Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

Pertubuhan/Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai 120 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa.

Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)
Peta negara-negara ahli dan pemerhati NAM
  Negara ahli
  Negara pemerhati
Biro PenyelarasanNew York City, New York, Amerika Syarikat
Keahlian[1]
  • 120 negara ahli
  • 17 negara pemerhati
  • 10 badan antarabangsa
Pemimpin
• Badan perancang
keputusan
Persidangan Ketua Negara atau Kerajaan Berkecuali[2]
• Negara ketua
 Venezuela
• Pengerusi
Nicolás Maduro[3]
Pendirian1961 di Yugoslavia Belgrade, Yugoslavia sebagai Persidangan Ketua Negara atau Kerajaan Berkecuali
Laman web rasmi
mnoal.org

Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah NAM

NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Malaysia dan Ghana. Walaupun penubuhan NAM diharap dapat merapatkan negara anggota sebagai satu pakatan seperti NATO atau Pakatan Warsaw, ia tidak pernah bersatu dan negara anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO dan Pakatan Warsaw.

Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.

Mesyuarat berikutnya diadakan di Kaherah pada 1964. Perhimpunan ini disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka. Mesyuarat ketika itu lebih banyak membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.

Mesyuarat ketiga diadakan di Lusaka ialah antara perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM kerana pada tahun ini pergerakan ini menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik. Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.

Pada 1973, mesyuarat diadakan di Algiers menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain.

Setiausaha Agung

Ketika ini (2016), jawatan Setiausaha Agung NAM dipegang oleh Venezuela.

Berikut ialah senarai penjawat Setiausaha Agung NAM sejak awal penubuhannya:

NamaNegaraTempoh
Josip Broz Tito  Yugoslavia1961-1964
Gamal Abdel Nasser  Mesir1964-1970
Kenneth Kaunda  Zambia1970-1973
Houari Boumédienne  Algeria1973-1976
William Gopallawa  Sri Lanka1976-1978
Junius Richard Jayawardene1978-1979
Fidel Castro  Cuba1979-1983
N. Sanjiva Reddy  India1983
Zail Singh1983-1986
Robert Mugabe  Zimbabwe1986-1989
Janez Drnovšek  Yugoslavia1989-1990
Borisav Jović1990-1991
Stjepan (Stipe) Mesić1991
Branko Kostić1991-1992
Dobrica Ćosić1992
Bolesław I Chrobry  Poland1992-1995
Ernesto Samper Pizano  Colombia1995-1998
Andrés Pastrana Arango1998
Nelson Mandela  Afrika Selatan1998-1999
Thabo Mbeki1999-2003
Mahathir Mohamad  Malaysia2003
Abdullah Ahmad Badawi2003-2006
Fidel Castro  Cuba2006-2008
Raúl Castro2008-2009
Hosni Mubarak  Mesir2009-2011
Mohamed Hussein Tantawi2011-2012
Mohammed Mursi2012
Mahmoud Ahmadinejad  Iran2012-2013
Hassan Rouhani2013-2016
Nicolás Maduro  Venezuela2016-kini

Persidangan

TarikhNegara tuan rumahBandar tuan rumah
11–6 September 1961  YugoslaviaBelgrade
25–10 Oktober 1964  Republik Arab BersatuKaherah
38–10 September 1970  ZambiaLusaka
45–9 September 1973  AlgeriaAlgiers
516–19 Ogos 1976  Sri LankaColombo
63–9 September 1979  CubaHavana
77–12 Mac 1983  IndiaNew Delhi
81–6 September 1986  ZimbabweHarare
94–7 September 1989  YugoslaviaBelgrade
101–6 September 1992  IndonesiaJakarta
1118–20 Oktober 1995  ColombiaCartagena
122–3 September 1998  Afrika SelatanDurban
1320–25 Februari 2003  MalaysiaKuala Lumpur
1415–16 September 2006  CubaHavana
1511–16 Julai 2009  MesirSharm el-Sheikh
1626–31 Ogos 2012  IranTehran
1713–18 September 2016  VenezuelaPorlamar
1825–26 Oktober 2019  AzerbaijanBaku

Jawatan

Ketika jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia, pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM. Majlis ini ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota. Majlis diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai penasihat dan Azman Hashim sebagai presiden.

Rujukan

Pautan luar