Abjad Fonetik Antarabangsa

sistem abjad tatatanda fonetik

Abjad Fonetik Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Phonetic Alphabet; singkatan: IPA)[1] atau singkatannya AFA[2] merupakan sistem transkripsi fonetik yang dicipta oleh para pakar bahasa dengan tujuan menawarakan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dalam mana-mana bahasa pertuturan,[3] serta juga sering digunakan hari demi hari oleh para pakar bahasa, ahli patologi pertuturan dan pakar terapi pertuturan, guru bahasa asing, pengarang kamus, dan pengalih bahasa.[4] Dalam bentuk piawainya (seperti pada tahun 2005) AFA mengandungi kira-kira 107 aksara asas dan 55 pengubah.[5]

Huruf Fonetik Antarabangsa
International Phonetic Alphabet
Jenis
BahasaDigunakan untuk transkripsi fonetik mana-mana bahasa
Tempoh masa
1888 sehingga kini
Aksara induk
Romic Alphabet
  • Phonotypic Alphabet
    • Huruf Fonetik Antarabangsa
      International Phonetic Alphabet
Diagram yang menerangkan Huruf Fonetik Antarabangsa.

Lambang-lambang AFA ini dibahagikan kepada tiga kategori: huruf (yang menandakan bunyi “asas”), diakritik (yang menerangkan bunyi secara terperinci), dan suprasegmental (yang menandakan ciri-ciri seperti kelajuan, ton, dan penekanan). Ketiga-tiga kategori ini kemudian dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil: huruf dibahagikan kepada vokal and konsonan,[6] manakala diakritik dan suprasegmental dibahagikan menurut pelambangan artikulasi, phonasi, ton, intonasi, atau penekanan.[3] Dari masa ke semasa, lambang-lambang ini ditambah, dihapus, atau diubah sual oleh Persatuan Fonetik Antarabangsa.

Meskipun AFA dimaksudkan untuk hanya mewakiki ciri-ciri penuturan yang relevan kepada bahasa itu sendiri (seperti kedudukan lidah, cara artikulasi, dan pengasingan dan pemelatan perkataan dan suku kata),[3] satu set simbol tambahan dipanggil Extended IPA turut dicipta olej pakar fonologi untuk merakam ciri-ciri penuturan yang tiada kesan langsung pada pengertian dalam bahasa (seperti berkertak gigi, pelat menyebut bunyi "s", dan bunyi yang dihasilkan pesakit bibir bercelah).[4]

Sejarah

Perkembangan AFA bermula pada tahun 1886, apabila sekumpulan guru bahasa dari Perancis dan United Kingdom yang diketuai pakar bahasa dari Perancis bernama Paul Passy, memebentuk satu pertubuhan yang bakal digelar Persatuan Fonetik Antarabangsa. Tujuan asal pertubuhan ini adalah untuk mereka satu set aksara fonetik berbeza bagi setiap bahasa, yang mana sesuatu aksara itu melambangkan bunyi yang berlainan antara satu bahasa dengan satu bahasa lain.[7] Contohnya, bunyi /ʃ/ (sy dalam syarat; sh dalam shoe) asalnya diwakili huruf <c> dalam bahasa Inggeris manakala bunyi sama diwakili huruf <x> dalam bahasa Perancis.[8] Meskipun begitu, atas sebab tertentu persatuan ini kemudian memutus untuk memastikan setiap satu daripada huruf-huruf ini sama bagi setiap bunyi dalam semua bahasa, iaitu jika sesuatu bunyi itu terdapat dalam beberapa bahasa tertentu, maka lambang yang sama patut dipakai untuk bunyi tersebut dalam semua bahasa. Lambang ini juga boleh diaplikasi pada bunyi-bunyi yang amat serupa.[9] Versi rasmi pertama AFA dikeluarkan pada tahun 1888, dua tahun setelah pembentukan Persatuan Fonetik Antarabangsa,[10] berdasarkan huruf Romik ciptaan Henry Sweet,[11][12] yang turut dibentuk daripada Phonotypic Alphabet ciptaan bersama Isaac Pitman dan Alexander John Ellis.[13]

Sejak penciptannya, penyusunan huruf vokal dan konsonan kebanyakannya dikekalkan bentuknya. Namun, huruf-huruf ini sendiri telah mengalami sediki pengubahsuaian. Konvensyen Kiel IPA yang dilangsungkan pada tahun 1989 banyak membawa perubahan pada versi 1932. Satu pengubahsuaian kecil dilakukan pada tahun 1993, melibatkan penambahan vokal tengah-tengah[4] serta penanggalan simbol bagi bunyi implosif tanpa suara.[14] Kali terakhir IPA diubah suai adalah pada bulan Mei 2005, yang mana aksara bagi kibasan bibir-gigi ditambah.[15]

Penerangan

Prinsip umum IPA adalah untuk menyediakan satu huruf untuk setiap bunyi yang tersendiri (segmen ucapan).[16] Ini bermakna bahawa:

  • Ia biasanya tidak menggunakan gabungan huruf untuk mewakili bunyi tunggal, seperti cara bahasa Inggeris menggunakan sh, th and ng, atau huruf tunggal untuk mewakili berbilang bunyi, cara x mewakili /ks/ atau /ɡz/ dalam Bahasa Inggeris.
  • Tiada huruf yang mempunyai nilai bunyi bergantung konteks, cara ⟨c⟩ dan ⟨g⟩ dalam beberapa bahasa Eropah mempunyai sebutan "keras" atau "lembut".
  • IPA biasanya tidak mempunyai huruf berasingan untuk dua bunyi jika tiada bahasa yang diketahui membezakannya, sifat yang dikenali sebagai "selektif". Walau bagaimanapun, jika sejumlah besar huruf yang berbeza secara fonemik boleh diterbitkan dengan diakritik, itu boleh digunakan sebaliknya.[4]

Abjad AFA

Konsonan

Konsonan pulmonik

DaerahBibirKoronalDorsalLaringal
Sengauanmɱnɳ̊ɳɲ̊ɲŋ̊ŋɴ
Hentian/letupanpbtdʈɖcɟkɡqɢʡʔ
Letusan desistsdzt̠ʃd̠ʒʈʂɖʐ
Letusan tak desisp̪fb̪vt̪θd̪ðtɹ̝̊dɹ̝t̠ɹ̠̊˔d̠ɹ̠˔ɟʝkxɡɣɢʁʡʢʔh
Geseran desisszʃʒʂʐɕʑ
Geseran tak desisɸβfvθ̼ð̼θðθ̠ð̠ɹ̠̊˔ɹ̠˔ɻ˔çʝxɣχʁħʕhɦ
Malaran tak bergeserʋɹɻjɰʔ̞
Tamparanⱱ̟ɾ̼ɾ̥ɾɽ̊ɽɢ̆ʡ̆
Getaranʙ̥ʙrɽ̊r̥ɽrʀ̥ʀʜʢ
Letusan sisiʈɭ̊˔ɖɭ˔cʎ̝̊ɟʎ̝kʟ̝̊ɡʟ̝
Geseran sisiɬɮɭ̊˔ɭ˔ʎ̝̊ʎ̝ʟ̝̊ʟ̝
Malaran sisilɭʎʟʟ̠
Tamparan sisiɺ̥ɺɭ̥̆ɭ̆ʎ̆ʟ̆

Konsonan bukan pulmonik

EjektifHentianʈʼʡʼ
Letusant̪θʼtsʼt̠ʃʼʈʂʼkxʼqχʼ
Geseranɸʼθʼʃʼʂʼɕʼχʼ
Sisian letustɬʼcʎ̝̊ʼkʟ̝̊ʼ
Sisian geserɬʼ
Klik
(paling atas: velar;
paling bawah: uvular)
Halus


k‼
q‼

Bersuaraɡʘ
ɢʘ
ɡǀ
ɢǀ
ɡǃ
ɢǃ
ɡ‼
ɢ‼
ɡǂ
ɢǂ
Sengauanŋʘ
ɴʘ
ŋǀ
ɴǀ
ŋǃ
ɴǃ
ŋ‼
ɴ‼
ŋǂ
ɴǂ
ʞ
 
Sisian halus
Sisian bersuaraɡǁ
ɢǁ
Sisian bersengauŋǁ
ɴǁ
ImplosifBersuaraɓɗʄɠʛ
Tidak bersuaraɓ̥ɗ̥ᶑ̊ʄ̊ɠ̊ʛ̥

Konsonan artikulasi serentak

n͡m
Bibir-gusi
ŋ͡m
Bibir-velar
t͡p
d͡b
Bibir-gusi
k͡p
ɡ͡b
Bibir-velar
q͡ʡ
Uvular-epiglotis
ɥ̊
ɥ
Bibir-lelangit
ʍ
Velar dilabialkan
ɧ
Bunyi sj
Sisian bermalar
ɫ
Gusi divelarkan

Vokal

DepanPusatBelakang
Sempit
Hampir sempit
ɪ
ʏ
ʊ
Separuh sempit
Tengah
ø̞
ɤ̞
Separuh luas
Hampir luas
Luas
ä

Rujukan