Rap

Rap ialah satu daripada empat elemen budaya hip-hop. Rap merupakan teknik vokal berkata-kata dengan cepat, sementara pelaku atau penyanyi ia disebut penyanyi rap (bahasa Inggeris: rapper). Nyanyian rap diiringi oleh DJ dan sebuah kugiran; biasanya penyanyi rapini sering membuat persembahan secara bersendirian, namun ada juga rapper yang menjadi anggota kugiran (misalnya: Mike Shinoda daripada Linkin Park).

Ia sangat berkait rapat dengan budaya orang keturunan Afrika di Amerika Syarikat sehingga seni ini lazimnya dominan dalam kalangan bangsa tersebut, lagi-lagi yang berasal dari kawasan kurang terbangun kota-kota negara tersebut, namun ia semakin lama semakin diterima dalam kalangan warga kulit putih senegara yang turut menceburi bidang ini seperti Eminem, Macklemore, dan Pitbull.

Sejarah

Perkataan rap itu daripada bahasa Inggeris yang memberi maksud "mengucap dengan tajam atau rancak" (to utter sharply or vigorously).[1] Menurut Shorter Oxford English Dictionary, takrifan ini mula didapati seawal 1541.[2] Dictionary of American Slang karya bersama Wentworth dan Stuart Berg Flexner tahun 1932 menakrifkan ia sebagai "bercakap dengan, mengenalpasti" (to speak to, recognize, or acknowledge acquaintance with someone)[3] serta "berbicara secara terbuka dan jujur" (to converse, esp. in an open and frank manner).[4] Perkataan repartee turut mempengaruhi pemahaman dan perlaihan perkataan "rap" sebagai suatu penyampaian lisan yang tersendiri.[5]

Rap mula dipakai dalam konteks bersajak digandingkan dengan rakaman seawal tahun 1971 melalui album Black Moses oleh Isaac Hayes - misalnya contoh "Ike's Rap", "Ike's Rap II", "Ike's Rap III" dan seterusnya.[6] [6] Del the Funky Homosapien turut memberi takrifan gaya percakapan yang tersendiri pada awal 1970-an.[7]

Perkembangan

Rap dapat ditelusuri kembali ke puncanya dari Afrika Barat dengan adanya pembicara khusus iaitu griot (juga jeli, gawlo, guewel) yang sering menyampaikan cerita dan kisah dengan gaya yang berirama selingan gendang dan alat perkusi berjarangan.[8][9][10][11]

Pemasyhuran

Di Nusantara

Rap mula dipopularkan di Malaysia sejajar dengan perkenalan genre hip-hop ke Malaysia terutamanya dengan penerbitan album Canggih oleh KRU yang keluar tahun 1992.[12]

Di Indonesia sendiri musik rap telah berkembang dan menjadi salah satu genre musik yang mendapat perhatian. Musisi-musisi lokal yang karya musik rap atau hip-hopnya telah meramaikan blantika musik Indonesia di antara nya adalah Iwa K, Soul ID, Saykoji, Fade to Black (Bondan Prakoso & Fade 2 Black), Batik Tribe, 8 Ball. Jenis musik terbaru yang ada adalah trip Hop, yaitu perpaduan antara Jazz dan Hip-hop, salah satu musisi Trip Hop Indonesia yang kental unsur Rapnya adalah Aji Kikuta.

Rujukan

Sumber utama

Bacaan lanjut


  • Alan Light; dll. (October 1999). The Vibe History of Hip Hop. Three Rivers Press. m/s. 432. ISBN 0-609-80503-7.
  • Jeff Chang; D.J. Kool Herc (December 2005). Can't Stop Won't Stop: A History of the Hip-Hop Generation. Picador. m/s. 560. ISBN 0-312-42579-1.
  • Sacha Jenkins; dll. (December 1999). Ego Trip's Book of Rap Lists. St. Martin's Griffin. m/s. 352. ISBN 0-312-24298-0.

Templat:Hiphop

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno