Geseran uvular bersuara

(Dilencongkan dari Malaran tak geser uvular)

Geseran uvular bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʁ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan R dalam X-SAMPA. Konsonan ini ialah salah satu daripada bunyi "R gutural" yang ditemui dalam bahasa-bahasa Eropah. Sesetengah penutur bahasa Melayu mungkin mampu berupaya menghasil bunyi ini hasil pembiasaan terhadap sebutan huruf ghain yang digunakan dalam bahasa Arab.[1]

Nombor AFA143
Pengekodan
X-SAMPAR
Imej
Sampel audio
noicon

Memandangkan aksara IPA-nya dikongsi oleh geseran dan malaran tak geser uvular, oleh itu geserannya boleh dinyatakan dengan membubuh tanda uptack, iaitu [ʁ̝]; manakala malaran tak gesernya pula dinyatakan dengan membubuh downtack, iaitu [ʁ̞].

Ciri-ciri

Ciri-ciri geseran uvular bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
  • Daerah artikulasinya adalah uvular, iaitu disebut dengan belakang lidah (dorsum) menyentuh atau menghampiri anak tekak (uvula).
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Rujukan