Hamas

pertubuhan ketenteraan dan politik Palestin

Gerakan Perjuangan Islam (Arab: حركة المقاومة الاسلامية, rumi: Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah, "Gerakan Perjuangan Islam" disingkatkan kepada Arab: حماس, rumi: Ḥamās[50][51]) adalah sebuah pertubuhan politik dan ketenteraan Islam beraliran Ahlu al-Sunnah[52] yang mentadbir Genting Gaza terangkum dalam wilayah Palestin taklukan entiti Israel.[53] Ia beribu pejabat di Bandar Gaza dan juga di Tebing Barat. Bahkan, ibu pejabat di Tebing Barat lebih besar tetapi wilayah pengaruh lebih dikuasai pesaingnya, Fatah.

Gerakan Perjuangan Islam
حركة المقاومة الإسلامية
PengerusiIsmail Haniyeh
Naib PengerusiSaleh al-Aruri[1]
Pengasas
... dan lain-lain
Ditubuhkan10 Disember 1987; 36 tahun yang lalu (1987-12-10)
PecahanIkhwan Muslimin
Ibu pejabatGaza, Semenanjung Gaza
Sayap KetenteraanBriged Izzuddin Al-Qassam
Ideologi
Kedudukan politikHaluan Kiri
AgamaSunni Islam
Perikatan politikPerikatan Angkatan Palestin
Angkatan Islam dan Kebangsaan Palestin
Warna     Hijau
Kedudukan terbanyak dalam Majlis Perundangan Palestin (s. 2006)
74 / 132
Bendera parti
Laman sesawang
hamas.ps
Politik Palestin
Parti politik
Pilihan raya
Hamas
Kawasan utama Negara Palestin
SekutuSekutu negara:

Sekutu bukan negara:

LawanLawan negara:

Lawan bukan negara:

Pertempuran dan peperangan
Ditetapkan sebagai kumpulan pengganas oleh

Ia ditubuhkan oleh pemimpin dan aktivis Palestin, Syeikh Ahmed Yassin pada 1987 selepas meletusnya Intifadah Pertama menentang Israel bersinambungan dari pertubuhan Majlis Islam (Arab: المجمع الإسلامي, rumi: al-Mujamma' al-Islami) yang ditubuhkan dan diterajui Syeikh Ahmad di Gaza pada 1973 sebagai sebuah pertubuhan kebajikan Islam yang terlibat dengan Ikhwan Muslimin di Mesir.[54] Hamas menjadi semakin naik apabila terlibat dalam konflik Israel–Palestin lewat tahun 1990-an;[55] ia menentan Surat Pengiktirafan Bersama Israel–PLO juga Perjanjian Oslo, yang menyaksikan Fatah menolak "penggunaan tindakan pelampau dan tindakan kekerasan lain" dan mengiktiraf Israel dalam mencapai penyelesaian dua negara. Hamas terus menganjurkan penentangan bersenjata, menang dalam pilihan raya perundangan Palestin 2006,[56] memperoleh majoriti dalam Majlis Perundangan Palestin,[57] dan memegang kawalan pentadbiran Genting Gaza daripada Fatah diikuti perang dalaman pada 2007.[58][59] Sejak itu, Hamas mentadbir Gaza di bawah pemerintahan de facto dan wilayah satu parti.[60][61][62]

Walaupun secara sejarahnya, mencari sebuah negara Islam Palestin dengan menggabungkan wilayah yang dijajah Israel, Tebing Barat dan Genting Gaza,[63][64] Hamas mula menerima cadangan sempadan tahun 1967 dalam persetujuan yang ditandatangani dengan Fatah pada 2005, 2006 dan 2007.[65] Pada 2017, Hamas menerbitkan piagam baharu menyokong negara Palestin dengan mengikut pada sempadan tahun 1967 tanpa mengiktiraf Israel.[66][67][68][69] Tindakan Hamas mengulangi tawaran gencatan senjata mereka (untuk tempoh 10–100 tahun) berdasarkan pada sempadan 1967 dilihat orang lain sebagai sejajar dengan penyelesaian dua negara,[70][71][72][73] manakala dalam keadaan lain, Hamas mengekalkan matlamat jangka panjang untuk menubuhkan satu negara sebagaimana Palestin Bermandat.[74][75] Di bawah prinsip ideologi Islamisme, Hamas menggalakkan semangat kebangsaan Palestin dalam acuan Islam; ia telah menjalankan dasar jihad (perjuangan bersenjata) menentang dasar penjajahan Aparteid Israel.[c] Hamas juga mempunyai sayap ketenteraan yang juga bertindak sebagai pemberi khidmat dan da'wah kepada masyarakat yang dinamakan Briged Izzuddin al-Qassam.[d][e] Sejak pertengahan 1990-an,[54] Hamas memperoleh liputan meluas dalam kalangan masyarakat Palestin dengan pendirian anti-Israel mereka.[79][80]

Genting Gaza kini di bawah sekatan, dikenakan oleh Israel dan Mesir. Israel dan Hamas berlawan dalam siri peperangan yang banyak, termasuk pada 2008–09, 2012, 2014 dan terkini pada 2023.

Penamaan

Hamas ialah sebuah singkatan perkataan Arab حركة المقاومة الإسلامية atau Ḥarakah al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah, bermaksud "Gerakan Perjuangan Islam". Kependekannya, HMS, kemudiannya dimeterai dalam Piagam Hamas kepada perkataan Arab ḥamās (حماس) yang mana membawa maksud "semangat berkobar-kobar", "kekuatan", atau "keberanian".[81]

Sejarah

Asal usul

Apabila Israel menjajah wilayah Palestin pada 1967, anggota Ikhwan Muslimin di sana tidak mengambil bahagian secara aktif terhadap penentangan, lebih menumpukan kepada pembaharuan sosioagama dan memelihara nilai Islam.[82] Pandangan ini berubah pada awal 1980-an, dan pertubuhan Islam menjadi lebih banyak terlibat dalam politik Palestin.[83] Usaha di sebalik perubahan ini dipacu Syeikh Ahmed Yassin, seorang warga Palestin dari Al-Jura.[83] Dengan latar belakang yang sederhana dan seorang yang lumpuh,[83] beliau menjadi salah seorang pemimpin Ikhwan Muslimin di Gaza. Keyakinan dan karisma beliau telah mewujudkan sebuah kumpulan pengikut yang setia, yang boleh membantu beliau untuk apa jua—daripada kelengkapan diri, pengangkuitan dari satu tempat ke satu tempat, menyebarkan strateginya kepada khalayak.[84] Pada 1973, Ahmad telah mengasaskan sebuah badan kebajikan sosioagama Mujama al-Islami ("Majlis Islam") di Gaza sebagai satu cabang kepada Ikhwan Muslimin.[85][86]

Pihak berkuasa Israel pada 1970-an dan 1980-an menunjukkan sikap acuh tak acuh terhadap Mujama al-Islami. Mereka melihat ia sebagai sebuah kumpulan agama yang kurang ganas menentang Israel lebih daripada Fatah dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), ramai juga percaya bahawa pertembungan antara kumpulan-kumpulan pejuang Islam dan PLO akan membawa kepada kelemahan pertubuhan tersebut.[87][88][89][90][91] Maka, pemerintah Israel tidak campur tangan dalam pergaduhan PLO dan kumpulan pejuang Islam.[87]

Pada 1984 Ahmad Yassin ditahan selepas pihak Israel menemui senjata kumpulannya,[87] tetapi dibebaskan pada Mei 1985 sebagai sebahagian daripada pertukaran tahanan.[92][93] Beliau kemudiannya meluaskan capaian kebajikannya di Gaza.[87] Susulan daripada pembebasan beliau, Ahmad Yassin menubuhkan Majd (singkatan kepada nama Arab: المنظمة الجهاد والدعوة, rumi: Munazamat al-Jihad wa al-Da'wa, lit.'Pertubuhan Jihad dan Dakwah'), diterajui oleh bekas pemimpin pelajar, Yahya Sinwar dan Ruhi Musytaha, ditugaskan untuk menangani isu keselamatan dalaman dan memburu individu dikalangan rakyat tempatan yang memberi maklumat kepada perkhidmatan perisikan Israel (Shin Bet).[94][95] Shin Bet berbeza dengan Mossad. Ini kerana Mossad menjalankan kegiatan risikan diluar negara Israel.Pada masa yang sama, beliau mengarahkan bekas pemimpin pelajar, Solah Syahadah menubuhkan al-Mujahidun al-Filastiniun (pejuang Palestin), tetapi kumpulan bersenjata ini telah diketahui dengan cepat oleh Israel dan senjata mereka telah dirampas.[96][f]

Idea mengenai Hamas bermula untuk dibentuk pada 10 Disember 1987, apabila beberapa anggota Ikhwan Muslimin[g] bersidang sehari selepas berlaku sebuah peristiwa iaitu trak tentera Israel telah berlanggar dengan sebuah kereta di titik pemeriksaan Gaza yang membunuh empat orang pekerja harian Palestin, mendorong kepada Intifadah Pertama. Kumpulan ini bertemu di rumah Ahmad Yassin untuk menyusun strategi bagaimana untuk memaksimumkan kesan peristiwa tersebut dalam menyebarkan sentimen pembebasan negara dan mencetuskan tunjuk rasa awam.[4] Satu risalah diterbitkan pada pada 14 Disember menyeru kepada penentangan resistance yang boleh dianggap sebagai pendedahan pertama mereka kepada umum, walaupun nama Hamas itu sendiri tidak digunakan sehingga Januari 1988.[4] Ahmad Yassin tidak berhubung secara terus dengan pertubuhan tetapi memberi restu kepada mereka.[97] Hamas secara rasmi diiktiraf oleh Ikhwan Muslimin Jordan selepas sebuah mesyuarat penting diadakan di Amman pada Februari 1988.[98] Kepada kebanyakan orang Palestin, Hamas muncul untuk melibatkan diri dengan lebih telus dengan semangat kebangsaan mereka, memandangkan ia hanya menyediakan versi Islamik terhadap matlamat PLO, perjuangan bersenjata untuk membebaskan keseluruhan Palestin, bukan kawasan yang dikompromi PLO—yang lebih kecil daripada kawasan Palestin Bermandat.[99]

Pada Ogos 1988, Hamas menerbitkan Piagam Hamas, di mana ia menyatakan sendiri Hamas ialah sebahagian daripada Ikhwan Muslimin dan minatnya terhadap penubuhan "sebuah negara Islam seluruh Palestin".[100]

Pasca pembentukan Hamas

Intifadah Pertama

Pada tahun 1987, sewaktu Intifadah Pertama, Sheikh Ahmed Yassin dan enam ahli Mujama al-Islamiya telah menubuhkan gerakan yang dinamakan Hamas, asalnya pertubuhan ini memanggilnya "sayap separa-ketenteraan" bagi Ikhwan Muslimin Palestin , dan Sheikh Ahmed Yassin menjadi tokoh pemimpin agamawan Hamas. Beliau juga telah bertanggungjawab bagi beberapa siri serangan berani mati yang menyasarkan wilayah pendudukan Israel. Ekoran kejadian tersebut, Hamas telah dicatatkan dalam senarai pertubuhan pengganas .[101] Pada waktu tersebut, Mujama al-Islamiya mengawal sekitar 40% anggaran bilangan masjid di Tebing Gaza. Israel juga mengesyaki Pertubuhan gerakan Mujama al-Islamiya mungkin menjadi kepentingan bagi aktiviti pejuang Hamas. Ini diyakini dengan mereka secara terus-menerus memberikan perlindungan dari segi sokongan, penggubahan dan pemindahan dana, memudahkan propaganda Hamas dan usaha perekrutan ,menyediakan pekerjaan bagi pengusahanya, dan berkhidmat sebagai rangkaian bantuan logistik .[102]

Intifadah Kedua

Pada 28 September 2000 – 8 Februari 2005 telah berlakunya kebangkitan dalam penentangan rakyat Palestin terhadap pendudukan Israel yang didorong oleh kegagalan Sidang Kemuncak Kem David pada tahun 2000, yang dijangka mencapai persetujuan muktamad mengenai proses damai Israel-Palestin pada bulan Julai tahun 2000.

Ditambah pula dengan rombongan lawatan dari Israel oleh parti politik Likud melibatkan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon di Temple Mount yang juga dikenali sebagai Masjid al-Aqsa kawasan suci bagi kedua-dua orang Yahudi dan Islam. Ariel Sharon dengan kenyataan kontroversi menyatakan bahawa :

"Masjid al-Aqsa berada di tangan kita dan akan kekal di tangan kita. Ia adalah tapak paling suci dalam agama Yahudi dan adalah hak setiap orang Yahudi untuk melawat Masjid al-Aqsa."

Lawatan ini dilihat oleh rakyat Palestin sebagai sangat provokatif dan mewujudkan rasa ketidakpuasaan yang mengakibatkan berlakunya penunjuk perasaan dikalangan rakyat Palestin. Kejadian ini membuatkan rakyat Palestin membaling batu ke arah polis dan kemudian dibubarkan oleh tentera Zionis Israel dengan menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah. Rusuhan yang berlaku di kalangan penduduk Palestin dan rejim Zionis Israel, mengakibatkan berlaku insiden pertempuran antara tentera Zionis Israel dan orang ramai yang membantah. Susulan insiden yang terjadi, ramai yang tercedera dalam rusuhan tersebut. Kemudian, bermulalah Intifadah Kedua yang melibatkan antara kumpulan pembebasan Palestin dan tentera rejim Zionis.

Perjanjian Oslo 1993

Perjanjian Oslo yang ditandatangani oleh Pihak Berkuasa Palestin (PLO) pada 13 September 1993, telah menimbulkan banyak ketidakpuasan hati dan penentangan dikalangan rakyat Palestin sendiri, dan juga kumpulan pembebasan Palestin seperti Hamas, Jihad Islam Palestin dan kumpulan lain yang ada di Palestin.

Pilihan raya Palestin 2005–2006

Pada pilihanraya yang berlangsung pada 25 Januari 2006 dan berakhir pada 29 Januari 2006 bagi pemilihan anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC) dan badan perundangan bagi Pihak Berkuasa Palestin. Keputusannya memihak kepada Hamas, yang bertanding di bawah blok "Perubahan dan Pembaharuan", yang mana mereka menerima 44.45% undi keseluruhan dan memenangi 74 daripada 132 kerusi, sedangkan penyandang Fatah menerima 41.43% undi keseluruhan dan hanya memenangi 45 kerusi. Ekoran kemenangan pilihanraya keatas Hamas, perletakan jawatan Ahmed Qurei telah dilaksanakan dimana digantikan dengan Ismail Haniyah . Pada 2007, Hamas telah mengambil alih pentadbiran Gaza.

Konflik Fatah-Hamas

Pada Februari 2007, sewaktu ketegangan memuncak antara Fatah dan Hamas. Kumpulan bersenjata Fatah telah menggempur Universiti Islam Gaza (IUG). Universiti tersebut didakwa pihak Fatah dimana Hamas menjadikannya sebagai markas menyimpan puluhan pelancar bom tangan roket (RPG), roket-roket dan senapang tempur rifal, serta beribu butir peluru yang berada didalam Universiti tersebut. Tuduhan yang dibuat telah dimuat naik oleh media New York Post di laman webnya.[103]

Perang Gaza 2008

Pada Desember 2008, Universiti Islam Gaza telah dibom dalam enam siri serangan udara yang dilakukan Tentera Udara Israel sewaktu Konflik Israel-Gaza (2008-2009), dimana pihak Zionis Israel mereka-cerita bahwa fasiliti universiti tersebut digunakan oleh Hamas untuk membangunkan dan menyimpan senjata-senjata termasuk Roket Qassam yang digunakan bagi menyasarkan wilayah pendudukan Israel. Namun, Hamas menafikan dakwaan Israel yang dianggap mereka palsu semata yang bertujuan untuk membenarkan pembunuhan keatas rakyat Palestin. Universiti di Genting Gaza tersebut sekali lagi menjadi sasaran serangan udara rejim Zionis sewaktu Konflik Israel–Gaza 2014. Rejim Zionis Israel membuat dakwaan dengan mengatakan serangan mereka menyasarkan gudang pembuatan senjata oleh Hamas yang berpusat di Universiti tersebut.[104]

Kedudukan dasar

Piagam Hamas

Penyelesaian dua negara

Cadangan Hudna

Dasar agama

Organisasi

Kepimpinan dan struktur

Biro Politik

Kewangan dan pendanaan

Khidmat masyarakat

Ketenteraan

Media

Penerimaan

Penandaan kumpulan pengganas

Amerika Syarikat menandakan Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas pada 1995, begitu juga Kanada pada November 2002,[105] dan United Kingdom pada November 2021. Kesatuan Eropah menandakan sayap ketenteraan Hamas pada 2001 dan, di bawah tekanan AS,[106] menandakan Hamas pada 2003.[107] Hamas mencabar keputusan tersebut,[108] yang mana kemudiannya membawa ke Mahkamah Keadilan Eropah pada Julai 2017.[109] Jepun[110] dan New Zealand[111] menandakan sayap ketenteraan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.[112] Pertubuhan ini juga diharamkan di Jordan.[113]

Hamas tidak ditandakan sebagai pertubuhan pengganas oleh Afghanistan, Algeria, Iran,[114] Rusia,[115] Norway,[h] Turki, China,[117] Mesir, Syria, dan Brazil.[118][119][120]

Sokongan awam

Sokongan antarabangsa

Hamas sentiasa mengekalkan kepimpinan di luar negara. Gerakan ini sengaja dilakukan Hamas bagi memecah-mecahkannya supaya Israel tidak dapat membunuh pemimpin politik dan pegawai ketenteraan yang tertinggi.[121] Hamas pernah bersekutu kuat dengan Iran dan Syria. Iran memberikan Hamas anggaran $13–15 juta pada 2011 dan juga capaian kepada peluru berpandu jarak jauh. Biro politik Hamas pernah diletakkan di ibu negara Syria, Damsyik sebelum perang saudara Syria meletus. Hubungan antara Hamas, Iran, dan Syria bermula dingin apabila Hamas menarik sokongan kepada pemerintahan Presiden Syria, Bashar al-Assad. Malah, Hamas menyokong pemberontak Sunni berjuang melawan Assad.[122]

Dari 2012 hingga 2013, di bawah kepimpinan Ikhwan Muslimin, Presiden Mohamed Morsi, Hamas mendapat sokongan Mesir. Walau bagaimanapun, selepas Morsi digulingkan, penggantinya Abdul Fattah al-Sisi mengharamkan Ikhwan Muslimin dan memusnahkan terowong Hamas yang dibina ke Mesir. Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi juga memusuhi Hamas. Sebagaimana Mesir, mereka menandakan Ikhwan sebagai pertubuhan pengganas dan Hamas dilihat sama fungsinya di Palestin.

Lihat juga

  • Hak asasi manusia di Negara Palestin
  • Senarai parti politik di Negara Palestin

Nota

Rujukan