Bakhil

Pelokek ialah orang yang kedekut dan enggan membelanjakan wang, biasanya sehingga meninggalkan keseronokan yang asas.

Ebenezer Scrooge encounters "Ignorance" and "Want" in A Christmas Carol


Stereotaip

Stereotaip pelokek ialah seorang kaya dan tamak yang hidup secara sengsara supaya dapat menyimpan wang untuk menambah harta karunnya. Stereotaip-stereotaip yang lain termasuk orang Scotland yang "berjimat cermat" (bahasa Inggeris: thrifty), serta orang Belanda yang berjimat (bahasa Inggeris: frugal).

Satu lagi stereotaip yang berkait ialah kapitalis yang dipaparkan, umpamanya, dalam propaganda Soviet. Stereotaip ini biasanya digambarkan sebagai ceti atau usahawan yang mempunyai banyak kekayaan peribadi tetapi tidak mengendahkan orang-orang miskin. Tidak serupa dengan pelokek, seorang kapitalis mampu membelanjakan wang dan biasanya digambarkan sebagai menjalani hidup yang merosot akhlak. Orang-orang anti-Semit telah menggambarkan orang Yahudi dengan kedua-dua cara tersebut.

Dorongan terhadap sifat lokek atau tamak boleh berasal daripada keinginan kuat untuk memperoleh, khususnya, wang atau kuasa. Penjelasan-penjelasan psikolanalisis, umpamanya tradisi Sigmund Freud, mengaitkannya dengan masa kanak-kanak awal dalam fasa dubur dalam konsep perkembangan psikoseksual.

Pelokek terkenal dalam sejarah

  • Hetty Green - pelokek Boston
  • Stephen Schofield - pelokek Guildford

Pelokek yang kurang masyhur dalam sejarah

Charles Huffman ialah pelokek Amerika Syarikat dari dekad 1950-an. Beliau didapati maut di jalan raya Brooklyn, New York tanpa sebarang wang di dalam sakunya. Pihak polis mengesan tempat kediamannya di sebuah bilik sewa yang berharga AS$7 seminggu. Di dalam bilik ini, pihak polis menemui banyak buku bank dan melebihi AS$500,000 dalam bentuk sijil saham. Franz Lidz daripada akhbar New York Times membuat sorotan mengenainya pada 26 Oktober 2003.

Daftar pelokek yang terkenal dalam fiksyen

  • Ebenezer Scrooge - orang Inggeris, watak Charles Dickens (salah berdasarkan Ebenezer Lennox Scroggie yang sebenarnya bukan pelokek)
  • Grandet - orang Perancis, ayah Eugenie Grandet, sebuah novel oleh Balzac
  • Scrooge McDuck - orang Amerika Scotland, watak Walt Disney, dinamakan sempena Ebenezer Scrooge
  • Montgomery Burns - orang Amerika Scotland, siri The Simpsons
  • Milburn Drysdale - orang Amerika Scotland, pemilik bank dari The Beverly Hillbillies
  • Harpagon - orang Perancis, drama Moliere
  • The Lady of Stavoren - orang Belanda, legenda tempatan
  • Shylock - orang Venice Yahudi, watak William Shakespeare
  • Silas Marner - orang Inggeris, George Eliot, nama pena Mary Ann Evans, watak
  • Norbert Colon - watak kartun British daripada komik yang berorientasikan dewasa, Viz
  • Séraphin Poudrier - orang Kanada Perancis, dalam novel Un homme et son péché oleh Claude-Henri Grignon, pengarang Québecois
  • Henry Earlsforward - orang Inggeris, dalam novel Riceyman Steps (1923) oleh Arnold Bennet
  • Mr. Krabs - orang Bikini daripada SpongeBob SquarePants
  • Mr. Potter - orang Amerika, dilakon oleh Lionel Barrymore dalam filem It's a Wonderful Life
  • Snow Miser - Artik, daripada rancangan khas Krismas animasi henti-gerak, The Year Without a Santa Claus. Snow Miser disuarakan oleh pelakon komedi Dick Shawn.
  • Haji Bakhil bin Lebai Kedekut - watak orang kaya kedekut yang mempunyai 2 orang gaji bernama Labu dan Labi di dalam filem komedi Labu dan Labi.

Lihat juga