Stesen Kajang

(Dilencongkan dari Stesen keretapi Kajang)

Stesen Kereta Api Kajang merupakan stesen keretapi dan Transit Aliran Massa (MRT) yang terletak di Kajang, Selangor. Stesen ini merupakan stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Seremban dan KTM ETS, dan satu bahagian lagi Laluan MRT Kajang.[4][5] Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan.

 KB06   KG35 
Kajang
كاجڠ
KTM_Logo KTM_Komuter_Logo KTM_ETS_Logo Rapid_KL_Logo
Stesen kereta api komuter, antarabandar dan MRT
Bahagian dalam bangunan stesen baharu.
Nama lainCina: 加影
Tamil: காஜாங்
LokasiJalan Bukit, Kajang, Selangor, Malaysia.
Koordinat2°58′58″N 101°47′25″E / 2.98278°N 101.79028°E / 2.98278; 101.79028
Dimiliki olehMRT Corp
Keretapi Tanah Melayu
Dikendalikan olehRapid Rail
Keretapi Tanah Melayu
Laluan1 Laluan Seremban
9 Laluan Kajang
 ETS  KTM ETS
Platform1 platform sisi and 1 platform tengah (KTM)
1 platform tengah (MRT)
Trek4 (KTM)
2 (MRT)
SambunganPengangkutan bas Rapid KL : 450,[1] T451,[2] T461, T462, T463, T464 [3]
Pembinaan
Jenis struktur KB06  Permukaan
 KG35  Bertingkat
Tingkat platform4
Templat letak kenderaanTersedia dengan pembayaran. 1460 tempat letak kereta; 600 tempat letak motosikal.
Kemudahan basikalTersedia. 31 tempat letak basikal
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
Kod stesen KB06   KG35 
Sejarah
Dibuka1897 (KTM)
17 Julai 2017 (MRT)
Dibina semula10 November 1995 (KTM)
Dielektrikkan1995 (KTM)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya KTM Komuter Stesen berikutnya
menghala ke Batu Caves atau KL Sentral
Laluan Seremban
menghala ke Pulau Sebang/Tampin atau Sentul
Keretapi Tanah Melayu (ETS)
menghala ke Padang Besar atau Butterworth
ETS Gold
menghala ke Gemas
Rapid KL
menghala ke Sungai Buloh
Laluan KajangStesen terakhir
Lokasi
Map

Stesen bersepadu dibuka pada 17 Julai 2017 seiring dengan pembukaan fasa kedua Laluan Kajang. Stesen ini merupakan terminus dan stesen akhir Laluan Kajang.

Sejarah

KTM

Stesen keretapi Kajang dibuka pada 14 Ogos 1897 apabila sebahagian laluan kereta api utama, KTM Laluan Pantai Barat diantara Sungei Besi dan Kajang dibuka.[6]

Pada dekad 1990-an, stesen ini menjalani pengubahsuaian yang menjadikan stesen ini sebahagian daripada perkhidmatan KTM Komuter bermula November 1995. Laluan ETS mula berkhidmat di stesen ini pada tahun 2008 selepas perasmian laluan ETS Seremban-KL-Ipoh.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, perkhidmatan ETS ditamatkan di stesen ini beberapa tahun sebelum dikembalikan semula pada tahun 2015.[perlu rujukan]

Projek MRT Lembah Klang

Apabila pembinaan projek MRT Lembah Klang bermula pada tahun 2010, stesen MRT telah direka menjadi stesen pertukaran antara sistem laluan MRT dan sistem KTM Komuter. Stesen baharu ini telah dibina bersebelahan stesen KTM sedia ada. Bahagian MRT dan ruang legar bersama stesen, yang sebahagiannya berada diatas landasan KTM, telah dibina ketika stesen KTM beroperasi seperti biasa sepanjang waktu pembinaan. Stesen bersepadu ini dibuka sebahagian daripada pembukaan fasa kedua Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang pada 17 Julai 2017.[7] Apabila stesen bersepadu ini selesai dibina dan dibuka, struktur lama stesen KTM dirobohkan, Kaunter tiket KTM dan pejabat lain telah dipindahkan ke ruang legar bagunan baharu tersebut.

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen Kajang terletak kira-kira 1km selatan dari pekan Kajang, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah Jalan Bukit manakala di sebelah barat stesen adalah Jalan Reko. Terletak berhampiran stesen ini adalah Taman Sri Reko, Taman Hijau, Taman Bukit, Taman Kajang Jaya, Taman Mahkota, Taman Jelita, SMK Jalan Bukit, Kuil Sri Subramaniya Swami dan Masjid India Kajang.

Pelan stesen

L2
Platform
Arah Selatan9 Laluan Kajang berakhir di stesen ini, keluar sahaja
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Arah Utara9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Stadium Kajang)
L1Aras Legar Umum Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, sambungan tidak berbayar KTM dengan MRT dan laluan pejalan kaki ke tempat letak kereta
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri
KTM Arah Selatan1 Laluan Seremban menghala ke Pulau Sebang/Tampin (Kajang 2)
 ETS  ETS Gold menghala ke Gemas (Seremban)
Landasan pintasan
KTM Arah Utara1 Laluan Seremban menghala ke Batu Caves (Serdang)
 ETS  ETS Gold menghala ke Padang Besar atau Butterworth (Bandar Tasik Selatan)
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di bahagian ini
Landasan tidak digunakan
GAras TanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform MRT, aras legar, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar MRT untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang; satu platform tengah dan satu platform sisi di bawah aras legar umum untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[8] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,180 petak parkir kereta dan 252 petak parkir motosikal.[9]

Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan MRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.

Perkhidmatan Bas

Laluan bas Rapid KL Korridor Cheras 450, T451, T461, T462, T463 dan T464 berkhidmat di stesen ini.

Laluan[10]AsalanDestinasiVia
450 Hab Lebuh PuduTerminal RekoJalan Pudu
Jalan Pasar
Jalan Cheras
 KG22  AG13  Maluri
Taman Pertama
 KG24  Taman Midah
 KG25  Taman Mutiara
Leisure Mall
Taman Suntex
Lebuhraya Cheras–Kajang
 KG31  Bukit Dukung
Simpang Balak
Sungai Sekamat
 KG33  Sungai Jernih
KPJ Kajang
Bandar Kajang
 KG35  KB06  Kajang
Reko Sentral
 KB06A  Kajang 2
451  KG35  KB06  Kajang KT3  PY41  Putrajaya SentralHentian Kajang
Kompleks PKNS Bangi
SK Kampung Abu Bakar Baginda Presint 15
Putrajaya Kompleks F
Putra Square, Putrajaya
Putrajaya Presint 2,3,4
T451  KG34  Stadium KajangUniversiti Kebangsaan MalaysiaJalan Besar, Kajang
 KG35  KB06  Kajang
Jalan Reko
Reko Sentral
 KB06A  Kajang 2

Hentian Kajang
Sungai Tangkas
 KB07  UKM

T461  KG35  KB06  KajangTaman Kajang UtamaJalan Reko
Lebuhraya Kajang Silk
Kajang Utama
T462  KG35  KB06  KajangBandar Baru Bangi Seksyen 8Jalan Reko
Reko Sentral
Bangi Seksyen 4
Tambahan Bangi Seksyen 7
Sungai Ramal
Kompleks PKNS Bangi
Bangi Seksyen 8 & 9 (Bandar Baru Bangi)
T463  KG35  KB06  KajangBandar Baru Bangi Seksyen 4Jalan Reko
Reko Sentral
Bangi Seksyen 4
Tambahan Petronas UNIKEB 2
T464  KG34  Stadium Kajang

Pintu A

Bandar Baru Bangi Seksyen 16Persiaran Kemajuan
Bangi Gateway Teras
Jernang
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
 KB07  UKM
Sungai Tangkas
Hentian Kajang  KB06A  Kajang 2
Reko Sentral
Jalan Reko Bandar Kajang
Jalan Besar, Kajang

Pintu stesen

Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Kajang. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan kedua-dua pintu masuk dan keluar berada di kedua-dua sisi trek stesen KTM, dengan lif, eskalator dan tangga yang menuju ke jalan umum untuk stesen KTM dan MRT. Perkhidmatan bas pengantara hanya beroperasi di Pintu A bertempatkan di Jalan Reko. Kedudukan Pintu A stesen terletak di barat stesen berdekatan dengan Kuil Sri Subramaniya Swami dan Taman Hijau manakala kedudukan Pintu B stesen terletak di timur stesen berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit Satu, Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Bukit dan bangunan parkir bertingkat.[11]

Stesen Laluan Kajang
PintuLokasiDestinasiGambar
AJalan Reko

Hab bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. Sri Subramaniya Swami TempleMadrasah Assiratul Mustaqeem

BJalan Bukit

Perhentian teksiSK Jalan Bukit SatuSK Jalan BukitSMK Jalan BukitKolej Universiti New EraResource Centre for Nanyang University

Galeri

Am

Stesen MRT

KTM

Lihat Juga

Rujukan

Petikan

Bibilografi

  • Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management.