Parti Pribumi Bersatu Malaysia

parti politik di Malaysia

Parti Pribumi Bersatu Malaysia, juga disingkatkan sebagai BERSATU atau kadangkala ditulis sebagai PPBM, ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Parti PPBM telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 14 Januari 2017 oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan Logo PPBM telah dibenar-pakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sehari selepas kelulusan pendaftaran parti tersebut. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah salah satu komponen utama (major component) dalam Perikatan Nasional (PN). Sebelum parti politik ini diluluskan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS), parti ini dikenali sebagai Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia atau United Indigenous Association of Malaysia.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia
ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا
Nama Bahasa InggerisMalaysian United Indigenous Party
Nama Bahasa Cina土著团结党
Nama Bahasa Tamilமலேசிய ஐக்கிய மக்கள் கட்சி
SingkatanBERSATU
PresidenMuhyiddin Yassin
Setiausaha agungHamzah Zainuddin
Timbalan PresidenDato' Seri Ahmad Faizal Azumu
Naib Presiden
Ketua ArmadaWan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Ketua SrikandiDatuk Seri Rina Mohd Harun
Ketua Srikandi MudaNurul Fadzilah Kamaluddin
Pengasas

Muhyiddin Haji Mohd Yassin

Diasaskan8 September 2016 (2016-09-08)[1]
Didaftarkan14 Januari 2017 (2017-01-14)[2]
Disahkan14 Januari 2017 (2017-01-14)[3]
Dibubarkan2025
PecahanPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Didahului olehPersatuan Pribumi Bersatu Malaysia
Ibu pejabatTingkat 8
Menara Yayasan Selangor
18A Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
AkhbarMY BERSATU[4]
Tidak rasmi:
MalaysiaNow
Badan pemikirInstitut Masa Depan Malaysia
Sayap beliaArmada Bersatu
Sayap wanitaSrikandi Bersatu
Sayap Belia WanitaSrikandi Muda Bersatu
Keanggotaan35,587,900 (sejak 3 September 2022)
Ideologi
AgamaIslam
Penggabungan kebangsaanPakatan Harapan
(2016-2019)[5]
Perikatan Nasional
(sejak 23 Februari 2020)
Penggabungan serantauGabungan Rakyat Sabah
(12 September 2020 - 10 Disember 2022)
Penggabungan antarabangsaPartai Demokrasi Indonesia Perjuangan
Warna          Merah, Putih
SloganBersatu, Beramanah, Bermaruah[6]
Lagu partiPerjuangan Kita
Dewan Negara
70 / 70
Dewan Rakyat
222 / 222
Dewan Undangan Negeri
607 / 607
Menteri Besar dan Ketua Menteri
13 / 13
Simbol pilihan raya

Negeri selain Kelantan dan Terengganu

Di Kelantan dan Terengganu
Bendera parti
Laman sesawang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

BERSATU bersama-sama Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku sambil disokong Ahli Parlimen BEBAS membentuk kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan pada Mac 2020 lalu sebelum penyertaan Gabungan Rakyat Sabah pada bulan September tahun yang sama. BERSATU juga mengetuai Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Sabah dan menjadi sebahagian daripada ahli dalam pentadbiran kerajaan bagi Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Kedah. Manakala Kerajaan Negeri Perlis, Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan.

Ketika BERSATU dalam kerajaan Pakatan Harapan, ia dipimpin oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan ketika itu (kini beliau telah menjadi Pengasas serta Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air sejak 8 Julai 2021).

BERSATU dahulu pernah menjadi salah sebuah parti dalam gabungan parti kerajaan Pakatan Harapan. Ia juga merupakan parti yang memimpin dalam gabungan parti pemerintah Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Johor dan parti dalam gabungan parti kerajaan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Sabah. Ia juga merupakan parti pembangkang dalam Kerajaan Negeri Kelantan ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 lalu.

Pada pemilihan kepimpinan PPBM 2024 akan datang, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai penting kepada arah tuju parti, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin akan bertanding dalam pertembungan tiga penjuru, dengan bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin, dan bekas menteri kanan Mohamed Azmin Ali.

Sejarah penubuhan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir serta penggantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016 sebelum terubuhnya BERSATU dan Parti Warisan Sabah[7]. Ia menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Parlimen BEBAS selama 2 bulan. Beliau telah mencadangkan kepada Tun Dr Mahathir (yang ketika itu tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan) untuk menubuhkan BERSATU bersama-sama Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir yang ketika itu telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah[8] dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah namun tiada kerusi di Dewan Rakyat Malaysia. Oleh kerana itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi wakil tunggal BERSATU dalam Dewan Rakyat dari tahun 2016 hingga tahun 2018 lalu.[9] Dato' Seri Mohd Shafie Apdal kemudiannya telah menubuhkan Parti Warisan Sabah yang menumpukan kepada geopolitik di negeri Sabah.[10]

Borang pemohonan untuk mendaftarkan PPBM telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli jawatankuasa penaja parti[11][12][13]. Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 08 September 2016 [14].

Jawatankuasa rasmi di peringkat pusat telah diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2017 yang telah menyatakan keahlian dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah dibubarkan secara sementara pada 5 April 2018[15]. Walau bagaimanapun pada 10 Mac 2018, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan berikutan ancaman berulang-kali yang dikeluarkan oleh ROS untuk membubarkan PPBM[16][17], parti itu telah pun menyediakan perancangan lain jika benar dibubarkan ROS[18].

Selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018, pembubaran BERSATU telah ditarik balik dan secara rasminya menjadi parti komponen Pakatan Harapan semula.

Pada Tahun 2020, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad telah meletak jawatan Pengerusi BERSATU serta telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Jawatan Pengerusi BERSATU telah dipangku oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan usul percaya Parlimen Malaysia telah berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ke-8 Malaysia. PPBM menjadi tulang belakang dan parti utama bagi Perikatan Nasional bersama-sama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN). Pada tahun yang sama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah terbahagi kepada dua bahagian secara rasmi iaitu BERSATU Sabah dan BERSATU Pusat (BERSATU Pusat adalah BERSATU Cawangan Semenanjung Malaysia termasuk Sarawak). BERSATU Sabah telah terpisah dengan BERSATU Pusat kerana ideologi dibawah pimpinan Hajiji Noor yang berbeza dengan pimpinan Muhyiddin Yassin dimana bawah pimpinan Hajiji Noor lebih mengutamakan rakyat-rakyat di Sabah tanpa menilai seseorang itu adalah pribumi, manakala Muhyiddin Yassin lebih kepada penjagaan hak pribumi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Pada Disember 2022, BERSATU Sabah telah dibubarkan oleh Kepemimpinan Hajiji Noor untuk mengukuhkan kedudukan Parti Buatan Tempatan di Sabah. Walaubagaimanapun, BERSATU Sabah telah dihidupkan semula pada Januari 2023 oleh Dr. Ronald Kiandee dan sekaligus menjadi pengerusi rasmi BERSATU Sabah yang kedua selepas Hajiji Noor.

Jawatankuasa Penaja Penubuhan (9 Ogos 2016)

Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti[19]
JawatanNama
Presiden PenajaTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Pengerusi PenajaTun Dr. Mahathir Mohamad
Timbalan Presiden PenajaDato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir
Setiausaha Agung PenajaKamarul Azman Habibur Rahman
Bendahari PenajaAinina Saaduddin
Ahli Jawatankuasa PenajaSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Akhramsyah Muammar Ubaidah Tan Sri Sanusi

Takrif Pribumi

Menurut perlembagaan parti, Pribumi bermaksud warganegara Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera termasuk orang asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak seperti yang ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan undang-undang negara.

Cogan Perjuangan

Cogan perjuangan parti ialah "'BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH". '

Bendera dan Lambang

Lambang alternatif parti.

Bendera dan lambang parti berupa segi empat tidak sama berwarna merah dengan kadar nisbah 1:2 (lebar x panjang) dan didalamnya terdapat grafik berbentuk bunga lima kelopak berwarna putih.

Pengertian reka bentuk

  • Lima kelopak bunga bererti lima (5) Rukun Islam sebagai Agama Persekutuan dan lima (5) Prinsip Rukunegara.
  • Lima kelopak bunga yang bersambung secara seimbang dan sekata melambangkan perpaduan warga Pribumi dan seluruh rakyat Malaysia yang hidup secara aman dan harmoni serta mendapat layanan yang adil dan saksama dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.

Pengertian warna

  • Warna merah bererti keberanian, semangat patriotisme dan daya juang yang jitu.
  • Warna putih bererti kesucian, keikhlasan dan keluhuran dalam perjuangan serta sifat amanah, jujur dan berintegriti yang mesti dimiliki oleh ahli-ahli parti.

Tujuan Penubuhan

BERSATU ditubuhkan untuk :

  1. Memberikan perhatian kepada reformasi institusi untuk mengembalikan integriti didalam pentadbiran negara.
  2. Mengembalikan semula demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang telah dinafikan dan disalahguna.
  3. Memuliakan pemisahan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
  4. Berjuang untuk menambahbaik prestasi Kerajaan dan memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
  5. Mengembalikan penghormatan dan sanjungan dunia terhadap Malaysia dan rakyatnya.
  6. Bekerjasama dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang mempunyai aspirasi dan prinsip sehaluan dalam usaha membentuk kepimpinan Kerajaan yang lebih baik, demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia.

Matlamat Perjuangan

  1. Menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
  2. Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
  3. Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
  4. Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
  5. Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
  6. Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.
  7. Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  8. Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
  9. Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
  10. Mendukung prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
  11. Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
  12. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.
  13. Menyertai pilihanraya umum Persekutuan dan Negeri serta pilihanraya kecil dengan tujuan untuk menghantar wakil parti ke Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pendaftaran ahli parti

Sebuah laman web dan aplikasi, MY BERSATU telah dirasmikan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 September 2021 bagi memudahkan pendaftaran ahli baharu secara dalam talian.[20]

Kepimpinan

Struktur pentadbiran BERSATU terdiri daripada Majlis Pimpinan Tertinggi dan Majlis Presiden di peringkat pusat, Badan Pimpinan Negeri di peringkat negeri, Jawatankuasa Pimpinan Bahagian di peringkat Parlimen dan Jawatankuasa Cawangan di peringkat daerah mengundi.

Majlis Pimpinan Tertinggi

Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU adalah adalah badan eksekutif tertinggi parti yang menjalankan kuasanya di bawah perintah Perhimpunan Agung. Ia terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Ketua Penerangan, tidak lebih daripada 15 orang Ahli MPT yang dipilih dalam Perhimpunan Agung, tidak lebih daripada 7 orang yang dilantik oleh Presiden parti selepas berunding dengan Pengerusi parti, serta 6 orang wakil sayap-sayap parti iaitu 3 orang dari Srikandi dan 3 orang dari Armada.

Majlis Presiden pula adalah badan eksekutif yang mengelola hal ehwal pengurusan dan pentadbiran parti. Ia terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Ketua Penerangan.

Data sehingga 30 Oktober 2022.

JawatanNama
PresidenYB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan PresidenYBhg Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu
Naib PresidenYB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
YB Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
YBhg Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
Ketua Srikandi (Bertaraf Naib Presiden)YBhg Datuk Seri Rina Mohd Harun
Ketua Armada (Bertaraf Naib Presiden)YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Ketua Srikandi MudaYBhg Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor
Ketua Sayap BersekutuChong Fat Full
Setiausaha AgungYB Dato' Seri Hamzah Zainudin
Bendahari AgungYBhg Dato’ Mohamed Salleh Bajuri
Ketua PeneranganYB Datuk Wan Saiful Wan Jan
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (Dipilih)YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz
Abdul Hakim Gulam Hassan
YB Dato' Zainol Fadzi Paharudin
YB Dato' Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid
YB Senator Datuk Razali Idris
YBhg Dato' Eddin Syazlee Shith
YBhg Dato' Seri Mustapa Mohamed
YB Datuk Wan Saiful Wan Jan
YBhg Datuk Hajah Azlinda Abdul Latif
Mohd Taufik Yaacob
Mohd Rafiq Mohd Abdullah
YB Dato' Indera Suhaili Abdul Rahman
YB Dato' Dr. Sahruddin Jamal
YBhg Dato' Mohamed Farid Mohamed Zawawi
Mohd Zulkifli Zakaria
YB Mohd Yazid Mohd Yunus
YB Datuk Shabudin Yahaya
YB Dato' Rosol Wahid
Shamsilah Siru
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (Dilantik)YBhg Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
YBhg Dato' Dr. Abdul Latiff Ahmad
YBhg Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
YBhg Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad
YBhg Datuk Abdul Rashid Asari
Dr. Muhammad Faiz Na’aman

Perhimpunan Agung Tahunan

JawatanNama
Pengerusi TetapYB Dato' Mohd Suhaimi Abdullah
Timbalan Pengerusi TetapYBhg Datuk Hashim Suboh
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PartiYBhg Tan Sri Syed Hamid Tan Sri Syed Jaafar Albar
Pengerusi Lembaga DisplinYBhg Tan Sri Megat Najmuddin Dato' Seri Dr. Megat Khas
Pengerusi Lembaga RayuanYBhg Tan Sri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad
Setiausaha KerjaKapt (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya

Badan Pimpinan Negeri

Pejabat BERSATU Negeri Johor di Kempas ketika bersama Pakatan Harapan.

Data sehingga 11 Jun 2022.

NegeriNamaJawatan
PerlisYB Tuan Abu Bakar HamzahKetua
YBhg Datuk Hashim SubohTimbalan Ketua
KedahYB Dato' Mohd Suhaimi Abdullah[21]Ketua
Tuan Haji Mohd Taufik YaacobTimbalan Ketua
Pulau PinangYBhg Datuk Shabudin YahayaKetua
Tuan Haji Zulkefli BakarTimbalan Ketua
PerakYBhg Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Haji AzumuKetua
Tuan Mohader Ahmad Mohd AyobTimbalan Ketua
SelangorYBhg Datuk Abdul Rashid AsariKetua
YBhg Dato' Seri Azmin AliTimbalan Ketua
Wilayah PersekutuanYB Dato' Indera Suhaili Abdul RahmanKetua
YB Senator Muhammad Zahid Md AripTimbalan Ketua
Negeri SembilanYBhg Dato' Eddin Syazlee ShithKetua
YBhg Datuk Mohd Hanafi Mohd ZainTimbalan Ketua
MelakaYB Dr. Mohd Yadzil YaakubKetua
YB Datuk Wira Mas Ermieyati SamsudinTimbalan Ketua
JohorYB Dato' Dr Sahruddin JamalKetua
YBhg Dato' Dr. Abdul Latiff AhmadTimbalan Ketua
PahangYB Dato' Sri Saifuddin Abdullah Ketua
YB Encik Mohd Yazid Mohd YunusTimbalan Ketua
KelantanYBhg Datuk Kamarudin Md NorKetua
YBrs Tuan Haji Mohd Zulkifli ZakariaTimbalan Ketua
TerengganuYB Senator Datuk Razali IdrisKetua
YB Dato' Rosol WahidTimbalan Ketua
SarawakYB Senator Jaziri Alkaf Abdillah SuffianKetua
YBhg Dato' Johan MohamadTimbalan Ketua
SabahYB Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeKetua
Tuan Aksyah NasrahTimbalan Ketua

Biro Pusat

Senarai Biro Pusat
BiroPengerusi
PolitikTan Sri Muhyiddin Yassin
PengurusanDato' Seri Ahmad Faizal Azumu
Pilihan Raya dan KajianDatuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Latihan dan PerkaderanSenator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Penambahan Ahli dan CawanganDatuk Mohd Rafiq Naizamohideen
AgamaDatuk Shabudin Yahaya
EkonomiDato' Sri Mustapa Mohamed
AntarabangsaDato' Seri Mohamed Azmin Ali

Pemilihan kepimpinan

Pemilihan kepimpian yang pertama telah diadakan pada 2020. Muhyiddin Yassin telah mengekalkan jawatannya selaku Presiden manakala Ahmad Faizal Azumu telah menang bertanding sebagai Timbalan Presiden. Pemilihan kepimpinanan kedua bakal diadakan pada 2024, menyaksikan jawatan Presiden ditandgi oleh Hamzah Zainudin (Setiausaha Agung) dan Mohamed Azmin Ali (Naib Presiden dan Ketua Badan Pimpinan Negeri Selangor).

Ulangtahun penubuhan

Muyiddin Yassin Twitter
@MuhyiddinYassin

Saksikan siaran secara langsung amanat dari YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Presiden BERSATU pada 9 malam ini.

10 September 2021

BERSATU telah menyambut ulangtahun ke-5 pada 2021 dan telah diadakan secara hibrid bagi mematuhi amalan operasi standard dalam Pelan Pemulihan Negara.[22] Pada malam tersebut, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan laman sesawang MY BERSATU bagi memudahkan pendaftaran keahlian baharu dibuat secara dalam talian.

Wakil Rakyat

Dewan Negara

Senator

Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. BERSATU kini mempunyai 2 orang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan melalui Dewan Undangan Negeri.[23]

LantikanTempohAhliCatatan
Yang di-Pertuan Agong27.08.2021 - 26.08.2024YB Senator Datuk Razali IdrisLantikan kali kedua
27.08.2021 - 26.08.2024YB Senator Ir. Md Nasir HashimLantikan kali kedua

Dewan Rakyat

Ahli Dewan Rakyat Malaysia

BERSATU mempunyai 31 orang Ahli Dewan Rakyat Malaysia.

NegeriNoKawasan ParlimenAhliCatatan
 PerlisP002KangarZakri Hassan, YB Tuan
 KedahP004LangkawiMohd Suhaimi Abdullah, YB Dato'
P006Kubang PasuKu Abdul Rahman Ku Ismail, YB Dato' Wira
P014MerbokMohd Nazri Abu Hassan, YB Tuan
P017Padang SeraiAzman Nasrudin, YB Dato'
P018Kulim-Bandar BaharuRoslan Hashim, YB Tuan
 KelantanP026KeterehKhlir Mohd Nor, YB Dato'
P027Tanah MerahIkmal Hisham Abdul Aziz, YB Dato' Sri
P029MachangWan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, YB Tuan
P030JeliZahari Kechik, YB TuanMenyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri [24]
P032Gua MusangMohd Azizi Abu Naim, YB TuanMenyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri [25]
 TerengganuP038Hulu TerengganuRosol Wahid, YB Dato'
 Pulau PinangP042Tasek GelugorWan Saiful Wan Jan, YB Datuk
 PerakP054GerikFathul Huzir Ayob, YB Tuan
P056LarutHamzah Zainudin, YB Dato' SeriKetua Pembangkang Dewan Rakyat (19.12.2022-kini)
P059Bukit GantangSyed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, YB Dato'Menyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri[26]
P061Padang RengasAzahari Hasan, YB Tuan
P067Kuala KangsarIskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, YB TuanMenyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri [27]
Keahlian digantung[28]
P074LumutNordin Ahmad, YB Tuan
 PahangP082Indera MahkotaSaifuddin Abdullah, YB Dato' Sri
P091RompinAbdul Khalib Abdullah, YB Dato'
 SelangorP092Sabak BernamKalam Salan, YB Tuan
P093Sungai BesarMuslimin Yahaya, YB Datuk
P095Tanjong KarangZulkafperi Hanapi, YB Datuk Dr.Menyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri[29]
 PutrajayaP125PutrajayaMohd Radzi Md Jidin, YB Datuk Dr.
 MelakaP134Masjid TanahMas Ermieyati Samsudin, YB Datuk Wira
 JohorP143PagohMuhyiddin Yassin, YB Tan Sri
P154MersingMuhammad Islahuddin Abas, YB Tuan
 LabuanP166LabuanSuhaili Abdul Rahman, YB Datuk Dr.Menyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri[30]
Keahlian digantung[31]
 SabahP183BeluranRonald Kiandee, YB Datuk Seri Dr.
 SarawakP205SaratokAli Biju, YB Datuk
JumlahPerlis (1), Kedah (5),Kelantan (5), Terengganu (1), Pulau Pinang (1), Perak (6), Pahang (2), Selangor (3), W.P. Putrajaya (1), W.P. Labuan(1),Melaka (1), Johor (2), Sabah (1), Sarawak (1)

Dewan Undangan Negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri

NegeriNo.Kawasan DUNAhliCatatan
 PerlisN1Titi TinggiIzizam IbrahimEXCO Perlis
N7SenaMarzita Mansor
N9Kuala PerlisAbu Bakar Hamzah
N11PauhMegat Hashirat HassanEXCO Perlis
N12Tambun TulangWan Zikri Afthar IshakEXCO Perlis
 KedahN01Ayer HangatShamsilah Siru
N02KuahAmar Pared Mahamud
N03Kota SiputehMohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir
N05Bukit Kayu HitamHalimaton Shaadiah SaadEXCO Kedah
N11DergaMuhamad Amri Wahab
N12Suka MenantiDzowahir Ab GhaniEXCO Kedah
N16Kubang RotanMohd Salleh SaidinEXCO Kedah
N19Sungai TiangAbdul Razak KhamisTimbalan YDP DUN Kedah
N21Guar ChempedakAbdul Ghafar Saad
N30BayuMohd Taufik Yaacob
N34LunasKhairul Anuar Ramli
 KelantanN25Kok LanasMohamed Farid Mohamed Zawawi
N27Gual IpohBahari Mohd Noor
N36Bukit BungaMohd Almidi Jaafar
N37Ayer LanasKamarudin Md NorEXCO Kelantan
N43NenggiriMohd Azizi Abu Naim
N44PalohShaari Mat Hussain
 TerengganuN04Hulu BesutMohd Husaimi Hussin
N06PermaisuriMohd Yusop Majid
N11Seberang TakirKhazan Che MatTimbalan YDP DUN Terengganu
N21TelemungMohd Zawawi Ismail
N30KijalRazali IdrisEXCO Terengganu
 Pulau PinangN06Telok Ayer TawarAzmi Alang
N10Seberang JayaIzhar Shah Arif Shah
N12PenantiZulkefli Bakar
N40Telok BahangMuhamad Kasim
 PerakN07Batu KurauMohd Najmuddin Elias
N09Kuala KurauAbdul Yunus Jamhari
N10Alor PongsuNoor Azman Ghazali
N13Kuala SepetangAhmad Man
N19ChenderohSyed Lukman Hakim Syed Mohd Zin
N34Bukit ChandanHashim Bujang
N49Sungai ManikZainol Fadzi Paharudin
N52PangkorNorhaslinda Zakaria
N56Changkat JongNorhaslinda Zakaria
 PahangN18LeparNadziruddin Mohamed Bandi
N25Kuala SentulJasri Jamaludin
 SelangorN07Batang KaliMuhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani
N09PermatangNurul Syazwani Noh
N10Bukit MelawatiNoorazley Yahya
N12JeramHarrison Hassan
N13KuangMohd Rafiq Mohd Abdullah
N17Gombak SetiaMuhammad Hilman Idham
N18Hulu KelangMohamed Azmin AliKetua Pembangkang Dewan Negeri Selangor
N33Taman MedanAfif Bahardin
N44Selat KlangAbdul Rashid Asari
N49Sungai KandisWan Dzahanurin Ahmad
N53MoribRosnizan Ahmad
N55DengkilJamil Salleh
 Negeri SembilanN20LabuMohamad Hanifah Abu Baker
N34GemasRidzuan AhmadKetua Pembangkang DUN Negeri Sembilan
 MelakaN11Sungai UdangMohd Aleef Yusof
N24BembanMohd Yadzil YaakubKetua Pembangkang DUN Melaka
 JohorN7Bukit KepongSahruddin Jamal
N32EndauAlwiyah Talib
JumlahPerlis (5), Kedah (11), Kelantan (6), Terengganu (5), Pulau Pinang (5), Perak (9), Pahang (2), Selangor (12), Negeri Sembilan (2), Melaka (2), Johor (2)

Keanggotaan

BERSATU terbuka kepada warganegara Malaysia berstatus pribumi yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjadi ahli. Selain itu, ia juga membuka ruang kepada warganegara Malaysia yang bukan pribumi untuk menjadi ahli bersekutu. Permohonan keahlian dibuat dengan cara memohon menerusi kepimpinan cawangan atau permohonan terus menerusi Setiausaha Agong.

Lagu Rasmi

Lagu rasmi BERSATU berjudul "Perjuangan Kita" hasil ciptaan Najwa Mahiaddin telah dilancarkan pada 7 Januari 2017 dalam Majlis Pelancaran Lagu dan Laman Sesawang Rasmi PPBM yang berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor. Lagu rasmi tersebut boleh ditonton di laman Youtube[32].

Pilihan Raya

Pilihan raya umum Malaysia 2018

Bagi menghadapi Pilihan raya umum Malaysia 2018, BERSATU telah membentuk Pakatan Harapan bersama-sama PKR, DAP dan Amanah. BERSATU telah bertanding sebanyak 52 kerusi Parlimen dan 111 kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri di Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak, menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat. BERSATU tidak bertanding di Sabah kerana hendak memberikan laluan kepada Parti Warisan Sabah manakala di Sarawak pula BERSATU belum melebarkan sayap di negeri itu ketika itu. Di peringkat DUN pula, BERSATU diberi peluang mengetuai kerajaan negeri Kedah, Johor dan Perak sekiranya PH berjaya memenangi negeri tersebut. Berikut merupakan pembahagian kerusi yang diperoleh BERSATU pada Pilihan raya umum Malaysia 2018.

Jumlah kerusi yang BERSATU bertanding
ParlimenDewan Undangan Negeri
NegeriKerusiNegeriKerusiNegeriKerusiNegeriKerusi
Perlis2Kedah6Perlis5Kedah15
Pulau Pinang1Perak8Pulau Pinang4Perak15
Kelantan7Terengganu3Kelantan13Terengganu10
Pahang6Wilayah Persekutuan2Pahang10Wilayah Persekutuan-
Selangor3Negeri Sembilan2Selangor9Negeri Sembilan6
Melaka2Johor10Melaka6Johor18
Sabah0Sarawak0Sabah0Sarawak0
Jumlah52Jumlah111

Keputusan pilihan raya umum yang ditandingi BERSATU (Parlimen)

Berikut merupakan keputusan pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen yang ditandingi BERSATU dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.

No.KawasanCalonKeputusanBersaing
P001Padang BesarIzizam IbrahimTewasBN-UMNO
P003ArauAbd Rahman DaudTewasBN-UMNO
P004LangkawiMahathir MohamadMenangBN-UMNO
P005JerlunMukhriz MahathirMenangBN-UMNO
P006Kubang PasuAmiruddin HamzahMenangBN-UMNO
P011PendangWan Saiful Wan JanTewasPAS
P012JeraiAkhramsyah Muammar Ubaidah SanusiTewasPAS
P016BalingMohd Taufik YaacobTewasBN-UMNO
P019TumpatNordin SallehTewasPAS
P025BachokMohd Zulkifli ZakariaTewasPAS
P026KeterehMohd Radzi Md JidinTewasBN-UMNO
P028Pasir PutehKamarudin Md NorTewasPAS
P029MachangSazmi MiahTewasBN-UMNO
P030JeliAzran DeramanTewasBN-UMNO
P032Gua MusangMohd Nor HussinTewasBN-UMNO
P033BesutWan Nazari Wan JusohTewasBN-UMNO
P034SetiuMohd Faudzi MusaTewasPAS
P038Hulu TerengganuRazali IdrisTewasBN-UMNO
P042Tasek GelugorMarzuki YahyaTewasBN-UMNO
P054GerikIbrahim Mohd HanafiahTewasBN-UMNO
P055LenggongAmirul Fairuzzeen JamaluddinTewasBN-UMNO
P056LarutKhairil Anuar AkhiruddinTewasBN-UMNO
P058Bagan SeraiAdam AsmuniTewasBN-UMNO
P059Bukit GantangKhadri KhalidTewasBN-UMNO
P063TambunAhmad Faizal AzumuMenangBN-UMNO
P072TapahMuhammad Azni Md AliTewasBN-MIC
P073Pasir SalakSalihuddin Radin SumadiTewasBN-UMNO
P079LipisBadarudin Abd RahamanTewasBN-UMNO
P081JerantutWan Mohd Shahrir Wan Abdul JalilTewasBN-UMNO
P084Paya BesarMohd Ashraf Mustaqim Badrul MunirTewasBN-UMNO
P085PekanMuhammad Zahid Md AripTewasBN-UMNO
P086MaranAhmad Farid Ahmad NordinTewasBN-UMNO
P087Kuala KrauMohamad Rafidee HashimTewasBN-UMNO
P092Sabak BernamWarno DogolTewasBN-UMNO
P093Sungai BesarMuslimin YahayaMenangBN-UMNO
P095Tanjong KarangZulkafperi HanapiTewasBN-UMNO
P119TitiwangsaRina Mohd HarunMenangBN-UMNO
P125PutrajayaSamsu Adabi MamatTewasBN-UMNO
P127JempolKamarulzaman KamdiasTewasBN-UMNO
P129Kuala PilahEddin Syazlee ShithMenangBN-UMNO
P134Masjid TanahSabirin Ja'afarTewasBN-UMNO
P135Alor GajahMohd Redzuan Md YusofMenangBN-MCA
P143PagohMuhyiddin YassinMenangBN-UMNO
P146MuarSyed Saddiq Syed Abdul RahmanMenangBN-MCA
P149Sri GadingShahruddin Md SallehMenangBN-UMNO
P151Simpang RenggamMaszlee MalikMenangBN-UMNO
P154MersingMd Nasir HashimTewasBN-UMNO
P155TenggaraNorjepri Mohd JelaniTewasBN-UMNO
P156Kota TinggiAzlinda Abdul LatifTewasBN-UMNO
P157PengerangNorliza NgadimanTewasBN-UMNO
P164PontianKarmanie SardiniTewasBN-UMNO
P165Tanjung PiaiMohamed Farid Md RafikMenangBN-MCA

Pasca-pilihan raya umum Malaysia 2018

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018, terdapat beberapa penambahan kerusi BERSATU selepas penyandang yang menang telah lompat parti dengan menyertai BERSATU. Berikut merupakan senarai ahli Parlimen dan ADUN yang lompat parti dan seterusnya menyertai BERSATU.

ParlimenDewan Undangan Negeri
No.KawasanPenyandangDari PartiNo.KawasanNegeriPenyandangDari Parti
P030JeliMustapa MohamedBN-UMNON21Guar ChempedakKedahKu Abdul Rahman Ku IsmailBN-UMNO
P038Hulu TerengganuRosol WahidBN-UMNON37Air LanasKelantanMustapa MohamedBN-UMNO
P042Tasek GelugorShabudin YahayaBN-UMNON32EndauJohorAlwiyah TalibBN-UMNO
P056LarutHamzah ZainudinBN-UMNON36SediliJohorRasman IthnainBN-UMNO
P058Bagan SeraiNoor Azmi GhazaliBN-UMNON37Johor LamaJohorRosleli JahariBN-UMNO
P092Sabak BernamMohd Fasiah Mohd FakehBN-UMNON8UsukanSabahJaplin AkimBN-UMNO
P134Masjid TanahMas Ermieyati SamsudinBN-UMNON10SulamanSabahHajiji NoorBN-UMNO
P154MersingAbdul Latiff AhmadBN-UMNON21KawangSabahGhulam Haidar Khan BahadarBN-UMNO
P027Tanah MerahIkmal Hisham Abdul AzizBN-UMNON24MembakutSabahMohd Arifin Mohd ArifBN-UMNO
P167KudatAbdul Rahim BakriBN-UMNON25KliasSabahIsnin AliasnihBN-UMNO
P178SipitangYamani Hafez MusaBN-UMNON27LumadanSabahMatbali MusahBN-UMNO
P177BeaufortAzizah Mohd DunBN-UMNON30KaranaanSabahMasidi ManjunBN-UMNO
P183BeluranRonald KiandeeBN-UMNON56ApasSabahNizam Abu Bakar TitinganBN-UMNO
P184LibaranZakaria EdrisBN-UMNON49Sungai ManikPerakZainol Fadzi PaharudinBN-UMNO
N38NabawanSabahBobbey Ah Fang SuanUPKO

Krisis politik Malaysia 2020

Pada pertengahan tahun 2020, telah berlakunya krisis politik Malaysia 2020 yang menyebabkan pertukaran kerajaan Malaysia. Pada Mac 2020, seramai 10 orang ahli Parlimen telah lompat parti dan menyertai BERSATU. Berikut merupakan senarai Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negeri yang telah lompat parti dan seterusnya menyertai BERSATU[33]:

ParlimenDewan Undangan Negeri
No.KawasanPenyandangDari PartiNo.KawasanNegeriPenyandangDari Parti
P047Nibong TebalMansor OthmanPKRN17Gombak SetiaSelangorMuhammad Hilman IdhamPKR
P082Indera MahkotaSaifuddin AbdullahPKRN19Bukit AntarabangsaSelangorMohamed Azmin AliPKR
P098GombakMohamed Azmin AliPKRN9Kuala KurauPerakAbdul Yunus JamhariPKR
P124Bandar Tun RazakKamarudin JaffarPKRN30BuntongPerakSivasubramaniam AthinarayananPGRM
P140SegamatEdmund Santhara Kumar RamanaiduPKRN33TronohPerakPaul Yong Choo KiongBebas
P099AmpangZuraida KamaruddinPKRN43Tualang SekahPerakNolee Ashilin Mohammed RadziBebas
P150Batu PahatMohd Rashid HasnonPKR-LantikanSabahJaffari WaliamPKR
P179RanauJonathan YasinPKRN29SidamKedahRobert Ling Kui EePKR
P198Puncak BorneoWillie anak MonginPKRN34LunasKedahAzman NasruddinPKR
P205SaratokAli anak BijuPKRN10Seberang JayaPulau PinangAfif BahardinPKR
N21Sungai AchehPulau PinangZulkifli IbrahimPKR
N4PemanisJohorChong Fat FullPKR

Kemelut politik Malaysia 2020 juga menyaksikan wakil rakyat BERSATU keluar dari parti sama ada dipecat, keahlian terhenti dan memohon untuk keluar.[34]

No.KawasanPenyandangJawatan pernah disandang dalam KerajaanCatatan
P004LangkawiMahathir MohamadPerdana Menteri (10.05.2018 – 24.02.2020)

Perdana Menteri Interim (24.02.2020 - 29.02.2020)

Keahlian terhenti pada Mei 2020
P005JerlunMukhriz MahathirMenteri Besar Kedah (11.05.2018 – 17.05.2020)Keahlian terhenti pada Mei 2020
P006Kubang PasuAmiruddin HamzahAhli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (22.05.2018 - 02.07.2018)

Timbalan Menteri Kewangan (02.07.2018 – 24.02.2020)

Keahlian terhenti pada Mei 2020
P146MuarSyed Saddiq Syed Abdul RahmanMenteri Belia dan Sukan (02.07.2018 – 24.02.2020)Keahlian terhenti pada Mei 2020
P151Simpang RenggamMaszlee MalikMenteri Pendidikan (21.05.2018 – 03.01.2020)Keahlian terhenti pada Mei 2020
P149Sri GadingShahruddin Md Salleh, Datuk Dr.Timbalan Menteri Wilayah (2018–2020)

Timbalan Menteri Kerja Raya (Mac–Jun 2020)

Keahlian terhenti pada Julai 2020
N7DUN Batang Kali, SelangorHarumaini OmarKeluar parti pada Ogos 2020
N12DUN Jeram, SelangorMohd Shaid RosliKeluar parti pada Ogos 2020
N13DUN Kuang, SelangorSallehudin AmiruddinKeluar parti pada Ogos 2020
N8DUN Titi Serong, PerakHasnul Zulkarnain Abdul MunaimDipecat dari AMANAH (09.03.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (19.05.2018 - 06.03.2020)

Menyertai PPBM (29.07.2020)

Keahlian terhenti pada Disember 2020 kerana menyokong usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu
N30Dun Buntong, PerakSivasubramaniam AthinarayananMelompat parti daripada DAP ke GERAKAN kamudian PPBM selepas BN menjadi MBKeluar parti pada Januari 2022
N33Dun Tronoh, PerakPaul Yong Choo KiongDipecat dari DAP dan menyertai PPBMKeluar parti pada Januari 2022
N20Dun Lembah Jaya, SelangorHaniza Mohamed TalhaDipecat dari PKR (14.04.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (14.05.2018 - 14.04.2020)

Menyertai PPBM (22.08.2020)

Keluar parti pada Januari 2022
N43Dun Sementa, SelangorDaroyah AlwiTimbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (14.05.2018 - 13.06.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (14.05.2018 - 13.06.2020)

Menyertai PPBM (22.08.2020)

Keluar parti pada Januari 2022

Pilihan raya kecil DUN Semenyih

Pada 2 Mac 2019, telah berlaku pilihan raya kecil di DUN Semenyih, Selangor yang kosong disebabkan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor. Dalam pilihan raya tersebut, BERSATU telah bertanding mewakili PH. Bersatu menghantar calonnya Muhammad Aiman Zainali, namun tewas kepada Barisan Nasional dengan calonnya Zakaria Hanafi dari UMNO.

Pilihan raya kecil Selangor: DUN Semenyih 2019
TahunKawasanCalonUndiLawanUndiMajoriti
2019DUN Semenyih, SelangorMuhammad Aiman Zainali (PH-Bersatu)17,866Zakaria Hanafi (BN-UMNO)19,7801,914
Nik Aziz Afiq Abdul (PSM)847
Kuan Chee Heng (Bebas)725

Pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai

Pada 16 November 2019, telah berlaku pilihan raya kecil di Parlimen Tanjung Piai, Johor yang kosong disebabkan kematian penyandangnya, Mohamed Farid Md Rafik. Dalam pilihan raya tersebut, BERSATU telah bertanding mewakili PH. Bersatu menghantar calonnya Karmaine Sardini, namun tewas kepada Barisan Nasional dengan calonnya Wee Jeck Seng dari MCA.

Pilihan raya kecil Johor: Parlimen Tanjung Piai 2019
TahunKawasanCalonUndiLawanUndiMajoriti
2019Parlimen Tanjung PiaiKarmaine Sardini (PH-Bersatu)10,380Wee Jeck Seng (BN-MCA)25,46615,086
Wendy Subramaniam (Gerakan)1,707
Badhrulhisham Abdul Aziz (BERJASA)850
Ang Chuan Lock (Bebas)380
Faridah Aryani Abd Ghaffar (Bebas)32

Pilihan Raya Negeri Melaka

PN bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka, 20 November ini dengan parti komponennya BERSATU bertanding di 15 kerusi manakala PAS, lapan dan Gerakan, lima.

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ahli Parlimen Masjid Tanah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka mengenepikan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang merupakan Pengerusi Bersatu dan juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka. Mas Ermieyati yang juga Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di pejabat PN, November 2021. Muhyiddin berkata, pemilihan Mas Ermieyati itu diputuskan sebulat suara pada mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN. Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara, seorang wanita yang berkelayakan tinggi dalam kalangan professional muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon Ketua Menteri. Pencalonan Mas Ermieyati itu melakar sejarah baharu menjadikan Melaka negeri pertama yang akan nanti mempunyai satu-satunya Ketua Menteri wanita

Seperti yang berlaku dalam mana-mana pertandingan, terdapat pihak yang menang dan kalah pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, dengan pemenang paling jelas adalah BN. Perikatan Nasional (PN) pula, seperti yang dijangkakan ramai pemerhati, tewas di hampir semua kerusi. Calon Ketua Menteri Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; bekas Ketua Menteri, serta Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PN-Telok Mas) gagal memperoleh mandat pengundi Melaka. Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Berdasarkan keputusan, Mas Ermieyati -PN memperoleh 3,195 undi berbanding 3,558 diraih Ab Rauf-BN. Mohd Rafiq yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka hanya meraih 3,979 undi di DUN Telok Mas, tewas dengan majoriti 2,076 undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang memperoleh 6,052 undi. Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Seri Michael Gan Peng Nam bertanding di DUN Ayer Keroh hanya meraih 2,479 undi berbanding dua lagi saingannya iaitu calon DAP, Kerk Chee Yee (9,459) dan calon BN Yong Fun Juan (3,835). Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Kamarudin Sidek tewas di DUN Duyong dengan mendapat 2874 undi berbanding saingannya dari DAP Damian Yeo (4484) dan BN Mohd Noor Helmy Abu Halen yang menang dengan 4684 undi.

Sementara itu PN menang dengan menewaskan Pengerusi DAP Negeri Melaka Datuk Tey Kok Kiew yang sebelum ini selesa di kerusi DUN Bandar Hilir dengan majoriti 11,313 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu juga tewas selepas berpindah ke kerusi DUN Bemban kali ini. Beliau yang memperoleh 3,095 undi kalah dengan majoriti tipis 328 undi di tangan calon muka baharu PN, Dr Yadzil Yaakub yang meraih 4,211 undi. Perikatan Nasional (PN) juga menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang. PN-PPBM menang melalui calonnya, Dr. Mohd. Aleef Yusof dengan mendapat undian 6,789 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Ali Mohamad yang merupakan Ketua UMNO Tangga Batu, Timbalan Pengerusi UMNO Melaka merangkap Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara yang hanya memperoleh 6,259 undi; Hasmorni Tamby (PH), 2,035 undi dan Mohd. Zahar Hashim (Bebas), 471 undi.

Susulan itu pemimpin utama Bersatu Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen melepaskan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Melaka dan juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, berkuat kuasa serta-merta. Peletakan jawatannya itu diumumkan dalam satu pernyataan dan beliau telah menyerahkan surat rasmi berhubung pengundurannya itu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketua Bersatu Bahagian Jasin yang merupakan ADUN Bemban, Dr Yadzil Yaakub dilantik sebagai Pengerusi PPBM Melaka yang baharu.

Lihat Juga

Pautan luar

Rujukan