Ghaz Abu Bakar

Pengarah dan penerbit Malaysia

Mohd Ghazali bin Abu Bakar (lahir 6 Disember 1974) merupakan seorang pengarah filem, televisyen dan muzik video Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya selama 7 tahun. Beliau juga merupakan bekas pelajar di dalam Sarjana Muda Sc. (Hons) Filem & Animasi di universiti sama. Beliau turut memiliki studio penerbitannya, The Media Hustler.[1]

Ghaz Abu Bakar
Kelahiran
Mohd Ghazali bin Abu Bakar

(1974-12-06) 6 Disember 1974 (umur 49)
Nama lainGhaz
PendidikanSarjana Muda Sc. (Hons) Filem dan Animasi
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia (MMU)
PekerjaanPengarah, penerbit, penulis
Tahun aktif1996–kini

Kehidupan awal

Dilahirkan pada 6 Disember 1974 di Johor Bahru, Johor, Ghaz merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Sc. (Hons) Filem & Animasi di Universiti Multimedia, Cyberjaya.[1] Beliau memulakan kerjaya awalnya dalam bidang perbankan sebelum berhenti untuk menjadi pensyarah di pusat pendidikannya, beliau mengkhususkan dalam bidang multimedia kreatif, terutamanya Penerbitan Multimedia.[1] Semangat untuk muzik dan videografi mendorong beliau untuk mengarahkan video pertama beliau, "Sesucinya Cintamu" yang dipopularkan oleh Anuar Zain. video pertama dihasilkan mendapat sambutan hangat daripada penonton dan juga orang dari industri muzik, kerana perbezaan ketara dalam bercerita.[1] Dari itu, beliau terus membuat lebih banyak video muzik sambil meneruskan kerjaya sebagai pensyarah di universiti.[1]

Kerjaya

Ghaz mengarahkan filem cereka pertamanya, Hantu Kapcai yang ditayangkan pada 27 September 2012 terbitan Showbiz Productions.[2] Filem yang mengisahkan tentang Ajib, seorang mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger. Hantu Kapcai merupakan kejayaan komersial luar biasa, ia berjaya meraih kutipan RM3 juta sekaligus mengatasi kutipan filem animasi Hollywood, Hotel Transylvania lakonan suara Adam Sandler dan Selena Gomez dan filem Looper lakonan Bruce Willis dan Emily Blunt, yang ditayangkan serentak pada tarikh sama. Percubaan sulung Ghaz berjaya membuahkan hasil apabila Hantu Kapcai memenangi Anugerah Blokbuster 2013 bagi kategori Filem Terhebat, Filem Aksi Terhebat, Filem Kelakar Terhebat, Hero Terhebat (Zizan Razak), dan Heroin Baru Terhebat (Neelofa).[3]

Pada tahun 2015, beliau mengarahkan filem Cicakman 3 bersama Yusry KRU. Filem lakonan Zizan Razak dan Lisa Surihani.[4] mengisahkan Man, seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak yang mana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu.[5][6] Filem ini merupakan yang pertama dalam trilogi ini yang menampilkan arahan bersama Yusry dan Ghaz serta hasil terbitan tiga syarikat produksi, KRU StudiosAstro Shaw dan Grand Brilliance.

Beliau mengarahkan filem Polis EVO di mana ia menyaksikan Zizan bekerja di bawah arahan beliau buat kali ketiga dan filem pertama Shaheizy Sam di bawah arahan beliau. Ia berkisarkan dua anggota polis, Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang mempunyai perwatakan yang sangat berlainan tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.[7] Polis EVO merupakan kejayaan komersial di pawagam, menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama lima bulan dengan kutipan sebanyak RM 17.47 Juta,[8] sekaligus melayakkan Ghaz menerima pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-28 bagi Pengarah Terbaik.

Ghaz mengarahkan telefilem komedi Baby Bro! yang dibintangi oleh Zizan Razak, Shaheizy Sam, Izara Aishah dan Qistina Raisah. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[9][10][11]

Kolaborasi

Ghaz mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Zizan Razak dan Yus Murai ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam lima filem.

PelakonHantu Kapcai (2012)Tokan (2013)Suami Aku Ustaz (2015)Polis EVO (2015)Bella & Jamie (2019)Bulan dan Pria Terhebat (2020)Rompak (2022)Jumlah
Zizan Razak N N N N N5
Remy Ishak N1
Izzue Islam N N N3
Hairul Azreen N1
Fizz Fairuz N1
Riz Amin N1
Neelofa N1
Dian P. Ramlee N1
Yus Murai N N N N N5
Liyana Jasmay N N2
Pekin Ibrahim N1
Wan Hanafi Su N N2
Johan As'ari N1
Yank Kassim N N2
Adi Putra N1
Nora Danish N N2
Liza Abdullah N1
Razak Ahmad N1
Norman Hakim N1
Shaheizy Sam N1
Mimi Ernida N N2
Harun Salim Bachik N1
Hushairy Hussein N1
Pablo Amirul N1
Eyka Farhana N1
Fadilah Mansor N1
Juliana Evans N1
Khir Rahman N N2
Bell Ngasri N N2
Dynas Mokhtar N1
Zahirah MacWilson N1
Maya Karin N1
Alif Hadi N1
Didie Alias N1
Rashidi Ishak N1
Marissa Yasmin N1
Daiyan Trisha N1
MK K-Clique N1
Tony Eusoff N1
Niezam Zaidi N1
Ezlynn N1
Azhar Sulaiman N1
Siti Khadijah Halim N1

Filemografi

Filem

TahunTajukDikreditkan sebagaiCatatan
PengarahPenulis
2012Hantu Kapcai Filem arahan pertama
2013Tokan
2015Cicakman 3 Arahan bersama Yusry Abdul Halim
Suami Aku Ustaz
Polis EVO
2019Bella & Jamie Arahan bersama Fairul Nizam Ablah
2020Bulan dan Pria Terhebat
2021Mat Bond Malaya Dirinya sendiri, sebagai pelakon
2022Rompak

Televisyen

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2009Ponti Anak RemajaAstro Ria
Anak Aku Artis
Laila Sari
2010Santau KeramatDoktor
2011Si Tudung TweetTV9
2012Cik Paris Diva KampungAstro Prima
2013NY CintaAstro First Eksklusif
Nama Aku BengAstro Ria
2016Lampu MerahAstro Citra
Angin CintaAstro First Eksklusif
Syahadah Yang HilangAstro Citra
Rumi & JawiAstro PrimaArahan bersama Pali Yahya
2017Baby BroAstro First Eksklusif
2021Black (Musim 2)Viu
2022Kerusi KecilTV1
HilangViuArahan bersama Sein Qudsi
2023Super WiraAstro Ceria

Muzik video

Muzik video arahan
Tajuk muzik videoPenyanyi
"Rempuh"Black & Tomok
"Bukan Hal Aku"Kaka Azraff, Sleeq
Terima Kasih"Kaka Azraff
"Pelangi Senja"Stacy
"Pokok"Meet Uncle Hussain
"Deja Vu"Shila Amzah
"Cinta"Nitrus
"Kisah Hati"Alyah
"Kau Bisu"
"PesananMu"
"Sesal Separuh Nyawa"
"Meluruh"
"Bawaku Terbang"The Fabulous Cats
"Slot Akasia"
"Cinta Kosmik"
"Aku Tak Percaya Cinta"Liyana Jasmay
"Aku Jatuh Cinta"
"Cinta Bersatu"
"Sesucinya Cintamu"Anuar Zain
"Semua Untuk Mu"
"Mungkin"
"Izinku Pergi"Kaer Azami
"Dalam Kenangan"
"Menjelma"
"Kata"Hazami
"Mungkir Bahagia"
"Kasih Maafkan"Dayang Nurfaizah
"Seribu Tahun"Imran Ajmain
"Sindarela"Amylea
"Shine"Datuk Sheila Majid
"Wajah Rahsia Hati"Urban Method, Ogy Ahmad Daud
"Muara Hati"Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz Suip
"Kau Takkan Tahu"Zizan Razak
"Berserah"
"Melodi Cinta"Bob Tutopoli
"Gerimis Mengundang"Brenda & Budi
"Kasih Berubah"Fredo feat Doul

Rujukan

Pautan luar