Manuel Locatelli

Manuel Locatelli (lahir 8 Januari 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Itali yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Juventus dan pasukan kebangsaan Itali.[1]

Manuel Locatelli
Maklumat peribadi
Nama penuhManuel Locatelli
Tarikh lahir (1998-01-08) 8 Januari 1998 (umur 26)
Tempat lahirLecco, Itali
Ketinggian1.86 m (6 ka ​1 316 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Juventus
Nombor5
Kerjaya remaja
2007–2009Atalanta
2009–2016Milan
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2016–2019Milan48(2)
2018–2019Sassuolo (pinjam)29(2)
2019–2023Sassuolo67(4)
2021–2023Juventus (pinjam)44(3)
2023–Juventus20(0)
Pasukan kebangsaan
2013Itali B155(0)
2014Itali B162(0)
2013–2015Itali B1725(1)
2015–2016Itali B1916(1)
2017–2019Itali B2123(2)
2020–Itali25(3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 29 Ogos 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023

Kerjaya kelab

Beliau memulakan kerjayanya di Atalanta sebelum berpindah ke Milan pada usia sebelas tahun.[2][3] Beliau ditawarkan ke pasukan senior[4] ketika musim 2015–2016. Beliau melakukan penampilan sulung Serie A pada usia 18 tahun iaitu pada 21 April 2016 ketika menentang Carpi. Beliau menggantikan Andrea Poli pada minit ke-87 dan berkesudahan seri tanpa jaringan.[5] Pada 14 Mei 2016, beliau diletakkan dalam kesebelasan utama Milan buat pertama kali pada perlawanan terakhir liga musim 2015-16 menentang Roma di San Siro.[6]

Pada 2 Oktober 2016, selepas menggantikan kapten Riccardo Montolivo, Locatelli menjaringkan gol pertamanya di Serie A ketika menang menentang Sassuolo 4-3. Pada 16 Oktober, Locatelli diletakkan dalam kesebelasan utama skuad bagi menggantikan kapten Montolivo yang tercedera pada perlawanan menentang Chievo. Seterusnya pada 22 Oktober, beliau menjaringkan gol tunggal dan gol kemenangan perlawanan buat Milan pada pertembungan sengit menentang Juventus.

Kerjaya antarabangsa

Bersama pasukan bawah-17 Itali, Locatelli mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-17 2015. Seterusnya beliau mewakili pasukan bawah-19 Itali yang layak ke Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-19 2016 dan Itali dinobatkan sebagai naib juara.[7]

Statistik kerjaya

Sehingga 6 November 2016
KelabMusimLigaPialaEropahLainJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Milan2015–16200020
2016–1792000092
Jumlah112000000112
Jumlah kerjaya112000000112

Catatan