Stesen MRT Batu 11 Cheras

Stesen MRT Batu 11 Cheras ialah stesen transit aliran deras (MRT) bertingkat di Cheras, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Kajang, yang sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Kajang.[1] Ia terletak di antara Stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn dan Stesen MRT Bukit Dukung dan mempunyai kod stesen iaitu KG30 atau sebelum ini dikenali sebagai SBK30.[2] Stesen ini telah dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[3]

Batu 11 Cheras Rapid KL
باتو 11 چرس
LokasiStesen Batu 11 Cheras, Jalan SS 2/1, Batu 11 Cheras, 43200 Cheras, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T416, T417
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK30 
Sejarah
Dibuka17 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Rapid KL Stesen berikutnya
menghala ke Sungai Buloh
Laluan Kajang
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Sejarah

Projek Laluan MRT Kajang telah mula dibina secara rasmi pada 8 Julai 2011 dan berakhir pada tahun 2017.[4][5][6] Pembinaan stesen ini ini adalah dibawah naugan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT). Pada tahun 2012, nama sementara untuk stesen ini adalah Stesen MRT Balakong memandangkan bahawa stesen ini terletak di dalam kawasan Balakong. Walaupun begitu, pada tahun 2014, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menukar nama stesen ini kepada Stesen MRT Batu 11 Cheras. Nama ini telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato' Seri Najib Tun Razak.[7][8] Stesen ini telah dibuka secara rasmi pada 16 Julai 2017 dibawah pembukaan Fasa 2 Laluan Kajang bermula dari Stesen MRT Muzium Negara hingga ke Stesen MRT Kajang.[3]

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di sebelah selatan pekan Batu 11 Cheras, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah Lebuhraya Grand Saga manakala di sebelah selatan stesen adalah persimpangan Bandar Sungai Long Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Indah dan kawasan perniagaan Cheras Raya.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
KG Arah Selatan9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Bukit Dukung)
KG Arah Utara9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Bandar Tun Hussein Onn)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[9]

Pintu stesen

Secara keseluruhannya, Stesen MRT Batu 11 Cheras mempunyai dua pintu masuk dan keluar utama dan masing-masing terletak di aras tanah. Kedudukan Pintu A terletak di timur stesen atau Jalan SS 2/2 dan mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya. Perkhidmatan bas tempatan-ulang alik T416 dan T417 beroperasi sepuhnya di pintu A.[10] Kedudukan Pintu B terletak di barat stesen, mengarahkan pengguna ke hentian kenderaan peribadi, teksi, perkhidmatan e-panggilan di Jalan Balakong.[11]

Stesen Laluan Kajang — Batu 11 Cheras
PintuLokasiDestinasiGambar
ATimur stesenJalan SS 2/2
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Taman Indah, Batu 11 Cheras
BBarat stesenJalan Balakong
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Taman Cheras Maju, Taman Kasturi, Perniagaan Cheras Jaya

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T416 dan T417 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan