Fizi Ali

Penyampai radio Malaysia

Mohd Hafizudin Alimudin (lahir 16 April 1989), juga dikenali sebagai Fizi Ali merupakan seorang penyampai radio, pelakon dan pengacara Malaysia.[1][2] Beliau ialah bekas peserta Pilih Kasih musim kedua dan suami kepada pelakon Shakilla Khoriri yang dikahwininya pada 2018 sehingga perceraian mereka pada 2021. Fizi merupakan satu-satunya peserta Pilih Kasih yang tidak terlibat dalam bidang lakonan.

Fizi Ali
Kelahiran
Mohd Hafizudin bin Alimudin

(1989-04-16) 16 April 1989 (umur 35)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyampai radio, pelakon, pengacara
Tahun aktif2010–kini
Majikan
Pasangan
Anak-anak1

Kerjaya

Tidak seperti kebanyakan peserta Pilih Kasih yang memilih untuk menceburi bidang lakonan. Fizi tidak terlibat dalam bidang lakonan, sebaliknya memilih untuk menjadi penyampai radio.

Bakat beliau mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua, yang turut disertai oleh Jay Iswazir, Bil Azali, Cristina Suzanne dan Lia Natalia. Beliau tersingkir pada minggu pertama.[3]

Fizi memulakan kerjaya radionya sebagai penyampai Ultra FM selama dua tahun sebelum stesen itu ditutup pada 2015.[4] Beliau kemudiannya berkhidmat di Suria FM pada 1 Julai 2016 dan bergandingan bersama Zulin Aziz dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria. Sejak itu, beliau terus berkhidmat untuk Suria sehingga 22 Julai 2022.

Kehidupan peribadi

Fizi telah bertunang dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 16 Julai 2017. Pasangan ini telah bercinta selama empat tahun,[5][6] dan keputusan untuk bertunang diambil selepas Fizi menghantar rombongan merisik pada awal Februari.

Pasangan itu telah selamat diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon dengan dua kali lafaz tepat jam 10.37 pagi di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2018.[7][8]

Pasangan ini dikurniakan bayi perempuan pada 14 Mac 2019 bernama Ameena Sofia.[perlu rujukan]

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
2021Di Sebalik KasyafRadilTV3

Televisyen

TahunTajukPeranan
2010Pilih Kasih (Musim 2)Peserta
2016ipopularPengacara
2018Mahligai CintaArtis Jemputan bersama Shakilla Khoriri
2019Mana Lagi SedapPengacara
20211001 Resepi Periuk NasiPengacara
2024Karpet Merah Anugerah Juara Lagu ke-38Pengacara bersama Fiza Frizzy

Videografi

Muzik video
TahunLaguPenyanyi
2014Mungkin KamuSissy Imann

Radiografi

Radio

TahunTajukStesen
1 Julai 2016 - 22 Julai 2022Ceria Pagi & Team Pagi SuriaSuria
1 Ogos 2022 - kiniSembang Squad, Hot Padu 40 & Hot SquadHot FM

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2017Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Penyampai Radio PopularTercalon
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Penyampai Radio PopularTercalon
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Penyampai Radio PopularTercalon

Rujukan

Pautan luar