Pergi ke kandungan

Zizan Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zizan Raja Lawak)
Zizan Razak
زيزان رزاق
Zizan pada 2013.
Kelahiran
Mohd Razizan bin Abdul Razak

(1979-04-15) 15 April 1979 (umur 45)
Nama lainZizan Raja Lawak, Zizan Razak
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah, penerbit
Tahun aktif2007–kini
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem, muzik
GenreKomedi, sketsa
SubjekPeristiwa semasa, budaya pop
Hasil karya dan peranan
AhliJozan
Kerjaya muzik
GenreHip hop
InstrumenRap, vokal
Syarikat rakaman
Rocketfuel Entertainment
Pengkarya berkait
Dina Nadzir, Zain Hamid, Kaka Azraff, Altimet, SonaOne, Melda Ahmad, Hannah Delisha

Mohd Razizan Abdul Razak (Jawi: محمد رازيزن عبدالرازق lahir April 15 1979) ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah dan penerbit Malaysia.[1] Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak. Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk kumpulan Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga telah memperluaskan bidang kerjanya iaitu pengacaraan dan nyanyian.

Zizan terkenal dengan peranan lakonannya di layar lebar termasuk filem komedi adiwira Kapoww!!: Atoi The Ajaib Boy (2010), aksi jenayah KL Gangster (2011–13), komedi seram Hantu Bonceng (2011), Mael Lambong (2012), komedi pasca-apokaliptik KL Zombi (2013), Abang Long Fadil (2014–22) dan Polis EVO (2015–23). Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2013.

Kehidupan awalsunting sumber

Zizan dilahirkan pada 15 April 1984 di Dungun, Terengganu dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik, beliau mempunyai seorang abang. Zizan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjayasunting sumber

Televisyensunting sumber

Beliau mencipta kemasyhuran dengan menjadi salah seorang peserta Raja Lawak Astro musim pertama, sekaligus menjadi naib juara Raja Lawak Astro musim pertama bersama Johan. Melalui rancangan inilah beliau dikenali sebagai "Zizan Raja Lawak". Beliau juga mengambil bahagian dalam Maharaja Lawak, yang merupakan siri kedua pertandingan untuk finalis setiap musim Raja Lawak. Dalam rancangan itu, beliau digandingkan bersama Johan. Mereka dikenali sebagai Jozan.[2][3] Mereka berdua mengacarakan rancangan bual bicara santai dengan menggunakan nama kumpulan ini, yang bertahan selama satu musim, sebelum kembali untuk musim kedua. Zizan juga menjuarai Super Spontan All Star sebanyak dua kali.[4] Zizan juga pernah digandingkan bersama Sherry Ibrahim menerusi drama komedi Chapalrela yang bersiaran di Astro Warna.[5]

Zizan memegang watak sebagai Sunny, seorang bapa ayam yang bertanggungjawab memisahkan Kenji dan ibunya, Cuwie (Dira Abu Zahar) dalam telefilem Karlos Bolos yang bersiaran pada Hari Raya Aidilfitri 2013, dibintangi oleh Johan As'ari dan Syazwan Zulkifly.[6] Ini merupakan pertama kali Zizan menjayakan watak serius dalam kerjaya lakonannya. Beliau bersama Shaheizy Sam kembali bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar menerusi telefilem Baby Bro! yang turut menampilkan Izara Aishah dan Qistina Raisah. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[7][8][9]

Filemsunting sumber

Zizan memulakan kerjaya filemnya menerusi filem Duhai Si Pari-pari (2009) arahan Azmi Hatta lakonan Liyana Jasmay, yang mana beliau membuat penampilan khas. Beliau juga mempunyai peranan sama dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (2010). Zizan menjayakan peranan utama sebagai Atoi dalam filem aksi komedi adiwira Kapoww!! arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan yang turut dibintangi oleh Lisa Surihani sebagai Siti Nurhasnita.[10][11]

Pada 9 Jun 2011, Zizan menjadi tunjang utama filem aksi jenayah yang meraih kutipan pecah panggung KL Gangster arahan Syamsul Yusof lakonan Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan dan Syamsul; Beliau menjayakan peranan Fadil, seorang samseng dan rakan karib Malek.[12] Beliau kembali menjayakan peranannya dalam prekuelnya yang ditayangkan pada 3 Oktober 2013.[13]

Zizan memegang watak sebagai Amran, seorang budak penghatar piza yang gemar berlumba motor drag secara haram dalam filem aksi komedi seram Hantu Bonceng yang menggandingkan beiau bersama Juliana Evans yang memegang dua watak—Ayu dan Maya. Filem ini ditayangkan pada 31 Ogos 2011, bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54.[14][15] Persembahannya dalam filem ini melayakkan Zizan memenangi Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012. Zizan meminjamkan suaranya bagi watak seekor kura-kura bernama Nico dalam filem komedi romantik Cinta Kura Kura arahan Nizam Zakaria lakonan Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel.[16] Zizan kembali meneruskan kerjasamanya bersama Syamsul menerusi filem Jalan Kembali: Bohsia 2 yang ditayangkan pada 7 Jun 2012; beliau memegang watak sebagai Ejan.[17]

Beliau menjadi bintang utama bersama Siti Saleha, Izara Aishah dan Usop Wilcha di dalam filem komedi pasca-apokalips adaptasi dari novel Zombijaya karya Adib Zaini terbitan Buku Fixi, KL Zombi arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada 29 Ogos 2013[18] mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun, segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukarkan manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur.[19] Gandingan beliau bersama Siti telah melayakkan beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 bagi Gandingan Serasi di Layar Lebar.[20]

Zizan kembali menjayakan peranannya sebagai Fadil dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof.[21] Filem ini merupakan terbitan turunan daripada KL Gangster arahan Syamsul Yusof dan ia menjadi satu-satunya filem lakonan beliau bagi 2014.[22] Zizan melengkapkan portfolio kerjaya filemnya pada 2015 dengan menjayakan peranan utama sebagai Man dan Cicak-Man dalam filem Cicakman 3[23][24] arahan Yusry KRU dan arahan bersama oleh Ghaz Abu Bakar, yang menemui penonton di pawagam pada 12 Mac 2015, beliau menggantikan Saiful Apek yang berlakon dalam dua filem terdahulu, filem ini menggandingkan beliau bersama Lisa Surihani yang memegang watak sebagai Linda, isteri kepada Man/Cicakman.[25]

Zizan membintangi filem aksi komedi Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar dengan melakonkan watak sebagai Inspektor Sani, filem ini turut dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Nora Danish. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan daripada penonton sekaligus meraih kutipan kasar RM 18 juta,[26] malah turut menjadi antara 10 carian terbanyak[27] serta filem dengan carian terbanyak di Google Malaysia untuk bulan September 2015.[28][29]

Beliau sekali lagi menjayakan peranan utamanya dalam filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada 24 Ogos 2017.[30] Beliau mengakui kejayaan Abang Long Fadil 2 bukan hanya beliau seorang sahaja, tetapi semua wargakerja termasuk pengarahnya, Syafiq Yusof.[31]

Zizan merupakan antara pelakon yang menjayakan filem animasi Wheely arahan Yusry Abdul Halim yang ditayangkan pada 16 Ogos 2018; Zizan menyumbangkan suaranya untuk watak Wheely.[32] Zizan dan Sam kembali menjayakan semula watak utama mereka dalam kesinambungan filem Polis Evo yang ditayangkan pada 22 November 2018,[33][34][35] dan Abang Long Fadil 3 yang kini menjalani pos-produksi.[36][37][38]

Zizan kembali beraksi dalam filem Bikers Kental 2, kesinambungan dari filem 2013 dengan judul sama yang dijangka akan ditayangkan pada 14 Mac 2019.[39][40] Ia telah diumumkan pada September 2019 bahawa beliau bersama Shaheizy Sam menjayakan kembali watak mereka masing-masing dalam Polis EVO 3 arahan Syafiq Yusof.[41][42]

Muziksunting sumber

Selain menjadi pelakon dan pelawak, Zizan juga berbakat dalam bidang muzik. Pada tahun 2011, beliau merakamkan single solo sulungnya bertajuk "Selamat Tinggal" yang menampilkan Dina Nadzir yang dirakam dan digunakan untuk lagu latar semasa sesi penyingkiran dalam rancangan Raja Lawak Astro.[43] Zizan memulakan kolaborasi sulungnya bersama penyanyi Kaka Azraff dan seterusnya muncul bersama lagu "Bawaku Pergi" hasil nukilan Malique, bekas penyanyi kumpulan Too Phat. Lagu ini menjadi kontroversi kerana ia mengandungi lirik yang berbaur hasutan yang menggalakkan remaja keluar dari rumah, sehingga isu ini dibangkitkan di Parlimen.[44][45][46]

Beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Kaka menerusi lagu "Infiniti Cinta" yang dicipta oleh Audi Mok dan Omar K serta lirik ditulis oleh Zizan sendiri.[47] Muzik videonya dilancarkan pada 25 September 2013 dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.[48][49] "Infiniti Cinta" berjaya mara ke saingan Separuh Akhir dalam rancangan Muzik-Muzik yang berlangsung pada 21 November 2014.[50] Selain itu, Zizan turut menyumbangkan suaranya untuk muzik dan runut bunyi Abang Long Fadil 2 menerusi lagu "Kaki Licik".[51] Pada 16 Mac 2018, Zizan muncul dengan single terbarunya "Kita OK" di bawah syarikat Rocketfuel Entertainment.[52][53] Zizan melancarkan single terbarunya, "Kau Takkan Tahu" pada 8 Ogos 2018[54][55][56] dengan duet bersama Melda Ahmad.[57][58]

Cabang lainsunting sumber

Dengan kejayaannya dalam bidang seni hiburan, Zizan menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Pada 26 Oktober 2013, beliau bersama rakan kongsinya, Rostam Affendy Abd Rahim membuka sebuah restoran burger yang diberi nama Burgerbyte yang mempunyai tiga cawangan yang beroperasi di Sentul, Senawang dan Damansara.[59][60][61] Zizan berkata dalam temuramah bersama wartawan: "Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais."[62] Di bawah syarikat miliknya, Zizan Group Sdn. Bhd, Zizan telah menubuhkan kedai serbaneka miliknya, Zizan Mart dengan cawangan pertamanya dibuka di Kota Bharu, Kelantan pada 18 Ogos 2015.[63][64] Majlis perasmian Zizan Mart disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood.[65]

Kehidupan peribadisunting sumber

Zizan merupakan seorang yang bujang.[66][67] Beliau sebelum ini pernah dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon Emma Maembong sekitar 2011.[68] Media Hiburan melaporkan melalui sebuah portal hiburan, ibu kepada Zizan telah mendedahkan bahawa hubungan rapat antara anaknya dengan Emma telah terjalin dan mengakui sebelum ini Emma pernah berkunjung ke rumahnya.[68] Mereka berdua memutuskan hubungan cinta pada awal 2015.[69][70] Zizan mengakui banyak melakukan kesilapan sepanjang percintaannya dengan Emma sehingga menyebabkan perpisahan mereka. Tidak lama kemudian, Zizan telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan mereka berdua kembali berdamai di laman Instagram miliknya.[71]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Juliana Evans yang dikenalinya ketika sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng pada 2012.[72][73] Pada 17 Mac 2015, Zizan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Putrajaya dan berada dalam keadaan selamat.[74]

Zizan dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara Mira Filzah, ketika sama-sama mengacarakan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 pada 2016. Namun kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa, malah Zizan menegaskan beliau tiada hubungan istimewa dengan Mira.[75][76][77][78][79]

Nenek Zizan, Zainoon Abdullah meninggal dunia pada 4 Oktober 2020.[80][81][82]

Kontroversisunting sumber

Kes saman oleh pengurus peribadisunting sumber

Pada 30 September 2014, Zizan berdepan dengan isu ketetapan perundangan apabila pembantu peribadinya, Marina Juki memfailkan kes saman terhadapnya di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil berhubung pembekuan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd untuk satu tempoh yang lama. Marina mendakwa menanggung kerugian besar kerana artis-artis di bawah naungan syarikat Wire Fame termasuk Zizan tidak berminat lagi menyambung kontrak kerana pembekuan akaun syarikat itu menunjukkan syarikat itu berdepan dengan masalah. Dalam saman itu beliau menamakan Maybank Islamic Berhad, Zizan dan Wire Fame sebagai defendan pertama hingga ketiga.[83] Pada 5 November, Marina memfailkan saman kedua di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil terhadap Zizan atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani antara Zizan, Wire Fame dan plaintif (Marina) pada 3 Mei 2011 iaitu Zizan telah bersetuju melantiknya sebagai pengurus peribadi dan perjanjian itu untuk tempoh empat tahun dan akan tamat pada 2 Mei 2015. Pada Januari 2015, Zizan dan bekas pengurusnya gagal menyelesaikan saman itu di luar mahkamah.[84][85] Kes saman terhadap beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari 2015.[86] Perbicaraan kes saman beliau difailkan pada 10 Ogos.[87]

Filemografisunting sumber

Filemsunting sumber

TahunTajukWatakCatatan
2009Duhai Si Pari-pariPenyamunFilem pertama, penampilan khas
2010Lu Pikirlah Sendiri de MovieZizan
KapowwAtoi
2011KL GangsterFadil
Hantu BoncengAmran
2012Cinta Kura KuraNico (suara)
Jangan Pandang-PandangAjis
Uncle UsinSpy 13
Jalan Kembali: Bohsia 2Ejan
Mael LambongMael Lambong
Baik GilerApit
Untuk Tiga HariRemy
Hantu KapcaiAjib
2013Bikers KentalBidin Al-Zaifa
Ken and Mary: The Asian Truck ExpressFilem Jepun
KL ZombiNipis
KL Gangster 2Fadil
TokanMat Labi
2014Abang Long FadilFadil
2015Werewolf Dari BangladeshPilun
Cicakman 3Man/Cicak Man
Polis EVOHassani / Inspektor Sani
RembatMr Baby
2017Abang Long Fadil 2Fadil
2018WheelyWheely (suara)
Kesempatan KedudaKenFilem Indonesia
Polis EVO 2Hassani / Inspektor Sani
2019Bikers Kental 2Bidin Al-Zaifa
WiraSamseng 1
2020Bulan dan Pria TerhebatHaris
2021Hantu Bonceng 2.0Amran
Rumah Madu Ku BerhantuSaufi
2022RompakAshraf
JuangHafiq
Abang Long Fadil 3Fadil & Jefri
2023Polis EVO 3Hassani / Inspektor SaniJuga sebagai penerbit eksekutif bersama
Merewang Keluarga Pak AwangDol
2024Baik Punya Ah LongAloy
TBABulan dan Pria Terhebat 2HarisDalam perancangan

Televisyensunting sumber

TahunTajukPerananSaluran TV
2008–2009BolosPengacaraAstro Ria
2009–2011Jozan ShowPengacara bersama Johan Raja LawakAstro Prima
2009Funniest Pets & PeoplesPengacaraAstro Ceria
LawaKingPelbagai watakAstro Prima
2010–2014MelodiPengacara bersama Dira Abu Zahar (2010 - 2012)
Awal Ashaari (2012 - 2017)
TV3
2011Zizan ShowPengacaraAstro Warna
Konsert LawakTetamu bersama Johan
2011–2012Oh Yeah!Pelbagai
2012Berita HangitMubarak Mendung
2013Akademi Fantasia 2013Pengacara bersama Hanis ZalikhaAstro Ria
2014Jejak JepunPengacara
Akademi Fantasia 2014Pengacara bersama Faizal Ismail
2015Akademi Fantasia 2015
Anugerah Industri Muzik ke-21
2016Akademi Fantasia 2016Pengacara bersama Alif Satar
2017Festival Filem Malaysia ke-29Pengacara bersama Siti Elizad
2018Jozan LivePengacara bersama Johan & PU AzmanAstro Warna
Lawak Bos-BosPengacara
2019Ceria Megastar MinistarJuri TetapAstro Ceria
2020Stage 104PengacaraAstro Ria
2020–2022, 2023–kiniThe Masked Singer MalaysiaJuriAstro Warna
2022–kiniMeleTOPPengacara jemputanAstro Ria
2022Ceria Popstar Xtra 2022Juri jemputanAstro Ceria
2023Mega SpontanMentorAstro Warna
Battleground Malaysia: Road to GoldJuriAstro Ria
2024Gempak Most Wanted Awards 2023Pengacara bersama Sherry Alhadad, Sean Lee & Amelia Henderson
Healing with ZizanPengacara
The Hardest Singing ShowJuri

TV realitisunting sumber

TahunTajukPerananKumpulanSaluran TVKeputusan
2007Raja Lawak AstroPesertaAstro RiaNaib Juara
2008–2013Raja Lawak AstroPengacara bersama JohanAstro Prima & Astro Warna
2010SpontanPesertaAstro Warna
2009–2010Redah Kasi Pecah
2010Jangan Lupa Lirik: Raya Raya Raya!!Astro Ria
Anda Ada 60 SaatAstro Warna
2011Maharaja LawakPesertaJozanNaib Juara
Mega RayaAstro Ria
2012Super Spontan 2012PesertaAngsa GanasAstro WarnaJuara
Clever! Edisi MalaysiaAstro TVIQ
Maharaja Lawak Mega 2012PesertaJozanAstro WarnaJuara
Lawak Ke Der?
2013Lawak Ke Der? 2
Aaron & Zizan: Raya Sampai PengsanPengacara bersama Aaron AzizAstro Ria
2014Maharaja Lawak Mega 2014PesertaVirusAstro WarnaTersingkir di separuh akhir
Aaron & Zizan: Raya Seram SejukPengacara bersama Aaron AzizAstro Ria
2015Super Spontan All StarsPesertaSilat DongibabAstro WarnaJuara
2017Lawak Ke Der Tak Cover Line EP01Artis Jemputan
2023Spontan Balik RayaPenerbit Eksekutif
Sayang Ajar Masak 2Artis Jemputan bersama Hawa RizwanaAstro Gempak

Dramasunting sumber

TahunTajukWatakSaluran TV
2008GaiaGaiaAstro Ria
2010ChapalrelaAnjang MerahAstro Warna
2022AI.5YAJehanViu
2023Super WiraAwang BungaAstro Ceria
TBAKau Takdirkan BersamaTengku LuqmanTV3

Telefilemsunting sumber

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2008Joe & FaridaAstro RiaTelefilem pertama
2009Geng Raya ZizanZizan
Hang Pa Lah Hang 2UdinAstro Prima
2010Nak Balik RayaAstro Prima
Odisi Raya MJ
Drogba & RooneyRooney
2011Cintaku 120KM/JRahmatTV3
2013Karlos BolosSyafie
Nama Aku BengKamalAstro Ria
Oh My English!: Oh My Ganu!Zizang bin OthmanAstro TVIQ
2014Hantu SelfieSalehAstro Ria
2015Hantu Wefie
Strawberi & Karipap Hello Gold CoastAstro First Eksklusif
2016Oh My English!: Oh My Ganu! 2Zizang bin OthmanAstro TVIQ
Angin CintaKKAstro First Eksklusif
2017Jula Juli Bintang CintaDaniAstro Citra
Jula Juli Bintang Putus CintaDani
Baby BroShamAstro First Eksklusif
2018Misteri MariaIlhamntv7
2019Saya Jual Ye BangAminAstro First Eksklusif
2021Lagenda Puteri BulanAstro Ceria
Perfect RayaImanAstro Ria
2022Damak Si KubaPok Chek
Kerusi KecilTV1
2023Raya Sebagai IsteriHaidarAstro Ria
Heist- Dil FitriIbrahimSebagai pengarah dan penerbit
Heist- Dil Adha
2024Awak Terlalu Ganu Untuk SayaMateenAstro Warna
TBAKau Takdirkan Bersama RayaTengku LuqmanTV3

Muzik videosunting sumber

TahunTajuk laguPenyanyiRuj.
2012"Aku Maafkan Kamu"Malique (menampilkan Dato' Jamal Abdillah)[88]

Diskografisunting sumber

Single
TahunTajukPenyanyi undanganCatatanRuj.
2011
"Selamat Tinggal"
Dina Nadzir
"Anggun"
Altimet dan Zain Hamid
2012
"Bawaku Pergi"
Kaka Azraff
2013
"Infiniti Cinta"
2014
"Cobaan"
"Adiwiraku"
KRU
2015
"Opss! Aku Dah Ter.. "
Cat Farish & Tiga Swagger ft. Zizan Razak & Echa
2017
"Chentaku"
SonaOne
"Kaki Licik"
Salah satu OST Abang Long Fadil 2[89]
"Baby Bro"
Hannah DelishaOST Baby Bro[90]
2018
"Kita OK"
"Kau Takkan Tahu"
Melda Ahmad
2019
"Berserah"
Ismail Izzani[91]
2022
"Payung"
Elizabeth TanOST Abang Long Fadil 3
2023
"Assalamualaikum 2023"
Faizal Tahir & Hael Husaini (menampilkan Elly Mazlein, Zizi Kirana, Ara Johari & Dato' Hattan, All Stars Gegar Vaganza)Buatan semula "Assalamualaikum" nyanyian asal Faizal Tahir untuk Palestin

Kejayaansunting sumber

Anugerah dan pencalonansunting sumber

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2009Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009Artis Komedi Lelaki PopularDirinya sendiriTercalon
2010Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010Artis Komedi Lelaki PopularTercalon
Anugerah Shout! 2010Favourite TV Personality AwardMenang
2011Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011Artis Komedi Lelaki PopularMenang
2012Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012Pengacara TV Lelaki PopularMenang
Anugerah Shout! 2012Best On Screen Chemistry AwardZizan & JohanMenang
Favourite TV Personality AwardDirinya sendiriMenang
Anugerah BlokbusterAnugerah Hero TerhebatDirinya sendiri (Hantu Bonceng)Menang
2013Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013Artis Komedi Lelaki PopularDirinya sendiriMenang
Pengacara TV Lelaki PopularTercalon
Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon
Gandigan Di Layar Serasi (bersama "Johan Raja Lawak")Zizan & JohanMenang
Artis Asia Paling PopularDirinya sendiriMenang
Artis Lelaki Paling StailoMenang
Artis Berpengaruh Di Laman Media SosialMenang
Anugerah Shout! 2013Best On Screen Chemistry AwardZizan & JohanMenang
Favourite TV Personality AwardDirinya sendiriMenang
Anugerah Blokbuster 2Anugerah Hero TerhebatDirinya sendiri (Hantu Kapcai)Menang
Anugerah Lawak Warna 2013Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)Dirinya sendiriMenang
Artis Lawak Lelaki Paling PopularTercalon
2014Anugerah MeleTOP Era 2014Pemenang Artis Top Top MeleTOPMenang
Anugerah Khas Meletop WechatMenang
Lagu MeletopInfiniti Cinta (Zizan Razak & Kaka)Tercalon
Kumpulan/Duo MeletopZizan Razak & KakaTercalon
Bintang Siber MeletopDirinya sendiriMenang
Fesyen MeletopMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014Artis Filem Lelaki PopularTercalon
Artis Komedi Lelaki PopularTercalon
Anugerah Lawak Warna 2014Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)Dirinya sendiri (Bikers Kental)Tercalon
Artis Lawak Lelaki Paling PopularDirinya sendiriTercalon
2015Anugerah MeleTOP Era 2015Bintang Filem MeletopDirinya sendiri (Abang Long Fadil)Tercalon
Artis Lawak MeletopDirinya sediriTercalon
Drama TV MeletopHantu SelfieTercalon
Pelakon TV MeletopDirinya sendiri (Hantu Selfie)Tercalon
Grup/Duo MeletopInfiniti Cinta (Zizan Razak & Kaka)Tercalon
Hos TV MeletopDirinya sendiri (Konsert Akhir Akademi Fantasia 2014)Tercalon
Bintang Online MeletopDirinya sendiriTercalon
Fesyen MeletopTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015Artis Komedi Lelaki PopularTercalon
Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon
Pengacara TV Lelaki PopularTercalon
Artis Lelaki StailoTercalon
Anugerah Lawak Warna 2015Pengacara Lawak TV Paling PopularTercalon
2016Anugerah MeleTOP Era 2016Bintang Filem MeleTOPDirinya sendiri (Polis EVO)Menang
Hos MeleTOPDirinya sendiri (Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015)Tercalon
Bintang Online MeleTOPDirinya sendiriTercalon
Festival Filem Malaysia ke-28Pelakon Lelaki TerbaikDirinya sendiri (Polis EVO)Tercalon
Anugerah MelodiPersonaliti Filem MelodiDirinya sendiriMenang
Personaliti Sosial MediaTercalon
Personaliti Sensasi MelodiTercalon
2017Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Artis Komedi PopularMenang[92]
2018Anugerah MeleTOP Era 2018Artis Lawak MeletopMenang
Fesyen MeletopTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018Artis Versatil PopularTercalon
Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon
Artis Komedi PopularMenang
Pasangan Serasi Filem (bersama Tania Hudson)Tercalon
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023Aktor Filem PopularTercalon
Artis Komedi PopularTercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Daiyan Trisha)Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Elizabeth Tan)Tercalon

Rujukansunting sumber

Pautan luarsunting sumber

🔥 Top keywords: Aku Bukan UstazahPedofiliaLaman UtamaRacun RihannaErysha EmyraKhas:CariTakdir Itu Milik AkuMetilena biruPeribahasa MelayuRuhainiesNoniswaraMuhamad Akmal SalehUndang Luak RembauMK K-CliqueKhas:Perubahan terkiniSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMalang Si PuteriUndang (Negeri Sembilan)Puaka Cuti SemesterInna lillahi wa inna ilaihi raji'unHari WesakYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarEkosistemFitopemulihanMandi wajibBumiputeraPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaShaza BaeMalaysiaSheriff: Narko IntegritiQistina KhaledPeristiwa 13 MeiPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaDarurat Tanah MelayuNabi Muhammad SAWAnwar IbrahimUniversiti Teknologi MARA