Yusof Haslam

Pelakon, pengarah dan penerbit Malaysia

(ACP) Datuk (Dr.) Mohd Yusof Md Haslam Khan PJN, AMN (Jawi: محمد يوسف محمد حسلام خان; lahir 24 April 1954)[1] merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan penerbit filem Malaysia.[2] Beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikat penerbitan televisyen dan filem miliknya Skop Productions yang ditubuhkan pada 1985.[3]


Yusof Haslam

يوسف حسلام
Datuk Yusof Haslam pada 2013
Kelahiran
Mohd Yusof bin Md Haslam Khan

(1954-04-24) 24 April 1954 (umur 70)
Nama lainDYH (singkatan kepada Datuk Yusof Haslam)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit
Tahun aktif1972–kini
PasanganRaja Noor Saadah Salehuddin (k. 1978; c. 1980)
Datin Fatimah Ismail (k. 1982)
Anak-anak4 (termasuk Syamsul dan Syafiq)
IbuBahyah Talib
BapaMd. Haslam Khan

Memulakan kerjaya profesionalnya pada 1972, beliau memegang watak tambahan sebagai Penonton perlawanan dalam filem Laksamana Do Re Mi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sepanjang kerjayanya, Datuk Yusof telah berlakon sebanyak 31 filem dan mengarahkan 13 filem cereka yang kesemuanya merupakan kejayaan komersial. Beliau menduduki kerusi pengarah pada 1991 menerusi filem pertamanya Bayangan Maut dan mengarahkan beberapa filem lagi termasuk Pemburu Bayang (1993), Sembilu (1994) dan Maria Mariana (1996) sehingga beliau bersara dari kerusi pengarah pada 2005.[4] Sebagai penerbit, beliau telah menerbitkan 40 filem dan beberapa siri TV termasuk PJ, Remang-Remang Kota Raya, Roda-Roda Kota Raya, dan Gerak Khas.[5] Kini, perjuangan beliau dalam bidang perfileman diteruskan oleh dua anak beliau, Syamsul[6] dan Syafiq.[7]

Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Datuk Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Productions, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (pos-produksi dan penerbitan drama serta filem).

Kehidupan awal

Yusof dilahirkan pada 24 April 1954 di Jalan Pahang, Kuala Lumpur kepada suri rumah Bahyah Talib dan pemandu lori Md. Haslam Khan. Beliau merupakan anak keempat daripada kalangan tujuh beradik yang bersama-sama tinggal di sebuah rumah di penempatan setinggan.[8] Beliau menerima pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Beliau terpikat dengan filem melalui pengalamannya menonton filem barat Hollywood dan filem-filem Bollywood—dengan yang kedua, beliau menjadikan bintang Bollywood Shashi Kapoor sebagai idola beliau dalam bidang lakonan. Oleh itu, Yusof memutuskan bahawa beliau akan menjadi pelakon, meskipun tidak direstui oleh bapanya yang percaya bahawa industri hiburan tidak mempunyai jaminan masa depan.[8] Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Yusof mengambil pekerjaan sebagai konduktor tiket bas Sri Jaya, tetapi beliau juga diam-diam menghadiri ujibakat lakonan.

Kerjaya

Yusof (tengah), bersama dua anaknya, Syamsul (kanan) dan Syafiq (kiri).

Beliau memulakan penglibatannya dalam kerjaya lakonan dengan memainkan watak tambahan dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1972, sebagai penonton perlawanan. Ia hanya pada tahun 1975 beliau mengambil peranan utama menerusi filem Permintaan Terakhir sebagai "Idham" berdampingan dengan aktres utama yang juga merupakan rakan seperjuangannya, Uji Rashid.[8][2]

Yusof membintangi tiga filem sepanjang tahun 1976, iaitu filem Loceng Maut arahan Nas Achnas dan serta dua filem arahan Dato' Jamil Sulong, Sayang Anakku Sayang dan Cinta dan Lagu. Tiga tahun kemudian, beliau membintangi filem Detik 12 Malam arahan S. Sudarmaji serta filem Tiada Esok Bagimu arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Pada 1981, beliau memegang watak sebagai MM Jaafar Hassan dalam filem sejarah peperangan Bukit Kepong arahan Jins yang mana sebahagian besar dari jalan cerita filem ini ialah berdasarkan daripada peristiwa berdarah pada 23 Februari 1950.[9] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.7 juta, sekaligus memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 pada 1982.

Beliau mula mengarahkan filem pada tahun 1991 dengan filem pertamanya Bayangan Maut, sebuah filem thriller aksi misteri yang dibintangi penyanyi rock Ella. Ini kemudian diikuti oleh Pemburu Bayang pada tahun 1993, Sembilu pada tahun 1994, filem blockbuster terlaris, Maria Mariana pada tahun 1996 serta sekuelnya dua tahun selepas antara lain.[10] Pada 1999, beliau menerbitkan Bara gandingan Awie dan Nasha Aziz yang pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan Yusof.[2]

Pada 8 Januari 2000, beliau mengarahkan filem drama romantik, Pasrah yang dibintangi oleh Erra Fazira dan Norman Hakim yang berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia.[11][12][13] Setahun kemudian, beliau mengarahkan filem Gerak Khas The Movie yang ditayangkan pada 1 Mac 2001 dan dibintangi oleh sebahagian besar daripada pelakon utama drama Gerak Khas.[14] Kejayaan filem ini membawa kepada kesinambungan menerusi filem kedua (2002)[15] dan ketiga (2004).[16]

Pada 24 Mac 2005, beliau mengarahkan filem terakhirnya, Sembilu 2005 yang dibintangi oleh Vince dan Hetty Sarlene. Filem cinta remaja ini mengisahkan tetang percintaan Salina dan Vince mendapat tentangan hebat daripada keluarga mereka masing-masing.[17] Selepas bersara dari mengarah filem, Yusof lebih banyak menumpukan perhatian kepada tugas sebagai penerbit untuk filem dan televisyen terbitan Skop Productions yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.

Pada 2008, beliau menerbitkan filem Evolusi KL Drift arahan anak lelakinya, Mohd Syamsul yang ditayangkan pada 3 April hingga kejayaan kewangan dan kritis.[18] Kejayaan filem ini membawa kepada kesinambungannya yang ditayangkan pada 25 Mac 2010[19] dan turut mencetuskan siri TV adaptasi filem yang disiarkan di TV2 pada 2012.[20]

Pada 2012, beliau dan pelakon bertukar pengarah, Ahmad Idham mengumumkan akan bekerjasama menerusi sebuah filem aksi komedi hasil kerjasama Skop Productions milik Yusof dan Excellent Pictures milik Idham. Filem itu yang bertajuk Gangster Celop yang ditayangkan pada 21 Februari 2013 merupakan gabungan dari filem KL Gangster dan drama Apa Celop!, dibintangi oleh Syamsul Yusof, Kamal Adli dan Hanis Zalikha. Di dalam filem ini, Idham sebagai pengarah dan Yusof sebagai penerbit.[21]

Beliau bersama-sama dengan komposer Datuk Ramli M. S. dan penyanyi veteran Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi juri tetap rancangan TV realiti, Gegar Vaganza musim keempat yang mula bersiaran pada 29 Oktober 2017 di Astro Ria.

Kontroversi

Pada 28 Ogos 2013, filem terbitannya, KL Gangster 2 bocor di internet secara haram, dua bulan sebelum keluaran tayangan rasminya, iaitu pada 3 Oktober 2013. Ekoran kes ini, beliau membuat laporan polis dan mengadakan satu sidang media berhubung penyebaran filem itu secara haram.[22] Beliau juga memaklumkan bahawa tayangan tersebut hanya merupakan filem awal yang belum disunting oleh Syamsul dan kualiti tayangan serta gambarnya juga sekadar 50% sahaja.[23][24][25]

Pada 17 Februari 2016, Yusof dan anaknya Syamsul dan syarikat mereka, Skop Productions telah menang dalam kes saman yang dikemukan oleh penulis novel Aku Bohsia, Elias Idris yang mendakwa filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul diciplak dari novelnya, Aku Bohsia yang diterbitkan pada 1995.[26] Elias yang menggunakan nama pena ‘Anne Natasha Nita’ telah diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 dan kos berjumlah RM40,000 kepada ketiga-tiga defendan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi selepas mendapati plaintif gagal membuktikan defendan melanggar hak cipta terpelihara novel Aku Bohsia dalam filem yang diterbitkan pada 2009.[27][28][29]

Pada September 2017, beliau mengecam tindakan pengkritik filem kontroversi, Mansor Puteh yang melabel karyanya sebagai bahan tong sampah. Bahkan, Syamsul dan Syafiq turut menjadi sasaran.[30]

Kehidupan peribadi

Datuk Yusof berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarhamah Raja Noor Saadah Salehuddin pada 1978 dan bercerai pada 1980, pasangan ini tidak dikurniakan anak; Raja Noor Saadah meninggal dunia pada 19 Disember 2017. Perkahwinan kedua beliau ialah bersama Datin Fatimah Ismail pada 1982 dan dikurniakan empat anak serta lima cucu. Anak-anak mereka ialah Mohd Faizal (lahir 1983), Mohd Syamsul (lahir 1984), Nursyamin (lahir 1988) dan Mohd Syafiq (lahir 1992).[31] Anak sulungnya, Faizal berkahwin dengan Nazariah Harun dan mempunyai 3 anak. Syamsul berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014,[32][33][34] manakala Syafiq berkahwin dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014.[35][36]

Pada 7 Julai 2014, jam 2:30 pagi kediaman beliau yang diberi nama Darul Haslam telah dipecah masuk di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Menyedari rumahnya dipecah masuk, beliau melepaskan tembakan sebagai amaran sehingga menyebabkan perompak yang memasuki rumahnya melarikan diri. Beliau yang ketika itu sedang menonton televisyen terdengar jeritan pembantu rumahnya yang berada di tingkat bawah rumahnya dan terus mencapai pistol Glock miliknya dan melepas tiga das tembakan.[37]

Pada 13 Oktober 2017, beliau dimasukkan ke Hospital Tawakkal akibat muntah-muntah, selepas disyaki mengalami keracunan makanan. Keadaannya dilaporkan stabil dan dibenarkan bertugas seperti biasa.[38][39][40]

Kolaborasi

Yusof mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. A. Galak dan Erra Fazira ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam 9 filem, sementara Awie dan Shaharon Anuar muncul dalam 6 filem, manakala Deen Maidin masing-masing muncul dalam 7 filem.

PelakonBayangan Maut (1991)Pemburu Bayang (1993)Sembilu (1994)Sembilu II (1995)Maria Mariana (1996)Gemilang (1997)Maria Mariana II (1998)Bara (1999)Pasrah (2000)Gerak Khas The Movie (2001)Gerak Khas The Movie II (2002)Janji Diana (2003)GK3 The Movie (2005)Sembilu 2005 (2005)Jumlah
Noorkumalasari N1
Sabree Fadzil N1
Ella N N2
Faizal Hussein N N N N4
Osman Zailani N1
A. Galak N N N N N N N N N9
A. Rahim N1
Sidi Oraza N1
Kuswadinata N N2
Salih Yaacob N N2
Noorizan N1
Mahyon Ismail N N2
Malek Noor N N2
Shaharuddin Thamby N1
Erma Fatima N N2
Awie N N N N N N6
Raja Azura N1
Izi Yahya N1
Roy Azman N N N N N5
Shaharon Anuar N N N N N N6
Ziana Zain N N N N N5
Erra Fazira N N N N N N N N N9
Noraini Hashim N N N N4
Mustapha Kamal N N2
Khairil Anwar Aman N N N3
Roslan Saleh N N2
Aziz Singah N N2
Edika Yusof N1
Yank Kassim N N N N N5
Deen Maidin N N N N N N N7
Kenji Sawahi N1
Hans Isaac N1
Jalaluddin Hassan N N2
Ning Baizura N N N3
Radhi Khalid N N2
Latiff Borgiba N1
Rosyam Nor N N N N4
Zulkifli Ismail N N N3
Farid Amirul N N N N N5
AC Mizal N N N N4
Nasha Aziz N N2
Zamani Slam N1
Azza Elite N N2
Riezman Khuzaimi N1
Abby Abadi N N N N N5
Norman Hakim N N N3
Wilma Muhammad N1
Rosnah Johari N1
Latif Ibrahim N1
Kartina Aziz N1
Lan Pet Pet N N N3
Normala Samsudin N N2
Zul Yahya N1
Johan Abdullah N N2
Fazley Yaakob N N2
Ida Nerina N1
Azri Iskandar N1
Juliana Banos N N2
Afdlin Shauki N1
Yusry KRU N1
Shukery Hashim N1
Elly Mazlein N N2
Sarimah Ibrahim N N2
Zack Kool N N2
Intan Sarafina N1
Lando Zawawi N1
Zul Handy Black N1
Marissa Yasmin N N2
Adam Corrie N1
Saiful Apek N1
Aqasha N1
Misha Omar N1
Julia Hana N1
Ezany Nizariff N1
Memey Suhaiza N1
Vince Chong N1
Hetty Sarlene N1
Zed Zaidi N1
Khai Wahi N1
Buzen Hashim N1
Diana Johor N1
Pushpa Narayan N1
Angeline Tan N1
Sheera Iskandar N1

Filemografi

Filem

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan
TahunTajukDikreditkan sebagaiWatakCatatan
PelakonPengarahPenulisPenerbit
1972Laksamana Do Re Mi Penonton perlawananFilem pertama, pelakon tambahan
1975Permintaan Terakhir Idham
Jiwa Remaja Yusof
1976Loceng Maut Tok Penghulu
Sayang Anakku Sayang Pengurus Jabatan Kebajikan Masyarakat
Cinta dan Lagu Malek
1979Tiada Esok Bagimu Amir
1980Detik 12 Malam Remie
1981Ribut Barat Adnan
Jejak Bertapak
Bukit Kepong MM Jaafar Hassan
1982Sikit Punya Gila Abang YusofPelakon undangan
Senja Merah Anuar
Penentuan Hafsham
1983Mekanik Ketua Mafia Jahat
1984Di Ambang Kasih Rusdi
Melati Putih Hisham
Jauh Di Sudut Hati
1987Rahsia Dato' Karim
Wira Angkasa Leftenan Ridzuan
1990Driving School Dato' Zahlol
1991Juara Joe Martino
Bayangan Maut ASP RazlanFilem arahan pertama
Harry Boy
Shakila ZahariPelakon undangan
1993Pemburu Bayang Ramon
Balada Sunny
1994Sembilu
1995Sembilu II
1996Maria Mariana
Tragedi Oktober
1997Gemilang
1998Maria Mariana II
1999Bara
2000Pasrah
2001Gerak Khas The Movie DSP Helmi
2002Gerak Khas The Movie II SUPT Helmi
Mr. Cinderella
2003Gila-Gila Pengantin
Janji Diana
Mr. Cinderella 2
2004Gila-Gila Pengantin Remaja
2005GK3 The Movie SUPT Helmi
Gila-Gila Pengantin Popular Juri ujibakatPenampilan khas
Sembilu 2005 Filem arahan terakhir
2008Evolusi KL Drift
2009Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
2010Evolusi KL Drift 2
2011Khurafat: Perjanjian Syaitan
KL Gangster
Aku Bukan Tomboy Cerita
2012Jalan Kembali: Bohsia 2
SAM: Saya Amat Mencintaimu
2013Gangster Celop
KL Gangster 2
2014Abang Long Fadil
2015Villa Nabila
2016Mat Moto
Munafik
Desolasi
2017Abang Long Fadil 2 Dirinya sendiriPenampilan khas
KL Wangan Ketua Polis
2018KL Special Force
Munafik 2
Tangisan Akinabalu DSP RanauPenampilan khas
Operasi X SAC Dato' Mokhtar
2019Misteri Dilaila
Rise to Power: KLGU Juga sebagai penerbit eksekutif
Banglo No. 99 Tengku Izzuddin Shah
2020Bulan dan Pria Terhebat Penerbit bersekutu
2021Penunggang Agama
Mat Bond Malaya Ejen 1Penampilan khas
Penunggang Agama 2
Siapa Tutup Lampu? Dr. AliPenampilan khas
Tarantula X Dr. Yusof Enstein
2022Abang Long Fadil 3 Pengarah filem
2023Harum Malam Penerbit eksekutif
Polis EVO 3
Budak Flat
2024Sheriff: Narko Integriti Cerita
Telekenisis Pos-produksi
2025Game Of Life Penerbit eksekutif; Pra-produksi
TBASekolahaha Pos-produksi
Munafik 3 Pos-produksi

Drama

TahunTajukDikreditkan sebagaiWatakSaluran TVCatatan
PelakonPengarahPenciptaPenerbit
1983–1984PJ Holdings JamilTV1Drama pertama
1985/86 (Musim 1 & 2 )Remang-Remang Kota Raya ASP AlifDrama arahan pertama
1987/88 (Musim 1 & 2)Harimau Rimba Leftenan Jantan
1988Disebalik Ombak Inspektor
1989/90/91 (Musim 1,2 & 3)Debu-Debu Kotaraya ASP Jefri
1991Metro Skuad ACP Osman Salleh
1992Detik Metropolitan ASP ketua Unit Operasi
1993Roda Roda Kotaraya (Musim 1) ASP Anuar
1994Skuad Khas DSP Unit Khas
1995Roda Roda Kotaraya (Musim 2) DSP Anuar
1998, 2008–2013Roda-Roda Kuala Lumpur TV1, TV2
1999–2011, 2014–2021Gerak Khas DCP Datuk HelmiTV1, TV2, TV3Penerbit bersama
2000Maria Mariana The Series TV3
2003Sembilu TV2
2005Meniti Bara
2006Janji Diana TV2, Astro Prima
2005–2007Sembilu Kasih TV3
2007Airmata Maria
2008Farah Syakira TV2
2009–2011Si Capik
2011Serapah Darah Bulan Madu Astro Prima
Khurafat The Series Astro Ria
2012–2013Metro Skuad TV2
2012–2013Evolusi KL Drift: The Series
2013Sopi Sekuriti Astro Warna
2014Jalan Kembali TV2Adaptasi dari filem Jalan Kembali: Bohsia 2. Lakonan pertama Hafiz Hamidun.
Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 1) Astro Mustika HD
Tanah Kubur (Musim 9) Pak KamilAstro OasisEpisod: "Qasaf"
Tanah Kubur (Musim 13) JohanEpisod: "Jangan Ceraikan Kamu, Kamu, Kamu"
2015Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 2) Astro Prima
2015–2016Cinta Dari Marikh TV2
2017Dia Bidadariku Astro Ria
My Darling, Inspektor Daniel
2018Sejadah Untuk Dia Astro Oasis
KL Gangster: Underworld IflixPenerbit eksekutif
Mata Ketiga Tonton
2020KL Gangster: Underworld 2 Iflix, WeTVPenerbit eksekutif
2021Single Terlalu Lama DatukTV3Penampilan khas
Diva Popular Awesome TV
2021–2022Gerak Khas Undercover TV3
2022Kuasa Astro Citra
2023Special Force: Anarchy Disney+ HotstarPenerbit eksekutif
Persepsi Astro Ria

Telefilem

TahunTajukDikreditkan sebagaiWatakSaluran TV
PelakonPengarahPenerbit
1976Madu Beracun ShamsulTV1
1986Rumah Maut
1998Tirai Kasih Astro Ria
2000Sebalik Bayangan TV3
2012Asmara Beijing Astro Citra

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2013Maharaja Lawak Mega 2013JuriAstro Warna
2014Hlive: Apa Khabar MalaysiaTetamu undanganAstro Ria
2015Projek Komedi WarnaJuriAstro Warna
2016Gegar Vaganza (musim 3)Juri JemputanAstro Ria
2017Gegar Vaganza (musim 4)
2019Sepahtu Reunion LiveKameoAstro WarnaEpisod: "Lelaki Kiriman"
Gegar Vaganza (musim 6)Juri JemputanAstro Ria
2022Sepahtu Reunion Al-RayaKameoAstro WarnaEpisod: "Guntingkan Kesedihanmu"
Master in the House MalaysiaMasterTV3
Fit for ActionKetua juri
2023Sepahtu Reunion LiveKameoAstro WarnaEpisod: "Kerana Aku Manusia Biasa"

Anugerah dan penghargaan

Datuk Yusof Haslam dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) 1984 menerusi Mekanik. Sebagai menghargai sumbangan Datuk Yusof dalam industri perfileman negara, beliau dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1993 dan Panglima Jasa Negara (PJN) pada 2001 yang membawa gelaran Datuk. Pada September 2017, beliau dianugerahkan Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman di Festival Filem Malaysia ke-29 atas sumbangannya.

Penghargaan Malaysia
Ijazah kehormat

Beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Sastera Seni dalam bidang perfileman oleh Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 22 September 2018.[43]

Rujukan

Pautan luar