Seychelles

Republik Seychelles (Sebutan bahasa Melayu: [/sej.ʃels/], bahasa Kreol: Repiblik Sesel) ialah sebuah negara kepulauan di tengah Lautan Hindi, sekitar 1,500 kilometer (800 batu nautika) sebelah timur daratan Afrika, dan sebelah timur laut Madagaskar. Negara dan wilayah tetangganya ialah Mauritius dan Réunion di sebelah selatan, Comoros dan Mayotte. di barat daya, dan Kepulauan Maldives di timur laut.

Republik Seychelles
ريڤوبليک سيچيل‌س
Republic of Seychelles
République des Seychelles
Repiblik Sesel
Bendera Seychelles
Jata Seychelles
BenderaJata
Cogan kata"Finis Coronat Opus"  (bahasa Latin)
"Hasil menghiasi kerja"
Lagu kebangsaanKoste Seselwa
Lokasi Seychelles
Ibu negara
dan bandar terbesar
Victoria
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
Bahasa Perancis
Kreol Seisela
KerajaanRepublik
• Presiden
Wavel Ramkalawan
• Timbalan Presiden
Ahmed Afif
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Keluasan
• Jumlah
459 km2 (177 bt2) (ke-181)
• Perairan (%)
negligible
Populasi
• Perkiraan 2016
94,228[1] (ke-195)
205.3/km2 (531.7/sq mi) (ke-67)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$2.919 bilion[2]
$30,486[2]
KDNK (nominal)2
•  Jumlah
$1.564 bilion[2]
Gini (2013)46.8[3]
tinggi
HDI (2018) 0.801[4]
sangat tinggi · ke-62
Mata wangRupee Seychelles
(SCR)
Zon waktuUTC+4 (SCT)
• Musim panas (DST)
UTC+4 (tidak diperhatikan)
Kod panggilan248
Kod ISO 3166SC
DPT internet.sc

Sejarah

Penamaan

Kepulauan ini dinamakan para peneroka Perancis sempena Jean Moreau de Séchelles, seorang negarawan yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Raja Louis XV.[5]

Zaman penerokaan

Pulau ini langsung tidak pernah dihuni mana-mana manusia sehinggalah abad ke-16, apabila sebuah armada Portugis diketuai Vasco da Gama menemui Pulau Silhouette dan Pulau Desroches pada 15 dan 16 Mac 1503, sepertimana yang dicatat Thomé Lopes.

Zaman moden

Negara ini dimerdekakan sebagai suatu republik pada tahun 1976, ia turut menyertai Alam Komanwel pada tahun sama.[6]

Suatu rampasan kuasa diketuai France Albert René menggulingkan pemerintahan presiden pertama James Mancham pada tahun 1977.[7] Perlembagaan yang digubal rejimnya menjadikan ia suatu negara ekaparti sehingga 1991.

Pentadbiran

Daerah pentadbiran

Seychelles terbahagi menjadi 23 daerah:

Geografi

Seychelles ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Laut Somali, di timur laut Madagascar dan kira-kira 835 bt (1,344 km) dari Mogadishu, ibu negara Somalia.[8] Dalam perlembagaan negara, Seychelles memiliki 155 buah pulau bernama,[9] tetapi kebanyakannya tak berpenghuni serta dijadikan rizab alam. Keluasan tanah negara ialah 452 km2 (175 bt2), dengan zon ekonomi ekslusif seluas 1,336,559 km2 (516,048 bt2). Kira-kira 90 peratus penduduk (kira-kira 90 ribu orang) menetap Mahé, 9 peratus lagi di Praslin dan La Digue. Mahé merangkumi kira-kira sepertiga keluasan tanah negara, dan sepertiga lagi dirangkumi pulau Aldabra.[10]

Iklim Seychelles adalah sederhana tetapi agak lembap disebabkan oleh saiz pulau yang kecil,[11] dan dikelaskan sebagai iklim hutan hujan tropika (Af). Suhu persekitaran berjulat sedikit sahaja sepanjang tahun. Suhu persekitaran Mahé boleh daripada 24 hingga 30 °C (75 hingga 86 °F), dan taburan hujan adalah 2,900 mm (114 in) secara tahunan di Victoria ke 3,600 mm (142 in) di kaki gunung. Taburan hujan di pulau-pulau lain adalah sedikit lebih rendah.[12]

Ekonomi

Ekonomi Seychelles secara utamanya berdasarkan perikanan, pelancongan, pemprosesan hasil pertanian, binaan kapal, perabot dan minuman.[13][14] Hasil-hasil pertanian negara termasul kayu manis, keledek, ubi kayu, pisang, ternakan poltri dan tuna.[13][14]

Rujukan

Pautan luar


🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno