Zahidi Zainul Abidin

ahli politik Malaysia

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (lahir 9 Januari 1961) merupakan ahli politik Malaysia yang kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sejak 10 Mac 2020. Beliau juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Padang Besar, Perlis semenjak 18 Oktober 2008 dan sebagai Pengerusi dalam Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM). Pada tahun 2012, beliau telah dipilih memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perlis dan telah dicalonkan ketika PRU13 pada 5hb Mei 2013. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih).

Yang Berbahagia Datuk

Zahidi Zainul Abidin

DMSM (Melaka); SMP (Perlis)
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
MenteriYang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa
Digantikan olehTeo Nie Ching
Kawasan pilihan rayaPadang Besar
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriYang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah
Didahului olehYang Berhormat Dato' Eddin Syazlee Shith
Kawasan pilihan rayaPadang Besar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Padang Besar, Perlis
Dalam jawatan
5 Mac 2013 – 10 Oktober 2022
Didahului olehAzmi Khalid (UMNOBN)
Digantikan olehRushdan Rusmi
Pengerusi RISDA
Dalam jawatan
12 Ogos 2015 – 27 Disember 2018
Didahului olehRahim Thamby Chik
Digantikan olehRosely Kusip
Butiran peribadi
Lahir (1961-01-09) 9 Januari 1961 (umur 63)
Parti politik UMNO (1991-2022)
Sekutu gabungan
politik lain
BN (1991-2022)
MN (2019-2022)
PN (2020-2022)
PasanganDatin Nooraine Ahmad
PekerjaanAhli Parlimen
GajiRM35,181.65 sebulan[1]
Nilai bersihRM1 ke 2.5 juta[1]

Zahidi merupakan lulusan Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (sekarang bertukar nama kepada Universiti Teknologi Mara - UiTM).[2]

Kerjaya politik

Pelbagai Jawatan

Di dalam UMNO, beliau telah memegang pelbagai jawatan. Berikut merupakan jawatan dan bila jawatan tersebut dipegang:-

TAHUNJAWATAN
1991-1993Biro Dakwah Pemuda UMNO Malaysia
1993Jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Kangar
1998Ahli Majlis Latihan Dan Mahasiswa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1998Ahli Majlis Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia
1998Biro Antarabangsa UMNO
1991-1998Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1994-1998Naib Ketua Pemuda UMNO Perlis
1994-2001Ketua Pemuda UMNO Padang Besar
1998-2001Ketua Pemuda UMNO Perlis
2001-2004EXCO Pemuda UMNO Malaysia
2008-Ketua UMNO Padang Besar
2011-Timb. Pengerusi Penghubungan UMNO Perlis
2013-Ahli Parlimen Malaysia - P001

Sebagai Ketua UMNO Bahagian

Di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, beliau menewaskan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid dengan majoriti 19 undi daripada 503 perwakilan yang mengundi pada 18 Oktober 2008.[3]Mesyuarat ini telah dijalankan di Dewan Sri Jerneh, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Bukit Ketri.

Sebagai Ketua Pemuda UMNO

Pada 2 Jun 2008, beliau menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO,[4] namun menarik diri hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 23 Oktober 2008 dengan alasan perkembangan terbaru pencalonan tidak berpihak kepadanya dan mendakwa trend terbaru pemilihan dilihat lebih memberi tumpuan kepada kedudukan kewangan calon, manakala calon yang mempunyai sumber kewangan yang terhad menghadapi tekanan untuk terus mendapat pencalonan, jadi menyebabkan beliau tidak terdaya untuk bersaing. [5]

Ahli Parlimen Padang Besar

Pada 5 Mei 2013, beliau telah menang PRU-13 sebagai Ahli Parlimen Padang Besar P001 apabila memperoleh 21,473 undi dengan majoriti 7426 undi menewaskan Azamhari Mohamood 14,047 undi.[6] Ketika berkempen dalam PRU-13, beliau menyatakan bahawa BN mempunyai pelbagai projek jika menang selesa di Padang Besar, termasuk perancangan Padang Besar untuk dijadikan sebagai kawasan bebas cukai serta pembangunan bersama-sama pihak Thailand.[7]

Kontroversi

Zahidi Zainul Abidin menyifatkan banjir kilat yang berlaku di negeri Pulau Pinang pada November 2017 adalah balasan Tuhan kepada kemungkaran Ketua Menteri Lim Guan Eng dan DAP.[8][perlu rujukan]

Memfitnah Veveonah Mosibin

Pada 3 September 2020, Zahidi menimbulkan kontroversi apabila menyatakan maklumat palsu ketika menjawab satu soalan di Dewan Negara berkaitan isu video seorang pelajar wanita Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang tular pada Jun kerana memanjat pokok untuk memperoleh capaian Internet yang baik untuk menduduki peperiksaannya secara atas talian.[9] Zahidi berkata bahawa Veveonah sengaja mereka isu tersebut semata-mata untuk memperoleh kemasyhuran.[10] Kenyataan ini disahkan salah oleh pihak UMS sendiri.[11]

Zahidi mula-mula memohon maaf atas pemberian maklumat tersebut di akaun Facebook rasminya, dan menyatakan bahawa maklumat salah telah diperoleh dan dipetik olehnya.[10] Pada 8 September, Zahidi memaklumkan bahawa maklumat palsu tersebut diperoleh daripada Ahli Parlimen Kudat serta Timbalan Menteri Kewangan, Abd Rahim Bakri yang dikatakan mendapat maklumat tersebut daripada kajian lapangan yang dilakukan oleh pegawainya di Pitas, kawasan tempat tinggal Veveonah.[11][12] Meskipun begitu, pihak Majlis Senator menggesa agar Zahidi dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi siasatan.[13] Selain itu, Speaker Dewan Negara, Rais Yatim turut memanggilnya untuk memberi permohonan maaf secara rasmi.[14] Zahidi pada 10 September memohon maaf dalam sidang Dewan Rakyat, dan berkata bahawa tindakan Veveonah sepatutnya dipuji.[15]

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia: Padang Besar, Perlis[16]
TahunUndiPeratusanLawanUndiPeratusan
2013Zahidi Zainul Abidin (UMNO-BN)21,47360.45%Azamhari Mohamood (PAS)14,04739.55%
2018Zahidi Zainul Abidin (UMNO-BN)15,03241.18%Izizam Ibrahim (BERSATU)13,59437.24%
Mokhtar Senik (PAS)7,87421.57%
Dewan Undangan Negeri Perlis: N2 Beseri
TahunUndiPeratusanLawanUndiPeratusanJumlah undiMajoritiPeratus unjuran
1999Zahidi Zainul Abidin (UMNO-BN)2,77458.66%Abd. Rahman Rejab (PAS)1,95541.34%5,06981973.77%
2004Zahidi Zainul Abidin (UMNO-BN)3,49268.30%Mohd Anuar Mohd Tahir (PAS)1,62131.70%5,2221,87178.59%

Kehormatan

Rujukan

Pautan luar