Azira Shafinaz

Penyanyi dan pelakon Malaysia

Azira Shafinaz Ramlan (lahir 26 September 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Beliau dikenali sebagai salah seorang penyanyi utama kumpulan pop wanita Malaysia, De Fam.[3] Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan drama TV lakonannya termasuk Married Tapi Benci, Mr. Donat Karamel dan Seribu Rindu.[4]

Azira Shafinaz
Kelahiran
Azira Shafinaz binti Ramlan

(1991-09-26) 26 September 1991 (umur 32)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2012–kini
Kerjaya muzik
GenreHip hop, R&B
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
De Fam

Kehidupan awal

Azira Shafinaz dilahirkan pada 26 September 1991 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Azira memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[5][6]

Kerjaya

De Fam (2015–kini)

Azira Shafinaz merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam bersama dua rakannya, Nurshazwani Shamsuddin (Cik Manggis) dan Sophiatul Liana Mohd Sobri (Sophia Liana).[7][8] Single sulung kumpulan ini, "#Supergirls" mendapat tontonan melebihi 1 juta di YouTube dalam masa tiga minggu sahaja sekaligus memperkenalkan Azira dan De Fam kepada perhatian umum dan media.[9][10]

Lakonan

Lakonan pertama Azira hadir pada 2012 apabila beliau melakonkan peranan kecil sebagai Ayra dalam drama Dan Bila Esok di TV3. 3 tahun kemudian, beliau memegang watak utama sebagai Mira dalam siri drama waktu perdana TV3, Mimpi Mira. Profil beliau dalam bidang lakonan dikenali umum apabila beliau bergandingan bersama Syafiq Kyle menerusi drama Married Tapi Benci di Slot Lestary TV3, di mana beliau memegang watak sebagai Rina, seorang pelajar baharu di kolej mempunyai raut wajah yang jelita dan mempunyai perasaan benci dengan lelaki.[11]

Kerjaya filem beliau bermula dengan memegang watak sebagai Anna dalam filem Penunggang Agama arahan Syafiq Yusof. Untuk filem ini, beliau menggunakan khidmat seorang ustaz untuk menekuni al-Quran dengan baik.[12]

Diskografi

  • "#Supergirls" (2015) - bersama De Fam
  • "With You" (2015) - bersama De Fam & Brandon Deal
  • "Bila Ada Kamu" (2017) - bersama De Fam
  • "Bukan Cinta Malaikat" (2017) - duet bersama Ryfell
  • "Panas" (2019) - bersama De Fam
  • "Berubah" (2022) - bersama De Fam
  • "Mula" (2022) - bersama De Fam
  • "Alamak Raya Lagi!" (2024) - bersama De Fam

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2021Penunggang AgamaAnnaFilem pertama
Penunggang Agama 2
2022Bunga dan KayuBunga
Air Force The Movie: Selagi BernyawaHana
Talbis IblisHajar
2024Sheriff: Narko IntegritiASP Shazlin

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2012Dan Bila EsokAyraTV3Drama pertama
2015Mimpi MiraMiraFEEFO.TVNanowhite: Web Series
StellaTashaTV9Slot Aurora (bergandingan dengan Redza Rosli)
2016Married Tapi BenciRinaTV3Slot Lestary (bergandingan dengan Syafiq Kyle)
Mr. Donat KaramelAnggun QairahSlot Lestary (bergandingan dengan Hafidz Roshdi)
2018Vila GhazaraArianaSlot Akasia (bergandingan dengan Shukri Yahaya)
Doa Ku MohonPuan KarmilaSlot Iris
Seribu RinduMaisaraSlot Akasia (bergandingan dengan Zul Ariffin)
2019Serikan HatimuHaniGarnier: Mini Series (bergandingan dengan Syafiq Kyle)
PiaQisSlot Lestary (bergandingan dengan Alif Satar)
2020Isteri MisteriLisaSlot Drama Pukul 6 (bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad)
2021Penjara JanjiRozitaSlot Samarinda (bergandingan dengan Alif Satar)
2022One Cent ThiefIntanAstro Ria
Ijab KabutDeannaViu
TBAOne Cent Thief (Musim 2)IntanAstro Ria

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2017Nur 3 PagiNur JannahTV3bergandingan dengan Syafiq Kyle
Syawal Yang KuinginkanHaniberlakon bersama Dato' Fauziah Haji Ahmad Daud dan Izreen Azminda
2018Simpang SejenakManisbergandingan dengan Syazwan Zulkifly
Din Sardin BerayaRianabergandingan dengan Izzue Islam
2019Karma CintaAnis SofeaTV1bergandingan dengan Izzue Islam

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
2016Bonda BondingArtis JemputanAstro Primabersama Cik Manggis
Ketuk Ketuk RamadanTV1
2017Perang JantinaAstro Ria
Padan MukaAstro Warna
Karaoke BoomTV9
5 Rencah 5 Rasa vs Dapur PanasTV3
2018Gara Gara Nurul & ShahrilMediacorp Suriabersama Sophia Liana
Drop The BeatPesertantv7
Pop! TVPengacara
RojakArtis Jemputan
It's Alif
Feel Good Show
Sembang Sahur
2019J-PopPengacara JemputanAstro Warna
2020Vokal ManiaPengacaraTV3bersama Dato' AC Mizal
2021Shuk Nak Tanya 2Artis JemputanAwesome TV

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017
Pasangan Pilihan (bersama Hafidz Roshdi)Mr. Donat KaramelTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016
Artis Baharu Wanita PopularTercalon
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Artis Versatil PopularTercalon
2019Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019Aktress PilihanSeribu RinduTercalon
Pasangan Pilihan (bersama Zul Ariffin)Tercalon

Rujukan

Pautan luar