Negara Palestin

negara di Asia Barat
(Dilencongkan dari Negeri Palestin)

Negara Palestin (Arab: دولة فلسطين, rumi: Dawlah filasṭin), atau hanya Palestin (Arab: فلسطين, rumi: Filasṭin) ialah sebuah negara yang berdaulat [17] di Timur Tengah di antara Laut Tengah dan Sungai Jordan, merangkumi Tebing Barat dan Genting Gaza[2] dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara, walau bagaimanapun pusat pentadbirannya kini terletak di Ramallah. Perkataan Palestin berasal daripada bahasa Yunani kuno (Philistia), tetapi bahasa Mesir kuno, Asyur, dan Ibrani juga menyertakan kata-kata yang serupa bunyi untuk menggambarkan wilayah atau penduduknya. Agama Yahudi, Kristian, dan Islam sangat terikat dengan rantau ini, dan menjejaki asal-usul ke tanah itu sejak beberapa ribu tahun yang lalu. Keseluruhan wilayah yang dijadikan sebagai Negara Palestin telah diduduki sejak 1948, oleh Mesir, Jordan dan Israel selepas Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Palestin
فلسطين (Arab)
Dawlat Filasṭīn
Bendera Palestin
Jata Palestin
Bendera Jata
Lagu kebangsaan"فدائي"
"Fida'i"[1]
"Wira Fidayin"
Wilayah yang dituntut sebagai Negara Palestin (hijau)[2]
Wilayah yang dituntut juga oleh Israel (hijau cair)
StatusNegara separa diiktiraf, Negara pemerhati PBB
Diiktiraf 143 negara anggota PBB
Ibu negaraBaitulmaqdis
Pusat pentadbiranRamallah
Bandar terbesarKota Gaza (sekarang Rafah)
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanRepublik Kesatuan Separa Presiden[3]
• Presiden
Mahmud Abbasa
Mohammad Mustafa
Aziz Dweik
Badan perundanganMajlis Kebangsaan (Parlimen)
Pembentukan
15 November 1988
29 November 2012
Sedang berlangsungb[iii][4][5]
Keluasan
• Jumlah
6,020[6] km2 (2,320 bt2) (163rd)
• Perairan (%)
3.5[7]
5,655 km2
365 km2[8]
Populasi
• Perkiraan 2020
5,051,953[9] (121st)
731/km2 (1,893.3/sq mi)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$26.479 billion[10]
$5,795[11]
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$14.616 billion[12]
$3,199[13]
Gini (2009)35.5[14]
sederhana
HDI (2022) 0.715[15]
tinggi · 119th
Mata wang
Zon waktuUTC+2 (Waktu Piawai Palestin)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (Waktu musim panas Palestin)
Format tarikhdd/mm/yyyy
Arah memandukanan
Kod panggilan+970
Kod ISO 3166PS
DPT internet.ps
  1. Juga merupakan pemerintahan negara
Qubbah Al-Sakhrah di Baitulmaqddis, Ibu Kota Palestin.
Wang dinar Palestin.
Pengiktirafan antarabangsa yang menyokong Palestin.
Peta Palestin pada tahun 1900 dalam bahasa Rusia.
Pelan Pembahagian PBB untuk Negara Palestin tahun 1947

Selepas Perang Dunia Kedua, pada 1947, PBB menggunakan Pelan Pembahagian untuk Mandat Palestin yang mengesyorkan penubuhan sebuah negara Arab dan sebuah negara Yahudi dan mengantarabangsakan Kota Baitulmaqdis [18]. Pelan pembahagian ini diterima oleh masyarakat Yahudi-Zionis tetapi ditolak oleh masyarakat Arab. Beberapa siri pemberontakan dan peperangan mula berlaku di sekitar Palestin. Setelah penubuhan negara Israel pada 14 Mei 1948, negara Arab yang berjiran di sekitarnya mula menduduki semula kawasan Palestin dan menyerang tentera Israel dalam Perang Arab-Israel 1948.

Kemudiannya, Kerajaan Seluruh Palestin telah ditubuhkan oleh Liga Arab pada 22 September 1948 untuk mentadbir Negara Naungan Seluruh Palestin dalam kawasan kawalan Mesir di Genting Gaza. Ia kemudiannya diiktiraf oleh semua negara anggota Liga Arab kecuali Transjordan. Walaupun bidang kuasa kerajaan tersebut dinyatakan meliputi seluruh kawasan bekas mandat British atas Palestin, hakikatnya bidang kuasanya hanya terkesan di Genting Gaza. Israel kemudiannya menawan Genting Gaza dan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur daripada Jordan dan Bukit Golan daripada Syria pada Jun 1967 dalam Perang Enam Hari.

Pada 15 November 1988 di Algiers, Yasser Arafat selaku Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin telah mengisytiharkan penubuhan negara Palestin. Selepas setahun menandatangani Perjanjian Oslo 1993, Pihak Berkuasa Palestin dibentuk untuk memerintah kawasan A dan B di Tebing Barat dan Genting Gaza. Gaza akhirnya pada 2007 ditadbir sepenuhnya oleh Hamas, dua tahun selepas pembebasan Gaza dari Israel.

Negara Palestin diiktiraf oleh 138 negara anggota PBB dan sejak tahun 2012, Palestin merupakan negara pemerhati bukan anggota di Perhimpunan Agung PBB[19][20]. Palestin merupakan negara anggota bagi Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan 77, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan lain-lain badan antarabangsa.

Sejarah

Status politiknya masih dalam perdebatan. Sebahagian besar negara di dunia termasuk negara-negara anggota OIC, Liga Arab, NAM, dan ASEAN telah mengakui kewujudan Negara Palestin. Wilayah Palestin saat ini terbahagi kepada dua entiti politik, iaitu wilayah yang diduduki pemerintahan Israel dan Pihak Berkuasa Palestin. Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin dinyatakan pada 15 November 1988 di Algiers oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). [21] [22] .

Sidang Kemuncak Liga Arab 1974 merujuk PLO sebagai "wakil sah tunggal rakyat Palestin dan menegaskan kembali hak mereka untuk mendirikan negara merdeka yang terdesak." Pada November 1974, PLO telah mendapat status pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai "entiti bukan-negara". Selepas Deklarasi Kemerdekaan 1988, Perhimpunan Agung PBB secara rasmi "mengakui" proklamasi tersebut dan memilih untuk menggunakan sebutan "Palestin" daripada "Organisasi Pembebasan Palestin" ketika merujuk pada pemerhati kekal Palestin. Dalam keputusan ini, PLO tidak mengambil bahagian di PBB dalam kapasitinya sebagai pemerintah Negara Palestin.

Pada tahun 1993, dalam Persetujuan Oslo, Israel mengakui PLO sebagai "perwakilan rakyat Palestin", dan PLO mengakui hak Israel untuk wujud, penerimaan resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 dan 338, dan keengganan terhadap "kekerasan dan keganasan". Sementara Israel menduduki wilayah Palestin, sebagai hasil dari Perjanjian Oslo, PLO mendirikan sebuah badan pentadbiran sementara: Pihak Berkuasa Palestin (PNA atau PA), yang mempunyai beberapa fungsi pemerintahan di bahagian Tebing Barat dan Genting Gaza . Pengambilalihan pemerintahan Genting Gaza oleh Hamas telah membahagikan wilayah Palestin secara politik, dengan Fatah yang dipimpin oleh Mahmud Abbas menguasai Tebing Barat dan diakui secara antarabangsa sebagai Pihak Berkuasa Palestin yang rasmi, sementara Hamas telah menjamin kekuasaannya atas Genting Gaza. Pada bulan April 2011, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian perdamaian, tetapi pelaksanaannya masih tergantung sehinggalah sebuah kerajaan gabungan terbentuk pada 2 Jun 2014.

Hingga 18 Januari 2012, 129 (66.8%) daripada 193 negara anggota PBB telah mengakui Negara Palestin. Banyak negara yang tidak mengakui Negara Palestin tetap mengakui PLO sebagai "wakil rakyat Palestin". Selain itu, jawatankuasa eksekutif PLO diberi kuasa oleh PNC untuk melakukan fungsi kerajaan Negara Palestin [23]

Negara Palestin merupakan sebuah republik semi-presiden yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin. Ketua negara Palestin sekarang ialah Mahmud Abbas selaku Presiden Palestin ke-2 selepas Yasser Arafat. Ketua kerajaan Palestin pula ialah de-facto Dr. Salam Fayyad manakala Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza. Ini membuktikan bahawa Palestin mempunyai 2 perdana menteri.

Geografi

Wilayah yang dituntut Negara Palestin terletak di Negeri Syam atau region Levant. Genting Gaza bersempadan dengan Laut Tengah di sebelah barat, Mesir di sebelah selatan, dan Israel di sebelah utara dan timur. Tebing Barat bersempadan dengan Jordan di sebelah timur dan Israel di sebelah utara, barat, dan selatan. Selanjutnya, kawasan yang membentuk Negara Palestin ini tidak memiliki sempadan geografik satu sama lain, sebab ia terpisahkan oleh Israel. Negara Palestin ini menduduki peringkat ke-163 dari segi keluasan tanah.[6][24][25]

Negara Palestin mempunyai beberapa masalah alam sekitar. Kes-kes yang dihadapi Genting Gaza, misalnya, meliputi penggurunan, garam air tawar dan rawatan kumbahan, penyakit bawaan air, tercemarnya dan berkurangnya sumber air yang ada di bawah tanah. Di Tebing Barat, berlaku masalah yang sama. Walau terdapat limpahan air tawar, akses terhadap air terhad kerana perkara politik yang berterusan.[26]

Tiga zon ekologi daratan telah ditemui di rantau ini, yakni: hutan konifer sklerofilus daun lebar Mediterranean Timur, gurun Arab, dan gurun belukar Mesopotamia.[27]

Bukit Palestin seperti yang terlihat dari Ramallah.

Pemerintah dan politik

Bangunan Majlis Perundangan Palestin yang musnah di Kota Gaza, Konflik Gaza-Israel, September 2009.

Palestin ditadbir oleh sebuah pihak berkuasa bernama Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin atau Pihak Berkuasa Palestin (PNA). PNA mempunyai beberapa kaitan dengan entiti lain seperti Presiden, Majlis Perundangan Palestin dan Kabinet Palestin.

Dokumen penubuhan negara Palestin ialah Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin, dan ia perlu dibezakan dengan[3] Piagam Negara Palestin milik PLO dan Undang-undang Asas Palestin yang digubal untuk bidang tugas PNA.

Badan pemerintah

Pihak Berkuasa Palestin (PNA) ditubuhkan hasil daripada Perjanjian Oslo 1994. Ia bertanggungjawab untuk keselamatan dan hal ehwal masyarakat di pusat penduduk Palestin. Presiden PNA (atau juga Presiden Palestin) juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan beliau bertanggungjawab untuk menetapkan dasar. PNA juga mempunyai Perdana Menteri, yang bertanggungjawab untuk hal ehwal pengurusan dan pengoperasian pemerintah dan berkhidmat di bawah arahan Presiden.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) diiktiraf sebagai wakil rakyat Palestin di peringkat antarabangsa dan diurus oleh sebuah Jawatankuasa Eksekutif[28][29]. Jawatankuasa Eksekutif PLO terdiri daripada 16 orang anggota[30] yang dipilih oleh Majlis Kebangsaan Palestin (PNC). PLO mempunyai beberapa buah jabatan iaitu Jabatan Hal Ehwal Rundingan, Jabatan Ekonomi, Jabatan Diplomasi dan Dasar Awam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Jabatan Buruh dan Perancangan, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Antipemisahan Kaum dan Aparteid, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Hal Ehwal Ekspatriat, Jabatan Hak Asasi Manusia dan Masyarakat Sivil, Jabatan Hal Ehwal Baitulmaqdis, Jabatan Politik, Jabatan Ketenteraan dan Keselamatan, Jabatan Pembelajaran dan Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Arab dan Parlimen, Tabung Negara Palestin, Jabatan Hal Ehwal Pelarian, Jabatan Pertubuhan Rakyat, Jabatan Kebudayaan dan Penerangan, dan Jabatan Hal Ehwal Masyarakat.

Senarai ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin[30]

BilJawatanNamaPartiCatatan
1.PengerusiMahmud AbbasFatah
2.SetiausahaHussein al-SheikhFatah
3.Ahli JawatankuasaAzzam Al-AhmadFatah
4Ahli JawatankuasaZiad Abu AmrBebas
5Ahli JawatankuasaAhmed MajdalaniPPSF
6Ahli JawatankuasaWasel Abu Yousef
7Ahli JawatankuasaAhmed Saeed Bayoud Al-TamimiBebas
8Ahli JawatankuasaAli Zaidan Abu ZuhriBebas
9Ahli JawatankuasaFaisal Kamel ArankiALF
10Ahli JawatankuasaBassam Salhi
11.Ahli JawatankuasaSaleh Raafat Saeed SalehFIDA
12Ahli JawatankuasaAdnan Al-HusseiniBebas
13Ahli JawatankuasaAhmad Abu Houli
14Ahli JawatankuasaRamzi Rabah
15Ahli JawatankuasaMohammad Mustafa
16Ahli JawatankuasaRamzi Khoury

Badan perundangan

Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) merupakan badan perundangan di bawah PLO yang mempunyai 669 perwakilan daripada kumpulan politik di Palestin, terdiri daripada 88 orang anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC), 98 orang wakil penduduk di Tebing Barat dan Gaza dan selebihnya wakil penduduk Palestin di luar negara. Yang Dipertua PNC kini ialah Rawhi Fattouh.

Majlis Perundangan Palestin (PLC) pula merupakan sebuah badan perundangan (sama seperti Parlimen) di Palestin. Ia terdiri daripada 132 anggota yang dipilih melalui pilihan raya di 16 wilayah mengundi di Tebing Barat dan Gaza, Palestin.

Statistik mengenai keanggotaan PLC[31]

BilPerkaraJumlahCatatan
1Jumlah Anggota132Tebing Barat (84), Gaza (48)
2Perwakilan Wanita17Tebing Barat (10), Gaza (7)
3Bilangan Menjadi Tahanan10Semua dari Tebing Barat
4Bilangan yang telah meninggal dunia4Tebing Barat (2), Gaza (2)
5Jumlah Anggota Semasa128Tebing Barat

Perwakilan politik dalam kalangan anggota PLC[31]

BilNama blok politikJumlah perwakilan di Tebing BaratJumlah perwakilan di Genting GazaJumlah perwakilan keseluruhan
Perwakilan partiPerwakilan kawasanPerwakilan partiPerwakilan kawasanAsalSemasa
1Hamas (Gerakan Ubah dan Reformasi)17 (3)30 (-1)12 (3)1574 (6) (-1)73
47 (3) (-1)27 (3)
2Fatah18 (5) (-1)11 (-2)10 (3)645 (8) (-3)42
29 (5) (-3)16 (3)
3PFLP - senarai Abu Ali Mustafa213 (1)3
4Gabungan Alternatif (Al-Badeel)

- DFLP, PRP, PDU dan Bebas

2022
6Palestin Merdeka

- PNI dan Bebas

1 (1)12 (1)2
5Hala Ketiga2 (1)02 (1)2
7Bebas1344
Jumlah Keseluruhan84 (10) (-4)48 (6)132 (17) (-4)128

Nota: Nombor dalam Kurungan ialah jumlah perwakilan wanita. Nombor negatif dalam kurungan ialah jumlah perwakilan yang telah meninggal dunia.

Presiden

Presiden Palestin[32] merupakan Pengerusi bagi PLO. Ia dilantik oleh Majlis Pusat Palestin (PCC)[33] yang merupakan institusi di bawah PLO. Keanggotaan PCC pula dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif PLO.[34]

Perdana Menteri

Perdana Menteri Palestin dilantik oleh Presiden. Anggota Kabinet Palestin yang bertanggungjawab untuk hal ehwal pengurusan dan pengoperasian PNA.

Anggota Kabinet Palestin sejak 2019.

BilNamaJawatan
1Dr. Mohammad Ibrahim Mohammad ShtayyehPerdana Menteri

Menteri Dalam Negeri

Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama

2Dr. Ziad Mohammed Husein Abu AmrTimbalan Perdana Menteri
3Nabil George Audah Abu RudeinehTimbalan Perdana Menteri

Menteri Penerangan

4Dr Riyadh Al-MalikiMenteri Ekspatriat dan Hal Ehwal Luar Negara
5Shukri BisharahMenteri Kewangan
6Dr Mohammad Fahhad Sabri Abdulrahman Al-ShalaldehMenteri Kehakiman
7Dr Ahmad Abdulsalam Hassan MajdalaniMenteri Pembangunan Sosial
8Rula MaayahMenteri Pelancongan dan Baharian
9Fadi Arafat Salim Al-HadmiMenteri Hal Ehwal Baitulmaqdis
10Ir. Ishaq Muhammad Syarif Abdulhayy SidrMenteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat
11Amal Taufiq Abdulhadi HamadMenteri Hal Ehwal Wanita
12Khalid Zuheir Khalid Al-EsseilyMenteri Ekonomi Negara
13Riyadh Mohammed Yusuf AttariMenteri Pertanian
14Assem Ghalib Hafiz SalemMenteri Pengangkutan dan Perhubungan
15Dr Atef Talal Ibrahim Abu SaifMenteri Kebudayaan
16Ir Majdi Hafiz Abdullah Al-SalehMenteri Kerajaan Tempatan
17Dr. Mohamed Mohamed Salim ZiarahMenteri Kerja Raya dan Perumahan
18Dr Mahmud Musa Ahmad Abu MuwaisMenteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan
19Dr Marwan Mas'ud Mohammad AwartaniMenteri Pendidikan
20Dr Mai Salem Hana Al-KailahMenteri Kesihatan
21Nasri Khalil Salem Abu JaishMenteri Pekerja
22Osama Hassan Saad Al-SaadawiMenteri Negeri bagi Pemberdayaan dan Keusahawanan
Dr. Amjed Mahmud Mohammad GhanimSetiausaha Majlis Kabinet
Ibrahim MulhimJurucakap Kerajaan

Pembahagian pentadbiran

Negara Palestin dibahagi ke dalam enam belas bahagian pentadbiran yang disebut sebagai Kegabenoran.

KegabenoranKeluasan (km²)[35]Jumlah pendudukKepadatan penduduk (orang/km²)Pusat Muhafazah/Pusat Bandar
Jenin/جنين583311,231533.8Jenin
Tubas/طوباس40264,719161.0Tubas
Tulkarem/طولكرم246182,053740.0Tulkarem
Nablus/نابلس605380,961629.7Nablus
Qalqilyah/قلقيلية166110,800667.5Qalqilyah
Salfit/سلفيت20470,727346.7Salfit
Ramallah dan al-Bireh/رام الله والبيرة855348,110407.1Ramallah
Jericho dan al-Aghwar/أريحا والأغوار59352,15487.9Jericho
Baitulmaqdis/القدس345419,108[36]1214.8[36]Baitulmaqdis (lihat lagi Kedudukan Baitulmaqdis)
Betlehem/بيت لحم659216,114927.9Betlehem
al-Khalil/الخليل997706,508708.6Hebron
Gaza Utara/شمال غزة61362,7725947.1Jabalia
Gaza/غزة74625,8248457.1Gaza
Deir al-Balah/دير البلح58264,4554559.6Deir al-Balah
Khan Yunis/خان يونس108341,3933161.0Khan Yunis
Rafah/رفح64225,5383524.0Rafah

Demografi

Penduduk di Palestin[37]
TahunDalam juta
19500.9
20003.2
20184.9

Menurut Biro Perangkaan Pusat Palestin, Negara Palestin mempunyai penduduk sebanyak 4,420,549 orang pada 2013.[38] Dalam kawasan seluas 6,020 kilometer persegi (2,320 batu persegi), kepadatan penduduk adalah bernilai sekitar 827 orang per kilometer persegi.[25]

Bahasa

Tertakluk kepada Perkara IV Kanun Asasi Palestin, bahasa Arab menjadi bahasa rasmi Palestin.[39] Subset daripada bahasa Arab Syam, yakni bahasa Arab Palestin, dituturkan di Negara Palestin.

Agama

Agama di Palestin (anggaran 2014)

  Islam (93%)
  Kristian (6%)
  Duruzi & Samariyun (1%)

93% orang Palestin beragama Islam,[40] dengan sebahagian besar penduduknya bermazhabkan Ahli Sunah Waljamaah,[41] sebahagian kecil penduduknya memiliki mazhab Ahmadiyyah,[42] dan 15% di antaranya merupakan muslim tanpa mazhab.[43] Kristian Palestin menjadi minoriti signifikan sebanyak 6%, diikuti agama yang lebih kecil lagi seperti Duruzi[perlu rujukan] dan Samaritanisme.[44]

Penjagaan kesihatan

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, setakat tahun 2017, terdapat 743 pusat penjagaan kesihatan utama di Palestin (583 di Tebing Barat dan 160 di Genting Gaza), dan 81 hospital (51 di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan 30 di Gaza).[45]

Pendidikan

Kadar celik huruf di Palestin mencapai 96.3% menurut laporan 2014 Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Terdapat perbezaan jantina dalam populasi yang berumur lebih dari 15 tahun, dengan 5.9% wanita dianggap buta huruf berbanding 1.6% lelaki.[46] Buta huruf di kalangan wanita menurun dari 20.3 peratus pada tahun 1997 kepada kurang dari 6 peratus pada tahun 2014.[46]

Lihat juga

Rujukan