Pembunuhan Saleh al-Aruri

Pada 2 Januari 2024, sebuah serangan udara dilakukan di kejiranan Dahieh, Beirut, Lubnan yang menyebabkan pembunuhan Saleh al-Aruri, timbalan ketua biro politik Hamas dan salah seorang tulang belakang bagi serangan ke atas Israel pada 7 Oktober.[2] Serangan udara ini turut membunuhkan tiga orang individu yang lain, termasuk pejuang Hamas peringkat tinggi yang lain seperti[3] Samir Findi Abu Amer dan Azzam Al-Aqraa Abu Ammar.[4] Pembunuhan ini berlaku sehari sebelum Hizbullah memperingati ulang tahun pembunuhan panglima tentera kanan Iran, Qasem Soleimani.[5]

Letupan Beirut 2024
Sebahagian daripada konflik sempadan Israel–Lebanon 2023 dan Perang Israel−Palestin 2023
Tarikh2 Januari 2024; 4 bulan yang lalu (2024-01-02)
LokasiDahieh, Beirut, Lebanon
JenisSerangan dron
SasaranSaleh al-Aruri
Dianjurkan olehIsrael Israel
Kematian6[1]

Latar belakang

Pada 8 Oktober 2023, kumpulan pejuang Lubnan Hizbullah menembak roket berpandu dan peluru meriam mensasarkan Israel di Ladang Shebaa yang dipertikaikan sehari selepas tercetusnya perang Israel–Palestin 2023. Israel bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru artileri mensasarkan Hizbullah berhampiran sempadan Lubnan dengan Bukit Golan yang diduduki Israel. Tercetusnya konflik telah muncul selepas pengisytiharan sokongan dan pujian Hizbullah terhadap serangan Hamas ke atas Israel, yang berlaku pada 7 Oktober.[6][7] Sejak 1969, kumpulan pejuang Palestin telah bertapak di Lubnan selepas diusir dari Jordan. Pembunuhan serupa telah berlaku di Beirut berkali-kali semasa pendudukan Syria di Lubnan dan tempias perang saudara Syria di Lubnan.

Sehingga 2015, Saleh menetap di Turki; pada Disember 2015, dilaporkan bahawa dia telah meninggalkan Turki ke Lubnan.[8] Pada 2015, Amerika Syarikat telah meletakkan ganjaran $5 juta ke atas Saleh al-Aruri dan melabelnya sebagai Pengganas Global Tentuan Khas.[9] Saleh dianggap sebagai pengatur siri kejadian keganasan terhadap warga Israel pada 2015, termasuk penembakan Shvut Rachel 2015 dan penembakan Danny Gonen.[10][11] Fokusnya adalah untuk membina kapasiti ketenteraan Hamas di Tebing Barat, dengan menyeludup senjata dan menubuhkan sel bawah tanah.[11][12]

Serangan

Rakaman CCTV yang dikeluarkan oleh MTV Lubnan menunjukkan serangan, yang berlaku kira-kira jam 5:41 petang waktu tempatan, adalah serangan yang jelas dalam bunyi rakaman.[13] Rakaman telefon bimbit menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah kereta terbakar di hadapan sebuah bangunan tinggi ketika berpuluh-puluh orang berkumpul di kawasan itu sejurus selepas mogok.[14] Laporan awal mengatakan bahawa 4 anggota Hamas terbunuh tetapi meningkat kepada enam termasuk kemungkinan orang awam.[15] Al Aqsa TV yang serangkai dengan Hamas mengumumkan Ketua Operasi Hamas di Lubnan, Samir Fendi, dan Azzam al-Aqra terbunuh dalam serangan bersama-sama al-Aruri.[16]

Dua pegawai kanan AS mengesahkan Israel bertanggungjawab ke atas serangan ini.[14]

Terbunuh

NamaPerananRuj
Saleh Al-ArouriTimbalan Ketua Biro Politik Hamas[17]
Samir FendiKetua operasi Hamas di Lubnan[18]
Azzam Al-AqraKomander al-Qassam di Lubnan Selatan[19]
Muhammad Al-Rayes[20]
Muhammad Bashasha[20]
Ahmed Hamoud[20]
Mahmoud Zaki Shaheen[20]

Maklum balas

  • Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menerangkan pembunuhan ini sebagai sebuah "jenayah baharu Israel" yang dibentuk untuk "mengheret Lubnan di dalam fasa baharu penentangan".[21]
  • Pemimpin Hamas Izzat al-Risheq menyatakan bahawa Saleh terbunuh dalam sebuah "serangan pengecut" oleh Israel, dan menambah "ia membuktikan sebuah lagi kegagalan teruk musuh untuk mencapai sebarang ujuan mereka yang ageresif ke atas Genting Gaza".[22]
  • Jurucakap kementerian luar negara Iran mengutuk pembunuhan ini, menegaskan bahawa Israel dan penyokongnya akan bertanggungjawab atas akibat "pengembaraan baru" ini.[23]
  • Pemerintahan Israel tidak secara segera mengambil tanggungjawab ke atas serangan yang membunuh al-Aruri. Mark Regev, seorang penasihat kepada perdana menteri Israel, berkata dalam sebuah temubual bahawa Israel "tidak bertanggungjawan di atas serangan tersebut. tetapi sesiapun yang melakukannya, ia adalah jelas - ini bukan serangan ke atas negara Lubnan ... Sesiapapun melakukannya telah melakukan serangan yang melawan kepimpinan Hamas".[24]
  • Selepas serangan tersebut, jurucakap PBB Florencia Soto Nino berkata bahawa "Setiausaha Agung (Antonio Guterres) menyeru semua pihak untuk mengekang sepenuhnya dan dan mengambil langkah segera untuk meredakan ketegangan di rantau ini".[25]

Lihat juga

References