Tiroiditis Hashimoto

Tiroiditis Hashimoto, juga dikenali sebagai tiroiditis limfositik kronik dan penyakit Hashimoto, ialah penyakit autoimun di mana kelenjar tiroid mengalami kerosakan secara beransur-ansur. [1] [6] Tiada gejala yang mungkin dilihat pada peringkat awal. [1] Tiroid akan mengalami tumbesaran secara perlahan lahan, membentuk goiter yang tidak menyakitkan. [1] Bergantung kepada pesakit, sesetengah pesakit mungkin mengalami hipotiroidisme dengan penambahan berat badan, rasa letih, sembelit, kemurungan, dan sakit umum. [1] Selepas bertahun-tahun, saiz tiroid biasanya mengecut. [1] Komplikasi yang berpotensi termasuk limfoma tiroid . [2]

Tiroiditis Hashimoto
Nama lain
Tiroiditis limfositik kronik, tiroiditis autoimun, struma limfomatosa, penyakit Hashimoto
Keadaan tiroid pesakit Tiroiditis Hashimoto dilihat dibawah mikroskop
PengkhususanEndokrinologi
GejalaTidak menyakitkan goiter, pertambahan berat badan, rasa letih, sembelit, kemurungan[1]
KerumitanTiroid lifoma.[2]
Permulaan biasa
30–50 tahun[1][3]
PuncaGenetik dan faktor persekitaran.[4]
Sejarah keluarga, penyakit autoimun[1]
TSH, T4, [autoantibodi anti-tiroid]][1]
Graves' disease, nontoxic nodular goiter[5]
RawatanLevothyroxine, pembedahan[1][5]
Kekerapan5% [4]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tiroiditis Hashimoto dianggap sebagai sebuah penyakit yang merupakan gabungan daripada masalah genetik dan persekitaran . [4] Faktor yang meningkatan risiko termasuklah sejarah keluarga dan pesakit mengidap penyakit autoimun yang lain. [1] Diagnosis disahkan dengan ujian darah untuk TSH, T4 dan autoantibodi anti-tiroid . [1] Simptom yang sama seperti penyakit ini boleh juga dilihat pada penyakit Graves dan goiter nodular bukan toksik . [5]

Tiroiditis Hashimoto kerap dirawat mengunakan levothyroxine.[1][7] Sekiranya masalah tiroid tidak dikesan, sesetengah doktor akan mengesyorkan tiada rawatan dibuat manakala sesetengah yang lain akan cuba untuk merawat saiz goiter yang membengkak.[8] Mereka yang dijangkiti perlu mengelakkan memakan makanan tinggi iodin; walau bagaimanapun, iodin diperlukan sekiranya pesakit sedang hamil. Pembedahan adalah sangat jarang didalam kes ini.[5]

Tiroiditis Hashimoto menjejaskan sehingga 5% orang Kaukasia sepanjang hidup mereka. [4] Ia biasanya dikesan diantara umur 30 hingga 50 tahun, dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki. [1] [3] Kadar jangkitan juga dilihat mengalami peningkatkan akhir akhir ini. [5] Ia pertama kali dijelaskan oleh pakar perubatan Jepun Hakaru Hashimoto pada tahun 1912. [9] Pada tahun 1957 ia diiktiraf sebagai gangguan autoimun. [10]

Rujukan