Bil Azali

Pelakon dan model Malaysia

Mohamad Nabil Bin Azali (Jawi : بيل ازلي ; lahir 11 November 1992) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Pilih Kasih musim 2.

Bil Azali
Kelahiran
Mohamad Nabil bin Azali

(1992-11-11) 11 November 1992 (umur 31)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini

Kehidupan peribadi

Bil Azali dilahirkan di Depok, Pahang. Namanya menjadi bualan media sekitar awal September 2015 berikutan tindakannya menumbuk abang iparnya, penyanyi Asfan Shah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ketika Asfan sedang menunggu isterinya pulang dari Perancis.[1]

Kerjaya

Bakat Bil Azali mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua. Pada 2012, beliau berlakon di samping Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam drama Cinta Jangan Pergi; beliau memegang watak Jaydee. Bil mempunyai peranan pembantu dalam drama Astana Cinta Aleesa yang dibintangi oleh Emma Maembong dan Nazim Othman. Bil membuat penampilan filem pertama menerusi filem seram Apartment arahan Pierre Andre yang ditayangkan pada 2015.

Bermula 12 November 2015 hingga 19 Januari 2016, Beliau muncul bersama Ezzaty Abdullah, Redza Rosli dan Azira Shafinaz dalam siri drama Stella yang bersiaran di TV9. Bil memegang watak sebagai Zaidi dalam drama adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku yang mencipta fenomena luar biasa di televisyen. Beliau berlakon bersama Ajak Shiro dalam filem aksi komedi Rempit Sampai Langit arahan Silver Chung yang ditayangkan pada 23 November 2017.[2]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2012Hoore! Hoore!ShamFilem pertama
2015Apartment
2017Rempit Sampai LangitAmin
2022RajawaliShahrul

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2008Tangisan Bulan MaduTV2
2011Kelong KasihZairiTV1
Kurma Ajwa Untuk NajwaTV AlHijrah
Kasih NajihahTV9
2012RawanAmir
2013Cinta Jangan PergiJaydee
Ku Cinta Kau SeorangRazmanTV3
2014Selamat Pengantin Madu
Jalan KembaliTV2
Astana Cinta AleesaJimmyTV9
#AntidotKamilTV3
2014–2015Bercakap Dengan JinAstro Mustika HD
2015StellaAllyTV9
Rubber BandAidanTV3
Padamu Aku BersujudKhairi
Angin SyurgaTV2
Ayuni SafiraTV9
Flora RimbaTV Okey
2016Lara TerindahAliTV3
7 Hari MencintaikuZaidi
20207 Hari Mencintaiku
20227 Hari Mencintaiku 3

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2011Adiguru
2012Nur Iman
2013Janji Hati
Muat Tak Muat
2016Isteriku Miss Sally
2020Aku Bukan Syurgamu
2022Aida AdhaAdhaTV1
Selamat Hari Jadi AbahTV Okey

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2010Pilih Kasih (Musim 2)Dirinya sendiri/PesertaTV2

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2011Pilih KasihFinalis

Rujukan

Pautan luar