Thai AirAsia X

Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh Negara Thai

Thai AirAsia X (SETAAV) (ไทย แอร์ เอเชีย เอก ซ์) adalah Syarikat Penerbangan tambang rendah jarak jauh Thai , syarikat penerbangan yang beribu pejabat dan berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok. Ia adalah usaha sama AirAsia X dari Malaysia dan Thai AirAsia.

Thai AirAsia X
Syarikat Penerbangan Thai AirAsia X
ไทยแอร์เอเชีย เอกซ์
泰国亚洲航空长途
IATAICAOPengenal
XJTAXEXPRESS WING
Ditubuhkan2014; 10 tahun yang lalu (2014)
Bermula operasi17 Jun 2014; 9 tahun yang lalu (2014-06-17)
Hab
Program kesetiaanAirAsia BIG Loyalty Programme[2]
Pesawat14 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini, 12 buah A330 dan 2 buah A330 Neo)
9 (jumlah keseluruhan armada Thai AirAsia X , untuk masa kini)
Destinasi10 (jumlah keseluruhan destinasi, termasuk 1 destinasi musiman)
9 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan, dan termasuk 1 destinasi musiman)
Syarikat indukAsia Aviation Public Company Limited[3]
AirAsia
Thai AirAsia
AirAsia X
Diniagakan sebagaiSETAAV
Ibu pejabatThailand Don Mueang, Bangkok, Negara Thai
Orang pentingNadda Buranasiri[4]
Laman webwww.airasia.com/th/th
www.airasia.com/en/gb
logo utama Kumpulan AirAsia yang ke 2

Data Kod

  • Kod IATA : XJ
  • Kod ICAO : TAX
  • Panggilan: Express Wing

Mengenai AirAsia

Misi AirAsia ialah untuk membolehkan semua orang terbang. Sejak Tahun 2001, AirAsia telah memberikan perkhidmatan bertaraf dunia dengan harga tambang rendah kepada lebih daripada 600 juta tetamu di seluruh Kawasan Asia Pasifik, membuktikan bahawa kos rendah tidak bermaksud kualiti rendah dan perjalanan udara tidak semestinya mahal. [5]

Misi

Misi AirAsia ialah untuk membolehkan semua orang terbang. Sejak tahun 2001, kami telah memberikan perkhidmatan bertaraf dunia dengan harga tambang rendah kepada lebih daripada 600 juta tetamu di seluruh Kawasan Asia Pasifik, membuktikan bahawa kos rendah tidak bermaksud kualiti rendah dan perjalanan udara tidak semestinya mahal. [6]

Slogan AirAsia Group

  • "Now Everyone Can Fly Xtra Long"
    "Kini Sesiapapun Boleh Terbang Xtra Jauh"

Alamat ibu pejabat Thai AirAsia X

Room No 3307, 3rd Floor, Terminal 222 Vibhavadi Rangsit Road Bangkok, 10210 Thailand [7]

Am / Perihal

Thai AirAsia X adalah syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh pertama di Thailand. Ia dijadualkan untuk beroperasi pada bulan Jun 2014. Setelah melancarkan pelancaran yang telah direncanakan untuk suku pertama, Thai AirAsia X akan melancarkan perkhidmatan sulungnya dari Bangkok ke Incheon, Korea Selatan pada 17 Jun dan kemudian memulakan penerbangan tetap ke Jepun Lapangan Terbang Narita di Tokyo dan Osaka sekitar bulan Julai.[8]

Am / Perihal versi Lainnya

Thai AirAsia X adalah usaha sama AirAsia X di Thailand. Thai AirAsia X adalah syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh pertama Thailand dan mula beroperasi sejak perkhidmatan perdana dari Bangkok ke Incheon, Korea Selatan pada 17 Jun 2014 dan diikuti oleh Tokyo Narita dan Osaka Kansai di Jepun.[9]

Sejarah

Pada 18 September 2013 AirAsia X menandatangani perjanjian pemegang saham dengan Tassapon Bijleveld dan Julpas Krueospon untuk mewujudkan kerjasama usaha sama untuk syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh, sebuah syarikat Thailand bernama Thai AirAsia X Company Limited telah dimulakan di mana AirAsia mengambil 49% bahagian.[10] Thai AirAsia X adalah operasi jarak jauh dan sederhana jenama Thai AirAsia. Francais dapat mengurangkan biaya dengan menggunakan sistem tiket umum, pengiriman pesawat, seragam pekerja, dan gaya pengurusan.

Pada 3 Februari 2014 Thai AirAsia X menerima Sijil Pengendali Udara dari Jabatan Penerbangan Awam Thailand yang membenarkan syarikat penerbangan itu untuk memohon izin dan slot untuk laluan yang dimaksudkan.[10] Thai AirAsia X melancarkan destinasi pertama ke Seoul-Incheon pada 17 Jun 2014 diikuti oleh Osaka-Kansai dan Tokyo-Narita pada 1 September 2014.

Pada bulan Disember 2016, Thai AirAsia X mengumumkan penutupan perkhidmatan ke Timur Tengah dengan membatalkan semua penerbangan ke Tehran dan Muscat.[11]

Pada bulan Ogos 2019, Thai AirAsia X menyerahkan pesawat Airbus A330-900neo pertamanya.[12]

Disebabkan langkah penutupan, semua penerbangan domestik pada Julai 2021 telah dibatalkan.[13] Pada Oktober 2021, Thai Asia X mengumumkan penyambungan semula penerbangan di lapangan terbang Suvarnabhumi untuk bulan berikutnya.[14]

Pada 26 April 2022 Thai AirAsia X mengumumkan bahawa ia akan memindahkan operasinya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi.[15] Pada 19 Mei 2022 Thai AirAsia X memfailkan kebankrapan dengan Mahkamah Kebankrapan Pusat di Bangkok, namun proses itu tidak akan memberi kesan kepada penumpang, kerana operasi diteruskan seperti biasa.[16]

Pada 1 Jun 2022, Thai AirAsia X, secara rasmi melayani laluan tanpa henti antara Bangkok (Suvarnabhumi) - Seoul (Incheon), dengan tingkat keterisian penumpang sebanyak 95%, laluan ini beroperasi dengan kekerapan 3 kali dalam seminggu pada setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu.[17]

Pada 5 Jun 2022, Thai AirAsia X, yang semestinya secara rasmi, Melancarkan laluan tanpa henti antara Bangkok (Suvarnabhumi) - Tokyo (Narita), pada tarikh tersebut, dimundurkan ke tarikh 1 Julai 2022, dengan kekerapan penerbangan 4 penerbangan perminggu.[18]

Pada 1 September 2022, Thai AirAsia X, mengumumkan Memulakan Laluan Baharu, iaitu antara Bangkok (Suvarnabhumi) - Tbilisi, yang dimulakan secara rasmi pada 8 Oktober 2022, dengan kekerapan penerbangan 2 kali dalam 1 minggu (setiap Hari Rabu dan Sabtu).[19]

pada Februari 2023, Syarikat Penerbangan Thai AirAsia X, ada merancang untuk menyambung semula laluan Bangkok/Suvarnabhumi - Shanghai/Pudong, yang akan dimulakan semula pada Mac 2023, dengan kekerapan penerbangan yang menjadi 4 kali seminggu bermula 4 April 2023 (laluan ini sebelumnya melalui Don Mueang, sehingga tahun 2020).[20]

Pada bulan Jun 2023, dilaman Aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Thai AirAsia X, sudah menamatkan laluan Bangkok/Suvarnabhumi - Melbourne, sejak Mei 2023, dengan penerbangan terakhir pada tarikh 7 Mei 2023. [21]

pada bulan Mei 2024, Thai AirAsia X telahpun merancang untuk memulakan semula destinasi antarabangsa ke Jepun, dengan laluan tanpa henti antara Bangkok/Suvarnabhumi dengan Nagoya, yang akan dimulakan semula pada 1 Ogos 2024 (sebelumnya pernah dilayani dari Bangkok/Don Mueang) [22].

Destinasi Thai AirAsia X (XJ)

Thai AirAsia X terbang ke beberapa destinasi, dari Hab Utamanya Bangkok Suvarnabhumi (BKK), ke China, Korea Selatan, Georgia, Australia dan Jepun.

Galeri Armada AirAsia (Capital A)

Armada Terkini Capital A (AK, QZ, FD, dan Z2)
AirAsia Berhad (AK) Airbus A320 NEO
Indonesia AirAsia (QZ) Airbus A320-200
Philippines AirAsia (Z2) Airbus A320 CEO
Thai AirAsia (FD) Airbus A320-214
Armada Terkini Capital A (D7 dan XJ)
AirAsia X Berhad (D7) Airbus A330-343
Thai AirAsia X (XJ) Airbus A330-343

Armada

Armada Thai AirAsia X terdiri dari pesawat berikut (pada Januari 2020):[23][24]

Armada Thai AirAsia X
PesawatDalam PerkhidmatanTempahanPenumpangNota
PETotal
Airbus A330-30012112365377semua Versi 233t.
4 pesawat bekas-Dragonair.
3 pesawat bekas-China Eastern Airlines.
1 pesawat bekas-Singapore Airlines
30255285
367367
Airbus A330-900neo212365377semua 242t.
yang pertama mengendalikan A330neo di Asia.
Total141
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Thai AirAsia X dengan armada siri Airbus A330-300
Thai AirAsia X Airbus A330-343.

Armada Thai AirAsia X terdiri daripada pesawat berikut (sehingga Januari 2020):[25][26]

Armada Thai AirAsia X
PesawatDalam perkhidmatanTempahanPenumpangNota
PETotal
Airbus A330-3007112365377semua varian 233t.
2 dari bekas pesawat Dragonair.
2 dari bekas pesawat China Eastern Airlines.
1 dari bekas pesawat Aeroflot.
1 dari bekas pesawat Singapore Airlines.
367367
Airbus A330-900212365377varian 242t.
Pengendali A330neo kedua di Asia.
Asalnya ditempah dari WOW air.
Total91

Galeri Armada Syarikat Penerbangan Thai AirAsia X (XJ)

Anuggerah

Nota: kesemua maklumat mengenai Anuggerah Capital A, ada di laman Senarai Anuggerah Capital A.

Program Penerbangan Kerap

Thai AirAsia X mengambil bahagian dalam BIG, yang merupakan program penerbangan kerap AirAsia dan syarikat penerbangan gabungannya.

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar