Hibernasi

Hibernasi[1] atau penghibernatan[2] (bahasa Inggeris: hibernation, serapan Latin: hībernusmusim sejuk”) ialah keadaan tidak aktif dan penurunan metabolik di kalangan hidupan endoterma. Hibernasi merujuk kepada musim heteroterma yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti suhu badan yang rendah, pernafasan dan degupan jantung yang perlahan serta tahap metabolisme yang rendah. Walaupun fenomena ini asalnya lebih merujuk kepada perlakuan pada spesies tertentu seperti tikus, istilah ini kini juga dipakaikan untuk binatang seperti beruang dan kini digunakan berdasarkan pengurangan metabolik aktif bukannya penurunan suhu badan yang mutlak.

Sekawan kelawar berhibernasi dalam sebuah lombong perak

Tujuan hibernasi ini adalah untuk menyimpan tenaga dalam suatu tempoh tertentu bilamana bekalan makanan yang tersedia ada tidak mencukupi. Untuk menyimpan tenaga ini, hidupan endoterma akan mengurangkan tahap metabolisme yang kemudiannya menurunkan suhu badan. Hibernasi boleh menjangkau selama beberapa hari, minggu mahupun bulan bergantung pada spesies, suhu, waktu tahun, dan keadaan badan individu.

Sebelum memasuki tahap hibernasi ini, haiwan perlu menyimpan cukup tenaga agar dapat bertahan sepanjang seluruh musim sejuk. Spesies yang lebih besar memakan sejumlah besar makanan yang akan disimpan tenaganya dalam bentuk lemak. Kebanyakan spesies yang bersaiz kecil akan menyimpan makanan di tempat yang selamat.[3] Beberapa spesies mamalia berhibernasi dalam keadaan bunting yang mana anak haiwan tersebut akan dilahirkan ketika atau tidak lama selepas tempoh hibernasi induk haiwan tersebut.[4]

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Carey, H.V.; Andrews, M.T.; Martin, S.L. (2003). "Mammalian hibernation: cellular and molecular responses to depressed metabolism and low temperature". Physiological Reviews. 83 (4): 1153–1181. doi:10.1152/physrev.00008.2003. PMID 14506303.
  • "Hibernation". McGraw-Hill Encyclopedia of Science and Technology. 1–20 (ed. ke-11). McGraw-Hill. 2012.
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno