Zain Hamid

Penyanyi dan pelakon Malaysia

Muhammad Kamaruzaman Zain bin Abdul Hamid (lahir 19 April 1978) merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan Ruffedge[1]

Zain Hamid
Nama lahirMuhammad Kamaruzaman Zain bin Abdul Hamid
Juga dikenali sebagai
Zain Ruffedge (ketika bersama Ruffedge), Zain Hamid
Kelahiran (1978-04-19) 19 April 1978 (umur 46)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktif1998–kini
Pengkarya berkait
Ruffedge
PasanganKhazmira Anuar (k. 2008; c. 2014)

Latar belakang

Beliau dilahirkan pada 19 April 1978 dan berasal dari Kuala Lumpur. Merupakan anak sulung dari tiga beradik lelaki dan pernah menghasilkan tiga buah album serta dua album bungkusan semula (re-pack) sewaktu bersama Ruffedge.

Zain mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya Khazmira Anuar pada 8 Ogos 2008, dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan, Arianna Rania pada 5 Mei 2009.[2] Namun jodoh mereka telah berakhir pada November 2014.

Kerjaya

Ruffedge

Untuk perincian mengenai topik ini, sila lihat Ruffedge.

Zain (dua dari kanan) ketika bersama Ruffedge.

Zain merupakan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge sewaktu penubuhannya pada 1998, bersama-sama dengan tiga ahlinya yang lain termasuk Azan Addin, Cat Farish dan Mode. Beliau bersama rakan-rakan Ruffedge muncul dalam lagu nyanyian kumpulan Too Phat, "Too Phat Baby" yang dimuatkan dalam album sulung Too Phat, Whuttadilly?! (1999) serta lagu "Tell Shorty" (turut menampilkan kumpulan VE) dari album ketiga kumpulan itu, 360° (2003).

Pada 2002, mereka bersama kumpulan VE melancarkan album Extreme Pleasure yang diterbitkan oleh The Promise Clan dan Positive Tone dan diedarkan oleh EMI Music Malaysia, Ruffedge diperkenalkan menerusi single sulung mereka "Tiada Lagi Cinta" menampilkan kumpulan hip hop Singapura, Urban Xchange. Pada 2003, album Extreme Pleasure Extra dikeluarkan dengan penambahan beberapa lagu baru termasuk "Saat Bahagia" dan "Khayalan" (dipopularkan oleh kumpulan Black Dog Bone). Amer Munawer menyertai Ruffedge pada tahun yang sama.

Selepas pemisahan antara VE dan Ruffedge, Ruffedge membawa haluan sendiri dengan melancarkan album pertama mereka Defined pada Mac 2004. Zain pernah tampil dalam lagu nyanyian kumpulan Pop Shuvit yang bertajuk "Journey"

Bidang lakonan dan pengacaraan

Mula mencuba bakat dalam bidang lakonan sewaktu masih menganggotai Ruffedge iaitu filem SH3, Castello dan Tipah Tertipu The Movie.

Selepas kumpulannya tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian, Zain telah menceburi bidang lakonan sepenuh masa. Beliau bekerjasama dengan Bade Hj. Azmi dalam drama Kejar arahan Bade Hj. Azmi yang turut dibintangi oleh Ezany, Nasir Bilal Khan, Mustapha Kamal, Noniswara, Betty Banafe dan Faradhiya.

Di dalam drama kejar, Zain melakonkan watak Ali iaitu seorang yang tidak mempunyai keluarga, yang kelihatan seperti seorang yang jahat tetapi dia sebenarnya seorang yang baik. Ini kerana Ali mengalami konflik keluarga dan diganggu oleh orang jahat. Drama 26 episod itu disiarkan pada Mei 2009 di RTM 1. Ini merupakan kali kedua Zain berlakon di bawah arahan Bade selepas filem Castello.

Zain juga merupakan pengacara bagi rancangan Wakenabeb! musim ketiga yang disiarkan di ntv7 pada tahun 2008.

Diskografi

Album bersama Ruffedge

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2004SH3Dirinya sendiri (Ruffedge)Filem pertama
2006CastelloCastello (Muda)
Tipah Tertipu The MovieZain
2012NgoratRizal
2013PecahBakar (70an)
KL ZombiAliff
Aku Pilih KamuIskandar
2014Qadr
2015Love, SupermoonSulaiman
2018BuskerRamli
2019Till Death: Azalea's WrathInspektor BakriDitayangkan eksklusif di Netflix
2020Keluarga Iskandar The MovieAzlan Iskandar
Bikin FilemSuffian Kassim
2023Eva ‘Take Me As I Am’Peguam
2024Harimau Malaya: The Untold StoryDatuk Khal

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2009KejarAliTV1
Kecuali CintamuBadrul EffendiAstro Prima
Hotel ManiaAmarTV3
2010TiramisuFariz
Laila AsyikinZamani
2011Cinta Antara KitaJufri
Santau MerasukUstaz Mat
TerowongMananEpisod: "Surat"
2012Dendam SarakitRafiq
Terlanjur CintaTV9
Memberku HawaVon
2013Artis Pun BertuhanFauzi
2012–2015Keluarga IskandarAzlan IskandarAstro Prima, Astro Warna
2014Kifarah 2JamalTV3Episod: "Zuriat"
RideDirinya sendiriTV9
2015Cinta IrisRay
Waris KasihZahrulTV3
QarinMuslim
2016Cinta 100kgSaufiTV3
Pujaan Hati UmiRazmanTV9
SpyLah SangatAgen Jack Yusof
Rumi & JawiAstro Prima
PU WidHatAstro Oasis
2017Biniku NinjaTuan Syed KhalisAstro Oasis
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak DinginShariffTV3
My Darling, Inspektor DanielTengku ZackAstro Ria
My Coffee PrinceSyukri
2018Bimbi & Bonni Misi 007MikailAstro Warna
Kelas 3 CempakaCikgu AsaharaTV1
2019Wizards of Warna WalkUncle AndyDisney Channel Asia
2019–2021BlackKarimViu
2020The GadisDato JeffriTV3
Pelindung Seorang PuteriFido/FirdausAstro Ria
2021Keluarga Baha Don (Musim 3)CangkukViu
SMK (Musim 3)Ayah Alya (Azam Jalaludin)Astro CeriaPelakon undangan di episod 1
IsolasiAwesome TV
2022Antara Ikhlas & KacaZaharAwesome TV
SMK (Musim 4)Ayah Alya (Azam Jalaludin)Astro CeriaPenampilan khas di episod 7
One Cent ThiefRedzaAstro Ria
Seribu NinaViu
AI.5YA
2023Jack YusofPembantu PengarahAstro Ria
2024FramedZakiAstro Premier

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2011Dan SebenarnyaZahar
2013Bayangan RinduLutfi
2015Beli AdikHazimin
Sia Sia CintaFakhri
2016Arca Cinta KasihEngku Mahmud
PA Encik MonsterPutra
Kerana LemangAmin
2017Hisyam dan 3 HantutiyersKevin
2018Vivi Si PerigiHaziqNTV7
EnamPegawai SekuritiAstro Mustika HD
PuteriAmidNTV7
2019Lesen BesarOmarAstro Citra
Salam ManisDr RazlanTV2
2020Kambing Golek RamadhanAris
Ratahan Al- MadridAnasAstro Citra
2022Derhaka Seorang IbuIdramAwesome TV
Kasih Yang TernodaYusof
Puteri Kuasa TigaAstro Ceria
2023Seindah Kasih The Movietonton

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2008WakenabebPengacaraNTV7
2016Jenaka Kampung KalutTV3
2019Kami Geng BolaAstro Prima
2020The Masked Singer Malaysia (musim 1)Peserta sebagai Musang KingAstro Warna
MeleTOPAstro Ria
2021Berbulu Dengan BurnAstro Arena
Kasi Setel Itu Lirik!Awesome TV
All Together Now MalaysiaAstro Ria

Rujukan

Pautan luar