sumber
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959
PartiCalonUndian%∆%
PerikatanYong Woo Ming6,44241.67
BebasToo Joon Hing6,07939.33
PPPHor Hock Lung2,93719.00
Jumlah undian sah15,458 100.00
Jumlah kertas undi ditolak155
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi15,61361.15
Pemilih berdaftar25,531
Majoriti373
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan

Pautan luar