Revolusi Mesir 2011

(Dilencongkan dari Protes Mesir 2011)

Revolusi Mesir 2011 atau Revolusi Belia (juga dipanggil Revolusi 25 Januari),[6] ialah satu siri tunjuk perasaan, bantahan, dan keingkaran awam yang sedang berlangsung di Mesir sejak 25 Januari 2011, dengan para penganjur menggunakan pemberontakan di Tunisia sebagai pembakar semangat orang ramai. Tunjuk perasaan serta rusuhan ini dikatakan berpunca daripada pengangguran, keinginan menaikkan gaji minimum, kurangnya perumahan, inflasi makanan, korupsi, kurangnya kebebasan bersuara, dan keadaan hidup susah.[7] Matlamat utama bantahan ini ialah untuk menyingkirkan rejim Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.[8]

Revolusi Mesir 2011
Perarakan demonstrasi pada 25 Januari
Lokasi Mesir
Tarikhmasih berterusan sejak 25 Januari 2011
Cir-ciriRevolusi, tunjuk perasaan, rusuhan, keingkaran awam, bakar diri
Kematian9 (Barangkali berdozen-dozen di Suez, lihat di bawah)[1][2][3]
KecederaanSekurang-kurangnya 850 pembantah cedera[4]
TangkapanMelebihi 1,000 orang[5]

Bantahan-bantahan memang sudah sering berlaku di Mesir, namun bantahan kali ini merupakan yang terbesar semenjak 1977,[9] sehingga Kaherah diperihalkan sebagai "sebuah zon perang"[10] oleh seorang wartawan dari akhbar The Guardian. Bantahan ini, buat pertama kalinya disertai oleh sekalian khayalak penduduk tidak mengira latar sosio-ekonomi mereka.[9][11]

Apabila tahap publisiti meningkat, kerajaan Mesir telah meningkat usaha menghadkan capaian Internet. Mulai Jumaat 28 Januari, perhubungan Internet dan perkhidmatan telefon bimbit termasuk SMS telah terhenti.[12][13]

Mubarak membubarkan kerajaannya lalu melantik tokoh tentera dan bekas ketua Jabatan Perisikan Am Mesir, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden untuk cuba mematahkan bantahan. Mubarak meminta menteri penerbangan dan bekas ketua Tentera Udara Mesir, Ahmed Shafik untuk membentuk kerajaan barunya. Penentangan terhadap rejim Mubarak bertaut pada Mohamed ElBaradei, apabila semua kumpulan pembangkang utama menyokong peranannya sebagai perunding untuk membentuk suatu kerajaan peralihan yang bersatu.[14] Ramai warga luar negara hendak keluar dari negara ini, apabila rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan terbesar.[15] Sebagai tanda tunduk kepada tekanan rakyat, Mubarak mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya pada bulan September.[16]

Pada 10 Februari, President Mubarak mengumumkan bahawa beliau "menugaskan kuasanya" kepada Naib Presiden Omar Suleiman. Duta Mesir ke Amerika Syarikat mengesahkan bahawa ini menjadikan Suleiman sebagai Presiden Mesir de facto, tetapi Mubarak kekal sebagai Presiden de jure.[17][18]

Pada 11 Februari, Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan bahawa Mubarak meletak jawatan sebagai presiden sambil menyerahkan kuasanya kepada Majlis Agung Angkatan Tentera.[19] Dua hari kemudian, kerajaan tentera pimpinan Mohamed Hussein Tantawi mengumumkan bahawa perlembagaan negara digantung, kedua-dua dewan parlimen dibubarkan, dan tentera memerintah selama enam bulan sehingga pilihan raya boleh diadakan. Jemaah menteri sebelum ini, termasuk Perdana Menteri Ahmed Shafik, menyambung tugas sebagai kerajaan sementara sehingga terbentuknya kerajaan baru.[20]

Shafik meletak jawatan pada 3 Mac 2011, sehari sebelum bantahan besar-besaran untuk memaksanya berundur dirancangkan; beliau diganti oleh Essam Sharaf, bekas menteri pengangkutan.[21]


Latar belakang

Selepas pembunuhan Presiden Anwar El Sadat pada tahun 1981, Hosni Mubarak telah memimpin kerajaan republik kepresidenan separa Mesir dan merupakan Presiden yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Mesir.[22] Mubarak dan kerajaan National Democratic Party (NDP) beliau telah mengekalkan pemerintahan satu parti dalam keadaan darurat yang berterusan.[22] Kerajaan Mubarak mendapat sokongan Barat dan sumbangan dana tahunan berterusan daripada Amerika Syarikat dengan syarat Mesir mengekalkan polisi menekan militan Islam dan berdamai dengan Israel.[22] Hosni Mubarak sering kali dibandingkan dengan firaun Mesir oleh media dan oleh sesetengah pengkritik kerasnya kerana corak pemerintahan adikara beliau.[23]

Berikut ialah punca-punca berlakunya revolusi ini:

Kematian

Seorang pembantah yang terbunuh pada 29 Januari

Mendahului bantahan ini, sekurang-kurangnya enam kes bakar diri telah dilaporkan, termasuk seorang lelaki yang cuba membakar dirinya di pusat bandar Kaherah.[24] Kes-kes ini diinspirasikan, dan bermula betul-betul selepas sebulan tindakan bakar diri di Tunisia yang membawa kepada Pemberontakan Tunisia 2010–2011. Enam kejadian yang dilaporkan tersebut dibuat termasuklah oleh Abdou Abdel-Moneim Jaafar,[25] Mohammed Farouk Hassan,[26] Mohammed Ashour Sorour,[27] dan Ahmed Hashim al-Sayyed yang kemudiannya mati akibat kecederaannya.[28]

Sehingga 30 Januari, Al Jazeera melaporkan seramai 150 kematian dalam bantahan ini.[29] The Sun pula melaporkan yang kematian tersebut terdiri daripada 10 anggota polis, 3 orang yang dibunuh di Rafah akibat dikeroyok.[30]

Sehingga 29 Januari, diketahui seramai 2,000 orang telah cedera.[31] Pada hari ini juga, seorang pekerja kedutaan Azerbaijan di Mesir telah terbunuh semasa pulang ke rumah dari kerja di Kaherah;[32] keesokan harinya, Azerbaijan menghantar sebuah pesawat untuk membawa keluar rakyatnya[33] dan membuka satu siasatan jenayah ke atas pembunuhan tersebut.[34]

Pengkebumian bagi mereka yang maut pada "Jumaat Kemarahan" telah dibuat pada 30 Januari. Ratusan orang yang berkabung berkumpul untuk pengkebumian tersebut menyeru peletakan jawatan Mubarak.[35] Sehingga 1 Februari, bantahan ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 125 orang maut,[36] walaupun Human Rights Watch meyatakan yang Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Navi Pillay mendakwa seramai 300 orang mungkin telah terbunuh dalam pergolakan ini. Bilangan yang tidak disahkan ini termasuklah 80 kematian disahkan Human Rights Watch di dua buah hospital Kaherah, 36 di Iskandariah, dan 13 di kota pelabuhan Suez, antara lain;[37][38][39] lebih 3,000 orang turut dilaporkan cedera.[37][38][39]

Jumlah kematian Bantahan Mesir 2011
Titik kilat utamaJumlah kematian
yang terlapor
setakat 11 Februari 2011
Sumber
Iskandariah52[40][41][42][42][37][43]
Suez18[40][37][43][41]
Asyut3[41]
El-Arish1[44]
Beni Suef17[45]
Luxor1[46]
Atfih1[46]
Kaherah232[40][46][47][37][48][43][41][49][40]
Oasis Kharga1[46]
Sheikh Zoweid, Sinai Utara1[50]
Abu Simbel1[46]
Rafah3[42]
Mansoura2[51]
Tempat lain45[50][40][40][52][48]
Jumlah365[53][54][55][48][40][56]

Galeri

Lihat juga

  • Demokrasi di Timur Tengah
  • Bantahan Dunia Arab 2010-2011

Rujukan

Pautan luar