Nazim Othman

Pelakon lelaki Malaysia

Nushrul Alif "Nazim" Othman (lahir 16 September 1984) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau pertama kali muncul dalam drama Frontpage pada 2008. Memulakan kerjaya awal sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia, beliau popular dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Epilog Cinta Khirana dan Sangkar. Dengan kerjaya lakonannya yang menjangkaui 15 tahun, Nazim diketahui banyak menumpukan perhatian kepada drama TV dan tidak memilih untuk berlakon dalam filem cereka.[1]

Nazim Othman
Kelahiran
Nushrul Alif bin Othman

(1984-09-16) 16 September 1984 (umur 39)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penyanyi
Tahun aktif
  • 2003–2007 (sebagai pramugara)
  • 2008–kini (sebagai pelakon)
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
PasanganBella Dally (k. 2016; c. 2018)

Kerjaya

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Nazim Othman pernah bertugas sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia selama empat tahun.[2] Selepas meninggalkan kerjayanya di awan biru, Nazim mula berkecimpung dalam bidang lakonan. Penampilan televisyen pertamanya ialah menerusi peranan kecil dalam drama Frontpage.

Pada tahun 2017, Nazim memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan merakamkan single pertama, "Kerana Cinta" hasil nukilan Hael Husaini. Ia dikeluarkan pada April 2017.[3]

Gempak Superstar

Persembahan

Nazim merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016.[4] Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Cindai" nyanyian asal Siti Nurhaliza
  2. Minggu 2: "Bahagiamu Deritaku" nyanyian asal Hafiz Suip
  3. Minggu 3: "Tentang Dia" nyanyian asal Melly Goeslaw
  4. Minggu 4: "All of Me" nyanyian asal John Legend dan "Pop Ye Ye" nyanyian asal VE
  5. Minggu 5: "Nakal" nyanyian asal Gigi
  6. Minggu 6: "Hati-Hati" nyanyian asal Amira Othman

Carta penyingkiran

Minggu:1 (10/Apr)2 (17/Apr)3 (24/Apr)4 (1/Mei)5 (8/Mei)6 (15/Mei)
KedudukanPesertaKeputusan
5NazimKekalke-2ke-6ke-4PertamaPemenang Tempat Kelima

Kehidupan peribadi

Nazim Othman dilahirkan di Labuan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.[5]

Nazim disahkan menghidap ketumbuhan dibahagian otak pada Mac 2015. Sebelum membuat pendedahan mengenai penyakitnya, Nazim pernah memuat naik gambar parut pembedahan di kepalanya menerusi akaun Instagram namun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai masalah kesihatannya.[6]

Beliau berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun mengumumkan perceraian mereka pada 17 Mei 2018.[7][8][9]

Nazim ialah peminat tegar penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza.[10]

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2008Frontpagentv7Drama pertama
Awan DaniaAstro Ria
2009Gelora Di Hati Sara TahirTV2
2010AsmaraRaziqTV3
Gelora Di Hati Sara 2TahirTV2
2011Trilogi CintaAnuarTV1
Begitukah CintaNazrilTV3
Kali KeduaZahrinTV9
TerowongRamliTV3Episod: "Surat"
2012Impian Raya EmelynAqilTV9
Dejavu di KinabaluBazli AimanTV3
Kau Yang TerindahKapten Syamil
Terlanjur CintaAmrinTV9
2013Epilog Cinta KhiranaShahrul AzwanTV3
Kisah Cinta
SangkarUmarTV9
Tanah Kubur (Musim 8)MusaAstro OasisEpisod: "Tiada Kubur"
Kalimah JiwaAniqTV3
2014Astana Cinta AleesaZhariff
Gerimis Salju NaminaraFauzanTV1
2015Akulah BalqisKapten AdiTV3
Cinta IrisJohariTV9
2016Cinta Teruna KimchiKang Ye JunTV3
2016-2017Lara AishahIskandarAstro Prima
Ana KleopatraTaufikUnifi TV
2018MonalisaJohanAstro Prima
Terima Aku SeadanyaIrfanntv7
2019Suri KatrianaDanielAstro Prima
Lara SyakilaAdamTV2
CindaiAmirTV3
IktibarRoyEpisod: "Kaki Trend"
2020Bukan Gadis BiasaAmer
Pengantin Satu MalamZahred Hadri
Sekali Ku Jatuh CintaAmmarTV1
2021Takdir Yang TertulisAzlanTV3
Ratu Ten PinAriefAstro Ria
Malaysian Ghost StoriesAdiEpisod: “Hantu Orang Asli”
2022Kau Cipta KasihAfiqTV3
KuasaDariusAstro Citra
Sepi Tanpa CintaFakrulSooka
Ratu Ten Pin 2: ShalinAriefAstro Ria
Sorry Naik LoriKhairulIQIYI
2023Isteri HalalDanielAstro Ria
Rajuk KarinaSaifulTV3
2024Hawt FellasAbg LeeTV3Pelakon jemputan
Perempuan Ilmu HitamCairylTonton
Wanita SyurgaLuqmanTV3

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2009Tuah KembaliAstro Ria
2010Sapu Tangan Merah
Surat Cinta
2011Menantu Tip TopTV3
2012LollypopAstro Ria
2013Yeop Kaya KeYeopTV3
2015Gebu-Gebu ManisHamdiAstro Ria
Pen Merah Pen BiruAstro Maya HD
2021MufariqTV1
2022CangkulImranAstro Citra

Video Klip

TahunTajuk laguPenyanyi
2014"Hujung Waktu"Azhael

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
2010Inspirasi BintangPengacaraMuzik Aktifmengacara bersama Miya Zainal
2016Gempak SuperstarPesertaAstro Ria

Siniar

TahunTajukPerananCatatan
2023Studio SembangArtis Jemputanbersama Amelia Henderson

Diskografi

  • "Kerana Cinta" (2017)

Aktivisme

Pada April 2012, Nazim bersama-sama dengan Intan Ladyana, Fizo Omar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL). Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni'. Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni."[11]

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Pelakon TV Lelaki PopularTercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Fasha Sandha)Tercalon
2021Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34Pelakon TV Lelaki PopularTercalon

Rujukan

Pautan luar