Persatuan Cina Malaysia

parti politik di Malaysia

Persatuan Cina Malaysia (Inggeris: Malaysian Chinese Association, Cina Ringkas: 马来西亚华人公会, akronim: MCA) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin Presiden, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong. MCA merupakan parti komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan sebahagian daripada gabungan parti pemerintah bagi kerajaan Persekutuan dan merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Perlis, Pahang, Melaka dan Johor. Setiausaha Agung MCA ialah Datuk Chong Sin Woon. Ketua Pemuda MCA ialah Nicole Wong Siaw Ting manakala Ketua Wanita MCA pula ialah Datuk Heng Seai Kie.

Persatuan Cina Malaysia
Malaysian Chinese Association
马来西亚华人公会
MCA
PresidenDato' Seri Wee Ka Siong
Timbalan PresidenDato' Sri Mah Hang Soon
Naib PresidenYB Lim Ban Hong
(Naib Presiden I)
YB Tan Teik Cheng
(Naib Presiden II)
YB Ti Lian Ker
(Naib Presiden III)
YB Yew Teong Look
(Naib Presiden IV)
Ketua WanitaDatuk Heng Seai Kie
Ketua PemudaDatuk Nicole Wong Siaw Ting
Ditubuhkan27 Februari 1949
Ibu pejabatTingkat 8, Wisma MCA,
163, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Keanggotaan (-)592,530 (Ogos 2022)
IdeologiNasionalisme Malaysia
Patriotisme
Perjuangan komuniti Cina
Hak ekonomi komuniti Cina
Membanteras rasuah
Semangat Keluarga Malaysia
Kebajikan rakyat diutamakan
Keadilan semua pihak
Kerjasama pelbagai kaum
Hak sosial & budaya negara
Penggabungan kebangsaanParti Perikatan (PA)
(1952–1973) Barisan Nasional
(1973-2018), (2020-kini)
Warna     Biru dan Kuning
Lagu partiMa Hua Dang Ge
Dewan Negara:
6 / 70
Dewan Rakyat:
2 / 222
Dewan Undangan Negeri:
8 / 587
Simbol pilihan raya
Bendera parti
Laman sesawang
www.mca.org.my

-


Parti ini mendapat asasnya daripada gerakan Kuomintang yang bertapak di Tanah Melayu British sekitar tahun 1930-an[1] melawan Parti Komunis Malaya seiringan perjuangan parti tersebut dipegang Republik China yang mahu merampas kuasa ke atas Tanah Besar China dari Parti Komunis China.[2] Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Februari 1949 dengan galakan Pentadbiran Tentera British yang mendokong gagasan pendirian anti-radikalnya yang alternatif pada ketika itu.[3]

Presiden MCA

Ling Liong Sik, presiden terpanjang dalam sejarah MCA

Presiden MCA merupakan pemimpin tertinggi bagi parti MCA.

NamaTempoh perkhidmatan
Tun Tan Cheng Lock27 Februari 1949 - Mac 1958
Tun Dr. Lim Chong EuMac 1958 - Julai 1959
Dr. Cheah Toon LokJulai 1959 to November 1961 (Pemangku)
Tun Tan Siew SinNovember 1961 - April 1974
Tan Sri Lee San ChoonApril 1974 - Mac 1983
Datuk Dr. Neo Yee PanMac 1983 - November 1985 (Pemangku)
Tan Sri Dr. Tan Koon SwanNovember 1985 - September 1986
Tun Dr. Ling Liong SikSeptember 1986 - Mei 2003
Tan Sri Ong Ka TingMei 2003 - Oktober 2008
Tan Seri Dato' Sri Ong Tee KeatOktober 2008 - 27 Mac 2010
Tan Sri Dr. Chua Soi Lek28 Mac 2010 - 20 Disember 2013
Tan Seri Dato' Seri Liow Tiong Lai21 Disember 2013 - 11 Mei 2018
12 Mei 2018 - 15 November 2018
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong16 November 2018 - Kini

Barisan kepimpinan 2018-2021

25 lantikan Ahli Jawatankuasa Pusat:

  1. Lee Hong Tee
  2. Low Ah Keong
  3. Koh Nai Kwong
  4. Chew Kok Woh
  5. Pamela Yong
  6. Kang Meng Fuat
  7. Toh Chin Yaw
  8. Ong Chong Swen
  9. Teh Chai Aan
  10. Leaw Kok Chan
  11. Daniel Wa Wai How
  12. Ng Chok Sin
  13. Kok Chin Han
  14. Tan Tuan Peng
  15. Chan Quin Er
  16. Tan Ken Ten
  17. Chua Thiong Gee
  18. Wong Tat Chee
  19. Lau Chin Kok
  20. Chiew Kai Heng
  21. Yap Siok Moy
  22. Ooi Eyan Hian
  23. Ng Fook Heng
  24. Chin Hong Vui
  25. Daniel Ling Sia Chin

Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri:

  1. Perak: Mah Hang Soon
  2. Selangor:Ng Chok Sin
  3. Pahang:Hoh Khai Mun
  4. Kelantan:Chua Hock Kuan
  5. Johor: Wee Ka Siong
  6. Kedah:Goh Chin Cheung
  7. Melaka: Lim Ban Hong
  8. Negeri Sembilan:Siow Koi Voon
  9. Pulau Pinang: Tan Teik Cheng
  10. Perlis:Teh Chai Aan
  11. Sabah:Lee Wan Tung
  12. Terengganu: Chew Sir Boon
  13. Wilayah Persekutuan: Nicole Wong Siaw Ting
Pejabat cawangan MCA Melaka

Wakil rakyat

Dewan Negara

Senator

Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. MCA mempunyai empat orang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan melalui Dewan Undangan Negeri.[4]

LantikanTempohPenggalAhliCatatan
Yang di-Pertuan Agong10 Ogos 2021 - 9 Ogos 2024KeduaTi Lian Ker, YB Senator Dato' Sri
Dewan Negeri Johor26 Jun 2022 - 25 Jun 2025KeduaLim Pay Hen, YB Senator Datuk
Dewan Undangan Negeri Melaka6 Mac 2024 - 5 Mac 2027KeduaKoh Nai Kwong, YB Senator Datuk Wira

Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Malaysia

MCA mempunyai 2 orang Ahli Dewan Rakyat dari negeri Johor.

NegeriNoKawasan ParlimenAhliCatatan
 JohorP148Ayer HitamWee Ka Siong
P165Tanjung PiaiWee Jeck Seng
JumlahJohor (2)

Dewan Undangan Negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri

MCA mempunyai 7 orang Ahli Dewan Undangan Negeri, satu di Perak, dua di Melaka dan empat di Johor.

NegeriNoKawasan DUNAhliCatatan
 PerakN47ChenderiangChoong Shin Heng
 MelakaN08Machap JayaNgwe Hee SemEXCO Negeri
N14KelebangLim Ban Hong
 JohorN06BekokTan Chong
N19Yong PengLing Tian SoonEXCO Negeri
N30PalohLee Ting HanEXCO Negeri
N55Pekan NanasTan Eng Meng
JumlahPerak (1), Melaka (2), Johor (4)

Statistik kedudukan semasa MCA di Dewan Undangan Negeri-negeri.

Dewan Negeri Perak
1 / 59
Dewan Undangan Negeri Melaka
2 / 28

Dewan Negeri Johor

4 / 56

Keputusan pilihan raya

Parlimen

Pilihan rayaJumlah kerusi dimenangiJumlah undiPerkongsian undiHasil pilihan raya
1955
15 / 52
29%
15 kerusi; Kerajaan (Parti Perikatan)
1959
19 / 104
18%
4 kerusi; Kerajaan (Parti Perikatan)
1964
27 / 104
26%
8 kerusi; Kerajaan (Parti Perikatan)
1969
13 / 144
9%
14 kerusi; Kerajaan (Parti Perikatan)
1974
19 / 144
13%
6 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional)
1978
17 / 154
11%
2 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional)
1982
24 / 154
15%
7 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional)
1986
17 / 177
10%
7 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional)
1990
18 / 180
10%
1 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional)
1995
30 / 192
16%
12 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional)
1999
28 / 193
16%
2 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional)
2004
31 / 219
14%
2 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional)
2008
15 / 222
7%
16 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional)
2013
7 / 222
3%
8 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional)
2018
1 / 222
0.4%
6 kerusi; Kerajaan (Barisan Nasional)
2022
2 / 222
1%
1 kerusi;

Lihat juga

Rujukan

Sumber utama