Jamil Sulong

Pelakon, pengarah filem dan penulis lirik Singapura-Malaysia

Dato' Jamil Sulong (6 Ogos 1926 – 25 September 2014) merupakan seorang pengarah filem, pelakon dan penulis lirik yang berasal dari Parit Sulong, Johor. Beliau adalah pengarah tersohor yang telah menghasilkan banyak filem di bawah Malay Film Productions (MFP).[1] Beliau meninggal dunia pada 25 September 2014 akibat angin ahmar di kediaman Bukit Utama, Damansara.[2]


Jamil Sulong
Kelahiran(1926-08-06)6 Ogos 1926
Meninggal dunia25 September 2014(2014-09-25) (umur 88)
Bukit Utama, Damansara
Sebab kematianAngin ahmar
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Janda Baik, Pahang
PendidikanBatu Pahat High School
PekerjaanPengarah filem, pelakon, penulis lirik
Tahun aktif1951–2008[nota 1]
Organisasi
  • ASAS '50
  • Ikatan Persuratan Melayu (IPM)
  • PERSAMA
PasanganDatuk Hajah Rosnani Jamil (k. 1953–2008)
Anak-anak4 (termasuk Anwardi Jamil)
Ibu bapa
  • Sulong Mansor (bapa)
  • Temun Manang (ibu)

Kehidupan awal

Beliau merupakan anak daripada pasangan Sulong Mansor dan Temun Manang. Beliau membesar dan mendapat pendidikan awal di Batu Pahat. Selain itu, beliau juga turut aktif menulis cerpen, sajak dan komik selain menubuhkan persatuan penulis ASAS '50 di Singapura dan Ikatan Persuratan Melayu (IPM) di Melaka bersama Usman Awang, Yusof Harun, dan Mokhtar Yasin.[1]

Kerjaya filem

Beliau mula bekerja di Malay Film Productions Ltd sebagai penterjemah. Pada tahun 1951, beliau dilantik sebagai penolong pengarah. Jamil Sulong manakala pada bulan November 1958, beliau menjadi pengarah secara penuh. Beliau bersama-sama P. Ramlee menubuhkan persatuan artis PERSAMA di Jalan Ampas, Singapura.[1]

Filem pertamanya ialah Batu Belah Batu Bertangkup yang dihasilkan pada tahun 1959 diikuti dengan filem klasik Si Tanggang dan juga Lela Manja. Filem beliau telah merangkul banyak anugerah pada peringkat antarabangsa. Antara filem-filemnya yang terkenal termasuklah Bidasari, Raja Bersiong, Gerak Kilat, Jiwa Remaja, Sayang Anakku Sayang, Jasmin, dan Ranjau Sepanjang Jalan. Beliau adalah penulis lirik untuk lagu Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan Azizah. Beliau juga adalah individu yang bertanggungjawab memperkenal dan seterusnya mempopularkan bintang baru yang kini merupakan seniwati tersohor negara- Uji Rashid ke layar perak pada 1975; melalui sentuhan emasnya pada filem warna pertama arahannya berjudul Permintaan Terakhir.

Filemografi

Filem

TahunTajukDikreditkan sebagaiWatakCatatan
PengarahPenulisPelakon
1952Miskin Filem lakonan pertama
1953Hati Iblis
1954Pawang
1955Penarek Becha
1959Batu Belah Batu Bertangkup Filem arahan pertama
Raja Laksamana Bentan
1960Isi Neraka Sultan MelakaMenjadi Sultan Melaka sebelum Memeluk Islam
Lela Manja
1961Si Tanggang
Sri Tanjung
1962Gerhana
Lubalang Daik
1963Darah Muda
Budi dan Dosa
1964Mambang Moden
1965Bidasari
Dayang Senandong
1966Kacha Permata
Gerak Kilat
1967Jebak Maut
1968Raja Bersiong
Lain Jalan Ka-Shorga
1969Sopan Santun Makan Bersuap
1970Dr. Rushdi
1975Permintaan Terakhir
Jiwa Remaja Ayah Anita dan Yusof
1976Sayang Anakku Sayang Bapa angkat Rahman
Cinta dan Lagu Penghulu KaharFilem lakonan terakhir
1979Dendang Perantau
Tuan Badul Sebagai cerita
1981Jejak Bertapak
1983Ranjau Sepanjang Jalan
1984Jasmin
1985Sepi Itu Indah
1989Sumpahan Mahsuri
1995Kecil-Kecil Cili Api
1998Raja Melewar Filem arahan terakhir
2022Showtime 1958 Sebagai cerita asal

Kehidupan peribadi

Beliau telah berkahwin dengan Rosnani Jamil dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arjunaidi (seorang kapten pesawat MAS), Anwardi (seorang pengarah filem dan usahawan), dan Asnadi (kini bermastautin di New Jersey, Amerika Syarikat). Seorang lagi Puan Murniati Jamil merupakan anak angkat beliau yang telah tinggal bersama mereka sejak kecil lagi.

Kematian

Beliau mula dimasukkan ke sebuah hospital pada 28 Ogos 2014 akibat angin ahmar. Setelah beberapa minggu dilaporkan koma, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Bukit Utama, Damansara pada 25 September 2014. Jenazah beliau dimandikan dan dikafankan selepas sesi solat jumaat di Masjid Al-Ghufran, Pengiran Taman Tun Dr. Ismail pada 26 September 2014. Seramai 200 jemaah turut serta menyempurnakan solat jenazah, termasuklah rakan rapatnya iaitu Erma Fatima, Aziz M. Osman, Bade Hj. Azmi, dan Harun Salim Bachik.[3] Seterusnya, jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Pahang.[2][4]

Catatan

Rujukan

Pautan luar