Hizbullah

Hizbullah atau Hezbollah (Arab: حزب الله, rumi: Ḥizbu 'llāh,, lit.'Penolong Allah'). Kumpulan ini merupakan sebuah parti politik Islam di Lubnan.[9][10] Ia terbentuk hasil inspirasi kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979 pimpinan mullah terkenal Ayatollah Ruhullah Khomeini, di mana peniruan fahaman ini dijadikan tindak balas terhadap serangan rejim Israel terhadap 1982 atau dikenali sebagai Perang Lubnan ialah meniru cara dan gaya kepimpinan ulama dalam Revolusi Islam Iran. Kebetulan pula ramai orang Islam Mazhab Syafii di Lubnan, Syria dan Jordan dan Iraq sendiri. Parti ini juga mempunyai pasukan tentera dan kegiatan awam yang berkesan di Lubnan.

Hizbullah
Hezbollah
حزب الله
Ḥizbu 'llāh
Setiausaha agungHassan Nasrallah
Ditubuhkan1985; 39 tahun yang lalu (1985) (official)
Ibu pejabatBeirut, Lubnan
Sayap parlimenLoyalty to the Resistance Bloc
Sayap separa tenteraMajlis JihadBriged Pemberontak Lubnan
Ideologi
AgamaIslam Syiah
Penggabungan kebangsaanGabungan 8 Mac
Warna
  • Yellow
  • Green
Sloganفَإِنَّ حِزْبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلْغَالِبُونَ
"Kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang"[7]
Parlimen[8]
13 / 128 (10%)
Bendera parti
Fail:Flag of Hezbollah.svg
Laman sesawang
www.moqawama.org
Politik Lubnan
Parti politik
Pilihan raya

Ia merupakan salah satu parti utama dalam gabungan politik yang memerintah Lubnan sejak 8 Mac 2005. Walaupun Hizbullah telah menyertai kerajaan baharu, ia masih menjadi lawan bagi March 14 Alliance.[11]

Pemimpin utamanya kini ialah Sayyid Hassan Nasrallah.

Aktiviti

Krisis di Syria

Semasa awal perang saudara di Syria pada tahun 2011, Hizbullah tidak menunjukkan sokongan terbuka kepada kerajaan Syria pimpinan Bashar al-Assad.Walaupun diketahui bahawa Hizbullah dan Syria adalah sekutu kuat kerana berpegang pada mazhab yang sama, Syiah. Tetapi pada tahun 2013, akibat tekanan dan tentangan kuat Free Syrian Army, menyebabkan kerajaan Syria hampir tewas. Hizbullah tanpa teragak- agak telah menunjukkan sokongan terbuka kepada Bashar al-Assad. Tidak cukup dengan itu, ribuan tentera Hizbullah dikerahkan untuk memerangi Tentera Bebas Syria terutamanya di bandar Al-Qusayr, Homs. Bandar ini menjadi medan pertempuran penting kerana kedudukannya bersempadan dengan Lubnan. Bandar Al-Qusayr akhirnya ditawan Kerajaan Syria atas bantuan Hizbullah. Kini Hizbullah melatih tentera-tentera kerajaan Syria untuk menawan bandar kedua terbesar Syria pula, Aleppo.

Rujukan

Pautan luar