F-35 Lightning II

Lockheed Martin F-35 Lightning II adalah sebuah pesawat satu tempat duduk, berenjin tunggal, pelbagai peranan yang mempunyai ciri-ciri halimunan yang boleh melaksanakan pelbagai misi seperti sokongan udara dekat, pengeboman taktikal, dan penguasaan udara. F-35 mempunyai tiga versi yang berbeza; pertama versi berlepas dan mendarat secara konvensional, kedua versi berlepas jarak dekat dan mendarat secara menegak, dan ketiga versi untuk operasi di atas kapal pengangkut pesawat.

F-35 Lightning II
Pesawat F-35 Joint Strike Fighter melakukan penerbangan ujian di Pangkalan Tentera Udara Edwards, California
PerananPejuang Pelbagai Peranan halimunan
PengeluarLockheed Martin Aeronautics
Northrop Grumman
BAE Systems
Penerbangan sulung15 Disember 2006[1]
Mula digunakanF-35B: 31 Julai 2015 (USMC)[2][3][4]
F-35A: 2 Ogos 2016 (USAF)[5]
F-35C: 2018 (USN)[6]
StatusDalam perkhidmatan
Pengguna utamaTentera Udara Amerika Syarikat
Kor Marin Amerika Syarikat
Tentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja
Dikeluarkan2006–kini
Jumlah dibina1,000+[7]
Dibangunkan dariLockheed Martin X-35

F-35 dibangunkan daripada pesawat X-35, merupakan satu produk daripada program Joint Strike Fighter. Pembangunannya dibiayai oleh Amerika Syarikat, dengan United Kingdom dan negara-negara lain menyediakan pembiayaan tambahan.[8] ia telah direka dan dibina oleh pihak industri aeroangkasa yang diketuai oleh firma-firma utama seperti Lockheed Martin, Northrop Grumman dan BAE Systems.[8] Pesawat demonstrasi terbang pada 2000,[9][pautan mati] dengan penerbangan sulung dilakukan pada 15 Disember 2006.[10]

Pada tahun 2018, pesawat F-35 telah digunakan dalam pertempuran buat pertama kalinya,[11] apabila Tentera Udara Israel menerbangkan F-35I ke "seluruh Timur Tengah",[12] dan melaksanakan serangan udara pertama di dunia ke atas dua medan pertempuran yang berbeza.[12]

Pembangunan

Keperluan

Model ujian F-35 diletakan dalam terowong angin sepanjang 16 kaki di Pusat Pembangunan Kejuruteraan Arnold.

Program JSF diadakan untuk mengantikan pelbagai jenis pesawat dengan masa yang sama penurunan kos pembangunan, pengeluaran operasi dapat dijayakan. Ini boleh diatasi dengan membina tiga versi pada pesawat yang sama, dan berkongsi kira-kira 80% persamaan daripada komponen bahagiannya:

  • F-35A, versi berlepas dan mendarat konvensional (CTOL).
  • F-35B, versi berlepas dilandasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL).
  • F-35C, versi yang akan beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat.

F-35 telah direka untuk menjadi sebuah pesawat penyerang utama di dunia sehingga tahun. Ia bertujuan menjadikan keupayaan keupayaan udara-ke-udara jarak dekat dan jauh pesawat ini kedua terbaik selepas F/A-22 Raptor.[13] Keperluan spesifik F-35 adalah: keupayaan pertempuran udara-ke-udaranya empat kali lebih cekap berbanding pesawat sebelumnya, lapan kali lebih cekap dalam pertempuran udara-ke-darat, dan tiga kali lebih cekap dalam pengawasan dan menghapuskan pertahanan udara musuh. Keupyaan ini akan dicapai dengan mempunyai jarak operasi yang lebih baik dan saiz lebih kecil logistical footprint Diarkibkan 2007-03-14 di Wayback Machine berbanding pesawat sebelumnya.[14]

Kelainan

Negara-negara peserta:
  Pelanggan utama:  Amerika Syarikat
  Rakan Tier 1: United Kingdom
  Rakan Tier 2:  Itali  Belanda
  Rakan Tier 3:  Australia  Kanada  Denmark Norway
  Rakan Kerjasama Keselamatan:  Israel  Singapura
  Jualan Ketenteraan Luar (FMS):  Belgium  Jepun Korea Selatan  Poland
Tiga versi utama: CTOL untuk berlepas dan mendarat secara konvensional, STOVL untuk pelepasan pendek dan pendaratan menegak, dan CV untuk versi kapal pengangkut pesawat
F-35A milik Tentera Udara A.S semasa penerbangan, 2013
Video menunjukan sebuah F-35B milik Kor Marin A.S melakukan pendaratan menegak di atas kapal USS Wasp pada 3 Oktober 2011
Versi F-35 yang terbang dalam formasi. F-35C (kiri) mempunyai sepasang sayap yang lebih besar berbanding dua buah F-35B

Pada awalnya, F-35 telah direka dengan tiga buah versi - F-35A (sebuah versi konvensional); F-35B (sebuah versi STOVL yang boleh dioperasikan di darat atau kapal pengangkut); dan F-35C (sebuah versi menggunakan CATOBAR di atas kapal pengangkut). Sejak itu, beberapa rekabentuk telah dilakukan ke atas versi spesifik untuk beberapa negara seperti Israel dan Kanada, selain konsep rekabentuk awal bagi versi naik taraf ke atas F-35A, yang mana akan menjadi F-35D.

F-35A

F-35A merupakan sebuah versi berlepas dan mendarat konvensional (CTOL) yang bertujuan untuk kegunaan Tentera Udara Amerika Syarikat dan tentera udara negara-negara lain. Ia merupakan versi terkecil, teringan dengan keupayaan sehingga 9 g, iaitu tertinggi dalam semua versi.

Meskipun F-35A kini boleh melaksanakan pengisian bahan api di udara dengan menggunakan kaedah boom and receptacle, pesawat ini boleh diubah untuk pengisian minyak dengan kaedah probe-and-drogue sekiranya diminta oleh pelanggan.[15][16] Sebuah pod drag chute boleh dipasang pada F-35A, di mana Tentera Udara Diraja Norway merupakan pengguna pertama yang menggunakannya.[17]

F-35B

Versi pelepasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL) pesawat adalah versi F-35B. Meskipun saiznya sama dengan versi A, versi B mengorbankan sekitar satu per tiga isipadu bahan api berbanding versi A untuk menempatkan SDLF.[18][19] Versi ini juga terhad sehingga 7 g.[20] Tidak seperti versi lain, F-35B tidak mempunyai cangkuk pendaratan. Kawalan "STOVL/HOOK" akan mengaktifkan perubahan daripada penerbangan normal kepada menegak.[21] F-35B juga boleh melakukan pendaratan dan pelepasan pendek dan/atau menegak (V/STOL).[22]

F-35C

Versi F-35C telah direka untuk operasi pelepasan terbantu manjanik tetapi pendaratan ditangkap di atas kapal pengangkut pesawat. Berbanding dengan F-35A, F-35C memiliki sayap yang lebih besar dengan bahagian hujung sayap boleh lipat, permukaan kawalan lebih besar untuk meningkatkan kawalan halaju rendah, giar pendaratan lebih kuat di sebabkan tekanan pendaratan terbantu di atas kapal pengangkut, sepasang giar hidung roda berkembar, dan cangkuk ekor yang lebih kuat untuk digunakan bersama kabel pencangkuk. Luas sayap yang lebih besar membolehkan halaju pendaratan direndahkan, dan pada masa yang sama meningkatkan jumlah beban muatan dan jarak operasi. Versi F-35C juga terhad sehingga 7.5 g.

F-35I "Adir"

F-35I Adir (Ibrani: אדיר, bermakna "Awesome",[23] atau "Mighty One"[24]) adalah sebuah versi F-35A dengan pengubahsuaian unik yang dilakukan oleh Israel. Asalnya, A.S enggan membenarkan perubahan ini dilakukan sebelum membenarkan Israel untuk mengintegrasikan sistem peperangan elektroniknya sendiri, termasuk penderia dan penyesak. Komputer utama mempunyai satu fungsi "plug-and-play" untuk penambahan sistem-sistem; di mana cadangannya termasuk sebuah pod penyesak luar, dan peluru berpandu udara ke udara baharu buatan Israel, serta bom-bom panduan dan ruang senjata dalaman.[25][26] Seorang pegawai kanan IAF berkata bahawa sifat halimunan pada F-35 mungkin akan diatasi dalam masa 10 tahun berbanding 30 hingga 40 tahun jangka hayat perkhidmatannya, oleh itu Israel berkeras untuk menggunakan sistem-sistem peperangan elektronik mereka sendiri.[27] Israel Aerospace Industries (IAI) telah menimbangkan satu konsep versi F-35 dengan dua tempat duduk; seorang eksekutif IAI memetik: "Diketahui terdapat permintaan untuk versi dua tempat duduk tidak hanya dari Israel tetapi juga dari tentera udara lain".[28] IAI merancang untuk mengeluarkan tangki bahan api konformal.[29]

Cadangan kelainan

F-35D

Satu kajian akan kemungkinan tingkat upaya ke atas F-35A menjelang tahun 2035 bagi menyasarkan Konsep Operasi Masa Depan Tentera Udara Amerika Syarikat.[30][31]

CF-35

CF-35 adalah satu cadangan versi untuk Kanada yang berbeza dengan F-35A dengan penambahan satu payung drogue dan kemungkinan satu prob pengisian bahan api menyerupai F-35B/C.[17][32] Pada tahun 2012, satu pendedahan bahawa CF-35 akan memiliki sistem pengisian bahan api yang sama digunakan pada F-35A.[33] Satu cadangan pilihan adalah penerima pakai prob pengisian bahan api pada F-35C dan halaju pendaratan yang lebih rendah; bagaimanapun, laporan Pegawai Belanjawan Parlimen memetik prestasi dan beban muatan terhad pada F-35C adalah harga yang terlalu tinggi untuk dibayar.[34] Berikutan dengan Pilihanraya Persekutuan 2015, Parti Liberal yang mana telah berkempen untuk berikrar untuk membatalkan pembelian F-35,[35] telah menubuhkan kerajaan baharu dan melancarkan satu persaingan terbuka untuk mengantikan armada CF-18 Hornet sedia ada.[36]

Spesifikasi (F-35 Lightning II)

F-35 Lightning II berlepas buat pertama kalinya pada 15 Disember 2006.
Persenjataan F-35A dan F-35C.

Data dari ringkasan program F-35,[37] Statistik F-35 JSF[38]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 50 kaki 6 in (15.37 m)
  • Rentang sayap: 35 kaki 0 in (10.65 m)
  • Tinggi: 17 kaki 4 in (5.28 m)
  • Sayap luas: 459.6 kaki² (42.7 m²)
  • Berat kosong: A; 29,036 lb B; 32,161 lb C; 32,070 lb (13,170 kg A; 14,588 kg B; 14547 kg C;)
  • Berat berisi: 44,400 lb (20,100 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 60,000 lb (27,200 kg)
  • Loji kuasa: 1× Pratt & Whitney F135 turbofan lepas pembakaran
  • Janakuasa kedua: 1× General Electric/Rolls-Royce F136 turbofan lepas pembakaran, >40,000 lbf (178 kN) (dalam pembangunan)
  • Kipas angkatan (STOVL): 1× Rolls-Royce Sistem Pengangkat dibekalkan oleh sama ada janakuasa F135 atau F136, 18,000 lbf (80 kN)
  • Bahan api dalaman: F-35A: 18,480 lb (8,382 kg); F-35B: 14,003 lb (6,352 kg); F-35C: 20,085 lb (9,110 kg)

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: Mach 1.6+[38] (1,200 bsj, 1,931 km/j)
  • Jarak: A: 1,200 batu nautikai; B: 900 batu nautika; C: 1400 batu nautika[38] (A: 2,200 km; B: 1,667 km; C: 2,593 km) menggunakan bahan api dalaman
  • Jejari bertempur: 600 batu nautika (690 batu, 1,110 km)
  • Kadar kenaikan: Rahsia (Tidak didedahkan kepada pihak awam)
  • Beban sayap: 91.4 lb/kaki² (446 kg/m²)
  • Tujahan/berat:
    • Dengan bahan api penuh: A: 0.89; B: 0.92; C: 0.81[38]
    • Dengan 50% bahan api: A: 1.12; B: 1.10; C: 1.01[38]

Had g[39]

  • F-35A/B/C: 9 g

Persenjataan

Avionik

  • radar AN/APG-81 AESA
  • Sistem Sasaran E/O (EOTS) AAQ-40
  • sistem amaran peluru berpandu AN/AAQ-37 Distributed Aperture System (DAS)
  • sistem peperangan elektronik AN/ASQ-239 Barracuda
  • sut AN/ASQ-242 CNI, yang mana termasuk
    • sistem komunikasi Harris Corporation Multifunction Advanced Data Link (MADL)
    • rangkaian data Link 16
    • SINCGARS
    • sebuah transpoder dan interrogator IFF
    • HAVE QUICK
    • radio AM, VHF, UHF AM, dan UHF FM
    • radio ikhtiyar GUARD
    • sebuah radar altimeter
    • sebuah sistem peralatan pendaratan
    • sebuah sistem TACAN
    • sistem pendaratan kapal pengangkut pesawat
    • sebuah JPALS
    • TADIL-J JVMF/VMF
Perbezaan antara versi
F-35A
CTOL
F-35B
STOVL
F-35C
CATOBAR
Panjang50.5 ka (15.4 m)50.5 ka (15.4 m)50.8 ka (15.5 m)
Lebar sayap35 ka (10.7 m)35 ka (10.7 m)43 ka (13.1 m)
Luas sayap460 ft² (42.7 m²)460 ft² (42.7 m²)620 ft² (57.6 m²)
Berat kosong[45]28,999 lb (13,154 kg)32,472 lb (14,729 kg)34,581 lb (15,686 kg)
Bahan api dalaman18,498 lb (8,391 kg)13,326 lb (6,045 kg)19,624 lb (8,901 kg)
Berat berlepas maksimum70,000 lb (31,800 kg) class60,000 lb (27,200 kg) class70,000 lb (31,800 kg) class
Jarak>1,200 nmi (2,200 km)>900 nmi (1,700 km)>1,200 nmi (2,200 km)
Jejari tempur menggunakan
bahan api dalaman[46]
669 nmi (1,239 km)505 nmi (935 km)670 nmi (1,241 km)
Tujahan/berat
 • bahan api penuh:
 • 50% bahan api:

0.87
1.07

0.90
1.04

0.75
0.91

Pengguna

Sebuah daripada dua buah pertama pesawat F-35A milik RAAF pada Disember 2014
Pada 3 Oktober 2021, pesawat F-35B pertama melakukan pendaratan dan pelepasan dari kapal JS Izumo
Empat buah pertama pesawatF-35B milik RAF semasa penerbangan kembali ke RAF Marham, Jun 2018
Pesawat F-35C milik USN melakukan pendaratan "touch-and-go" di atas kapal USS Abraham Lincoln
 Australia
 Belgium
 Denmark
 Finland
  • Tentera Udara Finland – F-35A Block 4 telah dipilih melalui Program Pejuang HX untuk mengantikan pesawat F/A-18 Hornet sedia ada,[53][54] dengan 64 buah F-35A telah dipesan.[55]
 Israel
  • Tentera Udara Israel – 33 buah telah diserahkan setakat Mac 2022 (F-35I "Adir").[56] termasuk sebuah pesawat pelantar ujian F-35 dengan designasi (AS-15) untuk tujuan ujian persenjataan, elektronik dan naik taraf struktur buatan Israel.[57][58] Keseluruhan 50 buah telah dipesan.[59]
 Itali
  • Tentera Udara Itali – 12 buah F-35A dan 1 F-35B telah diserahkan setakat 2020[60] di mana Itali merancang untuk memesan 60 buah F-35A dan 15 buah F-35B untuk Tentera Udara Itali.[61][62]
  • Tentera Laut Itali – 2 buah telah diserahkan setakat Oktober 2020 dengan 15 buah F-35B dirancang untuk Tentera Laut Itali.[61][62]
 Jerman
 Jepun
 Belanda
 Norway
  • Tentera Udara Diraja Norway – 31 buah F-35A telah diserahkan, di mana 21 buah berada di Norway dan 10 buah berada di AS untuk tujuan latihan setakat 11 Ogos 2021[72] daripada 52 buah F-35A yang dirancang.[73] Ia berbeza daripada F-35A dengan penambahan sebuah payung drogue.[74]
 Poland
Korea Selatan
 Singapura
 United Kingdom
  • Tentera Udara Diraja dan Tentera Laut Diraja (dimiliki oleh RAF tetapi akan digunakan secara bersama) – 27 buah F-35B telah diterima[85][86] di mana 23 buah berada di UK selepas satu kemalangan melibatkan kehilangan sebuah pesawat pada November 2021;[87][88][89] manakala 3 buah lagi berada di AS di mana ia digunakan untuk tujuan ujian dan latihan.[90] 42 (24 FOC fighters and 18 training aircraft) to be fast-tracked by 2023;[91][92] Sejumlah 48 buah telah dipesan setakat 2021; sejumlah 138 buah asalnya akan ditempah, jangkaan pada tahun 2021 sebelumnya sekitar 60 atau 80 buah.[93]
 Amerika Syarikat

Pembatalan pesanan dan kelulusan

Turki
  • Tentera Udara Turki – 4 buah F-35A telah dihantar ke Pangkalan Tentera Udara Luke bagi tujuan latihan pada bulan Julai 2018.[98][99] 30 buah telah dipesan,[100] daripada sejumlah 100 buah yang dirancang.[101][102] Pembelian seterusnya telah disekat oleh A.S di mana tidak lama kemudian kontrak-kotrak pembelian telah dibatalkan pada awal tahun 2020.[103] Kesemuanya 4 buah F-35A telah disimpan di Pangkalan Tentera Udara Luke dan tidak dihantar ke Turki.[103] Pada 20 Juli, 2020, kerajaan A.S. secara rasminya telah meluluskan rampasan 8 buah F-35A yang pada asalnya akan diserahkan kepada Turki dan menyerahkannya kepada Tentera Udara A.S, bersama-sama satu kontrak untuk mengubahsuainya mengikut spesifikasi Tentera Udara A.S.[104] Setakat tahun 2022, A.S. gagal untuk memulangkan semula bayaran $1.4 bilion yang telah dibuat oleh Turki untuk membeli pesawat F-35A.[105][106][107][108]
 Emiriah Arab Bersatu
  • Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu - Sehingga 50 buah F-35A dirancang.[109] Akan tetapi pada 27 Januari 2021, pentadbiran Biden telah menyekat sementara penjualan F-35 kepada UAE.[110] Setelah dinilai semula, pentadbiran Biden mengesahkan akan meneruskan semula penjualan ini pada 13 April 2021.[111] Pada Disember 2021, UAE menarik diri dari membeli pesawat F-35 ekoran tidak bersetuju dengan syarat-syarat tambahan yang dikenakan oleh A.S.[112]

Kemalangan

Pada 23 Jun 2014, enjin sebuah F-35A terbakar sejurus sebelum memulakan latihan penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Eglin. Juruterbangnya berjaya melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan. Bahagian enjin daripada pesawat yang terbakar telah dijumpai di atas landasan, menunjukan kegagalan enjin.[113] Kemalangan ini menyebabkan semua latihan dihentikan pada 25 Jun, dan kesemua penerbangan dihentikan pada 3 Julai.[114][115][116] Armada pesawat dibenarkan terbang kembali pada 15 Julai dengan beberapa kekangan dalam julat penerbangan.[117] Penemuan awal mencadangkan gosokan berlebihan pada bilah kipas enjin yang menyebabkan peningkatan tekanan dan hakisan yang akhirnya mengakibatkan kegagalan besar pada kipas.[118]

Kejadian terhempas pertama kali berlaku pada 28 September 2018 melibatkan sebuah F-35B milik Kor Marin A.S berhampiran dengan Stesen Udara Kor Marin Beaufort, Carolina Selatan; di mana juruterbangnya berjaya melenting keluar dengan selamat.[119][120] Punca kemalangan di sebabkan oleh sebuah tiub minyak yang gagal berfungsi; kesemua pesawat F-35 dihentikan pada 11 Oktober untuk pemeriksaan tiub pada seluruh armada pesawat. [121] Pada hari berikutnya, pesawat F-35 milik Tentera Udara A.S dan Tentera Laut A.S kembali ke status diterbangkan selepas pemeriksaan.[122]

Pada 9 April 2019, sebuah F-35A milik Pasukan Pertahanan Diri Jepun yang ditumpangkan di Pangkalan Udara Misawa hilang daripada radar kira-kira 84 batu (135 km) ke timur Prefecture Aomori semasa melakukan satu misi latihan di Lautan Pasifik. Juruterbangnya, Mejar Akinori Hosomi, telah meradio niat beliau untuk membatalkan latihan sebelum hilang.[123][124] Tentera laut AS dan Jepun melakukan pencarian ke atas pesawat dan juruterbang yang hilang, menemui serpihan di permukaan air yang mana mengesahkan kejadian terhempas; mayat Hosomi telah ditemui pada bulan Jun.[125][126][127] Bertindak balas, Jepun mengantung armada 12 buah pesawat F-35A.[128][124] Terdapat spekulasi bahawa China atau Rusia mungkin cuba untuk mengambilnya; Kementerian Pertahanan Jepun mengumumkan bahawa tiada "aktiviti dilaporkan" dari kedua-dua negara.[124] F-35 dilaporkan tidak menghantar sebarang isyarat bantuan; juruterbang pula tidak melakukan sebarang cubaan manuver menyelamatkan diri apabila pesawat menjunam dengan kadar yang pantas.[123][129] Laporan kemalangan menyatakan kemalangan di sebabkan oleh spatial disorientation yang dialami oleh juruterbang.[130]

Pada 19 Mei 2020, sebuah F-35A milik Skuadron Pejuang ke-58, Tentera Udara AS terhempas sementara ingin mendarat di Eglin AFB. Juruterbang melenting keluar dan berada dalam keadaan stabil.[127] Kemalangan diakibatkan oleh gabungan kesilapan juruterbang ekoran kepenatan, isu pada rekabentuk sistem oksigen, persekitaran kompleks pesawat, gangguan disebabkan kegagalan fungsi paparan lekapan helmet, serta kegagalan sistem kawalan penerbangan untuk bertindak balas dengan input dari juruterbang.[131]

Pada 29 September 2020, sebuah F-35B milik Kor Marin AS telah terhempas di Kaunti Imperial, California, selepas berlanggar dengan sebuah pesawat KC-130 semasa melakukan pengisian minyak di udara. Juruterbang F-35B mengalami kecederaan semasa melenting keluar manakala KC-130 berjaya membuat pendaratan cemas.[132]

Pada 17 November 2021, sebuah F-35B milik Tentera Udara Diraja terhempas semasa melakukan operasi rutin di Mediterranean. Juruterbangnya diselamatkan ke HMS Queen Elizabeth. Satu penyiasatan dimulakan.[87] Laporan-laporan awal mencadangkan bahawa beberapa "penutup dan pelindung enjin" tidak ditanggalkan sebelum berlepas.[133][134]Pada 23 Jun 2014, enjin sebuah F-35A terbakar sejurus sebelum memulakan latihan penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Eglin. Juruterbangnya berjaya melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan. Bahagian enjin daripada pesawat yang terbakar telah dijumpai di atas landasan, menunjukan kegagalan enjin.[135] Kemalangan ini menyebabkan semua latihan dihentikan pada 25 Jun, dan kesemua penerbangan dihentikan pada 3 Julai.[114][115][116] Armada pesawat dibenarkan terbang kembali pada 15 Julai dengan beberapa kekangan dalam julat penerbangan.[117] Penemuan awal mencadangkan gosokan berlebihan pada bilah kipas enjin yang menyebabkan peningkatan tekanan dan hakisan yang akhirnya mengakibatkan kegagalan besar pada kipas.[136]

Lihat juga

  • Pesawat pejuang generasi ke-5
  • Sistem Serangan Udara masa depan
  • Tentera Laut British dalam abad ke-21

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

Pautan luar


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "N", tetapi tiada tag <references group="N"/> yang berpadanan disertakan