Pergi ke kandungan

Frigat Type 26

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Type 26 Capability.jpg
BAE Systems design, 2017
Ringkasan kelas
Nama:Frigat Type 26
Pembina:BAE Systems Maritime – Naval Ships
Pengguna:
Didahului oleh:
Sub-kelas:
  • Frigat kelas-Hunter (RAN)
  • Penempur Permukaan Kanada (RCN)
Kos:
  • UK:
    • GB£9.87 bilion (2017) untuk 8 unit (anggr.)
    • GB£1.23 bilion (2017) per unit (anggr.)
  • Australia:
    • A$35 bilion (2018) untuk 9 unit + ToT (angrr.)
    • A$3.9 bilion (2018) per unit (anggr.)
  • Kanada:
    • CA$69.8 bilion (2019) untuk 15 unit + ToT (anggr.)
    • CA$4.65 bilion (2019) per unit (anggr.)
Dibina:Anugerah kontrak untuk 3 buah daripada 8 buah kapal telah diumumkan pada 2 Julai 2017[1]
Dalam perkhidmatan:Pertengahan-2020an (dirancang)[2]
Dibina:3[3]
Dirancang:
Ciri-ciri umum (Kelas City)
Jenis:Frigat peperangan anti kapal selam [2]
Sesaran:6,900 t (6,800 long ton; 7,600 short ton),[7] 8,000+ t muatan penuh[8][9]
Panjang:149.9 m (491 ka 10 in)[7]
Lunas:20.8 m (68 ka 3 in)[7]
Jana kuasa:
  • konfigurasi CODLOG :[10]
    • 1 × turbin gas Rolls-Royce MT30 [11]
    • 4 × penjana diesel berkelajuan tinggi MTU Type 20V 4000 M53B [11]
    • 2 × motor elektrik
Halaju:Lebih 26 knot (48 km/j; 30 mph)[7]
Jarak:Lebih 7,000 nmi (13,000 km) dengan pemacu motor elektrik [7]
Bot & lancang
yang dibawa:
2
Anak kapal:157[7] (muatan untuk 208 anak kapal)[7]
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar
  • Radar 3D – Type 997 Artisan
  • radar navigasi SharpEye dari Kelvin Hughes Ltd [12]
  • radar navigasi Band-X 2D Terma SCANTER 6000[13]
  • Sonar
  • Sonar 2087 (radar jujukan ditunda)
  • Ultra Electronics Type 2150 (sonar huluan)
  • Satcom
  • SCOT-5 satcom[10]
Peperangan elektronik
& pengumpan:
pengumpan IRVIN-GQ DLF [10]
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
  • Ruang muatan untuk 2 buah helikoter:
  • Wildcat, dipersenjatai dengan;
    • 4 × peluru berpandu anti kapal Sea Venom, atau
    • 2 × torpedo anti kapal selam Sting Ray
    • 20 × peluru berpandu anti permukaan pelbagai peranan Martlet
    • cas kedalaman Mk 11
  • atau
  • AgustaWestland Merlin, dipersenjatai dengan;
    • 4 × torpedo anti kapal selam Sting Ray
Kemudahan penerbangan:
  • Dek penerbangan untuk helikopter Chinook
  • Hangar tertutup
  • Kemudahan untuk UAV
Nota:
  • Ruang Misi Fleksibel[19]
    • Sistem Pengendalian Ruang Misi Rolls-Royce
Ciri-ciri umum (Kelas Hunter)
Sesaran:10,000 t (9,800 long ton; 11,000 short ton) sesaran muatan penuh[20]
Panjang:149.9 m (492 ka)
Lunas:20.8 m (68 ka)[21]
Jana kuasa:Sebagai kelas City
Halaju:27+ knot
Jarak:7,000 batu nautika (13,000 km; 8,100 bt) dengan pemacu motor elektrik
Anak kapal:180 anak kapal, dengan penginapan untuk 208 orang
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Arahan & Kawalan:
  • Sistem Tempur Aegis[22]
  • Antaramuka taktikal Saab 9LV
  • Penderia Pengawasan & Senjata:
  • Radar jujukan fasa CEA Technologies CEAFAR2
  • Sistem Peperangan Bawah Air
  • Sonar pemasangan badan kapal Ultra S2150
  • Sonar kedalaman pembolehubah dan jujukan ditunda Thales Sonar 2087
Peperangan elektronik
& pengumpan:
pelancar pengumpan Nulka
Persenjataan:
  • Peluru berpandu:
  • 2 × 4-kanister peluru berpandu anti kapal termaju
  • 32-sel Sistem Pelancaran Menegak Mark 41:
    • RIM-66 Standard 2
    • RIM-162 ESSM
  • Torpedo:
  • Torpedo MU90 Impact
  • Meriam:
  • 1 × meriam dual-guna kaliber 5-inci 62 Mark 45 Mod 4
  • 2 × 30 mm sistem meriam jarak dekat
  • 2 × 20 mm Phalanx CIWS
Pesawat yang dibawa:
Kemudahan penerbangan:Sepertima kelas City
Nota:
  • Ruang Misi Fleksibel:
    • Sistem Pengendalian Ruang Misi Rolls-Royce
    • Helikopter ke-2 (MH-60R atau MRH-90)
    • 4 × 11 m RHIB
    • 10 × kontena 20-kaki
    • UAV dan UUV[24]
Ciri-ciri umum (Penempur Permukaan Kanada)[25]
Sesaran:7,800 tan (9,400 tan[26])
Panjang:151.4 m (496 ka 9 in)
Lunas:20.75 m (68 ka 1 in)
Draught:8 m (26 ka 3 in)
Jana kuasa:Sepertimana kelas City
Halaju:27 knot (50 km/j; 31 mph)
Jarak:7,000 nmi (13,000 km; 8,100 bt)
Anak kapal:204
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Arahan & Kawalan:
  • Sistem Tempur Lockheed Martin Canada CMS 330 dengan AEGIS Fire Control Loop
  • USN Cooperative Engagement Capability (sensor netting)
  • Penderia Pengawasan & Senjata:
  • Radar AESA 3D Lockheed Martin Canada AN/SPY-7(V)1 Solid State
  • MDA Solid State AESA Target Illuminator
  • Radar nagigasi Band X & S
  • Sistem Elektro-Optik dan Infra Merah
  • Sistem Peperangan Bawah Air:
  • sonar aktif: Ultra Electronics Sonar S2150 (dipasang pada badan kapal)
  • sonar pasif: Ultra Electronics jujukan ditunda (pelbagai kedalaman)
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Tindak balas torpedo ditunda Ultra Electronics SEA SENTOR S21700
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
Kemudahan penerbangan:
  • Indal Technologies Beartrap
  • Dek penerbangan untuk Chinook
  • hangar tertutup
  • Kemudahan untuk UAV
Nota:
  • Ruang Misi Fleksibel:
    • Sistem Pengendalian Ruang Misi Rolls-Royce
    • Kapasiti sokongan misi modular untuk kontena dan kenderaan laut
    • 2 × bot pelbagai peranan 9–12 m
    • 1 × bot penyelamat 9 m

Frigat Type 26 atau frigat kelas City adalah satu kelas frigat yang dibina untuk Tentera Laut Diraja, di mana versinya juga dibina untuk tentera laut Australia dan Kanada .[3] Program ini yang dikenali sebagai Kapal Tempur Global, telah dilancarkan oleh Kementerian Pertahanan United Kingdom untuk mengantikan sebahagian daripada 13 buah frigat Type 23 serta untuk pasaran eksport.[31] Peranan utamanya adalah untuk melaksanakan misi peperangan anti kapal selam sementara pada masa yang sama mampu menyokong pertahanan udara dan operasi kegunaan am.[7] Frigat ini merupakan pelantar laut pertama yang dikongsi antara Australia, Kanada dan United Kingdom sejak pembinasa kelas Tribal.

Program ini telah bermula pada tahun 1998, di bawah nama program Penempur Permukaan Masa Depan (FSC). Bagaimanapun, menjelang bulan Mac 2010, program perolehan ini berubah menjadi Kapal Tempur Global, berikutan dengan pengumuman satu kontrak rekabentuk selama 4 tahun bernilai £127 juta yang dianugerahkan kepada BAE Systems Maritime – Naval Ships.[32] Fasa rekabentuk melepasi Pagar Utama 1 pada awal tahun 2015, dengan Fasa Demonstrasi bermula pada 1 April 2015. Pada Ogos 2015\, bahan-bahan long lead untuk Type 26 telah dipesan, dengan kerja-kerja pengeluaran akan bermula pada tahun 2016 dan kapal Type 26 pertama akan diserahkan pada tahun 2023.[33] Pada bulan November 2016, satu pengumuman dibuat bahawa keluli pertama bagi lapan buah kapal untuk Tentera Laut Diraja akan dipotong pada musim panas 2017.[34] Kapal-kapal ini akan dibina di limbungan kapal milik BAE Systems di Govan dan Scotstoun yang terletak di Sungai Clyde, Glasgow.[35]Anugerah kontrak untuk membina frigat Type 26 telah diumumkan oleh BAE Systems pada 2 Julai 2017,[1] dengan pemotongan keluli untuk kapal pertama dari kelas ini, HMS Glasgow akan dilakukan pada 20 Julai 2017 oleh Setiausaha Pertahanan Negara, Sir Michael Fallon.[36]

Pada bulan Jun 2018, kerajaan Australia telah mengumumkan bahawa ia telah memilih versi ubahsuai sdari platform Type 26 dalam rancangan pengantian kelas-Anzac.[37] Tentera Laut Diraja Australia akan membeli sehingga 9 buah kelas-Hunter yang mana akan dibina oleh BAE Systems Australia di limbungan ASC, Osborne, South Australia.[5][38]

Pada 8 Februari 2019, Menteri Perolehan Carla Qualtrough telah mengumumkan bahawa kerajaan Kanada telah menganugerahi Lockheed Martin Canada sebuah kontrak bernilai C$185 juta untuk mereka sebuah armada yang terdiri sehingga 15 buah kapal frigat berdasarkan Type 26 ( Penempur Permukaan Kanada), di mana kos keseluruhan program bernilai $60 bilion. Jumlah kontrak akan meningkat berdasarkan kerja-kerja rekabentuk. Kontrak rekabentuk awal adalah dengan Irving Shipbuilding dari Halifax.[39]

Pembangunansunting sumber

Penempur Permukaan Masa Depansunting sumber

Kapal Tempur Global Combat mula dibangunkan di bawah program Penempur Permukaan Masa Depan asal yang bertujuan untuk mengantikan frigat Type 22 dan Type 23 dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja. Rancangan untuk mengantikan kapal pengiring bermula pada tahun 1998 dengan pesanan untuk kapal penyelidikan, RV Triton, untuk mengkaji sama ada rekabentuk sebuah trimaran adalah praktikal untuk sebuah kapal yang besar dan kompleks. Bagaimanapun, rekabentuk yang lebih konvensional lebih disukai. Pada bulan Mac 2005, rancangan telah diterbitkan untuk penyelesaian dua kelas, sebuah "Kapal Terbitan Saiz Sederhana" yang lebih murah akan memasuki perkhidmatan pada tahun 2016–19 dan sebuah "Penempur Permukaan Versatil" yang lebih berupaya akan memasuki perkhidmatan sekitar tahun 2023.[40]

Pada awal tahun 2006, Kementerian Pertahanan memulakan sebuah program Sustained Surface Combatant Capability (S2C2) yang akan mengkaji sinergi antara FSC dan keperluan-keperluan lain, seperti kapal penyapu ranjau, kapal peronda dan kapal tinjauan. Menjelang awal tahun 2007, program ini memperincikan tiga keperluan iaitu; C1, C2 dan C3. C1 merujuk pada platform untuk peperangan anti kapal selam dengan sesaran sekitar 6,000 tan. C2 pula merujuk pada platform kegunaan am dengan sesaran dalam julat 4–5,000 tan, manakala C3 adalah Korvet Global untuk mengantikan sejumlah besar kapal-kapal bersaiz kecil yang berada dalam perkhidmatan, seperti kapal penyapu ranjau, peronda dan tinjauan. Korvet Global dengan sesaran sekitar 2–3,000 tan.[41]

Konsep C3 bermula pada awal tahun 2004 apabila Kementerian Pertahanan mengeluarkan satu Permohonan Untuk Maklumat (RFI) untuk satu kelas kapal kecil yang dikenali sebagai Korvet Global. Kos operasi yang rendah dan kemampuan untuk beroperasi di kawasan-kawasan cetek dan pantai di mana kapal-kapal besar tidak dapat digunakan; merupakan faktor-faktor penting. BAE Systems, VT Group, Thales dan Rolls-Royce memberi tindak balas pada musim luruh 2004 dengan konsep berbeza daripada sebuah Kapal Peronda Luar Pantai yang lengkap seberat 1,500 tan kepada sebuah "korvet" yang lebih maju dan berupaya dengan berat 3,000 tan, selari dengan program Kapal Tempur Pesisir untuk Tentera Laut Amerika Syarikat.

Konsep FSC kemudian dibawa dalam belanjawan 2008, dengan dana pilihan untuk dua buah pembinasa Type 45 tidak akan dibeli (kapal ke-7 dan 8).[42] Pada tahun 2009, BAE Systems menerima sebuah kontrak untuk merekabentuk frigat C1 dan C2 dengan jangka hayat selama 25-tahun. Sejumlah 18 buah kapal (10 buah C1 dan 8 buah C2) telah dirancang untuk memasuki perkhidmatan bermula pada tahun 2020, pada tahap sebuah kapal setiap tahun.[43] Pada awal tahun 2010, verspi C3 telah digugurkan untuk memberi laluan kepada program Keupayaan Penyapu Ranjau, Hidrogradi dan Rondaan.

Kapal Tempur Globalsunting sumber

Kenyataan rasmi berkenaan Penempur Permukaan Masa Depan (kemudian hilang menjelang tahun 2010), bahawa pada 25 Mac tahun itu; BAE Systems telah dianugerahkan oleh Kementerian Pertahanan satu kontrak berdurasi selama 4 tahun dan bernilai £127 juta untuk merekabentuk sepenuhnya sebuah kelas baharu kapal perang yang dikenali sebagai "Kapal Tempur Global", dahulunya didesignasi sebagai C1 dalam program FSC. Jangkaan pada waktu itu adalah kapal pertama akan mula memasuki perkhidmatan menjelang tahun 2021.[44][45] Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik Oktober 2010 (SDSR) telah mengesahkan komitment kerajaan dalam program Kapal Tempur Global, dan berkata; "Sebaik sahaja selepas tahun 2020, frigat Type 23 akan digantikan oleh Type 26, direka di mana peranan dan kebolehan berdasarkan keperluan strategik boleh diadaptasikan dengan mudah".[46] Laporan penilaian ini juga mengumukan bahawa frigat Type 22 yang masih ada akan dilucut tauliahkan tanpa digantikan, oleh itu mengurangkan jumlah armada pengiring Tentera Laut Diraja daripada 23 buah pembinasa dan frigat kepadsa 19 buah (6 buah pembinasa Type 45 dan 13 buah frigat Type 23).[46]

Asas kerja awal BAE Systems untuk reabentuk Kapal Tempur Global adalah sebuah kapal dengan panjang 141 meter, sesaran 6,850 tan dan julat operasi 7,000 batu nautika pada halaju 18 knot.[47] Bagaimanapun, pada 30 November 2010 laporan menyebut bahawa spesifikasi ini telah diturunkan dalam usaha untuk mengurangkan kos daripada £500M kepada £250–350M per kapal. Seterusnya, perincial spesifikasi baharu yang muncul menunjukan sebuah kapal yang lebih kecil seberat 5,400 tan yang menekankan konsep fleksibiliti dan modulariti.[48]

Tidak seperti FSC, Kapal Tempur Global hanya mempunyai satu rekabentuk badan. Bagaimanapun, sama seperti keluarga frigat pelbagai peranan FREMM dari Itali/Perancis, tiga versi dicadangkan untuk pasaran eksport: iaitu satu rekabentuk setiap satu untuk peranan anti kapal selam (ASW), peperangan anti pesawat (AAW), dan kegunaan am (GP).[49][50]

Walaupun satu keputusan telah dibuat pada bulan November 2010 untuk mengurangkan keperluan spesifikasi dan keupayaan bagi rekabentuk Kapal Tempur Global, menjelang tahun 2014 konsep rekabentuk oleh BAE Systems kembali ke asas kerja asal di mana sebuah frigat besar dengan sesaran 6,900 tan.[7] Pada bulan Februari 2015, Kementerian Pertahanan dan BAE Systems telah menandatangani satu kontrak bernilai £859 juta bagi meneruskan pembangunan dan perkembangan ke arah pengeluaran.[51] Satu fasa demonstrasi selama 12-bulan bermula pada 1 April 2015 dan selepas satu lanjutan masa selama 12 bulan pada Mac 2016, ia dijadualkan akan siap pada bulan Jun 2017.[52]

Di sebabkan kos perolehan kapal-kapal ini, Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik pada tahun 2015 telah mengurangkan jumlah pembelian frigat Type 26 daripada 13 buah kepada 8 buah kapal. Jurang yang wujud akan dipenuhi oleh frigat kelas baharu yang akan dikenali sebagai Type 31.

Pada 2 Julai 2017, BAE Systems telah mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan sebuah kontrak bernilai sekitar £3.7 bilion oleh Kementerian Pertahanan UK untuk membina tiga buah pertama frigat Type 26. Kenyataan BAE menyatakan bahawa keluli untuk kapal pertama di Glasgow mula dipotong "dalam beberapa minggu akan datang."[1]Pada bulan September 2015, kos program dianggarkan pada £11.5 bilion, untuk sejumlah 13 buah Kapal Tempur Global.[53] Kos untuk lapan buah kapal sepertimana dalam sebut harga adalah £8 bilion pada tahun 2016.[54] Tiga buah kapal yang dipesan pada tahun 2017 bernilai £3.7 bilion.[1]Pada bulan Julai 2021, dalam satu respon ke atas pertanyaan di Parlimen bahawa frigat Type 26 akan dilengkapi dengan Senjata Anti Kapal/Krus Masa Depan bermula pada tahun 2028.[55]

Kerjasamasunting sumber

Kapal Tempur Global telah direka dengan tujuan untuk pasaran eksport. Semasa dalam satu perdebatan di House of Common pada 31 Januari 2011, ia telah didedahkan bahawa Australia, Malaysia, New Zealand, dan Turki telah menunjukan minat untuk bekerjasama dalam program Kapal Tempur Global.[perlu rujukan]

Australiasunting sumber

Kerajaan United Kingdom dan Australia sebelumnya telah meneroka akan kemungkinan sebuah kerjasama dalam rekabentuk C1 dan C3 dalam program Penempur Permukaan Masa Depan, yang terkait rapat dengan keperluan Tentera Laut Diraja Australia untuk mengantikan frigat kelas-Anzac dengan sebuah frigat kelas baharu.[56] Dua buah negara ini kemudian menandatangani satu kerjasama pertahanan pada bulan Januari 2013 di mana Australia berjanji untuk bekerjasama dalam rekabentuk Kapal Tempur Global bagi menyiasat kesesuaiannya untuk program perolehan mereka.[57] Pada bulan April 2016, Perdana Menteri Malcolm Turnbull telah mengesahkan bahawa Kapal Tempur Global merupakan salah satu daripada tiga rekabentuk yang telah disenarai pendek untuk mengantikan frigat kelas Anzac.[58]

Pada bulan September 2016, kerajaan Australia telah menganugerahkan BAE Systems satu kontrak untuk memperbaiki rekabentuk Kapal Tempur Global Type 26 untuk Tentera Laut Diraja Australia di bawah program SEA 5000 (Frigat Masa Depan).[59] Australia telah mengeluarkan satu Permohonan Untuk Tender (RFT) bagi menyokong program ini pada akhir Mac 2017. Program ini bernilai AUD35 bilion (AS$26.25 bilion).[60] Pada 10 Ogos 2017, BAE Systems mengumumkan bahawa ia telah menghantar bidaan untuk program SEA 5000.[61] Perdana Menteri Malcolm Turnbull membuat pengumuman pada bulan Jun 2018, bahawa BAE telah memenangi kontrak dan Australia akan membina 9 buah kapal konsep Type 26 yang telah diubahsuai di Adelaide.[62]

Kanadasunting sumber

Semasa perdebatan di House of Commons pada 31 Januari 2011, dewan didedahkan bahawa kerajaan Kanada berminat untuk bekerjasama dalam program Kapal Tempur Global dan kedua-dua pihak di UK dan Kanada berada "perbincangan tertutup".[63] Bagaimanapun, sebuah kesatuan Kanada telah berkempen bahawa program Kapal Tempur Global akan mengancam para pembina kapal di Kanada, dan dalam satu kempen pilihanraya Mei 2011 seorang jurucakap kepada Peter MacKay, yang mana merupakan Menteri Pertahanan Kanada pada masa itu, menolak penglibatan dalam program Britain.[64] Turki juga kemudian menolak rekabentuk frigat ini pada tahun 2012 dengan alasan tidak memenuhi keperluannya.[65]

Meskipun Kanada sebelumnya menafikan kerjasama dalam program Britain, pada bulan Mei 2016 IHS Janes melaporkan bahawa Kapal Tempur Global masih merupakan salah satu pesaing untuk perolehan Penempur Permukaan Kanada.[66] Pada bulan November 2017, sebuah konsortium yang diketuai oleh Lockheed Martin telah menyerahkan "Cadangan CSC" mereka yang mana berdasarkan rekabentuk Type 26 oleh BAE Systems, bagi projek frigat masa depan untuk Tentera Laut Diraja Kanada.[67]

Pada 19 Oktober 2018, pengumumkan dibuat bahawa BAE-Lockheed Martin telah dipilih sebagai pembida 'diutamakan' dalam program Penempur Permukaan Kanada dan kerajaan Kanada akan memulakan rundingan untuk menganugerahkan satu kontrak untuk 15 buah kapal bernilai CAD$60 bilion kepada BAE dan Lockheed Martin Canada, kontraktor utama bagi program ini. Bidaan mereka berjaya mengalahkan tawaran daripada Alion Science and Technology di mana cadangan mereka adalah berdasarkan rekabentuk frigat Arahan dan Pertahanan Udara, De Zeven Provinciën dari Belanda dan Navantia/Saab/CEA Technologies dengan cadangan mereka berdasarkan frigat F-105 yang digunakan oleh Tentera Laut Sepanyol.[6][68]

Pada 21 November 2018, Alion Science and Technology telah memfailkan kes di Mahkamah Persekutuan dan memohon satu penilaian kehakiman di atas keputusan, dengan mendakwa bahawa pemenang bidaan adalah "tidak berupaya untuk memenuhi keperluan mandatori kritikal" dalam tender rekabentuk, termasuk keperluan halaju mandatori yang disetkan oleh Tentera Laut Diraja Kanada.[69]

Pada 27 November 2018, Tribunal Perdagangan Antarabangsa Kanada (CITT) telah mengarahkan pihak Kerajaan untuk menunda keputusan untuk memuktamadkan perjanjian pembelian kapal ini, sementara aduan dari Alion disiasat. Pada 11 Disember 2018, CITT memberi lampu hijau kepada Kerajaan untuk meneruskan anugerah kontrak kepada Lockheed, akan tetapi siasatan akan pematuhan frigat Type 26 terhadap syarat-syarat Kanada akan diteruskan.[70] Tribunal menggugurkan kes ini sepenuhnya pada bulan Februari 2019.[71]

Kontrak rekabentuk Penempur Permukaan Kanada telah ditandatangani pada 7 Februari 2019 oleh kerajaan Parti Liberal. Kontrak rekabentuk dengan konsortium Irving dan the Lockheed Martin-BAE telah dirundingkan dengan pantas, hanya mengambil masa selama tiga bulan.[72][73]

Kemungkinan kerjasamasunting sumber

Brazilsunting sumber

Pada September 2010, kerajaan Britain dan Brazil telah mencapai satu persetujuan pertahanan, termasuk potensi jualan lima atau enam buah Kapal Tempur Global untuk Tentera Laut Brazil.[74] Pada bulan berikutnya, BAE Systems secara rasmi menyediakan cadangan terperinci kepada Tentera Laut Brazil, untuk sebuah pakej termasuk Kapal Tempur Global selain versi untuk kapal tangki kelas Wave dan kapal peronda kelas River.[75]

Ciri-cirisunting sumber

Kapal Tempur Global direka dengan konsep fleksibiliti dan modular untuk meningkatkan ciri serba bolehnya meliputi julat operasi penuhnya, termasuk keselamatan maritim, menentang pelanunan dan pengganas, serta operasi bantuan bencana dan kemanusiaan. Rekabentuk serba boleh ini akan menyokong sokongan sepanjang hayatnya, dengan memastikan sebarang program peningkatan boleh dilakukan dengan mudah selari dengan pembangunan teknologi.[7]Setakat tahun 2017, tapak sesawang BAE Systems mencadangkan sesaran pada 6,900 tan, kapal sepanjang 149.9 m (492 ka), lunas sepanjang 20.8 m (68 ka) dan halaju tertinggi melebihi 26 knot (48 km/j). Kapal Tempur Global Cakan memiliki anak kapal teras seramai 157 orang dengan jumlah bilik boleh memuatkan sehingga 208 orang.[7]

Kapal Tempur Global telah direka untuk bertahan selama 60 hari dengan jarak sekitar 7,000 batu nautika (13,000 km).[7] Di buritan, terdapat kemudahan yang membolehkan pergerakkan bot-bot boleh kembung berbadan rigid, kenderaan permukaan tanpa pemandu atau sonar jujukan ditunda.[76] Sebuah Runag Misi Integrasi yang besar dan hangar terletak di tengah kapal, yang mana membenarkan pelbagai jenis misi dan peralatan berkaitan disimpan.[7] Pesawat yang bersaiz setara dengan Boeing Chinook boleh diterbangkan daripada dek penerbangannya yang luas, dan hangarnya boleh memuatkan sehingga dua buah helikopter bersaiz AgustaWestland AW159 Wildcat atau AgustaWestland Merlin.[77] Hangar ini juga mempunyai ruang untuk menempatkan pesawat udara tanpa pemandu.

Kapal Tempur Global versi Tentera Laut Diraja juga dirujuk sebagai frigat Type 26. Frigat ini akan dilengkapi dengan radar pencari Type 997 Artisan 3D dan peluru berpandu pertahanan udara Sea Ceptor (CAMM) melalui 48 buah kanister sistem pelancaran menegak (VLS) canisters. Selain itu, tambahan 24 unit sel sistem pelancaran menegak Mark 41 juga dipasang di hadapan bridge. Pada 8 Julai 2021, pengesahan dibuat bahawa peluru berpandu anti kapal buatan Britain-Perancis, FC/ASW akan dipasang pada Type 26,[14] yang mana kemungkinan akan dilancarkan daripada Mark 41 VLS. Mark 41 juga mampu menembak peluru berpandu seperti peluru berpandu serangan darat Tomahawk, roket anti kapal selam atau ESSM berkembar empat.[15][78][10]

Sepertimana frigat Type 23 yang akan digantikannya, Kapal Tempur Global akan memiliki badan kapal yang secara akustiknya senyap untuk peperangan anti kapal selam dan dipasang dengan sebuah sonar haluan generasi baharu, Ultra Electronics Type 2150 dan sebuah sonar jujukan ditunda Sonar 2087 yang berkuasa.[79] Kapal Tempur Global juga akan dipasang dengan meriam-meriam dengan saiz kaliber yang berbeza. Ia tidak akan menggunakan meriam nalut 4.5 inci Mark 8 yang kini digunakan oleh Tentera Laut Diraja, tetapi akan dilengkapi dengan meriam laut 5 inci, 62-kaliber Mark 45 yang memenuhi standard NATO buatan BAE. Meriam-merian kecil termasuk dua buah Phalanx CIWS, dua laras Meriam Kaliber Kecil Automatik 30mm DS30M Mark 2 dan sejumlah minigan dan mesingan kegunaan am.[80]

Sistem pendorongan kapal-kapal Tentera Laut Diraja akan mempunyai sebuah turbin gas dengan pemacu terus dan empat buah penjana diesel halaju tinggi yang memacu dua buah motor elektrik dalam konfigurasi gabungan diesel-elektrik atau gas (CODLOG).[10][81] Pada tahun 2012, Rolls Royce telah mempakejkan semula enjin MT30 yang digunakan pada kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth untuk membolehkan ia dipasang pada kapal-kapal yang bersaiz lebih kecil.[82] MT30 akan dipasang pada frigat Type 26.[83] BAE Systems telah mencadangkan bahawa beberapa pelanggan akan memasang enjin turbin gas manakala pelanggan-pelanggan lain lebih menyukai untuk mengorbankan 2–3 knot penurunan halaju dengan memilih enjin diesel yang lebih murah.[48] Konfigurasi CODLOG untuk pendorongan adalah lebih ringkas berbanding dengan versi pendorongan gabungan diesel-elektrik dan gas (CODLAG) yang digunakan pada frigat Type 23, manakala rekabentuk sezaman dengan Kapal Tempur Global – iaitu kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth dan pembinasa Type 45 menggunakan pendorongan elektrik integrasi (IEP).

Pembinaansunting sumber

HMS Glasgow sedang dibina pada bulan Jun 2021

Kerja pemotongan keluli untuk tiga buah kapal pertama daripada lapan buah kapal untuk Tentera Laut Diraja telah dilakukan pada 20 Julai 2017.[36] Pada bulan Julai 2015, BAE Systems telah mengumumkan bahawa kontrak pengeluaran untuk tujuh jenis peralatan pertama bagi frigat Type 26 bernilai lebih daripada £170 juta. Kontrak-kontrak ini dianugerahkan kepada Babcock International untuk membekalkan sistem pengendalian persenjataan udara; David Brown Gear Systems Ltd untuk kotak giar pendorongan dan kemudahan ujian; GE Power Conversion untuk motor pendorongan elektrik, sistem pemacu dan kemudahan ujian; Raytheon Anschütz bagi sistem integrasi bridge dan navigasi termasuk rekabentuk dan pembangunan berdasarkan kehendak pelanggan, sebuah kemudahan integrasi daratan, dan satu rangkaian luas perkhidmatan; Rolls Royce Power Engineering untuk turbin gas; Rohde & Schwarz UK Ltd untuk sistem komunikasi; WR Davis Kanada untuk sistem eksos dan funnel ambilan dan keluaran kapal.[84][85]

Pada bulan Disember 2016, BAE Systems mengumumkan anugerah enam tambahan peralatan untuk frigat Type 26 kepada Detegase dari Sepanyol untuk sistem rawatan air dan kumbahan, Salt Separation Services untuk peralatan penyulingan air laut, Johnson Controls untuk loji penyejukkan air, Marine Systems Technology Ltd untuk hatch dan pintu kedap air, cuaca dan gas, dan Rolls Royce untuk komponen-komponen penstabil dan pemanduan. Kontrak juga dianugerahkan kepada Pellegrini Marine Equipments dari Itali. Kontrak-kontrak ini bernilai £380 juta daripada jumlah keseluruhan pelaburan dan rangkaian pembekalan untuk frigat Type 26.[86]

Berdasarkan Gary McCloskey, ketua rangkaian bekalan untuk frigat Type 26 di BAE Systems, menjelang bulan Mac 2017 antara 40 hingga 50 pembekal akan terlibat dalam program frigat Type 26, dan sekitar 33 memiliki kontrak penuh.[87]

Pada 5 April 2017, Raytheon Anschütz telah mengumumkan kejayaan integrasi Sistem Maklumat Paparan Carta Elektronik Kapal Perang (WECDIS) di dalam Integrated Navigation and Bridge Systems (INBS) mereka bagi frigat Type 26.[88]

Pada bulan Julai 2017, BAE Systems menyatakan bahawa program Type 26 kini menggaji lebih daripada 1,200 orang dalam rangkaian bekalan di UK, dan pada masa hadapan akan mencipta peluang untuk lebih 3,400 peluang pekerjaan di BAE Systems dan rangkaian bekalan maritim di UK.[1] Ia juga menyatakan bahawa pada bulan Julai 2017, selari dengan pengumuman kontrak-kontrak tambahan, jumlah pelaburan dalam rangkaian belakan untuk Type 26 akan mencapai £500 juta. 14 buah syarikat dan dianugerahkan kontrak semasa pengumuman pada bulan Julai termasuk Babcock untuk grid pendaratan helikopter, MSI Defence Systems untuk meriam kaliber kecil, dan Thales untuk sistem sonar jujukan ditunda. Kontrak terbesar pada Julai adalah pembelian keluli struktur untuk tiga buah kapal pertama kepada kilang keluli di UK dan Eropah oleh Dent Steel Services Ltd.[89]

Kapal-kapal dalam kelassunting sumber

Rancangan asal untuk Tentera Laut Diraja adalah 13 buah Kapal Tempur Global (8 buah peperangan anti kapal selam dan 5 buah kegunaan am), oleh itu mengantikan armada frigat Type 23.[90][91] Bagaimanapun, keputusan dari Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik pada November 2015 telah memutuskan bahawa hanya 8 buah frigat Type 26 untuk peranan ASW yang akan ditempah. Dana untuk 5 buah frigat Type 26 bagi peranan am akan digunakan untuk membangunkan sebuah kelas frigat kegunaan baharu yang lebih ringan dan mampu milik.[92]

Di sebabkan jangkaan kos yang lebih rendah, kerajaan mencadangkan bahawa ia akan membenarkan sejumlah peningkatan dalam jumlah keseluruhan frigat dalam Tentera Laut Diraja.[92] Frigat kegunaan am ini akan didesignasikan sebagai frigat Type 31e.[93] Pada bulan Julai 2016, BAE mendedahkan dua rekabentuk frigat kegunaan am untuk memenuhi kehendak kerajaan; iaitu kelas Avenger dan kelas Cutlass.[94]

Penamaan kapalsunting sumber

Pada tahun 2014, satu kempen timbul untuk menamakan salah sebuah kapal sebagai HMS Plymouth, walaubagaimanapun nama-nama kapal Tentera Laut Diraja dinamakan melalui Jawatankuasa Lencana dan Nama Kapal.[95] Pada bulan Julai 2017, pembinaan kapal pertama bermula di Govan; semasa kerja-kerja pembinaan bermula, pengumuman dibuat bahawa kapal ini akan dinamakan sebagai HMS Glasgow.[3] Kapal kedua (meskipun rancangan asal sebagai kapal ketiga dari Batch 1) diumumkan sebagai HMS Belfast pada bulan September 2017. Kruiser ringan pada era Perang Dunia 2 HMS Belfast (C35), sebuah muzium kapal, akan dinamakan sebagai "HMS Belfast (1938)" oleh Muzium Perang Imperial untuk mengelakkan "sebarang kemungkinan kekeliruan".[96][97]

Pada bulan Mac 2018, First Sea Lord telah mengumumkan bahawa kapal kedua dari kelas ini akan dinamakan HMS Cardiff.[98] Pada bulan September 2018, pengumuman dibuat bahawa kapal pertama dari 5 buah kapal dalam Batch 2 akan dinamakan HMS Birmingham.[99] Pada bulan November 2018, kapal-kapal seterusnya dalam Batch 2 diumumkan akan dinamakan sebagai HMS Sheffield,[100] HMS Newcastle,[100] HMS Edinburgh[101] and HMS London.[102][103] Dari lapan nama-nama ini, enam sebelumnya digunakan pada kapal pembinasa Type 42, manakala HMS London dan HMS Sheffield merupakan frigat Type 22.

Senarai kapalsunting sumber

NamaNo. PennantPembinaDipesanDibaringkanDilancarkanDitauliahkanStatus
Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Kelas City– Batch 1
GlasgowF88BAE Systems, Glasgow2 Julai 201720 Julai 2017[36]Dalam pembinaan
CardiffF8914 Ogos 2019[104]Dalam pembinaan
BelfastF90[105]29 Jun 2021[106]Dalam pembinaan
Kelas City – Batch 2
BirminghamBAE Systems, GlasgowDiumumkan
SheffieldDiumumkan
NewcastleDiumumkan
EdinburghDiumumkan
LondonDiumumkan
Bendera tentera laut Australia Tentera Laut Diraja Australia
kelas Hunter – Batch 1
HunterBAE Systems dan ASC Shipbuilding, Adelaide30 Jun 2018Dijangka, 2022[107]Dijangka, 2031[107]Dipesan
FlindersDipesan
TasmanDipesan
Bendera tentera laut Kanada Tentera Laut Diraja Kanada
Penempur Permukaan Kanada
TBDKonsortium Irving Shipbuilding dan Lockheed Martin Canada-BAE Systems, HalifaxTBDDirancang

Kapal-kapal serupasunting sumber

Lihat jugasunting sumber

  • Senarai kelas kapal tentera laut dalam perkhidmatan
  • Masa depan Tentera Laut Diraja

Notasunting sumber

Rujukansunting sumber

Pautan luarsunting sumber

🔥 Top keywords: Aku Bukan UstazahPedofiliaLaman UtamaRacun RihannaErysha EmyraKhas:CariTakdir Itu Milik AkuMetilena biruPeribahasa MelayuRuhainiesNoniswaraMuhamad Akmal SalehUndang Luak RembauMK K-CliqueKhas:Perubahan terkiniSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMalang Si PuteriUndang (Negeri Sembilan)Puaka Cuti SemesterInna lillahi wa inna ilaihi raji'unHari WesakYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarEkosistemFitopemulihanMandi wajibBumiputeraPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaShaza BaeMalaysiaSheriff: Narko IntegritiQistina KhaledPeristiwa 13 MeiPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaDarurat Tanah MelayuNabi Muhammad SAWAnwar IbrahimUniversiti Teknologi MARA