Aleksandar Mitrović

Aleksandar Mitrović (Cyrilic Serbia: Александар Митровић; lahir 16 September 1994) merupakan pemain bola sepak Serbia yang kini bermain untuk kelab Inggeris, Fulham dan untuk pasukan kebangsaan Serbia. Beliau bermain di posisi penyerang.

Aleksandar Mitrović
Maklumat peribadi
Nama penuhAleksandar Mitrović
Tarikh lahir (1994-09-16) 16 September 1994 (umur 29)
Tempat lahirSmederevo, FR Yugoslavia
Ketinggian1.89 m (6 ka ​2 38 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Fulham
Nombor9
Kerjaya remaja
2005–2011Partizan
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2011–2012Teleoptik25(7)
2012–2013Partizan28(13)
2013–2015Anderlecht69(36)
2015–2018Newcastle United65(14)
2018Fulham (loan)17(12)
2018–Fulham43(16)
Pasukan kebangsaan
2013–Serbia50(26)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Ogos 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 September 2019

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Mitrovic telah dilahirkan di Smederevo, Mitrović kemudian ke Partizan pada usia 11 tahun dan mengikuti kelab remaja bersama Partizan. Beliau telah membuat debut bersama pasukan senior Partizan ketika menentang Teleoptik dalam musim 2011–12, dengan menjaringkan tujuh gol dalam 25 perlawanan.

Partizan

Pada 27 Jun 2012, Mitrović bersama dua rakan di Teleoptik menandatangani kontrak profesional bersama Partizan selama empat tahun.[1] Beliau membuat debut rasmi untuk Partizan dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Eropah menentang kelab Malta, Valletta. Beliau telah menjaringkan gol pertamanya sembilan minit selepas memasuki padang sebagai pemain gantian.[2] Pada 26 Ogos 2013, beliau menjaringkan gol liga pertamanya di Liga Super Serbia] ketika menentang Jagodina. Pada 17 November 2012, Mitrović menjaringkan gol pembukaan buat pertama kali dalam "derby Eternal", di mana Partizan tewas 3-2. Dalam penghujung musim debutnya untuk Partizan, Mitrović menjadi penjaring terbanyak Partizan dalam semua kejohanan dengan 15 gol dalam 36 penampilan.[3] Beliau juga telah dimasukkan dalam pilihan "Pasukan Liga Super Jelen", yang merujuk kepada beberapa pemain yang melakukan aksi terbaik, temasuk ke dalam pasukan itu.[4] Portal sukan Serbia, Mozzart Sport telah menilai Mitrović tempat ke-3 daripada 25 pemain terbaik liga kebangsaan pada musim itu.[5]

Anderlecht

Pada 12 Ogos 2013, selepas ditimpa banyak spekulasi, laman web rasmi Partizan mengatakan Mitrović telah dijual ke Anderlecht dan beliau akan menyertai kelab Belgium itu pada 30 Ogos 2013, di bawah permintaan pemain dan keluarganya.[6] Bayaran pemindahan itu sebanyak €5 juta,[7] di mana pemindahan itu dicatatkan bahawa bayaran paling mahal dalam rekod Anderlecht. Pada 1 September 2013, Mitrović melakukan dua hantaran dalam debut untuk Anderlecht selepas memasuki padang sebagai pemain gantian menentang Zulte Waregem dalam perlawanan liga.

Pada 5 November 2014, Mitrovic menyelamatkan Anderlecht daripada kekalahan apabila sempat menjaringkan gol pada masa kecederaan, dalam perlawanan keempat peringkat kumpulan menentang Arsenal. Anderlecht bangkit daripada ketinggalan 3-0, dan keputusan perlawanan itu seri, 3-3. [8]

Kerjaya antarabangsa

Mitrović telah dipanggil buat pertama kali untuk menyertai pasukan kebangsaan Serbia oleh jurulatih Siniša Mihajlović untuk kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Belgium.[9] Beliau bermain selama 69 minit dalam perlawanan debutnya dan menerima kad kuning selepas menerjah kaki Axel Witsel, sebelum digantikan oleh Marko Šćepović.[10] Mitrović telah dipanggil oleh jurulatih pasukan bawah-19 Serbia, Ljubinko Drulović untuk dua perlawanan kelayakna kejohanan bawah-19 UEFA 2013.[11] Mitrović merupakan sebahagian daripada skuad Serbia ke Lithuania untuk perlawanan akhir, di mana beliau menjadi pemain utama Serbia yang memenangi kejohanan bawah-19 buat pertama kali dalam sejarah bola sepak Serbia. Beliau telah menjaringkan satu gol dan dua hantaran sepanjang kejohanan itu.[12] Mitrović juga dinamakan sebagai "Pasukan Terbaik Kejohanan", merujuk kepada aksi beliau yang terbaik.[13]

Pada 6 September 2013, Mitrović menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan Serbia ketika seri 1–1 menentang Croatia.[14]

Pasukan kebangsaan Serbia
TahunPmnclnGol
201331
201470
Jumlal101

Gol antarabangsa

#TarikhArenaLawanSkorKeputusanKejohanan
1.6 September 2013Stadium Red Star, Belgrade  Croatia1–11–1Kelayakan Piala Dunia 2014

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 22 November 2014
Club statistics
KelabMusimLigaPialaEropahLainJumlah
DivisyenPmnclnGolPmnclnGolPmnclnGolPmnclnGolPmnclnGol
Teleoptik2011–12Liga Pertama Serbia25710267
Partizan2012–13Liga Super Serbia251022933615
2013–14Liga Super Serbia33003063
Jumlah5320321236825
Anderlecht2013–14Liga Pro Belgium32161060003916
Anderlecht2014–15Liga Pro Belgium1781231112212
Jumlah kerjaya10244542141112953

Penghargaan

Partizan
  • Liga Super Serbia (1): 2012–13
Anderlecht
Serbia B19
  • Kejohanan Bawah-19 UEFA (1): 2013
Individu
  • Pasukan Tahunan Liga Super Serbia (1): 2012–13
  • Pemain Emas Kejohanan Bawah-19 UEFA (1): 2013

Rujukan