Bahasa Tamil

bahasa Dravida

Tamil (Tulisan Tamil: தமிழ் lit. tamiḻ) merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain. Setakat tahun 1996, bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang.

Tamil
Tamiḻ
தமிழ்
Perkataan "Tamil" dalam tulisan Tamil
Sebutan[t̪amiɻ]; Mengenai audio inisebutan 
Asli kepadaIndia and Sri Lanka
KawasanTamil Nadu[a] (India)
Wilayah Utara dan Wilayah Timur (Sri Lanka)
EtnikOrang Tamil
Penutur bahasa
78 juta (2011–2019)[1]
penutur L2: 8 juta (2011)[1]
Dravidia
Bentuk awal
Tamil Kuno
  • Tamil Pertengahan
Tamil (Brahmi)
Tamil-Brahmi (dulu)
Grantha (dulu)
Vatteluttu (dulu)
Pallava (dulu)
Kolezhuthu (dulu)
Arwi (Abjad)
Braille Tamil (Bharati)
Rumi (tak formal)
Bentuk bahasa isyarat
Bahasa Isyarat Tamil
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 India

 Sri Lanka[4]
 Singapura[5]

Pertubuhan
 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara[6]
Bahasa minoriti
dikenali di
Kod bahasa
ISO 639-1ta
ISO 639-2tam
ISO 639-3Salah satu:
tam – Tamil Moden
oty – Tamil Kuno
Linguist List
oty Tamil Kuno
Glottologtami1289  Modern Tamil
oldt1248  Old Tamil
Linguasphere49-EBE-a
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama Masihi.

Nama 'Tamil' bersempena bentuk "pembaratan" bagi nama asal தமிழ் (/t̪ɐmɨɻ/). Huruf terakhir nama tersebut, yang lazimnya ditranskripsi sebagai huruf kecil l atau zh, merupakan l yang dihasilkan apabila menggulungkan lidah ke belakang. Dalam transkripsi fonetik, simbol penggeseran gelungan.

Sejarah

Satu set manuskrip daun palma dari abadke-15 atau ke-16, mengandungi doa Kristian dalam bahasa Tamil.

Tamil ialah salah satu bahasa-bahasa kuno di dunia dengan sejarah yang menjangkau 6000 tahun dan hasil sastera yang berusia lebih 2000 tahun.[9][10][11] Asal-susl bahasa Tamil tidaklah berapa jelas, namun bahasa ini berkembang dan mekar di India sebagai bahasa berdikari yang kaya dengan sastera.[9][12] Lebih 55% daripada catatan epigrafik di India ditemui dalam bahasa Tamil[13] Berbeza daripada di Karnataka dan Andhra Pradesh di mana catatan awal ditulis dalam bahasa Sanskrit, catatan awal di Tamil Nadu hanya menggunakan bahasa Tamil.[14] Bahasa Tamil mempunyai sastera yang tertua di kalangan bahasa Dravidia, tetapi adalah sukar untuk mengukur usia bahasa dan sasteranya secara tepat. Karya sastera di India dipelihara sama ada pada manuskrip daun palma (menandakan salinan berulang-ulang) atau melalui penyampaian oral, mengakibatkan pentarikhan karya-karya tersebut mustahil.[15] Namun begitu, catatan kronologi luaran dan bukti lingustik dalaman menunjukkan bahawa karya-karya paling lama yang masih wujud barangkali disusun lebih kurang antara abad ke-2 SM dan abad ke-10 Masihi.[16][17]

Pembuktian epigrafik bahasa Tamil bermula dengan catatan pada batu sejak abad ke-2 SM, ditulis dalam Tamil-Brahmi, iaitu bentuk adaptasi dari skrip Brahmi.[18][19] Teks sastera paling lama yang masih wujud ialah Tolkāppiyam, sebuah karya puisi-pusisi dan nahu yang menerangkan bahasa zaman klasik, iaitu barangkali antara abad pertama SM dan abad ke-10 Masihi.

Pra pengkaji bahasa Tamil membahagikan kesusasteraan dan bahasa Tamil kepada zaman-zaman berikut:[20]

  1. Sangam (300 SM—300 M)
  2. Zaman pasca-Sangam (300—600 M)
  3. Zaman Bhakthi (600—1200 M)
  4. Zaman Pertengahan (1200—1800 M)
  5. Zaman Moden (1800—kini)

Kesusasteraan Sangam mengandungi kira-kira 50,000 baris puisi yang terkandung dalam 2381 puisi yang dihasilkan oleh 473 orang pemuisi termasuk ramai wanita.[21][22] Kebanyakan puisi Sangam juga disesuaikan dengan iringan muzik.[23] Ketika zaman pasca-Sangam, terhasilnya karya-karya penting seperti Thirukkural, serta puisi epik seperti Silappatikaram, Manimekalai, dan Sīvakacintāmani. Zaman Bhakthi dikenali kerana banyak mencurahkan lagu sembahyang diiringi dengan muzik pann, termasuk 9,295 lagu Tevaram mengenai Saivisme dan 4,000 lagu bagi Vaishnavism yang paling dikenali.[24] Zaman pertengahan awal menyaksikan salah satu adaptasi bahasa Tamil yang masyhur bagi epik Ramayana, dikenali sebagai Kampa Ramayanam dan certia 63 Nayanmar yang dikenali sebagai Periyapuranam.

Sistem penulisan

Sejarah tulisan Tamil.

Bahasa Tamil ditulis dengan sistem tulisan bergelar vaṭṭeḻuttu, iaitu sejenis abugida yang tergolong dalam famili Brahmi. Skrip Tamil merangkumi 12 huruf vokal, 18 konsonan dan satu aksara khas, iaitu āytam. Bunyi-bunyi vokal dan konsonan saling bergabung untuk membentuk 216 gugusan aksara, menjadikannya sejumlah 247 aksara. Sepertilah skrip Indic yang lain, semua konsonan mempunyai bunyi vokal a dalaman yang, dalam bahasa Tamil, digugurkan dengan membubuh titik di atas bergelar puḷḷi, pada aksara konsonan terbabit. Berbeza daripada kebanyakan skrip Indic, skrip Tamil ditak membezakan plosif bersuara dan tidak bersuara. Sebaliknya, plosif disebut dengan atau tanpa suara bergantung kepada kedudukannya dalam sesuatu perkataan, menurut hukum-hukum fonologi bahasa Tamil seperti yang dibincangkan di bawah.

Skrip Tamil berevolusi daripada satu bentuk skrip Brahmi Asoka yang dipanggil Tamil-Brahmi atau Tamili, yang berbeza daripada Asokan Brahmi pada beberapa sudut. Menjelang abad ke-9, Tamil-Brahmi berevolusi menjadi aksara-aksara yang lebih bulat bergelar vatteluttu (maksudnya, huruf berlengkung), maka dari inilah berevolusinya skrip moden. Pada abad ke-18, beberapa perubahan dilakukan pada skrip oleh mubaligh Itali bernama Constanzo Beschi, dikenali oleh orang-orang Tamil sebagai Veeramamunivar, bagi memudahkan cetakan skrip tersebut. Ini termasuk membubuh penanda vokal pada kedua-dua belah kiri dan kanan konsonan. Sekitar tahun 1935, E.V.Ramaswamy Periyar mencadangkan perubahan lagi agar lebih tahan uji dalam pencetakan.[25] Sebilangan daripada cadangan-cadangan tersebut diterapkan oleh kerajaan M.G. Ramachandran pada tahun 1978.

Fail:Vatteluttu2.png
Inskripsi vaṭṭeḻuttu abad ke-11, dari Kuil Brihadisvara di Thanjavur

Selain aksara-aksara piawai, enam aksara yang dipinjam dari skrip Grantha lalu digunakan dalam kawasan Tamil untuk menulis bahasa Sanskrit, kadang-kadang digunakan untuk mewakili bunyi-bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Tamil, iaitu kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit, Prakrit dan bahasa lain. Sistem tradisional bagi menulis kata pinjaman yang melibatkan menejanya semula mengikut fonologi bahasa Tamil dikekalkan.[26]

Fonologi

Fonologi bahasa Tamil disifatkan dengan kehadiran konsonan retrofleks, dan hukum-hukum ketat bagi pengedaran sesama perkataan berplosif bersuara dan tidak bersuara. Fonologi bahasa Tamil membernarkan sedikit sahaja gugusan konsonan yang tidak boleh memulakan mana-mana perkataan. Ahli nahu tempatan mengelaskan fonem-fonem bahasa Tamil kepada vokal, konsonan, dan "aksara sekunder", iaitu āytam.

Vokal

Vokal-vokal Tamil bergelar uyireḻuttu (uyir – nyawa, eḻuttu – huruf). Vokal-vokal ini dikelaskan kepada vokal pendek (kuṟil) dan panjang (neṭil) (lima bunyi vokal bagi setiap kelas) serta dua diftong, /ai/ dan /au/, dan tiga vokal "dipendekkan" (kuṟṟiyal).

Vokal panjang kira-kira dua kali ganda kepanjangan vokal pendek. Diftong pula biasanya disebut kira-kira 1.5 kali panjangnya berbanding vokal pendek, meskipun kebanyakan buku teks nahu mengelaskan mereka bersama vokal panjang.

PendekPanjang
HadapanTengahBelakangHadapanTengahBelakang
Tertutupiu
Separuh bukae(ə)o
Terbukaa(æː)(ɔː)

Konsonan

Konsonan bahasa Tamil dikenali sebagai meyyeḻuttu (mey — badan, eḻuttu — huruf). Konsonan dikelaskan kepada tiga kategori, setiap satunya denfan enam fonem: valliṉam — keras, melliṉam — lembut atau nasal, dan iṭayiṉam — sederhana.


Berbeza daripada bahasa-bahasa India yang lain, bahasa Tamil tidak mengandungi konsonan beraspirasi. Tambahan pula, penyuaraan plosif dikawal oleh hukum-hukum ketat dalam centamiḻ. Konsonan plosif tidak bersuara apabila dihasilkan pada permulaan perkataan atau digandakan. Jika di tempat lain konsonan tersebut disuarakan, dengan sebilangan kecilnay menjadi frikatif secara intervokal. Konsonan nasal dan anggaran sentiasa disuarakan.[27]

Carta fonem konsonan bahasa Tamil dalam IPA seperti berikut:[28]:

Bagi bahasa Tamil moden (petikan daripada Annamalai dan Steever 1998: 100-28)

BibirGigiAlveolarRetrofleksLelangitVelum
Plosifp (b)t̪ (d̪)ʈ (ɖ)tʃ (dʒ)k (g)
Nasalmɳɲŋ
Rhotikɾ̪r
Lateralɭ
Anggaranʋɻj

Bunyi /f/ dan /ʂ/ dijadikan pesisiran dalam fonologi bahasa Tamil, hanya dijumpai dalam kata pinjaman dan sering diganti oleh bunyi tempatan. Terdapat hukum-hukum yang dijelaskan untuk elisi dalam bahasa Tamil yang dibahagikan kepada berbagai-bagai kelas berdasarkan fonem yang melalui elisi.

Aytam

Bahasa Tamil Klasik juga mengandungi fonem bergelar āytam, ditulis sebagai ‘ஃ’. Ahli bahasa Tamil pada zaman dahulu mengelaskannya sebagai aksara khas (cārpeḻuttu), tetapi kini aksara ini amat jarand ditemui dalam bahsa Tamil moden. Hukum-hukum sebutan yang diberi dalam Tolkāppiyam, kitab mengenai tatabahasa Tamil klasik, mencadangkan bahawa āytam ini mungkin menyertakan hentian glotis dengan bunyi-bunyi yang digabungkan dengannya. Terdapat satu lagi kemungkinan bahawa āytam digunakan untuk mewakili implosif bersuara (atau bahagian penutup separuh awal) bagi plosif bersuara digeminasi voiced dalam sesuatu perkataan.[29]

Pautan luar

Am
Sumber pembelajaran atas talian

Nota

Rujukan