Fizi Ali | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Hafizudin bin Alimudin (1989-04-16)16 April 1989 |
Meninggal dunia | 17 Mei 2024(2024-05-17) (umur 35) |
Sebab kematian | Serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Penyampai radio, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2010–2024 |
Majikan |
|
Pasangan |
|
Anak-anak | 1 |
Mohd Hafizudin Alimudin (16 April 1989 – 17 Mei 2024), juga dikenali sebagai Fizi Ali merupakan seorang penyampai radio, pelakon dan pengacara Malaysia.[1][2] Beliau ialah bekas peserta Pilih Kasih musim kedua dan suami kepada pelakon Shakilla Khoriri yang dikahwininya pada 2018 sehingga perceraian mereka pada 2021. Fizi merupakan satu-satunya peserta Pilih Kasih yang tidak terlibat dalam bidang lakonan.
Tidak seperti kebanyakan peserta Pilih Kasih yang memilih untuk menceburi bidang lakonan. Fizi tidak terlibat dalam bidang lakonan, sebaliknya memilih untuk menjadi penyampai radio.
Bakat beliau mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua, yang turut disertai oleh Jay Iswazir, Bil Azali, Cristina Suzanne dan Lia Natalia. Beliau tersingkir pada minggu pertama.[3]
Fizi memulakan kerjaya radionya sebagai penyampai Ultra FM selama dua tahun sebelum stesen itu ditutup pada 2015.[4] Beliau kemudiannya berkhidmat di Suria FM pada 1 Julai 2016 dan bergandingan bersama Zulin Aziz dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria. Sejak itu, beliau terus berkhidmat untuk Suria sehingga 22 Julai 2022.
Fizi telah bertunang dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 16 Julai 2017. Pasangan ini telah bercinta selama empat tahun,[5][6] dan keputusan untuk bertunang diambil selepas Fizi menghantar rombongan merisik pada awal Februari.
Pasangan itu telah selamat diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon dengan dua kali lafaz tepat jam 10.37 pagi di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2018.[7][8]
Pasangan ini dikurniakan bayi perempuan pada 14 Mac 2019 bernama Ameena Sofia.[perlu rujukan]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2021 | Di Sebalik Kasyaf | Radil | TV3 |
Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
2010 | Pilih Kasih (Musim 2) | Peserta |
2016 | ipopular | Pengacara |
2018 | Mahligai Cinta | Artis Jemputan bersama Shakilla Khoriri |
2019 | Mana Lagi Sedap | Pengacara |
2021 | 1001 Resepi Periuk Nasi | Pengacara |
2024 | Karpet Merah Anugerah Juara Lagu ke-38 | Pengacara bersama Fiza Frizzy |
Tahun | Lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2014 | Mungkin Kamu | Sissy Imann |
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
1 Julai 2016 - 22 Julai 2022 | Ceria Pagi & Team Pagi Suria | Suria |
1 Ogos 2022 - kini | Sembang Squad, Hot Padu 40 & Hot Squad | Hot FM |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 | Penyampai Radio Popular | Tercalon |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Penyampai Radio Popular | Tercalon |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyampai Radio Popular | Tercalon |
Musim | |
---|---|
Pengacara | |
Juara | |
Alumni terkenal | Bella Dally · Ana Dahlia · Zulin Aziz · Bil Azali · Reza Hasbi · Nizen Ayob1 · Lia Natalia · Cristina Suzanne · Emelie Hanif · Bea Rameshan · Sura Sojangi · Jay Iswazir · Ungku Hariz · Fizi Ali |
1 menandakan telah meninggal dunia |