Merdeka Film Productions

Merdeka Film Productions (juga dikenali sebagai Merdeka Film Studio; ejaan lama: Merdeka Filem Setudio) merupakan sebuah studio perfileman Malaysia yang terletak di Ulu Klang, Selangor. Logo studio ini berasaskan sekuntum bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia.

Merdeka Film Studio
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriPerfileman
Ditubuhkan1960; 64 tahun yang lalu (1960)
PengasasShaw Brothers Ltd.
Nasib1980; 44 tahun yang lalu (1980)
Ibu pejabatUlu Klang, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia, Singapura
Tokoh pentingRunme Shaw
Vee Meng Shaw
Hasil pengeluaranFilem Melayu hitam-putih dan berwarna
Perkhidmatan
  • Penggambaran filem
  • Penulisan skrin
  • Penyuntingan filem
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris, Ho Ah Loke terlebih dahulu menggunakan perkataan Merdeka dalam menubuhkan syarikat produksinya dengan penubuhan Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dengan usahasama produksi Perfini dari Indonesia yang turut menampilkan Dollah Sarawak, Maria Menado, Chitra Dewi, Rendra Karno serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan.

Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan Shaw Brothers. dan Encik H. M. Shah (H. M. Shah kemudiannya menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Studio Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah Tun Tijah arahan Tan Sri L. Krishnan dan dibintangi oleh Abdullah Chik, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi terulung Malay Film Productions (MFP) dan Cathay-Keris Film Productions yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung kerjaya seni mereka selepas industri perfileman di Jalan Ampas, Singapura semakin merosot.

Syarikat ini berjaya menerbitkan 89 buah filem Melayu dengan 81 filem hitam-putih dan lapan filem berwarna. Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem Loceng Maut pada tahun 1977. Studio ditutup secara rasminya beberapa tahun kemudian kerana kemunculan televisyen berwarna pada tahun 1975 dan Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong melalui studio disana, Clearwater Bay Studio lebih menumpukan penghasilan filem-filem bertemakan kungfu dan berwarna. Tidak terkecuali juga dengan kebanjiran filem-filem berwarna dari Indonesia, Hindi dan Hollywood. Keadaan diburukkan lagi apabila selepas kematian Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, tiada lagi pengarah-pengarah filem Melayu berkaliber seperti M. Amin, Jins Shamsuddin, Omar Rojik dan S. Kadarisman di mana ada di antara mereka berhijrah ke produksi lain atau membuka syarikat perfileman mereka sendiri. Selain itu, pergolakan dalaman di dalam Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong juga memainkan peranan dimana Run Run Shaw dan Runme Shaw bersependapat untuk tidak mahu menghasilkan filem-filem di Singapura dan Malaysia. Filem terakhir terbitannya ialah Adik Manja pada tahun 1980 sebelum studio ini dibeli oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1985[1] dan dijadikan Kompleks Studio Merdeka.

Senarai artis

Berikut adalah senarai artis-artis yang pernah membintangi filem-filem terbitan Merdeka Film Productions mengikut turutan abjad.

BilanganLelakiWanita
1Abdullah ChikAdibah Amin
2Ahmad DadidaAfidah Es
3Ahmad DaudAzean Irdawaty
4Ahmad MahmudChandra Shanmugam
5A. K. JailaniDalila Fazlur Rehman
6Ali RahmanDayang Sulu
7Alias AugustineErlina Dewi
8Ahmad BFaridah Ucok
9A. R. AyappanFauziah Ahmad Daud
10A. R. TompelFazliyaton
11Awang DaudHabibah Haron
12Azihan M. OsmanJuliana Ibrahim
13Aziz JaafarJulie Faridah
14Aziz M. OsmanKasma Booty
15Abdullah SaniKhatijah Hashim
16Ahmad Tarmimi SiregarLaila Mahzan
17Bab MustaffaLatifah Omar
18Bakar M.Mahyon Ismail
19Dali SiliwangiMak Enon (Ainon Chik)
20Dharma Harun Al RashidMariani
21Dinda SumantriMariati Abdul Rahman
22Ed OsmeraMinah Mahmud
23Faizal HusseinMaznah Ahmad
24Ghazali SumantriMinah Hashim
25Hail AmirMinah Yem
26Haji MahadiNoor Azizah
27H. G. GillNoorkumalasari
28Hoon Thye ChongNora Shigim
29Hussein Abu HassanNoraini Hashim
30Ibrahim DinNoran Nordin
31Ibrahim SabtuNoorizan
32Idris HashimNorlia Ghani
33Ismail MahmudNorsiati
34Jamil SulongNozie Nani
35J. B YusofNoraini Yusof
36Jins ShamsuddinRina Hasyim
37Kamal IdrisRohaya Rahman
38Kamarul AriffinRoseyatimah
39Karim LatiffRoslina Hamid
40Latiff BorgibaRosnani Jamil
41Latif IbrahimRozana M. Osman
42Mahmud JunRuminah Sidek
43M. AminSaadiah
44M. SukiSalmah Ahmad
45M. ShahdanSaloma
46MokhtaruddinSarimah Ahmad
47Mustapha MaarofSharifah Hanim
48Nasran NawiSiput Sarawak
49Nor JinSharifah Shalina
50Noor K.KSophia Ibrahim
51Nyak OthmanSuriya Kumari
52Omar RojikTeh Faridah
53Osman BotakUji Rashid
54Omar ShariffUmi Kalthum
55P. RamleeVera Wee
56Raden SudiroWan Chik Daud
57Rahman B.Yusni Jaafar
58Rahim B.Zaharah Agus
59Raja Khalid
60R. Jaafar
61Salleh Ghani
62Sam Bimbo
63Sharif Babu
64Sivapakiam Dharmalinggam
65S. Kadarisman
66S. Rosley
67Sonny Abdullah
68Tamam Idris
69Tony Azman
70Ucok Harahap
71VI Stanley
72Yem Ibrahim
73Yusof Bujang
74Yahya Sulong
75Yusof Haslam
76Yusof Latiff
77Zulkifli M. Osman
78Zulkifli Zain

Senarai filem terbitan

Era filem hitam dan putih

BilanganTajuk asalTahunPengarah
1Tun Tijah1960L. Krishnan
2Abu Nawas1961A. R. Tompel
3Keris Sempena Riau1961L. Krishnan
4Selendang Merah1962L. Krishnan
5Siti Payong1962Salleh Ghani
6Ratapan Ibu1962L. Krishnan
7Tangkap Basah1963Salleh Ghani
8Fajar Menyinsing1963L. Krishnan
9Ibu Ayam1963Salleh Ghani
10Anak Manja1963Salleh Ghani
11Jambatan Maut1963M. Yatim
12Tun Mandan1964Salleh Ghani
13Jauh Di Mata1964Fred Young
14Sitora Harimau Jadian1964P. Ramlee
15Ragam P. Ramlee1965P. Ramlee
16Hujan Darah1965Salleh Ghani
17Dajal Suchi1965Dhiresh Ghosh
18Masam-Masam Manis1965P. Ramlee
19Bumiputra1965Dhiresh Ghosh
20Sabaruddin Tukang Kasut1966P. Ramlee
21Gadis Langkawi1966Dhiresh Ghosh
22Do Re Mi1966P. Ramlee
23Nasib Do Re Mi1966P. Ramlee
24Sesudah Suboh1967P. Ramlee
25Keluarga 691967P. Ramlee
26Darma Kesuma1967S. Kadarisman
27Anak Bapak1968P. Ramlee
28Gerimis1968P. Ramlee
29Lain Jalan Ka-Shorga1968Jamil Sulong
30Amok Tok Nading1968S. Kadarisman
31Miang Miang Keladi1968Omar Rojik
32Ahmad Albab1968P. Ramlee
33Pendekar Empat1968S. Kadarisman
34Teratai1968Omar Rojik
35Kanchan Tirana1969P. Ramlee
36Tunggal1969S. Kadarisman
37Bukan Salah Ibu Mengandong1969Jins Shamsudin
38Lanang Sejagat1969Omar Rojik
396 Jahanam1969P. Ramlee
40Panglima Harimau Berantai1969S. Kadarisman
41Keranda Jingga1969Omar Rojik
42Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh1969Omar Rojik
43Di-Belakang Tabir1970Jins Shamsuddin
44Kembang Layu1970S. Kadarisman
45Dr. Rushdi1970 1969P. Ramlee
46Perintah Seri Paduka1970S. Kadarisman
47Tuah Badan1970Omar Rojik
48Gelora1970P. Ramlee
49Pancha Indera Harimau Berantai1970S. Kadarisman
50Asmara Kirana1971Nas Achnas
51Kudrat1971S. Kadarisman
52Putus Sudah Kaseh Sayang1971P. Ramlee
53Durjana1971Omar Rojik
54Pedang Sakti1971S. Sudarmaji
55Jangan Tinggal Daku1971P. Ramlee
56Belang Pertanda1971S. Sudarmaji
57Hutang Darah1972S. Kadarisman
58Angkara1972Omar Rojik
59Laxmana Do Re Mi1972P. Ramlee
60Dang Lenggang1972S. Kadarisman
61Chengkaman Maut1972S. Sudarmaji
62Anak Ku Suami Ku1972Omar Rojik
63Pendekar Sakti1972S. Kadarisman
64Darah Panglima1972S. Kadarisman
65Satria1973Omar Rojik
66Semerah Cindai1973Omar Rojik
67Dosa Remaja1973Nas Achnas
68Ganjaran1973Omar Rojik
69Terbabas1973S. Kadarisman
70Semambu Kuning1973Omar Rojik
71Bunga Mas1973Nas Achnas
72Kelana1973S. Kadarisman
73Penyamun Si Bongkok 1973M. Amin
74Satu Penentuan1973M. Amin
75Puaka1974Omar Rojik
76Bujang Tua S.S.1974S. Kadarisman
77Jantina1974Nas Achnas
78Anak Setan1974Omar Rojik
79Mastura1974Nas Achnas
80Si Buta1975Omar Rojik
81Loceng Maut1976Nas Achnas

Era filem berwarna

BilanganTajuk asalTahunPengarah
1Pertiwi1975M. Amin
2Permintaan Terakhir1975Jamil Sulong
3Rahsia Hatiku1975Nas Achnas
4Jiwa Remaja1975Jamil Sulong
5Semalam Di Malaysia1975Nico Pelamonia
6Sayang Anakku Sayang1976Jamil Sulong
7Cinta dan Lagu1976Jamil Sulong
8Adik Manja1980Othman Hafsham

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar