Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Bishan-Toa Payoh

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan BishanToa Payoh ialah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan yang terdiri dari empat Anggota Parlimen yang berada di tengah-tengah Singapura. Kawasan undi ini mengandung keseluruhan bagian daripada Bishan, sebahagian besar wilayah daripada Toa Payoh, beberapa bagian di kawasan Thomson. Bagian-bagian rasmi yang tercatat antara lain ialah gabungan bahagian Toa Payoh Barat & bahagian Thomson, gabungan bahagian di Bishan Timur & bahagian Sin Ming, Bishan Utara, Shun Fu, Toa Payoh Timur, dan Toa Payoh Tengah.

Bishan-Toa Payoh
  • Cina:碧山-大巴窑集选区/Bìshān-Dà Bāyáo Jí Xuǎnqū
    Inggeris:Bishan-Toa Payoh Group Representation Constituency
    Tamil:பீஷான்-தோ பாயோ குழுப் பிரதிநிதித்துவத் தொகுதி/Pīṣāṉ-Tō Pāyō Kuḻup Piratinitittuvat Tokuti
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
bagi Parlimen Singapura
WilayahTengah Singapura
Pengundi101,366
Kawasan undi semasa
Dibentuk1997; 27 tahun yang lalu (1997)
Bilangan wakil4
PartiParti Tindakan Rakyat
Wakil
  • Ng Eng Hen
  • Chee Hong Tat
  • Saktiandi bin Supaat
  • Chong Kee Hiong
Majlis BandaranBishan-Toa Payoh
Ditubuhkan dariKawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Thomson dan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Toa Payoh

Kawasan undi ini dibentuk di tahun 1997 dengan menggabungkan bahagian Bishan Timur, Bishan Utara, dan Thomson daripada GRC Thomson ke dalam GRC Toa Payoh. Bahagian yang berada di Taman Serangoon dipecah kemudian dibagi ke dalam tiga kawasan undi, yakni Aljunied, Ang Mo Kio dan Marine Parade.

Kawasan Undi Bishan–Toa Payoh pada mulanya dikuasai oleh Timbalan Wakil Perdana Menteri, Wong Kan Seng, hingga persaraannya pada tahun 2015. Pada masa kini, kawasan ini dikuasai oleh Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan; Josephine Teo Li Min, Menteri Tenaga Kerja (dan Menteri Kedua daripada Kementerian Ehwal Dalam Negeri); dan Chee Hong Tat, Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.

Kawasan Thomson dan Toa Payoh menjadi kawasan tak tertanding sejak PRU 1991. Bishan–Toa Payoh yang menyerap GRC Thomson dan Toa Payoh juga menjadi kawasan tak tertanding sejak 1997 sehingga 2011, saat pimpinan Parti Rakyat Singapura, Chiam See Tong, memimpin pertandingan. Batas-batas kawasan ini pun sejak 1997 tak pernah berubah sehingga tahun 2015, saat kawasan ini menyerap Balestier, Empangan MacRitchie dan Novena. Pada tahun 2020, Bishan Utara terukir dan masuk ke dalam Kawasan Undi Perseorangan Marymount dan berkurang menjadi empat kerusi. Sementara itu, Balestier dan Novena dimasukkan ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jalan Besar dan, sebagai gantinya, Blok 210-224 dari kawasan yang telah lama dikuasai oleh parti pembangkang Potong Pasir masuk ke dalam bahagian Toa Payoh Timur.

Hujung barat daripada kawasan undi ini masuk ke dalam Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah. Kawasan-kawasan lain yang sebagian kawasannya masuk dalam hutan kawasan tadahan air ialah Kawasan Undi Holland-Bukit Timah dan Nee Soon.

Anggota-Anggota Parlimen

Pilihan RayaBahagianPenyandangParti
1991
  • Bishan Timur (GRC Thomson)
  • Bishan Utara (GRC Thomson)
  • Thomson (GRC Thomson)
  • Toa Payoh Tengah (GRC Toa Payoh)
  • Kim Keat (GRC Toa Payoh)
  • Boon Teck (GRC Toa Payoh)
PAP
Pembentukan
1997
  • Bishan Timur
  • Bishan–Toa Payoh Utara
  • Thomson
  • Toa Payoh Tengah
  • Toa Payoh Timur
PAP
2001PAP
2006
  • Bishan Timur
  • Bishan–Toa Payoh Utara
  • Thomson-Toa Payoh
  • Toa Payoh Tengah
  • Toa Payoh Timur
PAP
2011
  • Bishan Timur
  • Bishan Utara
  • Thomson-Toa Payoh
  • Toa Payoh Tengah
  • Toa Payoh Timur
PAP
2015
  • Bishan Timur - Thomson
  • Bishan Utra
  • Toa Payoh Barat - Balestier
  • Toa Payoh Tengah
  • Toa Payoh Timur - Novena
PAP
2020
  • Bishan Timur - Sin Ming
  • Toa Payoh Barat - Thomson
  • Toa Payoh Tengah
  • Toa Payoh Timur
PAP

Tanggungjawab operasi

  • Bishan Timur-Sin Ming: Jalan Bishan 11-15 (Blok 1xx) dan Pusat Bandar (Blok 5xx), Junction 8, Pertukaran Bas/Stesen MRT Bishan, Thomson Ridge, Estet Lakeview HUDC (Blok 97A-C), Estet Shunfu, Sin Ming, Institusi Raffles, Taman Windsor, Jalan Bishan Utara 2X Blok 2XX dan estet perumahan Jalan Pemimpin
  • Toa Payoh Barat-Thomson: Empangan MacRitchie, Bukit Brown, Caldecott, bagian daripada Lorong Toa Payoh 1 & 2, Toa Payoh Utara, The Peak@TPY
  • Toa Payoh Tengah: Sebahagian Lorong Toa Payoh Lorong 1, keseluruhan Lorong Toa Payoh 2-4, sebahagian Lorong Toa Payoh 5 dan Pertukaran Bas/Stesen MRT Toa Payoh/Hub HDB
  • Toa Payoh Timur: sebahagian Lorong Toa Payoh 5, keseluruhan Lorong Toa Payoh 6-8, Avenue Kim Keat, Estet Perindustrian Toa Payoh Timur

Calon-calon dan keputusan

Pilihan raya pada 2020-an

PRU 2020: GRC Bishan–Toa Payoh[1][2]
PartiCalonUndian%±%
Parti Tindakan Rakyat
62,98367.23% 6.36
Parti Rakyat Singapura
  • Steve Chia Kiah Hong
  • Osman bin Sulaiman
  • Melvyn Chiu Yong Hao
  • Williamson Lee Jian Quan
30,59432.74% 6.36
Majoriti32,38932.69% 14.50
Jumlah undian sah93,57797.86% 0.13
Undian rosak2,0432.14% 0.13
Peratusan mengundi95,62094.47% 1.97
Pengundi terdaftar101,220
PAP kekalPeralihan 6.36

Pilihan raya pada 2010-an

PRU 2015: GRC Bishan–Toa Payoh[3][4]
PartiCalonUndian%±%
Parti Tindakan Rakyat
86,70173.59% 16.66
Parti Rakyat Singapura
  • Benjamin Pwee Yek Kwan
  • Mohammed Hamim bin Aliyas
  • Law Kim Hwee
  • Bryan Long Yao Guang
  • Mohamad Abdillah bin Zamzuri
31,10826.41% 16.66
Majoriti55,59347.19% 33.34
Jumlah undian sah117,80997.99% 0.14
Undian rosak2,4152.01% 0.14
Peratusan mengundi120,22492.50% 1.33
Pengundi terdaftar129,975
PAP kekalPeralihan 16.66
PRU 2011: GRC Bishan–Toa Payoh[5][6]
PartiCalonUndian%±%
Parti Tindakan Rakyat
62,38556.93%N/A
Parti Rakyat Singapura
  • Chiam See Tong
  • Mohamad Hamim bin Aliyas
  • Benjamin Pwee Yek Kwan
  • Wilfred Leung Wei Lit
  • Jimmy Lee Yeong Wee
47,20543.07%N/A
Majoriti15,18013.85%N/A
Jumlah undian sah109,59098.13%N/A
Undian rosak2,0871.87%N/A
Peratusan mengundi111,67791.17%N/A
Pengundi terdaftar122,492
PAP kekalPeralihanN/A

Pilihan raya pada 2000-an

PRU 2006: GRC Bishan–Toa Payoh[7][8]
PartiCalonUndian%±%
Parti Tindakan Rakyat
N/ATak tertanding
Pengundi terdaftar115,323
PAP kekalPeralihanN/A
PRU 2001: GRC Bishan–Toa Payoh[9][10]
PartiCalonUndian%±%
Parti Tindakan RakyatN/ATak tertanding
Pengundi terdaftar114,621
PAP kekalPeralihanN/A

Pilihan raya pada 1990-an

PRU 1997: GRC Bishan–Toa Payoh[11][12]
PartiCalonUndian%±%
Parti Tindakan Rakyat
N/ATak tertanding
Pengundi terdaftar122,256
Parti Tindakan Rakyat menang (kerusi baru)

Rujukan