* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 September 2023 (UTC)
Dušan Vlahović (Cyril Serbia: Душан Влаховићcode: sr is deprecated ; lahir 28 Januari 2000) ialah pemain bola sepak profesional Serbia yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Itali, Juventus dan pasukan kebangsaan Serbia.
Sebagai pemain lepasan akademi Partizan, Vlahović melakukan kemunculan sulungnya pada tahun 2016 dan berjaya menjuarai gelaran liga dan dua trofi Piala Serbia. Beliau kemudian berpindah ke kelab Itali, Fiorentina pada tahun 2018. Dengan menjaringkan 21 gol liga pada musim 2020-21, beliau telah dinobatkan sebagai Anugerah Pemain Muda Terbaik Serie A. Selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Fiorentina, beliau menyertai pesaing kelab, Juventus pada Januari 2022 dengan nilai perpindahan sebanyak €70 juta.