ISO 4217


ISO 4217, juga di kenali sebagai kod mata wang, ialah kod tiga huruf piawai antarabangsa yang dirumuskan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) untuk mentakrifkan nama mata wang. Kod itu bukan sahaja digunakan untuk mata wang tetapi juga untuk logam berharga (emas, perak, paladium, dan platinum), serta sesetengah entiti yang lain yang digunakan dalam kewangan antarabangsa, misalnya Hak Pengeluaran Khas (HPK).

Paparan kadar pertukaran di Bureau de change yang menyenaraikan nama mata wang dalam bahasa Inggeris bersama-sama kod ISO 4217-nya.
Tiket penerbangan yang menunjukkan harga dengan menggunakan kod ISO 4217 "EUR" (bawah kiri) dan bukannya simbol mata wang €

Penggunaan senarai kod ISO 4217 ialah norma yang mantap dalam bidang perbankan dan perniagaan di seluruh dunia. Di banyak negara, kadar pertukaran untuk mata wang yang umum dan yang kodnya dikenali ramai diterbitkan di dalam akhbar atau dipaparkan di dalam bank. Kod ISO 4217 juga digunakan oleh tiket penerbangan dan tiket kereta api antarabangsa untuk mengelakkan sebarang kekaburan harga tiketnya.

Struktur kod

Dua huruf pertama kod ISO 4217 ialah huruf kod negara alfa-2 ISO 3166-1 (yang juga digunakan sebagai asas untuk domain peringkat atasan negara di dalam Internet), dengan huruf ketiga biasanya merupakan parap mata wang sendiri. Misalnya, kod mata wang Jepun ialah JPY, dengan JP merupakan Jepun dan Y untuk yen. Ini mengelakkan masalah yang diakibatkan oleh nama-nama mata wang yang sama seperti dolar, franc dan paun yang digunakan oleh banyak negara, dengan setiapnya mempunyai nilai yang amat berbeza. Selain itu, jika sesuatu mata wang dinilai semula, huruf terakhir kod mata wang akan ditukar untuk membezakannya daripada mata wang yang lama. Dalam sesetengah kes, huruf ketiga ialah parap untuk "baharu" dalam bahasa negara itu bagi membezakannya daripada mata wang lama yang dinilai semula. Kod itu kekadang tahan lebih lama daripada penggunaan istilah "baharu" pada dirinya dalam bahasa negara itu, misalnya kod peso Mexico ialah MXN. Bagaimanapun, perubahan lain juga ditemui. Misalnya, Rubel Rusia bertukar daripada RUR kepada RUB, dengan B datangnya daripada huruf ketiga perkataan "ruble".

Terdapat juga nombor kod tiga-angka yang diperuntukkan kepada setiap mata wang dengan cara yang sama dengan nombor kod tiga-angka yang diperuntukkan kepada setiap negara sebagai sebahagian ISO 3166. Kod angka itu biasanya sama dengan kod angka ISO 3166, misalnya USD (Dolar AS) mempunyai kod 840 yang juga merupakan kod angka untuk Amerika Syarikat (US: United States).

Terdapat juga kod khas yang diperuntukkan untuk tujuan pengujian (XTS) serta untuk menunjukkan ketiadaan urus niaga mata wang (XXX). Semua kod ini bermula dengan huruf "X". Logam-logam berharga menggunakan "X" serta simbol kimia logam, misalnya perak ialah XAG. ISO 3166 tidak pernah memperuntukkan kod negara yang bermula dengan "X", dengan kod ini hanya diperuntukkan untuk kegunaan terlanggan persendirian sahaja (disimpan tetapi bukan untuk kod rasmi). Oleh itu, ISO 4217 boleh menggunakan kod-kod "X" untuk mata-wang tak tertentu negara tanpa menghadapi sebarang risiko percanggahan dengan kod-kod negara masa depan. Mata wang supranasional seperti dolar Caribbean Timur, franc CFP, franc CFA BEAC, dan franc CFA BCEAO biasanya juga menggunakan kod-kod yang bermula dengan "X". Euro menggunakan kod EUR (EU termasuk senarai kod simpanan ISO 3166-1 untuk bermaksud Kesatuan Eropah). European Currency Unit, mata wang yang digunakan sebelum euro, menggunakan kod XEU.

Sejarah

Pada tahun 1973, Jawatankuasa Teknik 68 ISO memutuskan untuk mengembangkan kod bagi mewakili mata wang dan wang untuk kegunaan perdagangan, perniagaan, atau perbankan. Dalam sesi ke-17 (Februari 1978) PBB/ECE, Kumpulan Pakar bersetuju bahawa kod abjad tiga-huruf untuk Piawai Antarabangsa ISO 4217: "Kod untuk perwakilan mata wang dan wang" adalah sesuai untuk kegunaan perdagangan antarabangsa.

Dengan berlalunya masa, mata-mata wang yang baharu dicipta dan mata-mata wang yang lama ditamatkan. Seringnya, perubahan-perubahan ini disebabkan oleh kerajaan baharu (menerusi perang atau perlembagaan baharu), perjanjian antara negara yang menstandardkan mata wang, atau penilaian semula mata wang, akibat inflasi. Oleh itu, senarai kod mata wang harus dikemaskinikan dari semasa ke semasa. SIX Interbank Clearing, agensi penyenggaraan ISO 4217, bertanggungjawab kepada penyenggaraan senarai kod tersebut.

Kod aktif

Yang berikut ialah senarai kod aktif nama mata wang rasmi ISO 4217:

KodNo.E[1]Mata wangLokasi yang menggunakan mata wang ini
AED7842Dirham Emiriah Arab BersatuEmiriah Arab Bersatu
AFN9712Afghani AfghanistanAfghanistan
ALL0082LekAlbania
AMD0510Dram ArmeniaArmenia
ANG5322Guilder Antillen BelandaAntillen Belanda
AOA9731KwanzaAngola
ARS0322Peso ArgentinaArgentina
AUD0362Dolar AustraliaAustralia, Wilayah Antartik Australia, Pulau Krismas, Kepulauan Cocos (Keeling), Pulau Heard dan Kepulauan McDonald, Kiribati, Nauru, Pulau Norfolk, Tuvalu
AWG5332Guilder ArubaAruba
AZN9442Manat AzerbaijanAzerbaijan
BAM9772Mark boleh tukarBosnia dan Herzegovina
BBD0522Dolar BarbadosBarbados
BDT0502Taka BangladeshBangladesh
BGN9752Lev BulgariaBulgaria
BHD0483Dinar BahrainBahrain
BIF1080Franc BurundiBurundi
BMD0602Dolar BermudaBermuda
BND0962Ringgit BruneiBrunei, Singapura
BOB0682BolivianoBolivia
BOV9842Mvdol Bolivia (kod wang)Bolivia
BRL9862Real BrazilBrazil
BSD0442Dolar BahamasBahamas
BTN0642NgultrumBhutan
BWP0722PulaBotswana
BYR9740Ruble BelarusBelarus
BZD0842Dolar BelizeBelize
CAD1242Dolar KanadanKanada
CDF9762Franc CongolaisRepublik Demokratik Congo
CHE9472Euro WIR (mata wang pelengkap)Switzerland
CHF7562Franc SwitzerlandSwitzerland, Liechtenstein
CHW9482Franc WIR (mata wang pelengkap)Switzerland
CLF9900Unidad de Fomento (kod wang)Chile
CLP1520Peso ChileChile
CNY1561Yuan ChinaChina (tanah besar)
COP1700Peso ColombiaColombia
COU9702Unidad de Valor RealColombia
CRC1882Colon Costa RicaCosta Rica
CUP1922Peso CubaCuba
CVE1322Escudo Tanjung VerdeTanjung Verde
CZK2032Koruna CzechRepublik Czech
DJF2620Franc DjiboutiDjibouti
DKK2082Krone DenmarkDenmark, Kepulauan Faroe, Greenland
DOP2142Peso DominicaRepublik Dominica
DZD0122Dinar AlgeriaAlgeria
EEK2332KroonEstonia
EGP8182Paun MesirMesir
ERN2322NakfaEritrea
ETB2302Birr HabsyahHabsyah
EUR9782euro20 negara Kesatuan Eropah, Andorra, Monaco, San Marino, Vatican (lihat eurozon); Kosovo, Montenegro.
FJD2422Dolar FijiFiji
FKP2382Paun Kepulauan FalklandKepulauan Falkland
GBP8262Paun sterlingUnited Kingdom, Wilayah tanggungan Mahkota (Pulau Man dan Kepulauan Channel), sesetengah Wilayah Luar Negeri British (Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan, Wilayah Antartik British dan Wilayah Lautan India British)
GEL9812LariGeorgia
GHS9362CediGhana
GIP2922Paun GibraltarGibraltar
GMD2702DalasiGambia
GNF3240Franc GuineaGuinea
GTQ3202QuetzalGuatemala
GYD3282Dolar GuyanaGuyana
HKD3442Dolar Hong KongKawasan Pentadbiran Khas Hong Kong
HNL3402Lempira HondurasHonduras
HRK1912Kuna CroatiaCroatia
HTG3322Gourde HaitiHaiti
HUF3482ForintHungary
IDR3600Rupiah IndonesiaIndonesia
ILS3762Sheqel baharu IsraelIsrael
INR3562Rupee IndiaBhutan, India
IQD3680Dinar IraqIraq
IRR3640Rial IranIran
ISK3520Krona IcelandIceland
JMD3882Dolar JamaicaJamaica
JOD4003Dinar JordanJordan
JPY3920Yen JepunJepun
KES4042Shilling KenyaKenya
KGS4172SomKyrgyzstan
KHR1160RielKemboja
KMF1740Franc ComorosComoros
KPW4080Won Korea UtaraKorea Utara
KRW4100Won Korea SelatanKorea Selatan
KWD4143Dinar KuwaitKuwait
KYD1362Dolar Kepulauan CaymanKepulauan Cayman
KZT3982TengeKazakhstan
LAK4180KipLaos
LBP4220Paun LubnanLubnan
LKR1442Rupee Sri LankaSri Lanka
LRD4302Dolar LiberiaLiberia
LSL4262Loti LesothoLesotho
LTL4402Litas LithuaniasLithuania
LVL4282Lats LatviaLatvia
LYD4343Dinar LibyaLibya
MAD5042Dirham MaghribiMaghribi, Sahara Barat
MDL4982Leu MoldovaMoldova
MGA9690.7Malagasy ariaryMadagascar
MKD8072Denar MacedoniaMacedonia Utara
MMK1040KyatMyanmar
MNT4962TugrikMongolia
MOP4461PatacaKawasan Pentadbiran Khas Macau
MRO4780.7OuguiyaMauritania
MUR4802Rupee MauritiusMauritius
MVR4622RufiyaaMaldives
MWK4542KwachaMalawi
MXN4842Peso MexicoMexico
MXV9792Unidad de Inversion Mexico (UDI) (kod wang)Mexico
MYR4582RinggitMalaysia
MZN9432MeticalMozambique
NAD5162Dolar NamibiaNamibia
NGN5662NairaNigeria
NIO5582Cordoba oroNicaragua
NOK5782Krone NorwayNorway, Pulau Bouvet, Queen Maud Land, Pulau Peter I
NPR5242Rupee NepalNepal
NZD5542Dolar New ZealandKepulauan Cook, New Zealand, Niue, Pitcairn, Tokelau
OMR5123Rial OmanOman
PAB5902Balboa PanamaPanama
PEN6042Nuevo solPeru
PGK5982KinaPapua New Guinea
PHP6082Peso FilipinaFilipina
PKR5862Rupee PakistanPakistan
PLN9852ZłotyPoland
PYG6000GuaraníParaguay
QAR6342Riyal QatarQatar
RON9462Leu baharu RomaniaRomania
RSD9412Dinar SerbiaSerbia
RUB6432Rubel RusiaRusia, Abkhazia, Ossetia Selatan
RWF6460Franc RwandaRwanda
SAR6822Riyal SaudiArab Saudi
SBD0902Dolar Kepulauan SolomonKepulauan Solomon
SCR6902Rupee SeychellesSeychelles
SDG9382Paun SudanSudan
SEK7522Krona SwedenSweden
SGD7022Dolar SingapuraSingapura, Brunei
SHP6542Paun Saint HelenaSaint Helena
SLL6940LeoneSierra Leone
SOS7062Shilling SomaliaSomalia
SRD9682Dolar SurinameSuriname
SSP7282Paun Sudan SelatanSudan Selatan
STD6780DobraSão Tomé dan Príncipe
SYP7602Paun SyriaSyria
SZL7482LilangeniSwaziland
THB7642BahtThailand
TJS9722SomoniTajikistan
TMT9342ManatTurkmenistan
TND7883Dinar TunisiaTunisia
TOP7762Pa'angaTonga
TRY9492Lira TurkiTurki, Cyprus Utara
TTD7802Dolar Trinidad dan TobagoTrinidad dan Tobago
TWD9011Dolar New TaiwanTaiwan dan pulau-pulau lain di bawah kuasa berkesan Republik China (ROC)
TZS8342Shilling TanzaniaTanzania
UAH9802HryvniaUkraine
UGX8000Syiling UgandaUganda
USD8402Dolar ASSamoa Amerika, Wilayan Lautan India British, Ecuador, El Salvador, Guam, Haiti, Kepulauan Marshall, Micronesia, Kepulauan Mariana Utara, Palau, Panama, Puerto Rico, Timor-Leste, Kepulauan Turki dan Caicos, Amerika Syarikat, Kepulauan Virgin, Bermuda (serta juga Dolar Bermuda)
USN9972Dolar Amerika Syarikat (hari berikut) (kod wang)Amerika Syarikat
USS9982Dolar Amerika Syarikat (hari sama)) (kod wang)Amerika Syarikat
UYU8582Peso UruguayUruguay
UZS8602Som UzbekistanUzbekistan
VEF9372Venezuelan bolívar fuerteVenezuela
VND7040Dồng VietnamVietnam
VUV5480VatuVanuatu
WST8822Tala SamoaSamoa
XAF9500Franc CFA Afrika TengahCameroon, Republik Afrika Tengah, Congo, Chad, Guinea Khatulistiwa, Gabon
XAG961.Perak(satu auns troy)
XAU959.Emas(satu [[auns troy])
XBA955.Unit Komposit Eropah(EURCO, unit pasaran bond)
XBB956.Unit Mata Wang Eropah(E.M.U.-6, unit pasaran bond))
XBC957.Unit Akaun Eropah 9(E.U.A.-9, unit pasaran bond))
XBD958.Unit Akaun Eropah 17(E.U.A.-17, unit pasaran bond)
XCD9512Dolar Caribbean TimurAnguilla, Antigua dan Barbuda, Dominica, Grenada, Montserrat, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines
XDR960.Hak Pengeluaran KhasKumpulan Wang Antarabangsa
XFUNil.Franc UIC (mata wang penempatan khas)International Union of Railways
XOF9520Franc CFA Afrika BaratBenin, Burkina Faso, Ivory Coast, Guinea-Bissau, Mali, Niger, Senegal, Togo
XPD964.Paladium(satu auns troy)
XPF9530Franc CFPPolynesia Perancis, New Caledonia, Wallis dan Futuna
XPT962.Platinum(satu auns troy)
XTS963.Kod yang disimpan untuk tujuan pengujian
XXX999.Tiada mata wang
YER8860Rial YamanYaman
ZAR7102Rand Afrika SelatanAfrika Selatan
ZMK8940KwachaZambia
ZWL9322Dolar ZimbabweZimbabwe

Lihat juga

  • Senarai mata wang dalam edaran
  • Mata wang
  • Jadual kadar pertukaran sejarah
  • Senarai topik perdagangan antarabangsa
  • SWIFT dan kod SWIFT

Rujukan

Pautan luar

Penukaran mata wang