Pelusios

Pelusios ialah genus kura-kura berleher sisi dari Afrika. Terdiri daripada 20 spesies dan salah satu kura-kura dari order Testudines.

Pelusios
Pelusios castaneus
Pengelasan saintifik s
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Reptilia
Order:Testudines
Keluarga:Pelomedusidae
Genus:Pelusios
Wagler, 1830[1][2]
Spesies

Lihat teks

Sinonim[1][2]

Sternothaerus Bell, 1825
Anota Gray, 1863
Notoa Gray, 1863
Tanoa Gray, 1863

Etimologi

Perkataan Pelusios berasal dari bahasa Latin yang bermaksud "lumpur" atau "tanah liat",[perlu rujukan] berdasarkan perlakuan kura-kura ini mencari makanan dan menanam dirinya di dalam lumpur.[perlu rujukan]

Nama biasa

Nama biasa genus Pelusios termasuklah kura-kura berengsel (hinged terrapins),[3] dan Kura-kura Lumpur Afrika.

Taksonomi

Hanya sesetengah spesies yang berjaya dikenalpasti. Taksonomi genus ini sering diragui, kerana mempunyai pelbagai variasi tempatan. Sesetengah spesies, terutamanya di kawasan terasing atau populasi yang sedikit, perlu diberikan perhatian kerana mengalami kepupusan akibat ditangkap oleh masyarakat asli tempatan.

Taburan

Dijumpai sepanjang kawasan Sub-Sahara Afrika, Madagascar, São Tomé,dan Kepulauan Seychelles. Mereka juga diperkenalkan ke Kepulauan Lesser Antilles.

Ciri-ciri

Pelusios nanus bersaiz kecil iaitu 12cm sahaja, manakala Pelusios sinuatus pula 46cm panjang. Spesies-spesies yang lain berukuran purata 20 ke 30cm.[4] Bentuk cangkerang belakangnya (karapas) lonjong, sedikit melengkung, dan plastron (cangkerang perut) pula besar serta mempunyai engsel (hinged) yang membezakan mereka dengan kura-kura dari genus Pelomedusa.[4][5] Plastronnya terdiri daripada plastral dan mesoplastron bagi menyokong tulang rusuk pada setiap karapas.[4] Karapasnya terdiri daripada 11 pasang periferal bersutur di sekeliling leher tanpa tulang belakang.[4] Bentuk kepalanya lebar dan hampir rata. Wajah “senyuman” terbentuk apabila rahangnya tertutup.[5] Tengkoraknya tidak mempunyai tulang epipterigoid.[4]

Biologi

Kura-kura ini bersifat semi-akuatik atau akuatik sepenuhnya. Biasanya mereka berada di dasar air yang bergerak seperti sungai. Mereka sering dilihat di kawasan tasik, paya atau tempat-tempat berair.[4] Haiwan ini juga bersifat maging, makanannya terdiri daripada haiwan artropoda, ulat, dan pelbagai haiwan kecil yang boleh dijumpai di dasar-dasar tasik atau habitat mereka.[4] Mereka tidak melakukan hibernasi dalam lumpur pada musim kemarau; sebaliknya, mencari kawasan berair atau lumpur untuk kekal hidup.[5] Haiwan ini menghasilkan 6 hingga 18 biji telur, bergantung kepada saiz kura-kura betina.[4][6] Tempoh masa pengeraman telur ialah dari 8–10 minggu.[4] Kariotipnya ialah 2N = 34 dengan 22 makrokromosom dan 12 mikrokromosom.[7] Analisis mitokondrial DNA menunjukkan sekumpulan genus Pelomedusa dari selatan adalah Parafiletik dari Pelusios.[2][8] Bukti fosil menyatakan genus ini berevolusi sebelum zaman Miocene akhir.[8]

Spesies

Terbahagi kepada dua kumpulan berdasarkan morfolgi cangkerang. Kumpulan "adansonii" (juga dikenali sebagai "kumpulan gabonensis" atau "kumpulan adansonii-gabonensis") merangkumi P. adansonii, P. broadleyi, P. gabonensis, P. marani, dan P. nanus. Spesies dari "kumpulan adansonii" mempunyai skut abdominal yang lebih pendek berbanding lobus plastral hadapan memanjang, serta penyambung yang pendek antara karapas dan plastron.[2] Manakala spesies-spesies yang lain mempunyai skut abdominal lebih panjang serta penyambung antara karapas dan plastron yang lebih panjang. Mereka juga dikelaskan sebagai "kumpulan subniger".[2][7] Spesies dari "kumpulan subniger" menunjukkan pergerakan lebih besar pada lobus plastral hadapan berbanding "kumpulan adansonii".

Spesies dari genus Pelusios merangkumi:[1][9]

Status

Berdasarkan kajian lapangan, wujud 50% pengurangan populasi kura-kura Seychelles, yang merangkumi pelbagai spesies Pelusios.[11] Seychelles dianggap kawasan biodiversiti terbaik, kerana ia adalah kawasan yang kaya dengan sumber alam dan menjadi simpanan terbesar pelbagai spesies flora dan fauna.[12] Spesies-spesies ini terancam disebabkan ancaman sisa kumbahan, pemburuan haram, dan kepupusan habitat.[11][12] Kebanyakan kemusnahan habitat disebabkan oleh perbuatan manusia seperti pembangunan tak terkawal, terutamanya di kawasan kepulauan granit, Seychelles.[12] Namun terdapat usaha pemuliharaan semula, seperti yang dilakukan terhadap subspesies, Pelusios subniger parietalis untuk menambahkan populasi mereka di Pulau Frégate.[11]Pemanasan Global juga menjadi ancaman terhadap biodiversiti.[13] Perubahan cuaca ini mampu mempengaruhi populasi dan kemandirian spesies terutamanya melibatkan struktur ekosistem,[12] dan tahap endemik spesies ini.[13] Beberapa kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa Afrika adalah benua yang dianggap paling terancam.[14] Pemanasan global mengakibatkan kemusnahan banyak flora dan fauna terutamanya di kawasan berkepulauan seperti Seychelles.[12] Spesies tempatan seperti Pelusios menghadapi ancaman teruk kerana julat kawasan habitat dan ekologinya yang terlalu kecil.

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar